Crush.

Love song week eh? Masa AlexiaAqram memberitahu kepada aku tentang minggu istimewa ni, aku macam tak amek endah sangat. Entah kenapa aku tak rasa perlu aku sumbang sesuatu di dalam minggu istimewa kalini. Tentang love song? Aku sendiri pun tak punya cinta bukan mahram untuk di sebarkan melalui lagu. Mana mungkin aku dapat selesaikan tanggung jawab sebagai seorang penulis bersahaja. Oh macam celaka ayat.

Aku tak rasa untuk bercoret panjang untuk entri kali ni. Sekadar ingin berkongsi cerita. Ya, cerita lagi. Terima kasih kepada seorang dua tiga manusia yang setia membaca cerita dari aku. Walaupun bos aku sendiri AlexiaAqram dah jarang membaca. Aku mahu buat kelainan kali ni. Tak mahu lagi bicara persis cerkon cerita kontot yang meleleh yang mampu buat orang menguap dengan dialog tak ubah seperti drama swasta dari tanah seberang. Plot yang berterabur. Tajuk cerita kalini ialah mengenai crush.

Apa itu crush? Bukannya keras. Bukan juga pinggan jatuh ke lantai bersepai dan berbunyi kerash! Dari amatan aku, crush ini ialah seorang manusia yang dikurniakan Tuhan mempunyai tarikan sendiri yang boleh buat kau, kau dan kau tertarik untuk melihat sambil hati berdebar-debar. Membuatkan kau, kau dan kau suka melihatnya kerana personalitinya. Kerana tingkah lakunya. Dan mungkin juga kerana kecantikan/ketampanannya.

Jika dia adalah crush. Kita pula ialah secret admire nya. Selalunya peminat senyap ini akan terus senyap. Senyap dan senyap. Minatnya untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan crush. Namun terus senyap dan berharap agar datang seekor cupid dengan pakaian membuka aurat terbang di awangan, melastik crush dan crush akan jatuh hati kepada secret admire.

Selalunya begitu.

Peminat senyap ini akan terus mengintai jika punya peluang. Sampai satu tahap yang lebih menyeramkan, peminat senyap ini boleh menjadi seperti paparazi yang mengejar foto-foto menarik artis untuk di sebarkan gosip mereka. Persis begini lah mereka. Mengejar tanpa ada rasa sebab sendiri. Hanya kerana mahu tengok crush mereka.

Kadang kala,

Peminat senyap ini tak mahu ada apa-apa hubungan dengan crush mereka. Mereka hanya mahu berkawan. Mereka hanya suka dengan personaliti crush mereka tapi tak pula tergerak di hati mahu di ambil jadi teman hidup. Kerana, dalam benak hati mereka, mereka rasakan,

"Eh, dia terlampau perfect untuk aku. Cukuplah sekadar berkawan. Itu sudah memadai"

Pinjam seni kata lagu Paramore, Crushcrushcrush,


"Cause I'd rather waste my life pretending than have to forget you for one whole minute"
Paramore, Crushcrushcrush 

Mereka bukannya takut akan sempurnanya crush mereka itu. Mereka hanya takut, jika mereka melangkah lagi satu tapak kehadapan seiring bersama si crush, satu sahaja kesilapan boleh buat mereka buta selama-lamanya daripada melihat crush mereka itu.

Bagi aku? Entah. Aku rasa crush ni seperti virtually rebounce relationship. Aku jenis tak mahu melukakan hati manusia lain dengan mengada-ngadakan rebounce relationship. Bila dah kembali selesa dengan kehidupan sendiri selepas kekecewaan bercinta, tinggalkan. Aku bukan jenis itu. Jadi, aku lebih selesa dengan crush. Mudah. Aku boleh simpan rasa itu seorang dari dia terus tahu. 

