Cerpen Faktab : Tiada Rahsia Antara Kita?

Berikut ialah Ruangan Entri Penulis Jemputan yang dikirim oleh : http://aremierulez.blogspot.com/ Enjoy! Tahniah kerana terpilih! Untuk menghantar artikel anda ke Terfaktab. Sila alamatkan ke email kami di terfaktab@gmail.com Yosh!

Ahmad Durrah dan Chinta Chanduri sepasang kekasih yang sama-sama menuntut di UiTM Segamat dalam jurusan Ijazah Pengurusan Perniagaan (Pemasaran). Mereka sudah menjalinkan hubungan cinta semenjak dari zaman diploma lagi.

Ahmad Durrah dan Chinta Chanduri mengamalkan sistem "Tiada rahsia antara kita". Dengan kata lain - "sila bagi password e-mel, Friendster, Myspace, Facebook, Twitter dan segala benda yang menggunakan password supaya saya boleh check setiap hari supaya awak tidak curang dibelakang saya (atau diatas talian sebenarnya)".

Chinta Chanduri sangatlah jealous kepada Nur Amina, kawan baik Ahmad Durrah semenjak zaman sekolah rendah. Walaupun tidak belajar di IPT yang sama, mereka sering berhubung melalui telefon mahupun laman sosial.

Chinta Chanduri pun mendapat akal bagaimana untuk mengelakkan Ahmad Durrah dan Nur Amina berhenti berhubung. Oleh disebabkan Chinta Chanduri tahu password Facebook Ahmad Durrah (kerana mengamalkan sistem "Tiada Rahsia Antara Kita"), Chinta Chanduri pun login masuk ke dalam akaun Facebook Ahmad Durrah.

Menyamar sebagai Ahmad Durrah, Chinta Chanduri pun menghantar private message ke dalam inbox Nur Amina. Message yang dihantar penuh dengan ayat caci maki dan ayat yang boleh memutuskan persahabatan. Chinta Chanduri menunggu masa Nur Amina online untuk memudahkan kerja dan jejaknya tidak dapat dikesan oleh Ahmad Durrah.

Maka, kecillah hati si Nur Amina apabila terbaca ayat-ayat yang memedihkan hatinya. Lalu, Nur Amina pun menghantar private message yang berbunyi, "Kalau awak tak sudi kawan dengan saya lagi, tak pe lah." Maka, Nur Amina pun remove Ahmad Durrah dari friend list-nya.

3-4 hari berlalu, Ahmad Durrah mula pelik kenapa Nur Amina tidak membalas SMS atau mengangkat telefon apabila dia memanggil. Ahmad Durrah pun dengan segera login ke Facebook untuk memujuknya melalui chat box di Facebook. Terkejut Ahmad Durrah bila melihat yang Nur Amina tiada dalam friend list-nya. Dengan pantas dia menelefon Chinta Chanduri.

"Apa yang you buat ni?" Tanya Ahmad Durrah.

"I jealous la you layan dia macam dia tu special sangat," Chinta Chnaduri cuba mempertahankan diri.

"Dia tu kawan I dari tadika tau? Dia tu banyak tolong I masa I susah. Dia kawan baik I je la. lagipun, dia dah ada balak. Dia pun dah nak tunang next month. And apa yang you buat ni mencabuli privacy I," marah Ahmad Durrah.

Pergaduhan mereka berterusan selama 3 hari. Ahmad Durrah tidak puas hati dengan tindakan Chinta Chanduri. Ahmad Durrah pun dengan segera login ke akaun Facebook Chinta Chanduri.

Ahmad Durrah lebih keji dan dahsyat. Dengan menggunakan akaun Chinta Chanduri, Ahmad Durrah pun menghantar private message ke semua kawan lelaki Chinta Chanduri. Isi private message tersebut sama seperti apa yang Chinta Chanduri hantar kepada Nur Amina.

