Isnin, Mei 30

The End Of Love Song Special Week


Cinta dan lagu sebenarnya merupakan satu ikatan yang memperlihatkan perasaan kita kepada seseorang. Tidak kiralah lagu sebagaimana yang kamu pilih dalam menterjemahkan perasaan cinta kamu, ia tetap wujud dan akan terus teguh dalam kehidupan. Walapun hanya lagu serangga pilihan.

Kami di Terfaktab merasakan perlunya minggu sebegini di adakan bagi menyerlahkan perasaan sebenar diri kami dan pembaca-pembaca sekalian mengenai apa yang kita semua ingin luahkan terhadap sesuatu melalui saluran dari sebuah lagu.

Jika kamu kecewa, mungkin kamu memutarkan lagu Janji Manismu oleh Aisyah.
Jika kamu rasa suka, tidak hairan kamu akan memutarkan lagu Aku Cinta Padamu oleh Siti Nurhaliza.

atau

Jika kamu rasa menyesal, mungkin kamu memutarkan lagu Stay Together For The Kids oleh Blink 182.
Jika kamu rasa hilang harapan, pasti kamu memutarkan lagu Fix You oleh Coldplay.

Banyak lagu pilihan yang kita boleh pilih. Cari, dengar dan pilih. Sematkan dalam fikiran seketika untuk hilangkan kerisauan dan apa-apa jenis perasaan dengan irama yang kamu suka.

Maka, setelah apa yang telah kita lalui dalam minggu love song yang sungguh mencabar ini. Dengan hal perasaan, parody, sarcasm, serius dan sebagainya, kami akan menamatkan minggu istimewa ini dengan hati yang gembira. Semoga ia memberi input dan output kepada kamu semua dan ya, mungkin boleh menambah playlist lagu kamu ke dalam Ipod. Kami di Terfaktab gembira dengan perkembangan ini dan hanya boleh mengucapkan jutaan terima kasih berserta ukiran senyuman tanda ikhlas kami kepada satu perpuluhan tiga juta pembaca (1.3 juta pembaca) kami di seluruh Malaysia dan dunia.

Akhir kata, saya AlexiaAqram, mewakili warga kerja Terfaktab yang lain, sekali lagi mengucapkan banyak-banyak terima kasih atas perhatian kamu semua dan berjumpa lagi kita pada minggu istimewa akan datang di bulan Jun. Dan, akhir sekali terimalah lagu penutup dari kami, High And Dry oleh Radiohead. Enjoy dan sekian terima kasih!


Ahad, Mei 29

selamat tinggal, sayang.

Ada tengok Desperate Housewives Season 7 (DHS7) - Never Can Say Goodbye? This entry is inspired from that episode.

“Leaving is never easy. But the time comes when we must move on.” - DHS7

Siapa cakap senang nak say GoodBye? There's nothing GOOD in a BYE you know.

Tapi ini realiti hidup. Apa yang kau mulakan akan berakhir sebenarnya. Either u end it up it a very suck way or in a better way. Depends on you.

It's a shame that it had to be this way. Kan dah cakap saying goodbye is not very easy things to do. Ni bukan GoodBye mama, I am going to school now. Ini saying Goodbye selamanya. You might not see the person anymore after saying the goodbye. That's why sometimes I hate saying goodbye tak kira lah dalam call ke or chatting. I feel like I will lose you tomorrow.

Maybe I'm to blame
Or maybe were the same
But either way I can't breathe
Either way I can't breathe


Kalau masalah itu terjadi daripada diri sendiri. Aku tak nak salahkan kau penyebabnya untuk sedapkan hati sendiri. But sometimes I blame others too. I know you all did blame others for what you did. At this point. Kau akan rasa kau sahaja yang betul. But when things get awfully tiring, try to seek for silence for a while. Then, you will realize bukan awak seorang sahaja yang salah. Saya sendiri pun ada salah. Masalah tak akan muncul kalau bertepuk sebelah tangan kan?

All I had to say is goodbye
Were better off this way

You mess all the things up. And you thinks saying goodbye is the wise choice. Why running away? Not trying to clean the mess first lah? Maybe it's better off this way with all the mess we have created. But in someday you have to face the mess again you created. Kau lari pun kau akan jumpa semula point masalah kau. Better settle kan semua make clean all before saying goodbye is better kan?

Tapi kadang kadang I looks like I don't care with the mess I have done. But I do care afterall. And sedapkan hati keadaan macam ni lebih baik buat masa ini. At least untuk sementara waktu. Bila aku dah sedia, I will face you again. Biar waktu sahaja yang menentukan bila masa yang sesuai untuk face each other again without any hatred anymore.

I'm alive but I'm losing all my drive
Cause everything we've been through
And everything about you
Seemed to be a lie
A guiltless twisted lie
It made me learn to hate you
Or hate myself for letting it pass by

I hate this. We started with a very good friendship. Later on we becomes stranger again. Trying to get rid your ex from your life. And trying to lie to yourself that this person never existed in your life. But you do care about that person at the end of the day. I can't defines my feeling to you, do I hate you or not. I can't defines that easily with words. It's amazing right when two peoples used to be so close suddenly becomes stranger again. Yes better off this way.

All I had to say is goodbye
Were better off this way
And every, everything isn't only
What it seemed so hold these
Words that you never told me
Its time to say goodbye


Different several guys is involved in my mind when I writing this. My love life is so tragic. Do anyone came up in your mind when reading this entry?

And this song entry is : Goodbye by Secondhand Serenade.


p/s: The end of the love song week. Goodbye this special week :')

Saranghaeyo~

Ape first impression korang kalau aku kate aku suka dengar lagu korea? Taktau la kan. Tapi, bagi aku setiap orang ada kesukaan masing-masing. Kalau ada orang suka dengar lagu yang bila-dengar-je-mesti-nak-headbanging, mungkin ada yang suka dengar lagu bila-dengar-je-rasa-nak-melentok-kepala-ke-kiri-dan-ke-kanan-dengan-sangat-mendayu-dayunya. So, itu kesukaan masing-masing yang takde satu law pon dalam dunia ni yang boleh judge benda tu salah atau betul selagi tak melanggar syariat.

So, skang ni aku nak reveal yang aku memang sedang addicted tengok citer-citer korea. Aku tak kesah la korang nak cakap aku tengok muka laki yang macam pompuan ke, aku tengok sebab ada kumpulan Gegula atau 24 jam 7 hari ke, yang penting aku memang suka tengok citer korea. Mostly aku suka tengok drama dan variety show. Drama korea ni macam jugak drama hindustan. Ada lagu sendiri dalam filem. Tapi, takde la sampai menari-nari kan. Cuma, lagu tu akan membuatkan korang immersed dalam certain situation.

Dan kenapa aku suka sangat dengar lagu korea? Sebabnya, walaupon aku tak paham setiap patah yang dorang nyanyikan, tapi aku dapat feeling tu. Taktau kenapa. Lagi feeling kalau masa tengah tengok citer tu, keluar lagu yang jadi background dan keluar jugak liriknya. Kekadang feeling lelebih pulak bila dapat tahu maksud dia. Kahkah. Rase macam lawak pulak bila tules macam ni. I mean, gtau terang-terang tentang kesukaan aku dalam blog. Sooooo not me. =.='

Biasanya semua lagu korea aku layan. Nak layan saje tanpa memahaminya pon bukanlah aku. So, aku sedang sedaya upaya belajar bahasa korea sket-sket. Entahlah. Mungkin betul kate orang. Kalau dah suka, macam-macam sanggup buat. Haha.

Tapi, untuk entri ni, aku ada satu lagu yang aku nak dedikasikan buat seseorang. Aku harap dia baca. Dan lepas dia baca, dia sedar yang dia adalah orangnya. Ehem ehem. Dulu masa first time dia nyanyi lagu ni kat aku, aku dengar lagu ni je berulang kali. Tapi bila keadaan berubah, aku dah tak boleh dengar lagu ni lagi. Pedih. So, untuk kamu, lagu ini saya dedikasikan kembali.

