Cerpen Faktab : Tinggal.

Ini bukan kisah persis video klip Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali ataupun apa juga jenis drama swasta TV. Ini ialah cerpen peringkat satu bintang yang digarap dari pandangan semesta imaginasi dan pemerhatian kelas pertama seraya alam. Khas untuk minggu "You Dump Me, I Dump You".

*****

Sekilas pandang memang sedih muka Adam ketika itu. Bingung. Kosong. Daun-daun kering di tepi lombong ketika itu yang berterbangan kena sangat dengan perasan Adam yang berkecamuk itu. Mahu saja dia korek matanya dan tanam ke dalam tanah. Baginya, dia tak mahu lagi mahu melihat dunia. Baginya dunia dah gelap. Apa lagi yang dia ada ketika ini? Hatinya? Dah dicuri. Dah diratah. Kemudian di lemparkan kembali ke arahnya dengan tiada langsung rupa hati.

Apa yang dia ada lagi?

Satu persatu batu di kutip dan di lontarkan ke dalam lombong.

"Apa yang aku kurang agaknya? Aku dah habis sayang dia. Aku dah habis jaga dia." kata Adam berseloroh keseorangan.

"Kata kau, hati kau mati. Hati aku ini siapa yang kisah?" terkumat-kamit mulut Adam berbicara sendirian. Sejak semalam, hampir dua kotak Marlboro di ratahnya. Gua ada jugak nampak dia terbatuk-batuk. Tapi apa gua kisah. Siapa suruh dia bantai sampai nak dekat dua kotak. Kononnya deep. Deep-deep pun, pikiaq mak kat rumah jugak Adam oi.

Ok, sambung.

Hari itu, hidupnya tak seceria selalu. Adam yang dahulunya memang terkenal dengan watak happy go lucky tak pernah tunjuk muka muram di khalayak ramai. Paling tidak pun, dia akan menangis ketika menonton filem hindustan. Kali terakhir ialah filem My Name Is Khan. Katanya watak orang cacat Shah Rukh Khan sangat berkesan.

Dua minggu. Dua minggu Hawa diam darinya. Mungkin itu satu tempoh yang boleh di katakan tidak berapa lama jika nak di bandingkan dengan seribu satu kisah cinta novel karya penulis terkenal seperti novel alaf baru, tapi ini Adam. Dia tak pernah berasa sebegitu. Dia biar. Tergantung. Sedangkan sebelum itu, mereka berdua tidak pernah punya apa masalah sekalipun.

Berpuluh pesanan ringkas. Berpuluh panggilan. Tidak di jawab Hawa. Adam menjadi semakin bingung.

"Apa pula kalini?"


Hawa memang terkenal dengan sifat sebegini. Namun selalunya tempoh kesengsaraan yang di terima Adam untuk memujuk Hawa hanya sehari dua. Tidak kali ini. Dua minggu. Bagi gua, macam celaka juga jenisan orang macam ni. Jenis nak biar orang lain tergantung tanpa sebarang sebab. Kalau nak je gua tulis watak gua dalam cerpen ini sedang meletakkan kaki di bibir Hawa. Tapi gua tau, kalau gua tulis, confirm ramai kutuk dekat ruang komen. Biasalah. Sarkastik sikit tak boleh.

*****

Haritu hujan. Lebat. Guruh. Kilat. Adam duduk di tepi jendela rumah sewanya dengan sebatang Marlboro di bibir. Gitar di tangan. Lagu Paramore, We Are Broken di main dan di ulang banyak kali. Kena sangat key Hayley William dengan suara serak basah Adam.

//1 Message Received//

"Adam, jumpa I dekat taman sebelah tasik tu. Pukul 2 petang. Bawa Idris sekali. I akan bawa Mariam. I ada benda nak cakap dengan you. Biar diorang jadi saksi". berderau habis bila Adam membaca pesanan ringkas tu. Gua pun turut sama berderau. Jenis taknak kalah si Hawa ni.

*****

"Masuk kereta lah Adam. Kejap lagi Hawa sampai lah tu. Lebat ni. Kilat tu Adam." teriak Idris.

"Dia kata pukul 2. Ni dah pukul 3." nada Adam sayu. Lencun.

