Jika Tangan Terhiris Pisau.

Berikut ialah entri kiriman dari Shahirahkhairuddin. Sebuah entri yang menarik untuk kita fikirkan dan renungkan mengenai cinta. Terima kasih kepada Shahirah, love love love!


Putus cinta. Ditinggalkan. Difaktabkan.
Sudah serik, malah tak mahu lagi jadi apa-apa untuk sesiapa pun.

Kita seringkali duduk di hadapan pintu yang masih tertutup, sedangkan ada pintu lain lagi yang masih terbuka. Kita jadi lemah, gagal untuk bangkit dari depan pintu yang tertutup rapat itu tadi.. Kita menangisi nasib dan mengharapkan pintu itu tidak tertutup dan sentiasa akan terbuka seperti dahulu. Kita terlalu berat untuk menerima kenyataan hidup, lalu kita terus terduduk melutut di hadapan pintu tersebut. Menangisi nasib yang kita kira tidak patut terjadi. Sangat menyedihkan bukan? Sedangkan kita sentiasa saja punya kudrat untuk cuba bangkit, berdiri tegak lalu melangkah dengan gagah menuju ke pintu lain yang masih terbuka. Hidup ini adalah pilihan, masalahnya kita yang tak mahu buat pilihan apa-apa. Masalahnya kita rela untuk terus duduk di hadapan pintu yang tertutup itu dan mengharapkan pintu tersebut akan terbuka semula suatu hari nanti. Soalnya sampai bila mahu tunggu? Sampai kepala beruban?

Kadangkala kerana merasa terkhianati, kita jadi lupa macam mana rasanya cinta. Kita lupa atau sengaja buat-buat lupa? Kerana takut terkhianati lagi mungkin. Saya beri contoh mudah. Kita sedang kupas bawang, tiba-tiba pisau yang kita gunakan itu mencederakan jari kita. Terhiris lalu berdarah. Apakah kita tidak mahu menggunakan pisau lagi selepas itu? Berubah angin, kupas bawang pakai gunting pulak? Ataupun kita ambil keputusan, memasak tanpa menggunakan bawang. Kita rela makan dengan rasa yang tidak cukup perencah. Macam tu?

Come on la. Hidup ini terlalu indah untuk di sia-siakan. Cinta itu adalah anugerah. Setiap orang berhak untuk merasa mencintai dan dicintai. Malah cinta itu tidak mengenal siapa. Orang buta juga punya perasaan cinta.. bercinta, dan kemudian berkahwin. Malah golongan OKU juga bercinta. Heh, teringat pula kepada kawan saya 'mad lompat' yang hanya mempunyai sebelah sahaja kaki. Beliau merupakan classmate pertama yang menamatkan zaman bujang. Cool kan? Hurm.. kita yang sempuna ini apatah lagi. Apakah kita mahu mensia-siakan anugerah yang Allah beri ini begitu saja? Menolak kasih sayang yang hadir semata-mata kerana sudah serik.

Kenyataan itu sesuatu yang menyakitkan dan adakala menakutkan untuk diterima. Tapi kita kena belajar untuk jadi kuat. Kita mesti berani untuk bangun kembali. Kalau kita tak berani, macam mana kita nak maju ke hadapan? Ibarat bayi yang baru belajar berjalan, andai dia terjatuh, dan takut untuk berjalan lagi, sampai bila-bila pun tak kan tahu berjalan sendiri bukan?

Satu yang saya percaya, hukum hidup ini mudah. Kalau kita berbuat kebaikan, maka kebaikan itu akan datang kepada kita semula. Kalau kita memberikan kasih sayang, kasih sayang itu akan datang kepada kita semula. Dengan syarat, apa sahaja yang kita lakukan mestilah dengan hati yang ikhlas. Dalam bercinta pula, kalau kita tak permainkan perasaan orang, pasti perasaan kita juga tidak akan dipermainkan. Kalau pun kita dipermainkan, kalau pun kita dikecewakan, anggap saja itu adalah harga yang harus kita bayar untuk bahagia yang tuhan akan beri kemudian nanti. Mendung bukan sepanjang waktu. Esok-esok, matahari menjengah kembali. Kalau ada tangan yang dihulur untuk beri kekuatan kepada kita agar kita dapat bangkit semula, sambutlah ia dengan serendah-rendah hati. Manalah tahu, itu bahagia yang kita cari selama ini. luka dalam hati yang warnanya merah itu, lama-lama nanti pulihlah.


Secebis kata-kata untuk dikongsi bersama ;


As we grow up, we learn that even the one person that wasn't supposed to ever let us down, probably will. You'll have your heart broken and you'll break others' hearts. You'll fight with your best friend or maybe even fall in love with them, and you'll cry because time is flying by. So take too many pictures, laugh too much, forgive freely, and love like you've never been hurt. Life comes with no guarantees, no time outs, no second chances. you just have to live life to the fullest, tell someone what they mean to you and tell someone off, speak out, dance in the pouring rain, hold someone's hand, comfort a friend, fall asleep watching the sun come up, stay up late, be a flirt, and smile until your face hurts. Don't be afraid to take chances or fall in love and most of all, live in the moment because every second you spend angry or upset is a second of happiness you can never get back.

p/s: Bagi seorang lelaki, cinta adalah satu fasa atau pun satu bab dalam keseluruhan hidup mereka. Tapi bagi wanita, cinta itu adalah dunia mereka..