Dirimu persis bintang terbit dari langit
Bukanlah mimpi-mimpiku
Di sini telah datang sayang paling dalam

Bawaku pulang berteman pelangi
Kamar hati ku hiasi
Biar cantik biar baru
Semuanya keranamu
Oh yang lemah kini gagah
Asal buruk jadi indah
Kerana sentuhan cintamu
Ku susun langkah melayarkan hari indah
Bersamamu

Lilin diri takkan padam
Seandainya engkau adalah sumbunya
Kaulah puteri ku dambakan
Bidadari syurga jelmaan dunia

Akan ku jaga
Seluruh jiwaku
Biarlah karam berdua
Asal kau tak terlepas 
Dari genggamanku
Biar kulamar
Sahih darimu
Menjadi ratu
Beradu dalam pelukanku
Kejoraku bersatu


Rindu itu ada. Rasa itu wujud. Cuma, perlu disembunyikan. Walau apa keadaan sekali pon. 
Saya doakan kamu bahagia. :)


p/s: Rindu gua tau bila gua dah takde lagi nanti. Live life to the fullest yawww! Annyeong~ :D

Sabtu, Mei 28

Barakallah hu lakuma

wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.


Saya dedikasikan ini kepada rakan itu, yang hari ni akan melangsungkan perkahwinan. Dahulunya dia ingin berkenalan dengan saya tetapi saya reject beliau. Tup-tap setahun kemudian dia melangsungkan perkahwinan dengan pilihan keluarga. LULZ!

Baru-baru ini banyak pula berita yang hadir ke telinga mengenai rakan yang akan berkahwin. Hari ini juga tarikh perkahwinan rakan setaman dahulu, yang sebaya TheOtherKhairul. Dan dalam beberapa hari lagi, seorang saudara yang sebaya AlexiaAqram pula akan berkahwin. (Ada la yang bersin kejap lagi LULZ).

Dan dalam kisah-kisah gembira itu pula dengar pula soseh-soseh mengenai rakan yang sudah hampir tiga puluh tetapi masih single, rakan yang sibuk merancang untuk berkahwin tetapi sehingga hari ini masih tiada kad jemputan dititipkan, dan rakan yang mungkin akan dilangkau bendul oleh adik-adik yang lebhi “bertuah” (ehem siapa tu).

Dan mulalah ada yang mencerita, mempersalah dan membanding. “Dah berpelajaran dan ada jawatan kerajaan, kenapa masih single?” dan “apasal kau kena reject 6-7 kali? Kau ada badi cinta agung gagal ke apa? “ serta “tulah, siapa suruh menyombong, jual mahal kan sekarang sudah tak laku” lagi “tak pandai jaga badan sebab tulah tiada orang nak” atau paling pedas “couple-break-couple-break, ni mesti kerjanya main-mainkan hati orang je kan? Puihh!”

Kenapa masih sendiri?
Mudah saja jawapannya, belum jodoh!

Saya teringat semasa saya datang ke perkahwinan rakan sekelas bersama teman-teman sebaya yang sama-sama single. Sedang kami asyik makan, DJ majlis tersebut sindir kami. “Kawan kamu sorang ni dah kahwin. Yang depan-depan saya ni, bila lagi?”

“Dengan mudah saya menjawab BESOK PAKCIK!”
"Alhamdulillah!" reaksi pakcik tu dengan overnya. [link]
Sebenarnya kalau saya nak memang boleh pun saya kahwin esok. Lusa, tulat, tahun ini, tahun hadapan. Tapi jodoh ni bukan “kalau saya nak”, sebaliknya “kalau Allah nak.”

Jodoh bagi saya sama seperti ketentuan hari kelahiran dan hari kematian. There’s a power, higher up that controls all of this. Ada kuasa lebih utama yang mengawal pertemuan dan pepisahan seorang manusia, begitu juga kuasa besar tersebut mengawal mana satu yang akan menjadi persinggahan sementara dan mana yang akan menjadi persinggahan kekal.


Saya boleh bertemu ramai prospek (wah macam MLM pula guna perkataan tu—baiklah, guna perkataan calon), tapi belum tentu prospek calon tersebut adalah yang ditakdirkan untuk kita. No people, I am not making lame excuses to myself for not trying to get laid. Bukan saya memberi alasan kepada kemalasan saya untuk mencari pasangan. Saya cari—saya bercinta, saya berpisah. Saya cari lagi, bercinta lagi berpisah lagi. Tetapi kalau tiada gerak hati yang mengatakan “that’s the one!” siapa saya untuk membantah!

Mungkin orang itu ada di sana. Ya, dia yang di sana itu. Tapi dia belum sedar lagi.

Kepada dia itu, salam perkenalan salam ukhwah. Andainya kita ditakdir berjodoh, doakan supaya kita dipertemukan bawah rahmat-Nya. Dan kalau kita bertemu dan bercinta, tetapi kita bukan jodoh, doakan supaya kita dipisahkan juga di bawah rahmat-Nya supaya kita tidak berpisah sebagai musuh.

P.S. dan kepada yang nak berkahwin hari ini, saya tujukan lagu tersebut untuk anda.

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grant you kids who’ll make your home
Filled with laughter


Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
May blessings of Allah be upon you!link

Jumaat, Mei 27

kalau perempuan, adat lah malu-malu.. tapi kau lelaki kan?




lelaki
kau pandang mata perempuan yang kau suka dalam-dalam
dari mata kau boleh baca hati perempuan yang engkau suka

jangan tunggu perempuan confess
bertuah lah kalau perempuan nak mengaku dulu
kalau kau tak cakap yang engkau benar suka, perempuan tak akan tahu
ingat telepati ke boleh baca hati masing-masing, siap berdialog hati ke hati?

lelaki
cakap tau
cakap yang kau suka.

Not Really A Love Song



Wahhhh.. selamat kembali bersama ER. Maklumlah, TERFAKTAB sekarang banyak penulis and gua sure korang semua terhibur dengan pelbagai genre in writing. Okay, gua dah boleh bersara.

Since lagu lagu cinta super sweet and sedih berlambakan di entry entry sebelum ni, marilah kita meneruskan minggu LOVE song ni dengan nada yang sinis. Kadang kadang bila kita break up, kita rasa menyampah. And nak cakap, "Eh, eh.. Macam gua mati je lu takde kan?" Gua rasa gua banyak memilih untuk mendengar lagu lagu nyanyian Lily Allen. Sebab pada gua lagu dia realistik. Even ada benda taboo pun but hey tu lah benda yang kau kena telan.

First, lagu ni memang comel. Gua rasa macam sweet revenge :)



At first when I see you cry,

yeah it makes me smile, yeah it makes my smile

At worst I feel bad for a while,
but then I just smile I go ahead and smile




Second one, okay ni macam taboo sikit la. Lets say, u guys dah jumpa lelaki idaman. memang perfect ah serba serbi but can't satisfied u on bed. Heyyy, siapa cakap benda tu tak penting? Penting okayyyyy.. Lets say dapat memang nerd habis tapi ada 'the other side' of him macam suka abuse on bed for sex satisfaction ke? Haaa? Gila bercinta kau macam tu. So lagu ni memang untuk lelaki lelaki di luar sana yang budget bagus gila, cerita pong pang pong pang, sekali atas katil hanya bertahan untuk 3 minit 1/2. Tu pun tak guna apa weyhhh..






There's just one thing that's getting in the way

When we go up to bed, you're just no good, it's such a shame

I look into your eyes, I want to get to know you
And then you make this noise and it's apparent it's all over



Third song, gua tujukan kepada ex bf gua yang pendek akal, cerita gebang, dan kurang ilmu pengetahuan. Tau nak bangkang je. Bodoh sombong. Oh oh oh, tau siapa? MAMAT-LOSER-GILA-BABIH-JUAL-PERIUK-BERSAMA-BINI-DIA-YANG-BUDGET-PARIS-HILTON--BUDAK-SIMPUNK-RENGGAM!! Hell yeahhhh!!