Kelibat Hawa kelihatan setelah sejam empat puluh lima minit lewat. Berpayung. Bersama Mariam. Lihat sahaja wajah Hawa, Adam ukir sikit senyuman. Mana tak nya. Dua minggu tak jumpa marka sendiri. Walaupun dia tahu, ada benda tak kena. Dia tetap baling senyuman tu.

"Hawa." nada Adam masih sayu. Terketar-ketar satu badannya.

"Apa you buat ni Adam? Pergi bawah pondok sana." kata Hawa. Nadanya sedikit tinggi. Bunyi agak angkuh.

"Macam ni Adam. Kita dah kenal masing-masing dekat tujuh bulan. You pun dah tahu I macam mana. I pun dah tahu you macam mana. Dalam masa I diamkan diri tu I fikir Dam. Kita ni macam mana."

"Macam mana apa?"
okay gua suka. Makin hangat. Kalah cerekarama Tv3.

"Dengar dulu Dam. Selama ni I sakit. You pernah ambil kisah? Betul. You baik. Jaga I. Belikan I ubat. Tapi sakit hati? You cepat nak marah. Cemburu buta tak habis-habis. I pergi keluar dengan kawan baik I si Farid tu pun you nak cemburu. I dah tak tahan dengan semua ni. You semua benda nak marah. Benda kecik radio tak dapat siaran pun boleh bengang. I tak sanggup hidup dengan orang cepat marah. Paling penting, you. Tak pernah serius dalam apa you buat. Banyak main. Belajar? ada you skor? Tak habis-habis dengan gitar. Masuk AJLnya tidak juga. Sepercik kejayaan pun tak keluar dari gitar tu. Duit beribu habis. Hati I dah mati untuk you Adam."

senang je. Mudah. Easy. Celaka betei.

Adam terduduk dalam kebasahan. Bibirnya tertutup. Tak mampu membalas apa juga apa yang di katakan Hawa. Dalam dia melutu itu, tangannya perlahan-lahan memegang tangan Hawa.

"Tapi I sayang you? I jaga you baik-baik. I janji I berubah sikit-sikit."


Dengan pantas Hawa menarik tangan Adam.

"Tapi dah lambat Adam." okay ini ayat drama cerekarama.

Hawa pusing. Berjalan dalam hujan dengan Mariam. Tak berpaling terus. Adam masih lagi melutut. Terketar-ketar kesejukan.

*****

Lima bulan. Bukan satu masa yang singkat. Walau masih punya cebisan hati untuk Hawa, kalini dia tampil dengan lebih segar. Satu proses yang sakit. Dari sayang, dia cuba untuk membenci Hawa. Perkataan benci itu makin besar bila dia dapat tahu yang Hawa sudahpun mempunyai teman lelaki baru. Belum sempat satu purnama mereka berpisah.

"Barua." pendek. satu perkataan untuk Hawa.

Adam buka laptopnya. Microsoft word. Tajuk file itu "Lesson To Be Learn". Ini adalah untuk fanzine kawannya. Dia mendapat satu slot untuk menulis.

Kosong.

Kosong.

Kosong.

Dia pejamkan matanya. Dia bayangkan segalanya sewaktu dia bersama Hawa. Saat celakanya dunia. Dia pandang dari sudut positif. Mungkin ini adalah satu perjalanan masa untuk dia lebih matang dalam hubungan seterusnya. Kerana dia begitu yakin, hubungan selepas ini ialah hubungan selamanya. Jadi dia perlu jaga sebaik mungkin si 'dia'.

Dia mula menulis. Apa jua kesalahannya. Di selitkan juga unsur jenaka. Al-maklumlah. Member dah dapat slot tulis dalam fanzine. Takkan nak tulis series?

Lesson no 1: I'll learn to control my anger.

Lesson no 2: You and I are two different person with two different way of thinking.

Lesson no 3: be confident.

Lesson no 4: i'm wrong if I've done wrong. accept it!

Lesson no 5: don't try to be extraordinary if you're just an ordinary person. accept it!

Lesson no 6: if you've made a promise. deal with it!

Lesson no 7: don't run away from mistake you've done.

