Makwe Dari Perspektif Lelaki Malang Asyik Kena Tinggal.

Gua tak pernah punya rasa nak ada makwe itu untuk jadi mcm orang lain. Contohnya orang lain ada makwe, gua pun nak ada.

Sedikit pun rasa tu tak pernah ada.

Gua tak pernah punya rasa seorang makwe itu adalah aset gua. Contohnya walaupun gua tak hensem, tapi gua ada makwe, itu akan meningkatkan saham gua. Makwe bukannya baranglah bodoh.

Sedikit pun rasa tu tak pernah ada.

Gua tak pernah rasa makwe itu adalah tempat mengadu. ada masalah, nak bersandar tepi bahu makwe. Bila senang, di tinggal-tinggalkan. 

Sedikit pun rasa tu tak pernah ada.

Gua tak pernah rasa seorang makwe tu ialah sekadar makwe. Peneman waktu keluar soping. Makan. Tengok wayang. Melepak di dataran semata-mata.

Sedikit pun rasa tu tak pernah ada.

Gua tak pernah rasa seorang makwe itu perlu perfect. Macam gadis melayu terakhir.

sedikit pun rasa tu tak pernah ada.

Gua hanya rasa makwe itu ialah seorang manusia yang jatuh dari entah dari mana. Lalu melintas depan gua dengan seribu satu haruman. Belum sempat pandang muka, sudah jantung ini berdebar. Belum sempat pandang muka dah telan air liur sambil berkata,

"This is it."

Makwe ialah seorang rakan, kawan baik, seorang peneman dan separuh dari aku. Kalau ada masalah, buat apa perlu marah sana sini, ego dengan dia? Padahal dia sendiri adalah separuh dari diri lu. Tak payah tunjuk hebat lah. 

Gua bukannya tak ambil kisah kadang-kadang. Cuma tak mahu manjakan sangat. Gua masih fikir 24/7 segala tentang makwe. Cuma aku tak mahu manjakan sangat. Takut nanti mungkin aku mati dulu. Aku tak mahu makwe rasa beban kalau aku takde. Atleast dia dah pernah lalui semua benda tu seorang diri sekali dari sepuluh kali aku bantu dia.

Orang kata separuh jiwa mati kalau makwe tinggalkan kau. Kalau kau benar-benar sayang dia, jangan pernah mengalah dengan dia. Kalau kau benar-benar sayang dia,

lepaskan dia. Kalau dia kembali itu confirm tulang rusuk kau.
Tapi kalau dah lepaskan dan nak tunggu dia kembali tu yang seksa tu. Kan? *menjerit tepi tasik.*

Orang kata perjalanan masih jauh.

Ulasan

vampire's lovex berkata…
aku harap pakwe aku skg cmni.


>___<
Tanpa Nama berkata…
aku nak kau la setan.
LaTip BogiBa berkata…
aku sekarang berada dekat ayat paling last sekali.
tapi bukan yang jerit tepi tasik.
sebelum tu.
sakit bagai nak mati.
Amirulhazim Alias berkata…
gila la. suka gila nak mampus quote ni - lepaskan dia. Kalau dia kembali itu confirm tulang rusuk kau.
Tapi kalau dah lepaskan dan nak tunggu dia kembali tu yang seksa tu. Kan? *menjerit tepi tasik.*

haha. betul yang amat .
ak ttp ak berkata…
ermm..ak pun mcm tu lah sush nk lepaskan.. syg sgt kt bf ak.. tp asyik2 dia yug bt perangai.. smpai satu thp tu ak rs dia memng dr mula bukn syg kt ak, tp ak x mengalah.. last2 bl dia still mcm tu ak dh hmpir give up maybe dh give up dh kot..smapi kalo x send msg or call pun ak leh hidup, sblum ni x.. smpai dkat fb dia ak nmpk cr dia tulis cm dh ad makwe br, ak dh x berperasaan, x mrh pun..ak rs smpai takat ni je kot.. still, dia yg paling ak syg.. ak nk lpeaskan dia, dh lepaskan dia.. ak hrp kalo dia dtg balik lps ni, seriously dtg balik for me, jgn lah ms tu ak dh ad yg lain.. i will cry for sure, and if dia pilih yg lain, jgn la ak jumpe dia dh forever.. May Allah Bless him..

still ak mempunyai pndgan yg sm mengenai bf seperti penulis..
Tanpa Nama berkata…
aku ditinggalkan sebab perangai aku yang tak matang...aku dah diberi peluang tapi perangai die masih hambar...aku mau berubah utk jadi yg terbaek utk die...tp sakit yg dirase kan bile die bersikap hambar mmg mcm nak mati....
shahirahkhairudin berkata…
dah tau seksa bila tunggu dia balik, kenapa lepaskan?

haih ~
Tanpa Nama berkata…
kalau lepaskan lps tue datang balik, lepas tu dia pergi lagi..itu bagaimana pulakkk??
Cik Kemboja berkata…
suka entry neh. huhuhu. bukan rase cm na jerit tepi tasik da. rasa mcm........
ZeBentPenzel berkata…
this writing is personal, really personal man.