Look inside, look inside your tiny mind

Then look a bit harder

'Cause we're so uninspired, so sick and tired
Of all the hatred you harbor



And last but not least, this song is for all the girls out there who've been played, dumped with their partners. Steady weyhhhh..


Now that you are out of my life,

I'm so much better,

You thought that I'd be weak without ya,

But I'm stronger,
You thought that I'd be broke without ya,
But I'm richer,
You thought that I'd be sad without ya,
I laugh harder,
You thought I wouldn't grow without ya,
Now I'm wiser,
You thought that I'd be helpless without ya,
But I'm smarter,
You thought that I'd be stressed without ya,
But I'm chillin'
You thought I wouldn't sell without ya,
Sold nine million.





Tapi nak tau lagu yang layan mood gua yang di sedang landa kesedihan ni?


Nobody said it was easy

Oh, it's such a shame for us to part

Nobody said it was easy

No one ever said it would be so hard



Okay tu je. Emosi gua tengah tak stabil ni. Bye :)



Khamis, Mei 26

Maybe She Will . Maybe Not.



Bagaimana ya hendak aku mulakan? Tolonglah. Kenapa kamu terlalu menganggap cinta itu amat serius sampaikan setiap masa dan waktu perlu kamu ambil tahu perkembangan pasangan 24 jam? Mungkin kerana kamu terlalu sayang. Kamu terlalu bersikap tidak mahu melepaskan diri dari perjanjian dan obses dengan pasangan kamu sebenarnya.

Itu tidak steady namanya. Tidak layak untuk kamu merasa terlalu comel dalam berpasangan jika itu yang kamu sedang lakukan. Ini bukan pernyataan kelakar. Tetapi aku lihat, sangat berbeza pandangan kita mengenai cinta dan komitmen. Eh, kenapa ya?

Aku perasan, dan mungkin kamu perasan yang kita di umur muda ini terlalu sangat mengikut PERASAAN dalam bercinta. Ikut alunan lagu-lagu dewi dan mahakarya yang melalaikan kita dari menjadi seorang normal. Normal seperti manusia, bukan seperti budak-budak rambut emo/gothic yang tak habis-habis memegang jambul di depan untuk di luruskan. Ataupun perempuan-perempuan bermata bulat hitam hasil dari contact-lens dari Korea. Aku rasa kalau aku ada penyembur nyamuk, mahu saja aku nyalakan pemetik api dan semburkan ke arah mereka. Biar terbakar, padan muka.

Terfikir tak tentang nenek dan datuk kamu, atau ibu dan ayah kamu dengan situasi sebegini ;
"Nenek, atok mana? Tak nampak dari tadi?"
Lalu nenek kamu jawab,
"Entahlerrr, kejap lagi baliklah tu"
Berbanding kamu pula bila di tanya ;
"Eh beb, boyfriend kau mana?"
Dan kamu menjawab,
"Ini yang aku risau, dia tak call-call aku dari tengahari tadi, entah-entah keluar dengan perempuan lain"
Aku cuma nak cakap. Heh.

Mungkinlah semua orang mempunyai lagu cinta. Bahkan, lirik cinta. Cinta di ranjang memang menyeronokkan dengan alunan lagu John Mayer bertajuk Gravity. Ada sesetengah lelaki menganggap feel lagu cinta di atas ranjang berbeza dan ampuh penangannya.

Tapi, janganlah salah sangka. Aku tak pandai bab ranjang-ranjang sebegini. Apatah lagi di dalam Perodua Myvi berhawa dingin pada waku malam. Di sinari cahaya dahsboard bewarna jingga. Percaya atau tidak, kereta nasional sering menjadi ranjang kedua pasangan bercinta. (masih dalam kajian)

Entahlah, jika aku cubit pipi teman wanita aku, yang aku nampak hanyalah nota kosong. Umpama berjalan secara solo di dalam Pavillion. Janggal tapi menyeronokkan. Lagak tapi tiada duit. Tapi, hati tetap gembira sebab dapat melihat pelbagai aneka buah-buah yang ranum dan wangi. Eh, aku mula mengarut lagi. Maaf.

Jadi, aku mengambil keputusan untuk menjadikan lagu-lagu bercorak post-rock ataupun post-metal sebagai lagu tema cinta aku. Ia tanpa lirik. Hanya bayangan dalam fikiran mencorakkan cerita di dalam sebuah lagu. Ia hanya sekali petik, bukan sengaja di reka. Seperti lagu ini ;




To the skies from a hillside. Aku analogikan lagu ini dalam menyamakan cinta itu perlu mencari dan di cari. Bukannya terhegeh-hegeh mengenangkan yang lama itu masih tetap terbaik. Perbandingan. Ini bumi. Bukan Cybertron. Sedangkan Optimus Prime sendiri selesa duduk di bumi sambil bermegah dengan lori-nya yang berkilat. Yang kamu masih di takuk lama kenapa?

Oh aku tahu. Kamu buntu. Ya, aku turut merasakan buntu bila terkena dugaan. Kadang-kala mahu saja ambil tali, gantung diri. Biar orang lain menyesal. Ataupun berenang ke tengah laut, membiarkan diri tenggelam di mamah longkang Selat Melaka. Itu semua bayangan, akhirnya yang aku hanya mampu lakukan ialah duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Korek hidung kedua-dua belah tangan misalnya.

Sungguh rumit pemikiran kamu dalam cinta. Ambilah lagu di bawah ini. Tanda ikhlas dari aku tentang cinta yang rumit. Kalau kamu rasa rumit mendengar lagu ini. Jangan gusar. Bukan kau seorang saja yang pakai shawls, loafer mahupun skinny jeans. Ramai lagi manusia di luar sana yang mempunyai pemikiran rumit dalam cinta.

Sendiri yang merumitkan keadaan, lepas itu salahkan orang lain. Memang tak guna punya kognitif.


Lelaki X & Perempuan Y

Semua dah start tulis entry masing2
Sebenarnya dah lama minggu lagu ni gwa nak initiate. Tapi masing2 busy dengan hal duniawi masing2.
In the end, voila! Its on.

Sejak berkurun lamanya, lagu yang paling ideal untuk gwa dengar kalau ade masalah dalam berkasih sayang (yucks) ialah lagu dalam album X&Y, Coldplay.

Nama album coldplay tu je dah gambarkan betapa album tu dihasilkan untuk lelaki n perempuan embrace the songs lyrics and  rhyme. X untuk lelaki Y untuk perempuan.

Fix You.
Lagu ni banyak illustrate pengalaman (if u had one) everytime u try to be in a relationship.
Take a good look at its lyrics
"When you try your best, but you don't succeed
When you get what you want, but not what you need"
Apparently, benda ni sentiasa berlaku. And sentiasa akan berlaku. Sebab tu kita akan selalu face trial and error dengan relationship thingy.

In relationship, Lu orang tak perlu salahkan siapa2 kalau benda tu gagal. I mean, what will u earn from that blame game? Satisfaction? Mungkin puas. Tapi untuk sekejap je. Lama2 lu orang akan fikir good side dengan bad side of playing the blame game.

Kalau kita cuma belajar untuk salahkan orang lain everytime we're in a relationship, we'll never get as far as we always hope to. Improvise. Memang la kadang2 past relationship tu buat some of us live in trauma, tapi every relationship has its own good side. Jangan asyik nak pandang benda2 yang buruk je, cuba sekali sekala cari the bright side of it and applied them shit to the new relationship. Kan lagi bagus?

Gwa xnak tafsir every inch of the song to y'all readers. Gwa nak lu orang faham ape yg dia nak sampaikan. We all do make mistakes. Sengaja ke tak sengaja ke its us. Its human nature. We make mistakes. Because its apart of the learning process. Kalau kau tak pernah buat salah, kau tak tau ape yang betul and salah. Senang kan?
"I promise you I will learn from my mistakes"
Kalau lu orang pernah tuturkan ayat kat atas tu, make sure lu orang buat. Jangan cakap je. Cakap banyak pun tak guna. I love you i love you i love you tapi dengan semua orang pon cakap benda yang sama. Kan ke agak celaka disitu?