Ulasan

amiralyn berkata…
setuju, hidup ini terlalu indah untuk disia-siakan :)
spesispenunggu? berkata…
wuwuwuwu.entri nih sangat kena untuk insan2 yang merasakan hati aku dah tertutup sejak si dia tinggalkan aku. come on dear! life must go on.. sukar nak lupa tak bermakna takleh lupa. =)
dochi berkata…
epic ah entry nih .
gila terkena batang hidung .
kalau boleh nak bina rumah terus depan pintu tu .
senang kalau terbukak cepat2 masuk hahaaaa *joke -,-
Cik Dania berkata…
Bagi seorang lelaki, cinta adalah satu fasa atau pun satu bab dalam keseluruhan hidup mereka. Tapi bagi wanita, cinta itu adalah dunia mereka..

really love that statement!!! i admit i :)
Marie-Anne Bennett berkata…
Speechless. A direct hit to my ass. Thank you dear.
Aslina berkata…
thanks. really open up my minds to be more positive towards love.

huhu.

nais....
Mashe berkata…
setuju ngan ayat terakhir~
Mashe berkata…
setuju ngan ayat terakhir~
shahirahkhairudin berkata…
:)

tenkiyu tuan rumah terfaktab. love much much. muahs !

tak salah nak berdukacita. tapi nanti bangun balik.
♥c!k Ann♥ berkata…
aku terkedu! Hebat!
Cinderella Rapunzel berkata…
Sape yang jenis duk depan pintu tertutup tu, korang semua kene baca buku "Who Moved My Cheese? for Teens" by Spencer Johnson
http://www.amazon.com/Who-Moved-My-Cheese-Teens/dp/0399240071

lepas aku baca buku ni, baru la aku boleh accept the changes, move on, cari pintu lain yang terbuka. or in this book, look for another cheese.
Sam berkata…
Tepat weh kena sebijik kat muka aku..Haha..
Tapi aku dah mula tinggalkan pintu yang tertutup tu,tapi masih belum jumpa pintu terbuka yang sesuai :D
LaTip BogiBa berkata…
sama la kes dgn aku.
pinjam jap post ni.
Eyzan Encha berkata…
like giler entry nih. mantop ah!!
(^_^)/
nagisa_rin berkata…
ex aku cam gtu laa..
aku da de life aku yg lbh bahagia wlupn single..
tp dia msh xmove on lg dr knangan lame..
pdhal dr dia sdr yg mlukakn ht aku..
btl,hdp kite tlalu indah utk dpersiakan..
sbb 2 knape aku tidak tlalu bsedih..
hdp perlu dteruskan..
de yg lbh baek mgkin..
InsyaAllah~~
Hazlin Baharudin berkata…
cakap boleh la...cuba buat, tengok.
Bukan senang nak mulakan yang baru
TheBentPencil berkata…
memang susah tapi boleh.

ingat bahawa setiap orang ada soulmate diciptakan khas untuk dia

takkan nak bagi soulmate tu tunggu lama2, sebab kamu tak ingin nak bergerak dari pintu tu?
Teeha Mohd berkata…
terbaekkkk . idop terlalu indah untuk disia sia kan :)
Cinderella Rapunzel berkata…
Cik Hazlin Baharudin, its definitely susah. Tapi BOLEH (quote TheBentPencil)

The first step is PAKSA diri bergerak dari pintu tu. Memang susah, dan sakit. Rasa nak muntah, rasa nak mati, rasa nak terberak pun ada. The keyword here is PAKSA diri.

Good Luck ;)
shahirahkhairudin berkata…
setuju dengan cinderella rapunzel.
pilihan tu di tangan kita. kita kena motivate diri kita untuk bergerak.

saya percaya ramai dari kita pernah lalu pengalaman yang serupa. mesti boleh kalau kita mahu. dan tak lupa bila dating lima kali sehari tu, mohon doa pada Dia.

insyaAllah boleh. sejak awal kejadian kita dulu kita memang hebat kan?
farah benz berkata…
aku break up dgn ex bf setelah 2tahun couple, since lepas spm. mmg sakit sampai aku tak bukak hati kat orang lain. tapi aku nekad move on. aku sibukkan diri and now, aku dah sambung degree and dah jumpa someone yang lain. memang susah tapi BOLEH, sbb masa mengubati luka itu. nice entry. :)
Hazlin Baharudin berkata…
yela korang...kata2 nasihat macam ni selalu sangat aku dengar. Kecewa dan Putus cinta adalah sakit yang paling sakit yang pernah aku alami dalam hidup.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.