Troll : Jenis Lelaki Keji



Lelaki oh Lelaki,
Ditujukan khas untuk jenis lelaki yang akan butthurt sendiri,
Bukan semua lelaki,
Hanya yang terasa hati,
Jenis kalau kau gebang habis satu negeri,
Kau kata kau lah yang paling power sekali,
Isu politik, isu agama, isu semasa, isu basi,
semua kau bantai sekali,
kononnya nak impress si puteri-puteri,
kononnya kau lah lelaki idaman di abad ini,
kononnya kaum Hawa ni senang je kau nak kasi jatuh hati,
kononnya lelaki lain memang dah tak boleh nak pergi,
kalau kira peperangan kau mestilah yang depan sekali,
kaulah sempurna walaupun doa qunut pun tak lepas-lepas lagi,
kau kondem orang sana-sini,
lagi lagi perempuan yang kau rasa macam tak mengerti,
yang tak se'power' dan hanya setaraf kau punya kaki,
tapi perempuan perempuan ni juga lah kau cari kalau terasa hati,
atau nak mengadu pasal jiwa dilukai,
nak mengadu pasal kena troll di dalam entri,
eh eh eh, bukan tadi macam berani mati?
kesejatian kelelakian kau memang kami ragui,
bak mai depan depan, ada berani?



Jenis berbual lucah sana sini ingat orang nak pandang tinggi?
Kalau jenis betul-betul power takpe lah lagi,
Ini diri sendiri pun duit mak bapak lagi yang bagi,
Kau nak hina sangat perempuan, baik pergi mati,
Kau taktau kami disini hanya tergelak dalam hati,
Macam ni bodoh punya orang pun ada lagi?
Kalau nak bersembang lebat hanya dengan puteri-puteri,
Pergi la sembang sesama lelaki,
Tengok macam mana dia punya pergi,
Silap-silap kau duduk diam-diam makan kaki,
Jenis tunjuk hebat macam babi,
Kau ingat semua perempuan bodoh macam bakal kau punya bini?
eh eh eh, kau nak rasa makan guna bontot ke hari ni?



Jenis melenting sana-sini tak ingat diri,
Nak berlawan kata sesama lelaki tak berani,
Pesen cakap belakang dan bergossip mengalahkan kaum kami,
Kau ingat kau tu jenis nak dibuat suami?
Kang kalau bagi cermin tak sanggup nak tengok diri sendiri,
Takut terkeluar 'Eh, losernya aku ni.',
Tapi memang tu kenyataan paling pasti,
Kami semua InsyaAllah mengerti,
Lelaki kurang matang macam kau ni kami dah lali,
Berbual pun takde lah power mana lagi,
Takpe, kau boleh cuba lagi,
Kaum kami pun ada lagi yang sengal-sengal ubi,
Yang jenis akan simpati,
Dengar cerita kau tanpa peduli,
Konon hot stuff yang dicari-cari,
Takpe, kami yang lain tumpang simpati,
Tapi nak buat cam mana lagi?
Jenis sama sama keji, biaq piiiii.. 

Ulasan

shahirahkhairudin berkata…
kah kah kah. kelassss mekkkkk !
mirul berkata…
hek eleh elena reeney ni.

karang gua ngorat karang tau la tinggi rendah cintaku.

jage jage elena

jage jage!!
Apple Xander berkata…
BRAVO !! BRAVO ER !! BRAVO!! salutee youuu :D
Eyka berkata…
keh keh keh gua suka entri ni :)
AlexiaAqram berkata…
kita tengok lelaki mana yg makan hati. sama ada tembak kanan atau kiri. besok-besok dia datang lagi. sambil angkat diri sendiri. konon power sana-sini. padahal dah setengah mati. nak lepaskan diri. macam lah kita peduli. lelaki loser sebegini.

aku tak peduli. baik buat hal sendiri.

cewahh!
mawar berkata…
lama lah siak tunggu lu apdet entri!kahkahkah
Cik Amni berkata…
heee..... ada ke lelaki berani nak bantai entri ni? dah memang betul, napa nak nafikan kan? hee.. popuan sama jugak, cuma lelaki lebih ketara..=p
limaumasam berkata…
power kot minah ni.. hahaha.. nak sainnnnn...
Tanpa Nama berkata…
kahkah! macam tau je cerita ni pasal siapa...
hanis azlan berkata…
eleena reeney wanita misteri, sumpah gua ingat entri lu ni sampai mati !hahaha
Kaki Merapu berkata…
bahahahaha...menulis sambil buttheartkah ini...tapi sempoiiii...
Marie-Anne Bennett berkata…
sebab tu gua suka sama lu ER. entri lu setakat ni semuanya makan dalam!
faten falina berkata…
kah kah kah.
aku sukaaaaaa
muahhssss banyak banyak kat ER!
Atiqah Wadiah berkata…
entry t'baik dlm t'faktab..suukerrr sgt..tp kdg2 even dia dh buat mcm2 kat kita,kita stil lg dgr rintihan n luahan dia even hati sakit..
Eqa Yazid berkata…
curlasss kau jah. hahaah ^_^
fatin aiQa berkata…
Jawab lelaki jawab -.-
Awi berkata…
@fatin aiQa
Penulisan ni panjang. In-short, macam Muhammad pernah kata "Orang munafik itu ada 3, bila cakap dia bohong, bila berjanji tidak ditunaikan, bila diberi amanah dia khianat." Tulisan kat atas ni describe all and everything bout what Muhammad said a thousand years ago. ;)

Pasal bini/perempuan tu, kena lagi dengan firman Allah yg bermaksud: Lelaki baik-baik hanya dengan perempuan baik-baik.Munafiq kenalah pasangan munafiq jgak.

Sooo... tak payah nak jawab panjang2 la kan? Allah dan Muhammad da jawab sblm writer ni lahir pun hehe. Takkanlah Allah berfirman dan Muhammad bersabda hanya utk lelaki kan?
aamalinaazman berkata…
^______________________^

suke sgt!
uyuyaida berkata…
oi lelaki lelaki , bacalah entry ni ! mesti sakit hati nk mati ! hihihiii
Kya Von Misteriusha berkata…
HAHAHAHA
ade kelas kau !
gua suke
sarkastik giler :)
Insan Bodoh berkata…
lelaki lelaki oh lelaki..

oh yer aku lelaki..kenapa aku tak butthurt??

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.