wait it up for a bit longer. Maybe it's the current circumstances that close up her mind.
Pengembara berkata…
saya ada jumpa status best kat facebook. Status tersebut berbunyi seperti berikut :


If you love something, let it go, and if it comes back - that doesn't mean a damn thing; it can just leave you again later..



lalalalala~~~~~
Unknown berkata…
sangat best entry nie..
suke quote tu
Tanpa Nama berkata…
kalau perangai tak matang, jangan bercinta..matangkan diri dulu..kuatkan cinta dengan tuhan baru semai cinta untuk perempuan..

kalau yang datang then pergi balik tu dah terang2 la die bukan untuk kau..pejam mata, pusing belakang, fikir masa depan, jangan nak sedih sangat, tuhan cipta perempuan bukan untuk buat kau sedih..sampai masa nanti adala perempuan yang stay dengan kau sampai bila2

btw aku xde perempuan pun aku happy..hehe..*bukan bermaksud aku gay
haisayasukaentrini berkata…
tanpa nama, kau merujuk kepada siapa tak matang ni? haha.
cikpia berkata…
kalau dia pergi tinggal kita, then move on..... tak guna merayu,mengharap..... sebab KALAU dia balik semula pun belum tentu hatinya masih kat kita.... setuju?
Farahani berkata…
Aku selalu pelik kenapa kalau aku mengadu sakit, kena tunggu bas sampai sejam, and ade ape2 urusan, bf aku kadang2 suruh aku pegi sendiri. Dah lama2, die ckp sama macam apa yg bro ckp.."AKU NAK KO BERDIKARI, KALAU DITAKDIRKAN AKU PEGI DULU, KO TAU APE NAK BUAT TANPA AKU DI SISI". Serius touching, n aku baru sedar dia bukan abaikan tp taknak manjakan aku. Nice entry!!
Shahiela C berkata…
Terharu baca entri ni, sangat bermakna.
Shahiela C berkata…
Terharu baca entri ni, sangat bermakna.
Shahiela C berkata…
Terharu baca entri ni, sangat bermakna.
Shahiela C berkata…
Terharu baca entri ni, sangat bermakna.
Fatimah Ali berkata…
kalaulah bf aku baca benda ni.
Jemari MonteL berkata…
dpt BF camnih mmg bahagia idop... tol sbg pompuan kena ler berdikari kan.. tp kalo lelaki yg suke mnyusahkan pompuan camana???

ps : sekarang ako tak rase saketnye ditinggalkan atau meninggalkan kerana ako takde sesapa nak ditinggalkan @ meninggalkan... SINGLE is BETTER
Tanpa Nama berkata…
bf aku mmg sentiasa bz.mcm2 bende aku da rase.mmg betol pe ko cakap kan tu.tapi ingat,pikiran perempuan ni jauh ke depan..ingat yang perempuan ni pelupe,nak selalu orang ingatkan ade orang sayang die.untunglah sesiape yang dapt bf mmg betol ikhlas and sayang kan die.

nak ikotkan independent,im endependent enough,pegi mane2 aku sorang je kadang2.x pernah nak susah kan die..just aku nak attention die itu je..duit tu bukn nye satu hal.
bukan boneka berkata…
@Tanpa Nama kite serupa..aku pun x berniat nak bebankan bf. aku cume harap dia boleh appreciate kewujudan aku..
perempuan mmg sukakan perhatian. bcoz v are easily feeling insecure. jgn smpai gf dah sibuk layan scandal, si bf nak angin satu badan plak..
Anuar berkata…
kepada brother penulis sahaja.

ASAL BLOG ASAL,KAU PRIVATE KAN!!??
Tanpa Nama berkata…
wei.. aku sedih.... baru aku tau nape ade masa bf akan wat dun no je ngan awek dia...
yunZatie berkata…
tuan blog! sumpah aku rasa kau macm watak pakwe aku.
Tanpa Nama berkata…
nice :)
Tanpa Nama berkata…
Aku xske kalo dpt bf asyk nk take care aku je 24/7.rimas doh..
mmg terbaikkk... but no need tuk cinta sebelum kahwin... am i right??
forevershashasha berkata…
"Gua bukannya tak ambil kisah kadang-kadang. Cuma tak mahu manjakan sangat. Gua masih fikir 24/7 segala tentang makwe. Cuma aku tak mahu manjakan sangat. Takut nanti mungkin aku mati dulu. Aku tak mahu makwe rasa beban kalau aku takde. Atleast dia dah pernah lalui semua benda tu seorang diri sekali dari sepuluh kali aku bantu dia."

homaigod..sebijik cam ayat xbf aku dlu..tukar gua jadi saya n makwe jd awak je...huhu
Tanpa Nama berkata…
btol3....dh melalui saat 'melepaskan' tu. n now die dh kmbali.tp serius kdg2 rasa marah saat die g dlu msih trasa..
aku nabihahaha:) berkata…
Gua hanya rasa makwe itu ialah seorang manusia yang jatuh dari entah dari mana. Lalu melintas depan gua dengan seribu satu haruman. Belum sempat pandang muka, sudah jantung ini berdebar. Belum sempat pandang muka dah telan air liur sambil berkata,

"This is it."

ayat ni mmg epic habis.
apahal huduh terfaktab sekarang?

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.