Kerana aku tahu, nafsu dalam diri ini hanya mahu melihat sesuatu yang indah untuk melupakan sesuatu yang gagal. Jadi aku pilih dia. Aku ambil dia seperti penguat semangat aku untuk terus hirup udara segar dan hidup. Elak segala jenis hujan tahi burung dan terus hidup. Genggam angin puting beliung dan hidup. Aku ambil dia, untuk aku buat sesuatu yang baik di hadapannya. Untuk aku mahu dia lihat aku ialah seorang lelaki yang hebat!

Walaupun terus-terusan dia takkan pernah tahu, aku suka melihatnya. Senyumnya, suaranya, gayanya. Tapi dalam benak hati ini, masih ada yang berbisik, belum punya rasa lebih dari itu.

Nah love song yang aku nak tujukan kepada semua crush-crush aku. Yang pernah menjadi crush dan juga crush sekarang. Kau orang takkan pernah tahu siapa kau orang. Ini lagu bukan aku ambil dari siapa-siapa. Ini lagu tulus dari hati nukilan aku sendiri. Mungkin suara seperti itik menyanyikan lagu Siti Nurhaliza sambil berenang di tasik, tapi ini lah. Dengar sahaja kalau rasa nak rosakkan gegendang telinga.

Juga untuk sesiapa sahaja yang punya crush dan tak kesampaian untuk memberi tahu,

"Aku suka kau."



Aku ingin hilang ingatan.
Aku ingin lenyapkan rasa.
Andaiku mampu pilih memorimu,
kanku buang ia menjauh

Kau lalu dihadapanku.
tiada dayamu memandangku.
Kau berlalu dan terus berlalu.
kau pejamkan sebelah matamu itu.

//
Lenyap semua yang ada kamu dalam diriku.
Hilang,hilang, tinggal kenangan kisah lama.

Ku harapkan aku lenyapkan terus.
Hilang ingatan semua tentangmu.
Kenyataannya hatiku terikat padamu.

Kau lalu dihadapanku.
tiada dayamu memandangku.
Kau berlalu dan terus berlalu.
kau pejamkan sebelah matamu itu.

//

Lenyap semua yang ada kamu dalam diriku.
Hilang,hilang, tinggal kenangan kisah lama.

Ku harapkan aku lenyapkan terus.
Hilang ingatan semua tentangmu.
Kenyataannya hatiku terikat padamu.

Ulasan

shahirahkhairudin berkata…
sekennn..

aaa.. tak sakit ke hati bila kita suka tapi tak khabarkan? tak macam angin kentut bergulung dalam perut?
misz aisya berkata…
lagu best tp kalau kau tak letak lirik, aku mesti xdpt tgkap apa yg kau cakap..

kau bukaklah mulut besar sikit, baru clear! ahha

nway, aku mcm kau jugak, minat sekadar minat. tak pernah harap lebih pun sebab dia cukup sempurna..tapi kalau dia nak kat aku??

I DO!!! hahaa
erysweetie berkata…
huhuhu....dulu, aku selalu mengharapkn crush aku tu ade crush balik kat aku..hahha...

mimpi je la dia nak kat aku =p
Unknown berkata…
tak layak jd crush ;p
farrakaka berkata…
good one. :)

n i do agree, sometimes, it's better to leave some things unspoken.
Didyajustsaytht berkata…
Crush itu lagu jugak. Lagu david archuletta

"do you ever think, when you're all alone, all that we can be, where this thing can go?"

ouch...crushing is painful. and f confession failed, it feels like being crushed.

p.s. nice song!
:') aku sekarang lebih senang menangis sambil tersenyum berbanding menangis bagai keling mati laki . aku dah letih dgn semua tu . hati aku dah kering . tak ada lagi memory manis yang basah tinggal untuk aku fikir . aku ambil cerita kau sebagai pengajaran . cukuplah sekadar aku admire dalam diam . hati akan lebih senang dari kita mengaku dan akhirnya , pangg ! aku kena dump . that was too sad for me . orang pertama aku kirim chocolate , orang pertama yg buat aku merana . chocolate dia terima tp hati dia entah kemana . sejak tu , aku benci chocolate . aku rasa hidup aku sangat malang . :')
nohfee berkata…
sangat suka. aku tak skip pon ayat2 kau baca entry kali ni. best! betul tu. crush lebih baik.
Tanpa Nama berkata…
let me in love from a far
shandye. berkata…
@farrakaka: could not agree more. diam2 sudeyh... well, if its not meant to me, its not meant to be. kan?
Tanpa Nama berkata…
betul3...suke sgt ayt2 penulis sahaja dlm n3 ni..:)
Tanpa Nama berkata…
karya ni hebat.sepatutnya crush mmg mcm tu kan. senyap sahaja. takut nanti bila dah confess tak akan jadi kawan pulak. haha
AA berkata…
gua baca je, komen je tak.


