Cerpen Faktab : Hidup Yang Terfaktabkabkan Setelah Menfaktabkan Hidup Orang Lain

Berikut ialah Ruangan Entri Penulis Jemputan yang di kirim oleh : http://shahirahkhairudin.blogspot.com

Woi apa yang kau dah buat dekat dia hah? Kau tau tak dia dah macam separuh gila? Makan tak nak, belajar tak nak. Exam dah nak dekat. Kamon la wei. Tak kan sebab bende kecik kau besarkan jadi cemni

Apa aku dah buat? Aku nak bepisah dengan dia. Titik. Dia kena terima la. Kau cakap kat dia, sudah-sudah lah. Jodoh sampai sini je

Sampai hati kau buat dia mcm tu

Kawan-kawan baik dia cari aku tiga hari selepas aku berpisah dengan dia. Ya aku yang dump dia. Aku cakap aku dah ada boipren lain. Boipren baru aku lagi kacak dari dia. Boipren baru aku berkarisma. Dia sayang aku. Dia dah pernah jumpa mak bapak aku. Ah ! macam-macam aku cakap kat boipren lama aku sebab aku nak kasi dia benci kat aku. Kalau dia benci kat aku, takde la aku nak rasa bersalah sangat. Keji kan aku? Haha !

Ekceli boipren baru tu tak wujud pun. Aku saje je amik gambo dengan coursemet aku masa malam dinner fakulti. Lepas tu aku upload dalam friendster (masa tu friendster la yang femes pun), dan aku text dia macam ni:

You. Bukak la friendster i. Tu boipren baru i. Sorry for everything

Aku bajet dia bukak kot sebab lepas tu terus dia kol aku. “sampai hati you buat i macam ni. Bagi peluang dekat i sekali saja lagi. Tolonglah u. I janjo i akan berubah”, tu la kata dia.

Ah ! peduli hape aku. Sape suruh kau sakitkan hati aku. Kau selalu marah aku. Hari-hari nak cari gaduh dengan aku. Memang la hubungan jarak jauh banyak cabaran. Tapi kalau aku je yang selalu nak mengalah, tu dah lemak la. Ada je salah aku yang kau nampak. Lepas tu kau marah aku berhari-hari. Dua tiga hari pulak aku kena merayu kat kau. Mintak ampun bagai macamlah sesi bermaaf-maafan di pagi raya. Wutdefishkek? Hari ni bila kau merayu kat aku, aku rasa hebat gile. Aku rasa macam nak ketawa kat depan muka kau. “hahaha ! loser !”

Keji kan aku?

Aku tau aku keji. Tapi kau tau tak, masa hari yang aku cakap aku nak berpisah dengan kau tu, sehari semalam aku nangis. Kau ingat aku tak gila? Kau ingat kau je gila? Tiga tahun kot kita bercengkerama, berkasih dan bermesra. Sedang enak membuai rasa, perpisahan tercipta. Ah ! tipu. Tak ada yang enak. Bila kau hukum aku berhari-hari tak ada yang enaknya lagi. Hati aku yang lembut macam marhmellow terus jadi keras macam roti kering kene jemur.
Seminggu kau telefon aku, nak merayu. Aku tak jawab. Aku tak kan percaya janji kau lagi. Bila aku tak jawab, kau call pulak kawan baik aku. Dah tak memasal dia jadi PA tak ada gaji. Ah ! lantak kan. Kau ingat aku peduli?

Pagi tu, ekceli tak la pagi. Matahari dah nak dekat tegak dah. Aku stadi sampai pagi kot malam tu. Aku tidur lagi mase kau call. Bedebah lah. Aku terjawab panggilan kau. Nak tak nak aku kena cakap jugak.

You nak apa lagi? You faham tak kita dah tak ada apa-apa. I tak cinta u lagi. Everything is over. Titik

Aku dengar kau merayu. Kau cakap kau nak jumpa aku untuk kali terakhir. Okey fine !

++++++++++++++

Macam yang aku janji, aku tunggu kau di bus stop. Ya bus stop yang betul-betul letaknya di hadapan kampus itu. Kampus tempat kita mula-mula jumpa. Tiga tahun kita memadu asmara kat sini. Sekeji-keji aku, aku masih ingat. Oh aku juga ingat, kat seberang jalan sana, betul-betul depan pintu pagar universiti, kau pusing kete kau laju-laju, kau tinggalkan aku kat tepi jalan macam tu je sebab kau marahkan aku sedangkan salah aku kecik je. Dress code aku tak menepati garis undang-undang yang kau reka untuk aku. Shit !

Kereta kau berhenti betul-betul di depan aku. Kenangan-kenangan yang bermain di hadapan mata aku berderai. Kau senyum. Aku balas dengan senyum kelat. Aku masuk ke dalam perut kereta. Kau capai tangan aku. Aku tepis.