Gwa ada nasihat celaka yg tak berapa nak celaka sangat la untuk lu orang harini
"Sayang guna hati, bukan guna mulut."
Ciao~








Rabu, Mei 25

Awek Tumblr



Oh kena ada lagu eh? Nah.

My (Ex) Girlfriend Theme Song

Every sound is a music. Every step you take is a music. Every heart beat is a music. Every breath you take is a music. Music is life.

-Lecturer kelas muzik gua.

Everytime aku ada girlfriend baru, aku akan adakan untuk dia theme song untuk dia - dan kalau cukup lama dan ada idea - i'll write her a song. Muzik bagi aku ialah satu cara untuk kita terus merasakan kita hidup. Dan setiap girlfriend aku - everytime aku dengar lagu theme song dorang - aku mesti tersenyum - even macam mana pun perangai dia, at least dia pernah singgah dalam hati aku.


Luv Ur Life
Silverchair
Diorama

#1
(21.05.02-06.08.02)

First girlfriend gua jumpa kat sekolah member gua.Gua kat sekolah adalah seorang mamat yang pemalas buat homework.So kerja gua melukis komik dan lukis je komik apa yang patut.Gua mungkin tak boleh lukis ala-ala Tony Wong yang gila gempak lukis figure,gua lebih ke arah brader Aie - Blues Untuk Aku dan Aku Dan Sesuatu.Masa gua kat sekolah - gua salah seorang dari trio yang lukis komik kat sekolah,member gua Shay dengan lagi sorang.Shay lukisan dia gempak - tapi gua lebih kepada menjual jalan cerita walaupun lukisan gua tak segempak Shay.

Dan melalui komik inilah,gua kenal sorang minah.Minah nilah first girlfriend gua.Gua kalau cakap ni,mungkin sedikit parabolalah - sebab gua cakap muka dia macam pelakon sinetron.Sebab tu gua sekarang anti cerita sinetron(nanti gua surahkan apa pasal gua anti sinetron).

So,bulan 5 gua dah nak pergi UiTM.Setelah sekian lama mendiamkan diri - kat sekolah pun saling tegur-menegur bodoh,hari-hari akhir gua sebelum gua nak pergi UiTM - dia confess kat gua dia suka kat gua.Dan hari-hari gua di UiTM dipenuhi dengan suasana ceria dan gembira despite skema macam kem tentera.

Tapi segala-galanya berubah bila ada satu mamat ni - mat baju Polo pakai spek dalam shopping complex,berjumpa dan menackle dia.Gua,tidak ada kuasa kewangan,dan menurut surah dari member gua,dia merupakan anak kepada ADUN somebody somebody,gua tak dapat pertahankan sebab apa,sebab gua tak berani.Gua gagal memberi offer yang lebih baik kepada dia.Sebab tu gua anti sinetron - dan gua anti borjois - gua honest dengan lu orang la.Tapi,the despise is not because of emotional basis je sekarang,it's more to intellectual and understand on social class la.


The Reason
Hoobastank
The Reason

#2
(29.03.04-23.05.04)

Sejak gua kena dump dengan minah berwajah pelakon sinetron Indonesia tu,gua hidup dalam kesepian.Akibat kesepian gua bergaul dengan roommate yang suka buat kapal selam.Kapal selam ni bukanlah kapal selam Scorpene tapi bong.Akibat gua suka mengebong dalam bilik,satu hari member gua perdajal,dia simpan bong dia dalam gua punya loker.Gua yang kantoi.Gua kena buang dari UiTM dan sejak tu,gua takde awek dan gua berhenti melukis komik.Melukis komik adalah sesuatu yang very painful.Gua punya phobia sampai komik Shin Chan pun gua tak nak tengok.Padahal dulu - penuh je memanjang komik - dari Aie ke Tony Wong,dari manga ke Marvel Comics.

Lepas tu gua try adjust masuk STPM sambil bekerja di warung tomyam.Kerja gua basuh pinggan.Lepas kerja - gua pergi CC online Friendster.Dari situ gua kenal nombor dua.Nombor dua ni memang misteri - gua tak tau datang dari mana.Dia add gua dan dia cakap gua ni jambu.Feck!Dia mintak nombor phone - gua rasa ni member gua pedajal gua buat akaun lain.Tapi I just give her a slack,gua bagi je la nombor gua.Bukan senang awek nak mintak nombor phone.

Serious,terasa seram pun ada,anonymous.Pastu dia call dan dia memang suara perempuan.Dude,I'm score!Gua tidak lagi menjadi cob-nobbler!Dan dari hari tu - gua declare je memandangkan dia yang mintak,bukan gua.

Tapi minah ni overrule gua.Gua kerja dia cakap gua bercengkarama dengan gua.Gua nak tengok bola dia cakap gua tengok movie dengan awek lain.Gua malas awek macam ni.Paling bingai - final FA Cup - dia tak kasi gua tengok,sebab dia kata ada plan dengan gua.Rupanya nak tengok konsert Akademi Fantasia.

Cinta gua dengan minah ni berakhir bila ada seorang lagi minah datang dalam hidup gua.Later.


Only One
Yellowcard
Ocean Avenue

#3.
(23.05.04-16.08.05)

Gua kenal minah ni dari member satu tempat tuisyen gua.First time jumpa minah ni - gua rasa dia ni snoobish gila.Gila snoobish sampai gua pun actually fade up dengan minah snoobish ni.Tapi gua entah macam mana,dengan awek gua masa tu buat hal,gua rasa why not gua give a try?Anyhow,gua tak nak ada perasaan "I'm cob-nobbler and I'm living on the shite" dalam hidup gua.Gua main missed call phone dia - hasil gua mintak dari member dia.Gila meleis - mintak nombor phone ngan member.Kali keempat gua missed call,dia message gua "if you have a dick why don't you just call?".Peh,gua kena attack setepek.Gua pergi runner kedai topup dan call.At first minah ni agak angkuh dan sombong gak la.Tapi gua call dia hari-hari sambil gua call jugak awek gua yang #2 tu.

Minah ni,first time dia tanya gua,oleh kerana masa tu gua pakai Che Guevara,dia tanya gua soalan-soalan tentang kekirian gua.Serious,macam kena interview kerja pun ada.Macam kena soal-siasat dengan bogon pun ada minah ni.Dia tanya ketulenan kekirian gua ni atau gua ni cuma mat poseur nak bajet cool pakai baju Che Guevara.Dia soal siasat dan gua disahkan oleh beliau yang gua ni memang 'lefties tulen'.Tak tau la,boleh ke ada pengesahan camtu haha!

So,setelah selama berkeluar 'dating' senyap-senyap,gua mengadu dengan dia yang gua tension dengan current gf gua sekarang.So,dia kata,"dump je la",masa tu berbelah bahagi la jugak.Dia kata dia ada solution untuk gua.Rupanya solutionnya adalah,dia jawab telefon awek gua dan cakap dia adalah awek gua.Awek gua #2 menangis emo,sedih dan meninggalkan gua.Gua dah fikir takde nobody - tapi dia yang offerkan diri nak jadi #3,gua ambik je takde banyak tanya.

Dari #3 ni gua kenal abang dia yang perangai cam celaka,dan adik dia yang bakal masuk list jugak.So,setiap malam - gua,sejak dari filem Ada Apa Dengan Cinta,gua suka tulis puisi dan poetry.Sebelum-sebelum tu,gua ada tulis gak lirik lagu untuk band gua Nobody Heroes.Tapi masa Nobody Heroes semua lirik lagu grunge,lagu entah maksud takde apa.Emptiness la konon.Start filem Ada Apa Dengan Cinta,gua tulis poem.Habit tu berterusan hinggalah yang #3 ni.Setiap malam gua SMS poem gua tulis dengan harapan gua boleh bajet diri gua adalah Rangga.Ptuih!Cinta suka Rangga sebab rambut dia macho,muka handsome - gua muka cam Chin Peng.Tapi ya,dia suka baca poem gua.

