Surat Pengakuan

Aku dapat rasakan bahawa pentingnya kewujudan 'Surat Pengakuan' dalam perhubungan lelaki dan wanita. Lebih-lebih lagi untuk lelaki yang selalu memendam rasa. Yang tidak tahu menterjemahkan isi rasa hati dalam dirinya terhadap perempuan yang dia cintai. Jadi, aku galakkan kepada semua lelaki untuk sekurang-kurangnya mempunyai satu surat pengakuan yang boleh di simpan atau di hantar kepada yang di cintai. Jadi, aku mulakan dulu dengan 'Surat Pengakuan' aku kepada gadis yang aku cintai selama ini. Sebagai contoh kepada para lelaki di luar sana agar dapat mempelajari selok-belok membuat surat pengakuan.
_______________________________________________________________________________


Kehadapan Alexia Abu Bakar yang saya sentiasa ingat di dalam fikiran dan kehidupan. Semoga awak berada dalam keadaan gembira senantiasa walaupun saya tahu mungkin awak dalam keadaan tertekan di selimuti kajian analisis kimia awak yang sering menghadapi pelbagai cabaran.

Maafkan saya jika saya tidak menjawab panggilan telefon awak. Maafkan saya jika saya tidak membalas mesej-mesej awak. Saya perlukan ruang. Ruang untuk saya bersendiri mengenangkan kisah-kisah cinta kita yang adakalanya boleh menitiskan air mata saya apabila melihat kebodohan saya yang mungkin tidak menghargai sesuatu yang saya sayang.

Saya menulis surat ini sambil mendengarkan lagu kegemaran saya, Tolong Ingatkan aku oleh Anna Raffali. Lagu yang indah, lirik yang menyentuh hati. Ya, saya tahu awak tidak sukakan Anna Raffali, tapi itulah hakikatnya antara kita berdua sayang. Apa yang awak tidak suka, saya sukakannya. Apa yang awak suka, saya tidak sukakannya. Namun, sepanjang saya mengenali hati budi awak selama 6 tahun ini, segala perbezaan yang kita ada, kita padamkan dengan baik, perbezaan itu hilang bagai angin yang berlalu pergi. Awak katakan itu sebagai 'chemistry'. Tapi, saya katakan sebagai 'tanggungjawab'. Entah mana satu yang betul pun kita berdua takkan tahu, kerana memang kita akan sentiasa berbeza. Tetapi, perbezaan itu sentiasa luput bukan? Dengan perasaan cinta dan perasaan sayang yang kita tanam selama ini.

Kadangkala saya lupa, bukan kadangkala, tetapi kerap saya terlupa untuk menjadikan awak sebagai segalanya yang perlu saya bawa pada setiap kehidupan saya. Saya terlalu tunduk kepada cabaran, saya terlalu lemah dalam kesulitan. Itulah diri saya saya yang sebenarnya. Saya tak dapat bayangkan jika tiada wujudnya awak di sisi saya, mungkin saya akan hanyut dengan badai ombak yang membawa saya ke jalan kepalsuan dan penderitaan. Mungkin saya rela untuk menjual nyawa saya kepada kematian jika tiadanya awak di sisi saya.

Saya tiada apa-apa lagi sayang untuk saya dedikasikan kehidupan saya kepada dunia. Ibu bapa saya, saya tidak mahu membicarakannya walaupun saya turut menyayangi mereka berdua. Mungkin awak faham yang saya sudah lelah dan penat menjadi anak emas dalam keluarga. Menjadi yang terlalu di harapkan dalam keluarga. Sebab itu saya perlukan seseorang yang berbeza dari darah daging sendiri untuk saya semarakkan kembali semangat saya dalam kehidupan. Bagi saya, awak adalah pelengkap dalam kehidupan saya. Aset fizikal dan aset kerohanian yang satu-satunya yang saya ada untuk meneruskan kehidupan.

Ingatkah awak pada surat pertama yang awak berikan kepada saya. Tahun pertama kita bercinta? Saya masih ingat, segar dalam ingatan melihat penulisan awak. Tandatangan awak yang bercorak kupu-kupu. Tulisan awak yang sepatah-sepatah tanpa bersambung, kecil tetapi jelas. Pen biru, kertas kajang yang di lipat tiga, dan yang paling saya ingat ialah awak ada menyebut tentang ; 

"Kalau awak meninggalkan saya, saya akan membunuh awak"

Saya sentiasa ketawa kecil bila teringatkan hal surat itu. Betapa comelnya awak dengan ugutan awak. Bukan saya tidak percaya, tetapi saya ambil itu sebagai pengorbanan yang awak hendak berikan kepada saya. Semestinya, saya hargai semua itu sayang. Terima kasih.

Bagaimanakah perkenalan kita pada tahun kedua? Indah. Walaupun kita berjauhan, awak di selatan, saya di utara. Kita cuba menyesuaikan diri. Namun, jauhnya perhubungan kita membuatkan kita semakin rapat. Saya masih ingat sewaktu kita pergi ke Bukit Bendera. Baju yang sama. Kebudak-budakkan dalam bercinta, namun manis. Tudung bawal purple cair awak, dan gelang yang kita pakai. Semua itu masih saya simpan, ya saya simpan walaupun kini saya tidak memakainya lagi. Yelah, sudah putus gelang itu tahu? Nanti kita beli yang baru ya?