Akibatnya, semua kawan lelaki Chinta Chanduri mula menyisihkan dirinya. Bukan setakat kawan, malah sepupu lelaki Chinta Chanduri juga sudah mula menyisihkannya selepas membaca private message yang dihantar oleh Ahamd Durrah.

Chinta Chanduri pula bengang dengan Ahmad Durrah. Mereka terus bergaduh sehinggalah semester tamat. Sepanjang cuti semester sebulan, mereka tidak berhubung antara satu sama lain. Perhubungan mereka kita bagaikan tergantung. Masing-masing mengubah status di Facebook dari "In a relationship" ke "It's complicated".

Cuti semester berakhir. Semua pelajar dengan berat hati pergi mendaftar diri untuk semester baru. Semasa hari pendaftaran, Chinta Chanduri ternampak Ahmad Durrah sedang berbual mesra dengan Ezora. Terdengar dari mulut longkang kawan-kawan yang lain, rupa-rupanya Ahmad Durrah sudah pun menjalinkan hubungan dengan Ezora sepanjang cuti semester.

Ahmad Durrah memang tidak berniat untuk memberitahu Chinta Chanduri tentang hubungannya dengan Ezora. Dia sengaja merahsiakannya dan mahu Chinta Chanduri merasa sakit hati bila dia berjalan bersama-sama ezora.

Geram kerana sudah diduakan, Chinta Chanduri segera pulang ke rumah dan menghidupkan laptopnya. Dengan segera Chinta Chanduri mengubah status Facebooknya bersama Ahmad Durrah dari "It's Complicated" ke "Divorced". Dengan segera juga Chinta Chanduri meng-tweet yang dia kini sudah single.

Tiba-tiba, Chinta Chanduri mendapat satu idea.......

==========

Seperti biasa, setiap semester pelajar di UiTM perlu mendaftarkan modul atau subjek yang ingin diambil sepanjang semester. Pendaftaran subjek boleh dibuat di laman web Student Portal UiTM.

Sebagai salah seorang pelajar UiTM, Ahmad Durrah perlulah mendaftar subjek di Student Portal. Ahmad Durrah pun segera melayari web Student Portal. Ahmad Durrah pun segera login ke Student Portal.

Sudah 5 kali Ahmad Durrah cuba login, tapi tak berjaya. Asyik keluar amaran "Your username/password is incorrect." Ahmad Durrah mula mengesyaki perbuatan khianat Chinta Chanduri memandangkan Chinta Chanduri tahu password Student Portal-nya. Menyesal rasa Ahmad Durrah kerana tidak menukar password Student Portal.

Maka Ahmad Durrah pun pergi ke bahagian admin UiTM Segamat untuk menyelesaikan masalahnya.

"Saya terlupa password Student Portal saya, puan," Ahmad Durrah membuat aduan pada salah seorang pekerja di bahagian admin.

"Ok. Kami akan hubungi bahagian Student Portal ni di UiTM Shah Alam. Esok adik datang balik," terang pekerja tersebut.

Maka Ahmad Durrah pun pulang sambil menyumpah Chinta Chanduri. Penat dan geram rasa dihati terpaksa menunggang motor Honda Cup-nya balik ke rumah sewanya di Jementah dalam keadaan hujan bertambah dengan rasa geram terhadap Chinta Chanduri.

Keesokkan harinya, Ahmad Durrah dalam semula ke admin untuk mengambil password-nya.

"Lain kali jangan hilangkan password lagi ye, dik?" Pesan pekerja admin sambil tersengih-sengih menahan ketawa semasa menghulurkan helaian kertas yang tertera nama, username dan password Student Portal milik Ahmad Durrah.

Ahmad Durrah pelik melihat keletah pekerja admin. Lalu Ahamad Durrah pun melihat apa yang tertulis pada kertas tersebut:

Nama: Ahmad Durrah bin Aliff Firdaus
Username: AHD0799297
Password: Ahmadbabimukamacamgampangperangaimacamgay

Maka, memaki hamunlah Ahmad Durrah di dalam pejabat admin sambil digelakkan oleh semua pekerja admin secara beramai-ramai.