Cerita #3 ni terlalu panjang sebenarnya - kalah sinetron.Jadi gua pendekkan cerita,dia pindah oversea satu family,gua stay sini.Gua break up dengan dia sebab gua fikir konsep ruang dan masa gua yang tak sama.Dia jauh kat sana sedangkan gua gersang kat sini.Mana boleh dol.Kahkahkah!


Creep
Radiohead
Pablo Honey

#4
(16.09.05-23.09.05)

Dia ni member gua.Dia ni minah yang teringin jadi Cinta sebab takde Rangga,so gua suka layan je poetry dia kat Myspace.So satu hari dia kena dump dengan boyfriend.So dia emo-emo dan sedih.Gua layan emosi dia.Entah macam mana,gua cakap je la,dah kita dua-dua lonely,kita take care each other la.

Tapi,entah macam mana,feeling tu tak boleh.Sebab dua-dua dah anggap macam member.Nak cintan-cintun jadi geli.Last-last downgrade balik relationship jadi member.Senang.Kalau tak,nak cakap je takut silap cakap.Kalau member main lepas cakap je.


Broken
Seether feat Amy Lee
Disclaimer

#5
(11.09.06-01.04.07)

Yang #5 ni gua kenal dari member gua Mamet.Mamet ni dia banyak access awek cun-cun,so gua pun terlibat sekali sama dengan dia.Even masa gua couple dengan #3 dulu,gua ada gak senyap-senyap keluar dengan awek lain.Tapi as member je la.Jangan risau #3,kahkahkah!Ada dari Mamet ni,yang keluar dengan abang anda juga.Kepada Abang #3,pandai makan pandai simpan lauk dalam almari yer.Kahkahkah!

Anyway,awek ni dari apa yang gua fahamkan,adalah dari strata golongan atasan.Gua faham pesaing gua bukan kecik-kecik anak,tapi selepas kegagalan #1,gua tak nak mengalah lagi.Gua sanggup keluarkan ongkos untuk tidak kalah.Ya - gua menang,tapi akhirnya gua tak boleh co-op dengan lifestyle dia,gua mengalah.Gua chow dari dia.


I Wanna Hold Your Hand
The Beatles
I Wanna Hold Your Hand,I Saw Her Standing There.

#6
(19.05.07-08.07.07)

Gua kenal dia bila satu hari,gua datang ke rumah #3.Abang dia kaki riuh,#3 kaki bebel(sorry #3,c'est la fait,kahkahkah!),tapi yang ni pendiam.Aku rasa bila first time berjumpa dengan dia,adalah sama perasaan macam Cinta jumpa Rangga.Ya - gua terbalik.Gua rasa dia ni seorang yang misteri.

So,one day,masa gua nak datang rumah berjumpa dengan #3,kucing #6 yang buta mata sebelah ni melintas jalan.Gua dengan tindakan refleks Edwin van der Sar gua terus melompat ke arah kucing yang tak nampak sebuah kereta yang sedang berjalan agak laju juga di kawasan perumahan.Nasib baik mamat tu sempat brek,tapi gua yang jatuh ni sakit juga.Sejak tu gua rapat dengan nombor #6.Apa kait mengait #3 dengan #6?Ya,dorang adik beradik.

Gua rapat dengan dia sejak dari peristiwa tu.Tidak seperti yang lain,dia ada nilai pessimistik sebab dia mengidap penyakit alalia literalis atau gagap.So,disebabkan penyakit inilah - dia lebih suka mendiamkan diri duduk one corner dan tak bergaul dengan orang lain.

Gua - yang semasa kecil turut mengalami sindrom yang sama sehingga gua Darjah 3 - gua lawan gagap tu,so gua ceritalah pengalaman gua terutama Darjah 1-3 dimana gua dihimpit tekanan hidup kat rumah nenek dapat pakcik cam celaka.Dari perkongsian pengalaman,dan gua perhatikan dia suka tulis poem,suka melukis dan suka menganyam - gua rasa gua boleh masuk kepala dengan dia.Lama-lama lepak,so one day,bila si #3 ni pergi Singapore atas urusan skateboardingnya tu,gua tak nak follow instead gua lepak dengan #6.Ya gua memang bitch masa tu.Abang dia dengan muka pelik - "woit,#3 kat Singapore,apahal lu datang?".Tapi abang dia pun banyak makan dalam jugak,so dia buat silent mode je bila gua dengan #6 ni.

Memori gua tak boleh lupa ialah masa dia main keyboard - lagu I Want To Hold Your Hand.Gua sambung gitar dan menyanyi.Abang dia berjoget-joget atas tangga - slack dia tak pakai seluar senteng je masa tu.Kalau tak,konfirm dah duduk Tanjung Rambutan dah sekarang.Ya - sejak tu jadi rapat sampai plan nak celebrate birthday bersama.Tapi,si #3 sudah tahu dan mengamuk.Start tu jadi slow balik.

Sampai gua break dan beberapa tahun lepas tu,diorang pun ada kat negara atas angin,#3 pun berjaya contact gua.Masa tu gua dah takde apa-apa dan gua rasa ok je la,kan kalau dia add gua.#6 pun turut add gua juga.Haha,entah macam mana - bila MU kalah dengan Chelsea FA Cup 2007 - dua-dua sedih,dan dua-dua declare balik cinta lama yang terpendam.Dia ada janji - kalau gua sanggup tunggu,2010 dia akan pulang.

Tapi,8 Julai 2007 - dia meninggal.Gua tau tu bukan a happy goodbye - but life must rock on - walaupun gua tau amat susah.


Unintended
Muse
Showbiz

#7
(18.11.07-24.05.10)

Gua hidup macam harsh realm gila.Gila cob-nobbler.Loser la senang cerita.So,gua extend dua semester sebab gua nak bagi relax mental gua sejak #6 meninggal.Emosi gua betul-betul tertekan - sampai gua jumpa #7.Nombor #7 ni ditemui oleh abang kepada #3 dan #6 - dia tengok gua hidup dalam tertekan - so dia kenalkan gua dengan nombor #7.What a cupid.Gua masa tu masih lagi berangga-cinta walaupun Rangga dah jadi Joni dalam citer Janji Joni.Pfft,what a lamestain gua ni.Tapi #7 - seperti #3,#4 dan #6 - suka juga kepada poetry.Setiap malam gua bagi poetry.

Lepas tu gua mula hidup selepas universiti.Macam-macam pancaroba gua lalui - #7 banyak membantu gua,especially kewangan.#3 pun turut menghulur-hulur.Pergh,walaupun penganggur - gua boleh stable lagi - terutamanya masa tu baru lepas balik dari UK.Duit pound sterling member suruh belikan rokok,tapai atau apa jadahnya pun dorang tak mintak balik,instead suruh gua simpan.Dapatlah around 100 pound.Duduk rumah,dengan 100 pound aka RM611 yang gua dapat,boleh la survive sebulan dua.

Lepas tu gua ni dirundung masalah yang macam-macam,gua tak contact,dia rasa gua macam menipu dia - dan akhirnya macam-macamlah.Gua breakup lepas dia berkali-kali mintak break up.Dia yang mintak - takkan gua nak paksa teruskan pulak.So,dengan rela hati gua lepaskan.Gua sedih sebenarnya - tapi masa yang menentukan segalanya.Esoknya - gua buat entry ni,sambil tengah bloated gila.


Don't Want A Miss A Thing
Aerosmith
Armageddon OST

#8
31.10.10 - 21.12.10

Segala-galanya bermula dengan Facebook.Dia dapat tau dari member dia yang beli buku Pengejar Bintang.Oh - buku ini DIY - buat sendiri la.I want to know about this guy.All started with that words.

Aku kenal dia bila satu hari dia add aku di Facebook.Start dengan perkenalan di chat Facebook,dia bagi nombor phone,aku call - dan aku jumpa dia di pejabatnya.Asalnya nak jumpa borak-borak tapi akhirnya dia jadi borak-borak topik yang serius.Tentang hal ex boyfriend yang gila talak,tentang dia dah bosan dengan ex boyfriend.

Setiap malam dia akan call aku - vice versa.Duration call tu kalau tak panas telinga bukan berborak la tu.Kadang-kadang daripada malam ke pagi ke malam ke pagi pun pernah.Tu memang menggila la bila call.Sampai aku rasa telefon aku dah nak meletup pun ada.

