Troll : Jenis Lelaki Keji
Lelaki oh Lelaki,
Ditujukan khas untuk jenis lelaki yang akan butthurt sendiri,
Bukan semua lelaki,
Hanya yang terasa hati,
Jenis kalau kau gebang habis satu negeri,
Kau kata kau lah yang paling power sekali,
Isu politik, isu agama, isu semasa, isu basi,
semua kau bantai sekali,
kononnya nak impress si puteri-puteri,
kononnya kau lah lelaki idaman di abad ini,
kononnya kaum Hawa ni senang je kau nak kasi jatuh hati,
kononnya lelaki lain memang dah tak boleh nak pergi,
kalau kira peperangan kau mestilah yang depan sekali,
kaulah sempurna walaupun doa qunut pun tak lepas-lepas lagi,
kau kondem orang sana-sini,
lagi lagi perempuan yang kau rasa macam tak mengerti,
yang tak se'power' dan hanya setaraf kau punya kaki,
tapi perempuan perempuan ni juga lah kau cari kalau terasa hati,
atau nak mengadu pasal jiwa dilukai,
nak mengadu pasal kena troll di dalam entri,
eh eh eh, bukan tadi macam berani mati?
kesejatian kelelakian kau memang kami ragui,
bak mai depan depan, ada berani?
Jenis berbual lucah sana sini ingat orang nak pandang tinggi?
Kalau jenis betul-betul power takpe lah lagi,
Ini diri sendiri pun duit mak bapak lagi yang bagi,
Kau nak hina sangat perempuan, baik pergi mati,
Kau taktau kami disini hanya tergelak dalam hati,
Macam ni bodoh punya orang pun ada lagi?
Kalau nak bersembang lebat hanya dengan puteri-puteri,
Pergi la sembang sesama lelaki,
Tengok macam mana dia punya pergi,
Silap-silap kau duduk diam-diam makan kaki,
Jenis tunjuk hebat macam babi,
Kau ingat semua perempuan bodoh macam bakal kau punya bini?
eh eh eh, kau nak rasa makan guna bontot ke hari ni?
Jenis melenting sana-sini tak ingat diri,
Nak berlawan kata sesama lelaki tak berani,
Pesen cakap belakang dan bergossip mengalahkan kaum kami,
Kau ingat kau tu jenis nak dibuat suami?
Kang kalau bagi cermin tak sanggup nak tengok diri sendiri,
Takut terkeluar 'Eh, losernya aku ni.',
Tapi memang tu kenyataan paling pasti,
Kami semua InsyaAllah mengerti,
Lelaki kurang matang macam kau ni kami dah lali,
Berbual pun takde lah power mana lagi,
Takpe, kau boleh cuba lagi,
Kaum kami pun ada lagi yang sengal-sengal ubi,
Yang jenis akan simpati,
Dengar cerita kau tanpa peduli,
Konon hot stuff yang dicari-cari,
Takpe, kami yang lain tumpang simpati,
Tapi nak buat cam mana lagi?
Jenis sama sama keji, biaq piiiii..
Ulasan
karang gua ngorat karang tau la tinggi rendah cintaku.
jage jage elena
jage jage!!
aku tak peduli. baik buat hal sendiri.
cewahh!
aku sukaaaaaa
muahhssss banyak banyak kat ER!
Penulisan ni panjang. In-short, macam Muhammad pernah kata "Orang munafik itu ada 3, bila cakap dia bohong, bila berjanji tidak ditunaikan, bila diberi amanah dia khianat." Tulisan kat atas ni describe all and everything bout what Muhammad said a thousand years ago. ;)
Pasal bini/perempuan tu, kena lagi dengan firman Allah yg bermaksud: Lelaki baik-baik hanya dengan perempuan baik-baik.Munafiq kenalah pasangan munafiq jgak.
Sooo... tak payah nak jawab panjang2 la kan? Allah dan Muhammad da jawab sblm writer ni lahir pun hehe. Takkanlah Allah berfirman dan Muhammad bersabda hanya utk lelaki kan?
suke sgt!
ade kelas kau !
gua suke
sarkastik giler :)
oh yer aku lelaki..kenapa aku tak butthurt??