Dari luar pejabat admin, Chinta Chanduri dapat melihat dari tingkap bagaimana Ahmad Durrah sedang menanggung rasa aib.

"Revenge is a bitch!"

==========

Memang trend sekarang pakwe/makwe mintak password e-mail, Facebook, Twitter dan semua jenis benda yang ada password. Tujuannya? Untuk memastikan pasangan masing-masing tak main kayu tiga dibelakang.

Tapi, kadang-kadang (sebenarnya selalu) benda ini akan menyebabkan pergaduhan yang tak sepatutnya. Bila pakwe/makwe masing-masing sudah ada password masing-masing, akan timbul sifat cemburu buta tak menentu seperti apa yang terjadi pada kes Chinta Chanduri dan Ahmad Durrah.

Lebih baik kamu tak payahlah mintak password pakwe/makwe kamu. Kadang-kadang, mereka perlukan privacy juga. Setiap manusia pun perlukan privacy. So, hormatilah privacy pasangan anda. Mak bapak pakwe/makwe kamu pun tak tahu password Facebook pasangan kamu tu, yang kamu menyibuk nak tahu kenapa pulak?

Fikir-fikirkan dulu baik buruk sistem "Tiada rahsia antara kita" ini sebelum anda amalkan bersama pakwe/makwe anda. Kadang-kadang, ada perkara yang perlu di privacy-kan atas keselamatan sejagat.

Sekian.

Ulasan

shahirahkhairudin berkata…
oh demm ! keji punya chinta..

boleh tak nak klasifikasikan itu sebagai hubungan yang tak matang. hubungan suami isteri adalah exception di sini. laki bini sah2 lah tiada rahsia..

dalam fasa baru nak berkasih sayang, ape jadah nak ambik tau pword n id kekasih bagai. cinta datang bersama dengan kepercayaan sebagai sebuah pakej. kita perlu ambil tahu dengan siapa kekasih kita berkawan dan sebagainya tapi tak perlu ar sampai to that extend nak stalk akaun kekasih bagai. jangan ar posesif sangat.

cinta ni macam pegang seketul sabun dalam tapak tangan. jangan grip kuat sangat kan kelepuk jatuh. tapi jangan pulak pegang longgar sangat. pandai-pandai kawal, asal sabun kekal dalam tapak tangan..
_aliahwafa_ berkata…
ouh btol tuh. trend yg aku rsr mcm pelik giler. xd life ah cmtuh smpai password pon nk kne bgtau bagai. heh.
Tanpa Nama berkata…
Tak perlu kott. Bila dengan arwah boyfriend dulu, dia takde FB pun. And, kepercayaan sgt penting ye anak2.
Asphodel Walnut berkata…
oh my,serius menyampah gila bila kes cmnih terjadi,selalunye perempuan yang buat mende2 cmneh(girls,sorry to say lah), last2 nak mengamuk padahal diri sendiri carik pasal, nak je aku sepakkan muke maseng2
MegaBlue berkata…
laki pun sme laa..hahhaha..xdek life lnsung!
Nadirah berkata…
go uitm segamat go!
hahaha..
ayue! berkata…
hampeh jer cinta cm ghini.
Dekna berkata…
absolutely true,

tak semua boleh direveal kt psangan kite..tmbh2 yg blom kawen ni..

:)

something is needed to stay as a secret~
Fall Nish berkata…
Haha..lahanat..
Ni entry dak UiTM Segamat ke?
Peh,terkenang semasa dahulu..
Kesah stupid dump dump gua yg terfaktab..ptuih!
eszol raar berkata…
style!!!!

balak gua pon mintak passworg bagai kat gua

gua pon taw die punye

lu org bg gua idea btol la

niceeeeeeeeeeeee
Burungman berkata…
ada kawan aku on9 fb time kelas. aku tengok dia bukak boipren dia punya fb. aku tanya la, "camna dapat buka?" dia jawab, "sebab kami tukar ganti paswod, demi mengelakkan kecurangan"


u know what? that's just bullshit.