Kita pegi minum-minum. Ah ! kau saja nak kembalikan kenangan kita. Kau bawak aku ke tempat yang kita selalu pergi. Kali ni aku bukan minah yang lembut-lembut tu lagi. Aku dah jadi keji. Sepanjang berbual aku asyik cakap pasal budak lelaki dalam gambar tu. Aku nampak mata kau bergenang. Haha ! kau sedih. Kau tahu sedih rupanya ya?

Aku dah malas nak duduk lama-lama. Aku suruh kau hantar aku ke bus stop tadi semula. Kawan baik aku akan fetch aku kat situ nanti. Aku suruh kau balik. Tapi kau degil nak tunggu. Ah ! suka hati kau la.

Kawan baik aku sampai. Kau hulur kat aku satu bungkusan yang cantik berbalut. Aku malas nak cakap banyak. Aku ambil je. Kau sempat pesan kat kawan baik aku.

Jaga dia baik-baik

Ah ! aku pandai lah jaga diri. Masa dalam kereta,

Seronok dating?

Tak. Aku dah clash betul-betul. Memang aku tak ada apa-apa rasa lagi dah

Kawan baik aku diam. Oh aku teringat bungkusan tu. Aku buka. Kotak sabun breeze singgit. Entah apa kat dalam. Aku bukak dengan perasaan yang kosong. Ada baju. Baju kaler oren. Aku suka kau pakai baju ni setiap kali kita keluar dating. Sekeji-keji aku, aku tahu jugak sedih. Aku nangis. Sepanjang jalan ke KL aku nangis. Sial la !

Tahun ni dah masuk empat tahun peristiwa keji tu berlalu. Aku masih single. Sejak lepas aku dump kau, aku asyik kena dump je. Kau tahu tak, kau orang ketiga yang aku pernah dump. Haha ! Dalam masa empat tahun ni, aku pun dah tak ingat berapa kali aku kena dump. Sumpahan kot.

Ulasan

Pencinta Seni berkata…
woww...org 1 st komen..kesimpulan nya jgn sakitkn hati owg..hehhehe...
_aliahwafa_ berkata…
woahhh. gilerr, mcm penah jadi bendalah nih kt kwan aku. tpi terbalik ah. laki tuh yg buat mcm konon2 ada gf lain. duhh.
vampire's lovex berkata…
whoahhhh....


speechless....T______T
plumpy.tootsie berkata…
sh*t.sumpah aku sedih bace entry ni -.-'
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata…
bagi aku. bila bercinta aku percaya pada karma. haha
seorang mamalia berkata…
memang best kalau kena karma macam ni. *cakap pada diri sendiri*
Farahin Mafuzah berkata…
http://farahin-lq.blogspot.com/2011/01/karma.html

skang baru aku kuat nak cite bnde2 cmnih.dulu aku tak berani sb takot kne lempang.haha
Hellioz berkata…
karma strikes back!
haha~
yuya hazura berkata…
ak suke bace entry ko kali ni!!!tp mslhnye ak yg kne dump...babi tak?? so skng ni mmg ak tgh cube gle kaw2 nk mbenci sepenuh ati ngn mamat sial tu!! leh tak ak anta kaki pukul ke...santau die ke bg die nyesal?? kenapa lelaki zaman skng mmg mcm bangsat sgt ah!
Tanpa Nama berkata…
kiranya laki tu pn kena karma gak lah kn sbb dia kena tggl dgn pmpn ni...ishhh3...peninglah kalo ckp karma2 ni...sng cter,sumanya telah tertulis...pasrah & tawakkal jalah geng...
atenye laki tu gedik meno
suke nak gado2
mmg patut pun kene dump.
Husky Pusky berkata…
kenapa mesti kotak sabun?
acap2405 berkata…
kotak sabun itu sangat penting supaya dia tidak terlupa membasuh baju tersebut pada setiap hujung minggu..:D
MegaBlue berkata…
same situation wit me..until now, sumpahan tu still on kat aku..hahaha..
Tanpa Nama berkata…
ALLAH dah pesan dalam Al Quran, jangan benci membenci :)
intan berkata…
gila apsal citer ko sama dengan kisah perpisahan yada yada aku?
kihkihkih
unsagkarable la ada ramai rupanya org mcm aku..
hahaha
hie geng!
aku pon kena sumpahan gak la skang :(
TheBentPencil berkata…
tu le, orang kata, kalau tolak orang, satu hari nanti orang pulak tolak kita. hohoho.

p.s. macam kisah benar je.
neva b'chenta,tp post ni..UNIK! :)
Unknown berkata…
aduh.. kasihan nya..
what goes around comes around.
Unknown berkata…
aduh.. kasihan nya..
what goes around comes around.
yanntulis berkata…
yeahh . betul la tu haha . aku pun terkena sumpahan balas , HAHA :P

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.