Indah segalanya bukan bererti akan indah sentiasa bukan? Tahun ketiga dan keempat adalah tahun paling mencabar. Bermulanya dengan siri-siri keretakkan dalam perhubungan kita selama ini. Masing-masing melakukan kesilapan, dan kesilapan-kesilapan itu semakin besar apabila keegoaan melanda. Saya, awak dan orang ketiga serta orang keempat. Apabila kemarahan merasuk minda, kekecewaan menyelubungi jiwa, kita semua lupa dengan kisah kita terdahulu. Bercerai kita seketika sambil mencari hala cinta semula.

Sebenarnya pada waktu itu, saya tak rasakan saya bercinta dengan awak, sayang. Dan kita berdua sewaktu itu saya yakin, masih mencari-cari sebab untuk kita bercinta. Kesilapan demi kesilapan, kelukaan dan kekecewaan. Sebenarnya, saya sudah hampir tewas dengan ujian sebegitu. Tidak sanggup untuk kita berjauhan sayang. Tidak sanggup. Kita perlu bertentang muka, mengenal isi hati kita secara berdepan-depan. Tidak mahu saya kenangkan wajah lelaki itu yang mencuri cinta awak dari saya. Pedih bagai tertusuknya sembilu ke dada. Dan saya tidak mahu mengenangkan wajah perempuan itu, yang berlaku atas kebodohan saya sendiri. Semua itu melukakan.

Tapi, entah bagaimana ya cinta kita bersemai kembali? Ya, saya tahu. Kerana kita komited untuk membaikinya. Kita bersatu kembali dengan perlahan-lahan tanpa perlu tergesa-gesa. Tahun kelima dan keenam adalah tahun yang paling indah buat saya, juga mungkin buat awak. Manakan tidak indahnya, bila kita bergaduh pun, tak sampai 24 jam. Kita akan berbaik semula. Haha, saya membayangkan, apakah kita berdua ini telah di sihir? Saya rasa tidak. Ini adalah kemanisan cinta. Saya harap, tahun ketujuh nanti, biarlah kita di satukan seperti yang kita idam-idamkan selama ini dan teruskan untuk tahun-tahun yang ada bersama sehingga waktu memanggil kita pergi menghadap ilahi.

Cuma, saya risau sayang. Saya risau dengan diri saya sendiri. Saya tertekan dengan kehidupan saya. Saya rasa, dengan adanya awak selama ini, saya yang 'tiada apa-apa' ini barulah menjadi 'sesuatu yang ada'. Saya risau, bolehkah awak menerima saya seadanya? Bagaimanakah apa yang kita impikan selama ini, yang kita rancang itu tidak kesampaian? Tak sanggup untuk saya mengecewakan awak lagi. Tak sanggup saya melihat wajah kesedihan awak. Lagu-lagu kisah kita itu tidak mahu saya akhiri dengan kekecewaan. Saya sentiasa mengharapkan ada sesuatunya yang manis di akhirnya. Tapi, saya tak pasti.

Mengesat air mata. Itu sajalah yang saya boleh buat.

Saya amat menyintai awak, sayang. Always love you. Saya tidak berani melafazkan janji lagi, yang saya mampu buat ialah terus berada di sisi awak dan menjadikan awak sebagai satu pemberian sempurna dari Tuhan kepada saya untuk saya jaga. Terima kasih atas segalanya. Itu saja.

Sekian,

Yours truly,
-Aqram.

Ulasan

Wadi AR berkata…
wow aqram :)
Tanpa Nama berkata…
serius sweet.


perenggan "saya yang tiada apa-apa" mengharukan.
Tanpa Nama berkata…
wow~~~
AA-aku baca pun cair~~~
Miss Dee berkata…
cair baca...

hahaha
Tanpa Nama berkata…
wahh best nye kehangatan cinta yang macam nih kan. gua nk rasa saat nih. tapi kenapa mesti gua masih macam nih. semakin hari semakin hambar. kenapa kenapa ?
jhnrdzi berkata…
@Aqram

Aku nampak kau mmg sayangkan kekasih kau. Sweet :)

Aku dalam verge nak break dgn gf aku. Baca penulisan kau mcmni buat aku rasa tak nak give up dengan dia. Even dia kata perasaan tu sendiri dah berkurangan.