eh. dah komen lah ni.

haha!
Liyana Nina berkata…
suke bace Crush ney.. if karangan ni panjang berjela-jela pun sanggup bace.. =)i have crush on someone too.. <3 but just as secret admire...
Tanpa Nama berkata…
same goes with me... errrmm..
penulis.sahaja berkata…
@semua,
terima kasih semua atas komen2 itu.
teruskan membaca terfaktab!

@bos,
saje je gertak! haha.

@shahirahkhairudin,
kalau tahan kentut mana sakit!

@misz aisya,
dah habis bukak mulut dah tu.

@erysweetie,
jgn pernah berhenti bermimpi.

@ezan idma,
semua orang layak jadi crush.

@farrakaka,
quote terbaik.

@didyajustsaytht,
david archuletta tu laki ke perempuan? thanks puji lagu. haha.

@hayra,
jgn pernah labelkan diri sendiri malang. jgn berhenti bermimpi.
anggap semua dugaan hanya pelajaran. ok?

@nohfee,
kemaen tak skip! thanks!

@putrifayad,
terima kaseh.

@saiazuan,
terima kaseh.

@akuhasmie,
sudah dapat gambaran sebenar crush!

@nurul liyanina,
kalau dua muka?
Elena Reeney berkata…
dah dengar lama dah semua kat http://www.reverbnation.com/shafiqhelmi

power tak gua? cepat berdiri tepuk tangan
Unknown berkata…
dem. definisi crush yang hampir tepat. salute!

btw, aku rasa kau perlu pakai mikrofon kerna bunyi gitar terlalu kuat. lagu memang cun!
~Ati_Hime~ berkata…
kalau tengok dari jauh dan tak lebih dari itu tak pe..tapi jangan la beria2 nak stalk balik pintu cermin sampai kita pun naik tskut..sampai orang nak keluar pegi toilet pun payah sebab tunggu depan pintu..haih..tu org lain..

tp on my part..saya lebih selesa tanpa siapa2 tahu..dan saya juga berusaha untuk tidak mempermainkan hati orang..itu tidak adil.. :)
penulis.sahaja berkata…
@ER,
lu mmg hebat! nanti gua belanja teh o ais!

@artoone,
takde duit beli mic sedap. haha.

@ati,
salute pendirian kamu.
spesispenunggu? berkata…
whoaaaa.. siyes suka gile entry nih. yup! kdg2 best gak jadi peminat senyap.. hehe.. pendam lagi.. wuwuwuwu.. ku pendam sebuah perasaan - peminat senyapmu .. ;)
Unknown berkata…
erp...tapi cam ne kalu crush dpt detect peminat senyap dye..nak buat cam ne...entry best!!! credit =)
Tanpa Nama berkata…
ezra

"Mereka bukannya takut akan sempurnanya crush mereka itu. Mereka hanya takut, jika mereka melangkah lagi satu tapak kehadapan seiring bersama si crush, satu sahaja kesilapan boleh buat mereka buta selama-lamanya daripada melihat crush mereka itu."
yesss aku penah crush kat seseorg,pastu orang tu minat kat aku balik.kitaorg bekenalan,keluar jumpa,tapi...dia ckp aku bosan.aku rasa macam kena tumbuk kat muka,terus kitaorg tak contact da.jadi aku skang kembali ke asal(crush senyap senyap).haaa forever alone.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.