Lesson no 8: bad memories will always be at your back. don't let it come foward. or you will suffer.

Lesson no 9: we are not machine. we don't have random access memory that can always been reset.

Lesson no 10: he/she is not gonna tell you straightaway what she/he wants. so, be alert!

Lesson no 11: suit up!

Lesson no 12: Don't be a fans of one band/musician/TV series because of your partner. Let yours remain as yours, and her/his remain as his/her.

Lesson no 13: don't make too many excuses.

Lesson no 14: positive!

Lesson no 15: quote "If you love someone, let her/him go," is bullshit.

Lesson no 16: trust.

Lesson no 17: Get a car!

Lesson no 18: Lesson no 17 is bullshit!

Selesai sahaja 18 lesson itu. Adam menarik nafas lega. Lepas segalanya. Sekarang memori Hawa sudah di letak di dalam botol dan di hanyutkan ke laut. Yang ada hanya pengajaran.

"Akan aku pastikan, aku mampu berjaya dalam hidup. Apa dia cakap tu, macam ludah ke kertas minyak. Berlalu pergi. Satu benda tak tepat. Satu benda pun tak melekat. Yang tinggal, hanya TINGGAL." Adam bermonolog dalaman.



END.

Ingat, setiap gambar di ambil perlu di credit. Nanti kena komen dengan Tanpa Nama. Gambar di ambil dari sini.

Ulasan

Elena Reeney berkata…
gua rasa tersentuh. oh oh oh ;'(
AlexiaAqram berkata…
bermakna, kisah adam dan hawa dah sampai ke mencari konklusi lah?

dem. aku harap adam dapat gegurl yang havoc seperti maria elena lepas ni.

eicehh, nak jugak petik nama.
penulis.sahaja. berkata…
ElenaReeney,
kemaen tersentuh taw!

AlexiaAqram,
Maria Elena tu sape?
Xpe, lepas ni ade siri Adam dengan Maya pulak. Kahkahkah.
Elena Reeney berkata…
tetapi nama maria tu tak sesuai dengan elena. atas sebab sebab budak Kay Ell bengap tu!
Alexia Aqram berkata…
ang tak kenal maria elena? takpe2, nanti dah kenal tahulah.

haha, tajam sangat ayat kau elena. but, I LIKE!
Elena Reeney berkata…
aku rasa maria elena havoc sangat sampai tak tercapai akal ku. haha
syfq amr berkata…
Maria Elena is so cool,macam bf dia jugak.
Elena Reeney berkata…
yeah.. shes cool. lagi lagi dengan british accent dia tu. adorable :)
Husky Pusky berkata…
seriously, mana komen matahari?
ahah....matahari tido kot. kang ekarang tengah mendung nak ujan.

p.s. Tanpa Nama sekarang picky betul kan. xde kredit pon nak bising. ahaks

p.p.s Maria Elena...zarul? (main petik je nama kahkahkah)
p.p.p.s baru trperasan. apasal semua cerpen ada pic asap eh? ada adegan2 kemenyan ke?
Husky Pusky berkata…
maksudnya penulis menghabiskan cerpen dengan rokok. kot?
ayue! berkata…
hooo..
80% cite gua lahh=.=''
bukan penggoda berkata…
komen husky pusky tny mana matahari plg aku takleh terima. kahkahkah!

nice one apit! keep it up.

p/s: based on ur own experience? #justasking
penulis.sahaja. berkata…
bukan penggoda,
di antara imaginasi dan realiti.
haha.
mila berkata…
alaa xkan ending cmtu kot.huhu. mcm best la cete ni..wt la smbgn huhu
Tanpa Nama berkata…
haha..celaka apit,lesson tu semua kau dah tag kat aku..ada cerita di sebalik lesson tu semua ye..
keh keh
Tanpa Nama berkata…
oh. patutla aku termimpi2 dalam mimpi.

indeed aku tidur. haha.]

nice lessons.
Tanpa Nama berkata…
novel alaf 21 lah. bukan alaf baru. haha
AlexiaAqram berkata…
suka aje si shakinah ni dengan apit.

eh, memanglah.
Unknown berkata…
good lessons.
kene ingat slalu.
suke sngt
pandai nye karang cite.
tengkiu

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.