Thank you :)
Tanpa Nama berkata…
trust me, i had been through this. ;)
aQi + GenGkey berkata…
pergh..
retorik cinta yG sangat dramatis...
lame tu..:D
stuvwxyz berkata…
Tak payah fikir lagi, komen saja.


good thing *relieved*


anyway, may it last forever. and thanks for the confession letter's example :)
Tanpa Nama berkata…
serius sweet...hope korang berkekalan ok..:)
shahirahkhairudin berkata…
mata aku masuk wap bawang T_T
Jemari MonteL berkata…
so suwettt.... untung Alexia dapat pakwe cam ko
Aqram... lame dah kapel tuh, leh ler makan nasik minyak...ermm besh ade pasangan tp kekadang memedihkan gak... cam ako yg lone ranger skang, kekadang tingat gak kenangan lama... so chill bro.... :)

ps : nape ko privatekan belog ko beb??
esprsso__ berkata…
kesat air mata sendiri.
seriously, Aqram. you're a man. a man.
*cik syu* berkata…
bestnyer ayat ..wahhhrrgghh ! rindu lak kt suami tercinta :) .
deylaSUPERB . berkata…
omaigodd . she's really luckiy 2 hv eu ! may Allah bless your love ;)
akak eskrem berkata…
so sweet AA.

so honest from the heart..

maksud tepat kepada Alexia..

wish u all the best, bukan hanya ke jinjang pelamin.. sehingga ke akhir hayat la hendaknya..

touching baca surat ni.. T_T
Unknown berkata…
wah**
wah***
wah****
bahagianye jadik cik Alexia Abu Bakar
Cik Kemboja berkata…
fuuyyooo. semoga bahagia.
Amirulhazim Alias berkata…
macam copy paste surat aku je. hehe. takde lah
Syaby berkata…
coemlnyaaa. aku pun nak macam ni gak ! haha
Unknown berkata…
homaigod ! u make me touch ! she's lucky to have u, really.. hope brkekalan Amin~ =)
ewanthology berkata…
penuh dengan ayat ayat cinta
NORHIDAYAH AZMAN berkata…
so sweet & cute..
teringat zaman i dlu2.. selalu tulis surat... :)
famjad89 berkata…
mantap!!! lebih kurg ak.. kisah yg trjdi pn lbih kurg..but yg beza.. ak hilang dy..hmmm
FatenNabila :) berkata…
wahh. sgt sweet aqram :) semoga kekal anda berdua.
Akulah Aqilah Itu berkata…
aku tau ni komen tipikal, tapi, oh sweet nya!!!! =D
ayue! berkata…
i wishhh...=)
ayue! berkata…
i wishhh...=)
♥c!k Ann♥ berkata…
owh i wish!!
guys out there...u all shud read this!
feyza berkata…
"Kalau awak meninggalkan saya, saya akan membunuh awak"

yehh pijahh suka~~
Aslina berkata…
....kalo aku ngan dier camni kan bagus? mesti kitorang dah ade sorang anak dah skang....

nak buat camne... kapel lama2 pun jodoh tak panjang...

walaupun masing2 jiwa still lagi kosong sampai skang. cuma nak teruskan apa yang terputus dulu macam tak boleh dah.
soooo sweetttt..

dulu pernah jugak laa mengalami situasi yang sama,,but a bit different..
kitorang xde surat,,but kitorang ade piagam kapel..yang tulis pasal janji2 pe sume..

last2 rase piagam kapel 2 cam useless jep coz at the end,,kitorg break..waaaaaaa

siryez touhing bace surat ni ~
Anem Arnamee berkata…
@Johan "Champ" Radzi: Sweet.sangat inspird for others :D
AlexiaAqram berkata…
haihh, terima kasih kepada semua yang memuji dan memberi pendapat.

kadang2 bila gua fikir balik tadi, rasa geli pulak gua tulis benda macam ni.

tak menggambarkan sikap steady dan angkuh langsung. cis!
Fieza Areyza berkata…
pehh ayat dia...

so sweet la =)
shimakamal berkata…
kadang kadang surat cinta lelaki yang paling sedih:)
ZeBentPenzel berkata…
Tebaik bro.
i know it takes a lot of guts to write like this, for a guy.

even I'm a girl and I cant pull myself together to write like this.

bro, dah sampai tahap ni, cepat-cepat propose to Alexia. I believe she has been waiting for that ring.
cikpia berkata…
naper aku nanges..............??? DEMMMM!!!!!
::LiPO:: berkata…
terharu.. sgt touching. huhu..
profwacko berkata…
nie bukan surat pengakuan nie.. ni surat pernyataan..

takde ke surat yg 1st2 ko bagi kat dia?? hehe..
Tanpa Nama berkata…
minggu ni tema ape kat terfaktab nih.. tema sedih2 ke? sob..sob..
Alter Ego berkata…
huwwaaa!!! soo sweet... some guys are not from this type of telling what's going inside their minds and hearts or what they feel... and that type has grouped my man.
dear Alexia, u are lucky to know what's inside Aqram. huhu. Me, has to figure out myself when some times come.
naise berkata…
yes it is sooo sweeettt...ur d man..

tp ape lg keistimewaan yg ade pd alexia smpai semue org pn bole bc surat cinta specially dedicated for her?...
Nadia Zuhaida berkata…
so touched. sweet ! :)
m.a.n.n.e.q.u.i.n berkata…
Yes. This is so sweet.
Dr. Amirah berkata…
ok..terima kasih kerana berjaya ubah pandangan saya supaya tak tergesa-gesa dalam hubungan jarak jauh <3
Unknown berkata…
aku terasa. serious
amalnasir berkata…
dang!!!perenggan last..terkaku seketika bila bace..haha

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.