maybe orang2 yang macam tu patut pegang kata2 ni:


mengetahui sedikit lebih baik daripada mengetahui segalanya. nanti otak korang hang.
Along Usop berkata…
budak2 zaman skarang bajet kapel tu cam dah kawen dah.. pasangan masing2 tu dah memang die punye.. pasti..

sbb tu la seboleh2 diorg nak jage..
takut curang la ape la..

kalau dah tak ade kepercayaan tu.. means.. takde keserasian la.. buatpe nak go on kan..
Tanpa Nama berkata…
bagi aku sikap mcm ni tak matang sebenarnya. tapi ada benarnya, tak semua kita boleh share. sampai saiz bra & waktu period tu kau share. nanti kawin ape yg special sgt nak share?
misz aisya berkata…
nice story. kalau sumer nak cerita, dah kahwin nanti nak cerita ape ek? hahahah
acap2405 berkata…
kehkehkeh..
lawak doohh aku baca password ahmad durrah...
Tanpa Nama berkata…
stuju sgt2... =)
~eRna daRL!ng~ berkata…
terbaikk kot tis artikel...like it..
Amirul Idham berkata…
la.. tak perasan lak entri dah dah publish kat sini.

Kisah ni aku tulis kan untuk kawan aku supaya awek dia sedar yang sistem tukar2 password ni banyak menimbulkan kekeliruan (awek dia baca blog aku).

nama watak dicedok dari drama TV3. tempat kejadian diambil dari tempat belajar aku dulu. UiTM Segamat FTW!!!
Unknown berkata…
assalamualaikum~~

ok meh nak share...dulu aku ngan ex bf aku pon mengamalkan care macam nie..dan terbukti ianye memang dapat kesan kecurangan pasangan..haha..nak2 plak aku ni sorg yang teramat jeles...kat wall memang tak de ape yg musykil..tp kt inbox,nahhh amik ko..sume rahsie terbongkar...siap ngaku lagi aku nih bukan awek dier bile gurl tuh tnye sape aku..sebab aku slalo tulis kt wall fb dier..then mmg carik nahas lah kan sedangkan kiteorg still in relationship..paling xtahan dier siap ckp ngan gurl tuh aku nie kisah silam dier..hadoii,memang mintak clash arr lps tuh....
Yatre Hayati berkata…
this artikel is soo relevant. Banyak sangat couple buat macam ni. Tak kata salah. But then, bila da sampai satu tahap, akan jadi salah dan nyesal tak sudah.
sayaidaydotcom berkata…
hahahha,,,teruk betolllllllllllllllllll,,lain kali jgn nk share2 lar password bagai ni,,ada benda kena rahsia,,bukan semua kena share,,hahaha
TheBentPencil berkata…
Terinat kawan baik ni, dia pernah kena maki dengan sorang kawan lelaki lama, hanya kerana dia ucapkan selamat pengantin baru kepadanya.

tetapi kalau ikut stail tulisan maki hamun tu, rasa-rasanya bini dia yang tulis tu.

jeles tak memasal.

ucap tahniah je pun.
Akulah Aqilah Itu berkata…
aku dah tukar pasword fb aku 2 bulan lepas. Balak aku ngamuk, aku buat derk je. sekarang dia dah lupa, sume dah okayy. haha

attention span of a squirrel. -__-''
Mimie Cikonett :) berkata…
haha fuyoo UiTM Segamat,tempat wa tuu,taktau pulak ade jugak student uitm segamat yg real cmtu.ekekek
nadtella berkata…
darn. haila. dah kena dah kat diri sendiri benda ni.

eheh.
tapi last-last pun putus jugak. tak ke mana pun.
Tanpa Nama berkata…
babe, trust
nn berkata…
ada password tapi pasal nak main game je. kalau main dua account tolong menolong cepatlah naik level.

in fact, before active dengan game, berbulan jugalah tak friends kat facebook sebab nak elak gaduh pasal social networking ni.

add pasal game. haha

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.