But segala benda indah tu jadi sengal - bila aku terpaksa berebut dengan ex boyfriend dia.Setiap kali dating mesti ex boyfriend dia call.Aku diam - tak bercakap apa-apa setiap kali call.Siap ada sayang-sayang aku dengar.Memang nampak aku ni bodoh gila tapi aku sabar.

Satu hari ditakdirkan aku naik LRT ke rumah dia.Entah tiba-tiba bila sampai di stesen LRT KLCC - dia terus bangun dari sebelah seat aku,berdiri dan buat tak kenal.Aku panggil dia,dia buat tak tau.Dia buat tak kenal.Sampai ke LRT rumah dia baru dia cakap dengan aku.Rupanya dia nampak ex boyfriend dia naik train(atau muka macam dia).

Start dari tu hati aku dah tawar.Dan dia selalu mintak izin aku nak jumpa ex dia dan aku cakap,"pergilah,I'm not your husband yet".Dan aku berikan privacy sebaiknya.One day,tiba-tiba ex dia call aku dan sound aku macam-macam.Nak pecah kepala aku la,apa la.Aku rasa pissed off.So aku suruh dia decide - pick him or me.Dia marah aku sebab aku menyulitkan dia.Aku tak sulitkan dia - aku nak memudahkan dia - so aku boleh undur diri.Aku tak berminat nak dipecahkan kepala semata-mata perempuan.

So end up - aku undur diri,dan sejak itu telefon ini tak bergayut panjang lagi.


Evan and Jaron
Crazy For This Girl

#9
16.04.11 - 21.04.11

Cinta lima hari.Seperti nyawa si kupu-kupu dalam metamorfosis dari ulat menjadi kupu-kupu.Segalanya bermula dengan si dia memfollow Twitter aku.Dan aku follow dia kembali.Dari mention memention,ke DM - ke panggilan telefon.Si dia menerima aku seadanya.Tetapi - hatinya berkata,dia masih sayang dengan ex boyfriend dia.

Pada hari lahir ke-27,dia ingin bercakap sesuatu dengan aku.Betapa dia tidak boleh melupakan kekasih lama dia.Dia turut berkata - kalau aku tak boleh lupakan #6 - dia pun sama.Dia tinggalkan aku pada hari jadi aku.Well - it's short,but it happens on the day that I'll always remember.My own birthday.

p/s:cob-nobbler,lamestain,harsh realm kalau lu orang tak faham,sila refer sini.
Wikipedia:Grunge speak
Lexicon of Grunge:A Story of Success

Nota:kepada ex girlfriend yang dikenali sebagai nombor-nombor ni,jika ada yang terbaca,silalah dengar lagu kita - kerana walau macam mana faktabnya ending relationship kita - aku masih ingat.Aku takkan lupa.Dan kepada #6 - we never break up,we just be split up by time and space.My eternal love.Forever,like always.

Selasa, Mei 24

#WF



Should i decide it's true
that you would leave if given half the chance to go and
i'd be left here on my own
to find myself in bed
wishing everything that changed would be the same

the room still looks like you
it's a mess and all the pictures on the shelf are
dusted off by someone else
to keep me company
i haven't told her that your thought still lingers on

everyday's another chance to bury my regret
everyday's another chance to make it but i can't
but i can't

i saw you on my phone
on a contact list that isn't up to date
would have changed it with more time
that i require to
rid my mind of all the freckles on your face

and reconcile to what?
the ring i bought you is buried deep within the ground
behind the swing where we first met
and memory only serves
to remind of all the bruises you forgave

should i decide it's true
that you'd return if given half the chance to come....

but it's not true



I was sad until I found William Fitzsimmons.Seorang lelaki hebat yang dibesarkan di kota Pennsylvania bersama ibu bapa yang buta juga psychotherapist dan singer-songwriter yang menulis lagu berkisarkan cinta agungnya kepada sang isteri dan perkhawinan 9 tahun mereka yang berakhir dengan penceraian,kena tinggal bini.Kisahnya klishe,tapi lagunya sangat teraputik.Tak ada lagunya yang aku tak dengar.Semuanya aku dengar dan kaji maksud lirik yang beliau tulis.I can feel the sadness and pain.Aku belajar.. we are never as ready as we think we are.





There's room between your heart
And the chair where I've been sleeping
The place that we called home
Will someday watch you leaving

There's room between today
And the last time that I saw you
The pictures in my brain
Will fade until I lose you

If you would come back home
We could start all over
If you would come back home
I swear it would be better

There's room left in the house
There's food still in the pantry
I could fix you lunch
Or take you out for coffee

Call the surgeon (if you would come back home)
Mend the pieces (if you would come back home)


"It's not that I'm ashamed of those songs, but from them I will always be reminded of the worst mistakes I've made: losing my house and my wife, being broke and homeless. I'm of the mindset that suffering can be a curative experience, but I wouldn't have wished those days on anyone." - William Fitzsimmons

Crush.

Love song week eh? Masa AlexiaAqram memberitahu kepada aku tentang minggu istimewa ni, aku macam tak amek endah sangat. Entah kenapa aku tak rasa perlu aku sumbang sesuatu di dalam minggu istimewa kalini. Tentang love song? Aku sendiri pun tak punya cinta bukan mahram untuk di sebarkan melalui lagu. Mana mungkin aku dapat selesaikan tanggung jawab sebagai seorang penulis bersahaja. Oh macam celaka ayat.

Aku tak rasa untuk bercoret panjang untuk entri kali ni. Sekadar ingin berkongsi cerita. Ya, cerita lagi. Terima kasih kepada seorang dua tiga manusia yang setia membaca cerita dari aku. Walaupun bos aku sendiri AlexiaAqram dah jarang membaca. Aku mahu buat kelainan kali ni. Tak mahu lagi bicara persis cerkon cerita kontot yang meleleh yang mampu buat orang menguap dengan dialog tak ubah seperti drama swasta dari tanah seberang. Plot yang berterabur. Tajuk cerita kalini ialah mengenai crush.

Apa itu crush? Bukannya keras. Bukan juga pinggan jatuh ke lantai bersepai dan berbunyi kerash! Dari amatan aku, crush ini ialah seorang manusia yang dikurniakan Tuhan mempunyai tarikan sendiri yang boleh buat kau, kau dan kau tertarik untuk melihat sambil hati berdebar-debar. Membuatkan kau, kau dan kau suka melihatnya kerana personalitinya. Kerana tingkah lakunya. Dan mungkin juga kerana kecantikan/ketampanannya.

Jika dia adalah crush. Kita pula ialah secret admire nya. Selalunya peminat senyap ini akan terus senyap. Senyap dan senyap. Minatnya untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan crush. Namun terus senyap dan berharap agar datang seekor cupid dengan pakaian membuka aurat terbang di awangan, melastik crush dan crush akan jatuh hati kepada secret admire.

Selalunya begitu.

Peminat senyap ini akan terus mengintai jika punya peluang. Sampai satu tahap yang lebih menyeramkan, peminat senyap ini boleh menjadi seperti paparazi yang mengejar foto-foto menarik artis untuk di sebarkan gosip mereka. Persis begini lah mereka. Mengejar tanpa ada rasa sebab sendiri. Hanya kerana mahu tengok crush mereka.

Kadang kala,

Peminat senyap ini tak mahu ada apa-apa hubungan dengan crush mereka. Mereka hanya mahu berkawan. Mereka hanya suka dengan personaliti crush mereka tapi tak pula tergerak di hati mahu di ambil jadi teman hidup. Kerana, dalam benak hati mereka, mereka rasakan,

"Eh, dia terlampau perfect untuk aku. Cukuplah sekadar berkawan. Itu sudah memadai"

Pinjam seni kata lagu Paramore, Crushcrushcrush,


"Cause I'd rather waste my life pretending than have to forget you for one whole minute"
Paramore, Crushcrushcrush 

Mereka bukannya takut akan sempurnanya crush mereka itu. Mereka hanya takut, jika mereka melangkah lagi satu tapak kehadapan seiring bersama si crush, satu sahaja kesilapan boleh buat mereka buta selama-lamanya daripada melihat crush mereka itu.

Bagi aku? Entah. Aku rasa crush ni seperti virtually rebounce relationship. Aku jenis tak mahu melukakan hati manusia lain dengan mengada-ngadakan rebounce relationship. Bila dah kembali selesa dengan kehidupan sendiri selepas kekecewaan bercinta, tinggalkan. Aku bukan jenis itu. Jadi, aku lebih selesa dengan crush. Mudah. Aku boleh simpan rasa itu seorang dari dia terus tahu. 

Kerana aku tahu, nafsu dalam diri ini hanya mahu melihat sesuatu yang indah untuk melupakan sesuatu yang gagal. Jadi aku pilih dia. Aku ambil dia seperti penguat semangat aku untuk terus hirup udara segar dan hidup. Elak segala jenis hujan tahi burung dan terus hidup. Genggam angin puting beliung dan hidup. Aku ambil dia, untuk aku buat sesuatu yang baik di hadapannya. Untuk aku mahu dia lihat aku ialah seorang lelaki yang hebat!

Walaupun terus-terusan dia takkan pernah tahu, aku suka melihatnya. Senyumnya, suaranya, gayanya. Tapi dalam benak hati ini, masih ada yang berbisik, belum punya rasa lebih dari itu.

Nah love song yang aku nak tujukan kepada semua crush-crush aku. Yang pernah menjadi crush dan juga crush sekarang. Kau orang takkan pernah tahu siapa kau orang. Ini lagu bukan aku ambil dari siapa-siapa. Ini lagu tulus dari hati nukilan aku sendiri. Mungkin suara seperti itik menyanyikan lagu Siti Nurhaliza sambil berenang di tasik, tapi ini lah. Dengar sahaja kalau rasa nak rosakkan gegendang telinga.

Juga untuk sesiapa sahaja yang punya crush dan tak kesampaian untuk memberi tahu,

"Aku suka kau."



Aku ingin hilang ingatan.
Aku ingin lenyapkan rasa.
Andaiku mampu pilih memorimu,
kanku buang ia menjauh

Kau lalu dihadapanku.
tiada dayamu memandangku.
Kau berlalu dan terus berlalu.
kau pejamkan sebelah matamu itu.

//
Lenyap semua yang ada kamu dalam diriku.
Hilang,hilang, tinggal kenangan kisah lama.

Ku harapkan aku lenyapkan terus.
Hilang ingatan semua tentangmu.
Kenyataannya hatiku terikat padamu.

Kau lalu dihadapanku.
tiada dayamu memandangku.
Kau berlalu dan terus berlalu.
kau pejamkan sebelah matamu itu.

//

Lenyap semua yang ada kamu dalam diriku.
Hilang,hilang, tinggal kenangan kisah lama.

Ku harapkan aku lenyapkan terus.
Hilang ingatan semua tentangmu.
Kenyataannya hatiku terikat padamu.

Isnin, Mei 23

Kronologi Lagu Cinta

Orang kata cinta memerlukan lagu,barulah happening sikit cinta tu.


Awal-awal lu jatuh cinta pada seseorang,lagu apa yang bermain kat fikiran lu? Gua yakin 60% dari lu orang mesti macam terdengar lagu hindustan kan kan? Kuch Kuch Hota Hai kan? Jangan nak membongak,mengaku je..Siapa tak mengaku dia minat Bikmama! Tapi gua first time tengok perempuan yang gua jatuh cinta,tiba-tiba gua terdengar lagu ni..




Bila cinta tu dibalas,dan-dan lu orang akan layan semua lagu yang pesen bahagia sampai ke syurga. Bahagia benor la gamaknya tu ye dak? Selalunya lagu time baru-baru nak bercinta ni semuanya rancak-rancak. Kalau jenis orang-orang yang pesen baik atau budak surau tapi tengah bercinta selalunya dengar lagu cinta jugak tapi dari kumpulan nasyid la. Eh,apesal In-Team lama tak buat lagu?



Pungpang pungpang tiba-tiba gaduh atau ada krisis apa-apa. Ah sudah,kali ni secara auto lu orang akan dengar lagu-lagu yang mendayu-dayu. Kalau perempuan gaduh dengan pakwe mesti dengar lagu dari radio sambil sembabkan muka kat bantal atas katil. Kalau lelaki pulak dengar lagu dari henset sambil lepak di tepi pantai.



Gaduh punya gaduh last-last baik semula. Ok,dah boleh dengar lagu yang happy-happy semula. Tapi kalau dibuatnya gaduh tu sampai clash,lu orang akan mendengar lagu yang lagi rabak,lagi melankolik,lagi jahanam.. Selalunya lagu-lagu dari kumpulan rock kapak akan menjadi pilihan ramai.



Lagu memainkan peranan penting. Ada lagu untuk semua jenis situasi cinta. Cinta tak berbalas?Cinta dalam diam?Cinta terlarang?Cinta curang? Cinta tiga segi?Cintailah sungai kita?Semua ada baq hangg..Tak kisah la lagu tu dalam bahasa apa,asal dalam bahasa crotia sekali pun asalkan dapat kena dengan jiwa,lu orang akan dengar..Tapi walau rabak banyak mana pun,lu orang kena kena bangun semula dan buat-buat steady..Spirit la sikit woi!



Lagu cinta gua? Terus terang kabor gua dengan perempuan yang gua jatuh cinta takde lagu cinta. Sebabnya mudah sahaja,selera oldies macam gua tak sama dengan selera dia. Tapi selalunya kalau gua rindu kat perempuan yang gua jatuh cinta,kompem lagu Unchained Melody yang keluar..Keh Keh Keh..



Tapi untuk minggu istimewa ni,gua nak dedikasikan lagu untuk perempuan yang gua jatuh cinta. Harap-harap dia suka. Kalau tak suka nanti gua cari lagu lain ok? Siapa ketawakan lagu gua ni gua terajang tak cakap banyak!






Nota Cinta : Lagu tak mengekalkan cinta tapi cinta mengekalkan lagu.

Mesin Masa Cinta Dan Kembali Ke Disember.



Seorang gumiho kimia (aku la tu) pernah melalui kesakitan yang nyata dalam hidup ini.
Membahan benda yang jahanam dalam masa yang singkat rupanya membunuh lebih daripada sekadar neuron.
Jadi, dia tidak mahu kekal di lembah celaka.
Mesin masa?

Dari tulisan aku sebagai serampang dua mata.[sini]

Kalaulah ada mesin masa dalam kehidupan nyata ini, pastinya manusia akan gunakan sehingga melebihi had sama seperti sesetengah daripada kita menggunakan Twitter. Kita akan dengan tidak sabar (serta tamak) mahu melihat apa akan terjadi pada masa akan datang ataupun kembali ke zaman silam semata-mata untuk mendapatkan kembali apa yang kita sudah terlepas dari genggaman. Celaka badan bila terlampau mendambakan sesuatu yang tidak dapat ditunaikan secara nyata dan tinggal impian gila.

Gambar : Manusia lebih dekat mencintai manusia yang membenci mereka, dibandingkan dengan manusia lain yang memuja dan mendambakan mereka lebih daripada dibayangkan. (Shafaza Zara, 2011)

Setiap daripada manusia yang melalui kekecewaan dan mainan perasaan pastilah pernah terlintas mahu memutarkan masa dan kembali kepada saat mereka memulakan sesuatu yang indah tetapi berakhir dengan kisah celaka yang lebih mengundang air mata dan kata-kata kesat semata. Mungkin tidak diluahkan kepada si pembuat onar, tetapi dalam imaginasi liar dan marah, bayangan pembunuhan tanpa ditangkap menjadi wayang hampir setiap malam apabila cinta yang dipertahankan musnah di tangan manusia lain ataupun si dia yang dipuja sepenuh jiwa.

Satu demi satu babak yang dibayangkan muncul di kaca mata.
Bagaimana segalanya dilakukan dengan terperinci, disusun bagaikan mengarahkan sebuah filem seram berdurasi satu setengah jam. Sempurna tanpa satu cacat cela dengan watak utamanya hanya berdua dan pengakhiran yang nyata, pengkhianat akan mati di tangan pencerita walaupun entah berapa kali jalan cerita berubah. Pastinya, mati itu adalah tujuan walaupun hakikatnya bangun dan menangis mengenangkan betapa celakanya manusia yang mengkhianati sesuatu yang indah dan dirai.

Tetapi, itu kalau kita di pihak yang merasai kegagalan yang amat sangat.
Kita di sebelah tembok yang menahan kesakitan bagaikan ditembak.
Kita di bahagian yang menadah diri dengan tikaman bertubi kenyataan kejam.
Itu kalau kita di situ.
Tetapi bagaimana di pihak yang mungkin merasa kesal akan perbuatan mereka?



[sumber : Tiub Awak - Kembali Ke Disember]

Mungkinkah ada pihak yang merasa kesal dengan perbuatan mereka mengkhianati percintaan dan memusnahkan harapan di sebelah pihak lagi? Terdapat juga kemungkinan tidur malam mereka dihantui oleh bagaimana mereka didendami sehingga menjadi mata panda tidak dapat tidur akibat dosa silam yang menghantui. Kita tidak dapat menolak kemungkinan begini walaupun sesetengah daripada kita akan menyatakan "padan muka" sebab pernah mengecewakan hati manusia lain.

Kawan : Kenapa mesin masa macam cerita Doraemon tak wujud dalam dunia ini?
Aku : Kenapa?
Kawan : Aku nak balik ke masa lampau.
Aku : Masa yang mana?
Kawan : Masa aku menyerahkan kasih sayang dan kepercayaan aku kepada si dia.
Aku : Ada benda yang kau nak ubah?
Kawan : Aku tak akan menerima huluran kasih sayang itu semua.
Aku : Malangnya kita tak boleh mengubah benda yang berlalu. Kita belajar dan mulakan hidup baru serta ambil yang lama sebagai satu bentuk pelajaran yang istimewa.
Kawan : Istimewa apanya kalau kita gagal dalam bercinta?
Aku : Istimewanya kita ada pengajaran dalam hidup.
Kawan : Dengan memulakan percintaan baru bulan Disember dulu, aku kehilangan hampir segalanya dalam hidup aku selepas kehilangan dia awal Februari.
Aku : Maksudnya?
Kawan : Kawan baik, pendengar setia, tempat meluahkan, tempat bergurau senda hilang begitu sahaja. Alangkah baiknya kalau aku terus kekal bersama dia sebagai kawan sahaja.
Aku : Sebab itu aku kata, benda itu akan jadi pengajaran supaya ianya tak berulang lagi.
Kawan : Hidup aku jadi jahanam. 
Aku : Sesetengah orang hanya layak jadi kawan sahaja kan?
Kawan : Mungkinlah. Tapi semua orang memang mahu bahagia kan?
Aku : Thomas pernah berkata, kebahagiaan itu seperti mengejar rama-rama. Kalau kita terlalu sibuk mengejarnya, dia akan lari daripada kita. Tapi bila kita berhenti dan alihkan perhatian kita pada perkara lain, ia akan datang hinggap di bahu kita.
Kawan : Kau selalu berada di kedudukan mengalah, tetapi kau tak mempertahankan sekuat kau berbicara.
Aku : (ketawa) Kenapa hal aku yang kau bangkitkan?
Kawan : Sebab kau tegar melepaskan hak kau berkali-kali.
Aku : (ketawa) Aku berada di kedudukan yang terpaksa melepaskan dengan rela hati walaupun aku tahu aku hadapi kesakitan sendirian. Benda mudah, aku tidak mahu bertelagah dengan wanita lain. Kepercayaan itu bagaikan sebuah tembikar, sekali jatuh dan pecah, kalaupun kau dapat mencantumkan ia kembali, pastinya tidak akan serupa dengan yang asal.
Kawan : Ah, kau.
Aku : (ketawa) Sekurang-kurangnya kau mahu kembali ke waktu dulu dan membaiki segala kesilapan.
Kawan : Kau tak nak?
Aku : Rasa kesal tidak perlu dilibatkan kalau mahu memulakan hidup baru sebab kita akan ada sedikit rasa mahu berpaling dan menikmati semula musim yang kita tinggalkan. Aku tak mahu benda begitu jadi pada aku sebab aku sendiri yang melalui hidup aku.
Kawan : Tapi bila aku tengok masa dulu, aku nak kembali semula.
Aku : Itu normal. Kita mengenang masa lalu itu sesuatu yang normal, cuma janganlah terlampau terbawa-bawa hingga memakan diri.
Kawan : Pelik.
Aku : Apa yang pelik?
Kawan : Kau pelik.
Aku : (ketawa) Kenapa beritahu aku benda yang aku tahu?
Kawan : Kau satu-satunya orang yang beritahu aku normal untuk mengenang kisah lalu.
Aku : Tapi dengan syarat.
Kawan : Tahu. Cuma kau satu-satunya orang yang tak membangkang aku lihat ke belakang.
Aku : (ketawa) Memang aku manusia aneh.

Persahabatan dan percintaan dipisahkan oleh garis yang cukup halus. Kita kadangkala terlajak menganggap persahabatan dan perkenalan terlampau lama itu akan membawa kepada percintaan walaupun hakikatnya tidak. Ada di antara kita yang mungkin berkenalan lama, sehingga membuahkan bibit percintaan walaupun akhirnya terlerai dan kembali semula kepada persahabatan. Itu dikira bernasib baik. Ada yang hilang kedua-duanya sekali. Persahabatan dan percintaan - kedua-duanya tidak dapat dikekalkan. Yang bercinta dengan sahabat baik hingga mendirikan perkahwinan juga ada. Kan takdir manusia itu lain-lain bukan?
Senyum.

Diam.
Masa untuk cari ketenangan dan duduk perhatian gelagat manusia di dunia sebelah sana. Menyelami dasar perkara yang lebih menghiburkan jiwa daripada menghadapi makhluk yang dahagakan sesuatu yang tidak dapat disajikan demi satu kepuasan berlebihan. Tidak. Bukan pramusaji segala benda enak dalam dunia. Kau terasa, kau makan dalam sendiri, aku tidak mampu buat apa-apa.

Gambar : Kadangkala kita tak menyedari betapa kita perlukan manusia itu sehinggalah kita nampak dia bersama dengan orang lain dan hati kita berdetak tidak senang. (Shafaza Zara, 2011)

Kalau kau membebel lagi dengan diri sendiri demi mahu mencari mesin masa dan kembali ke masa lalu ataupu ke masa hadapan, tanya balik kepada diri sendiri beberapa perkara berikut :
1. Apa yang mahu dilakukan?
2. Kalau itu satu-satunya saat bahagia, apakah mahu dihentikan senyuman dan cipta satu kenangan?
3. Kalau saat itu masa celaka, apakah mahu dimatikan waktu baik pada masa sekarang?
4. Apakah dengan melihat benda demikian akan memberikan yang terbaik buat diri?

Kalau kau dapat jawab semua soalan dengan baik sekalipun, aku hanya mahu beritahu satu perkara.
Kita TIADA mesin masa.
TIADA.

Noktah.

Selingan ini bukan tarian :
Tahukah kau bahawa sesuatu benda itu boleh disangkal mudah oleh minda tetapi kedegilan hati terhadap sesuatu perkara ibarat mencungkil kotoran degil dicelah sisip kaca makmal? Macam celaka bila terpaksa tarik sehelai fiber optik semata-mata mahu disusupkan ke salur. Begitulah lebih kurang perumpamaannya.

Lord Zara : Melepaskan seseorang atau sesuatu itu lebih mudah sebenarnya daripada membuang segala memori dan kenangan sewaktu bersama, kerana apabila seseorang atau sesuatu itu pergi, yang tinggal pada kita hanyalah kenangan. Ya, masa membekukan itu sahaja buat kita.