Siri Tafsiran Jantan : Mengongkong
Perhatian : Siri kali ini akan dibuat secara abstrak kerana mahu bertepatan dengan citarasa santai.
Lewat beberapa hari ini aku ditanyakan soalan mengenai kekurangan aku menghasilkan entri di blog Terfaktab. Tiada jawapan yang boleh aku beri melainkan yang aku benar-benar sibuk dan kekurangan output untuk menghasilkan penulisan yang menghentam minda. Apabila kita sibuk, ditambah dengan ketiadaan gadis inspirasi. Maka, input bertambah, tetapi output tidak berjaya dikeluarkan secara baik. Maaf aku ucapkan. Kamu mungkin faham bagaimana payahnya sejak akhir-akhir ini aku hendak menempuh kehidupan. Menonton siri kegemaran Stanza Cinta pun sudah tiada perasaan, rasa nak baling saja kerusi pada televisyen kerana menyampah dengan muka Fizz Fairuz yang mengenakan bingkai cermin mata hitam yang sungguh menjengkelkan.
Ok cukup. Tidak perlu untuk aku bercerita panjang. Membazir. Lebih baik kita ke topik kali ini yang mungkin kamu pernah melaluinya. Mengongkong.
Maksud
Mengongkong dari istilah pemerhatian aku ialah membelenggu atau membatasi sesuatu. Dari penafsiran cinta pula bermaksud membelenggu dan membatasi pasangan kita dari melakukan sesuatu iaini dari segi perbuatan, kata-kata dan aktiviti.
Stereotype
Pendapat majoriti dalam sosio manusia sering mengatakan bahawa kaum lelaki (baca: jantan) suka mengongkong perempuan. Kesudahannya, ada beberapa pendapat bahawa kalau mengongkong itu bersebab, maka ia tidak mengapa dan bagus. Dan paling banyak pendapat yang aku perolehi ialah, ramai pasangan bercinta tewas dan gagal dengan percintaan kerana tidak tahan dikongkong pasangan. Tidak kiralah sama ada lelaki mengongkong perempuan, mahupun perempuan mengongkong lelaki. Ia setara dan ini bukan perang jantina.
Kes 1 : Apabila tidak mengongkong.
Untuk kes satu ini, biar aku letakkan diri aku sendiri sebagai sebuah contoh. Dahulu, sewaktu aku mempunyai teman wanita. Pada pemerhatian aku melalui flashback. Aku tidak sesekali bersikap mengongkong. Yakin. Yang aku lakukan ialah memperkenalkan perkara-perkara baru kepada teman wanita. Cuma, apabila aku dan teman wanita aku berjauhan kerana long distance relationship. Ia sedikit sebanyak sebenarnya menggugat keharmonian dalam perhubungan. Maka, untuk itu dengan tanpa fikir panjang aku mengatakan pada teman wanita aku itu;
"Awak nak buat apa pun gedebak-gedebuk saya tak kisah, tapi asalkan jangan sampai saya tahu. Dari mulut kawan atau apa saja. Kalau saya tahu, siap awak!"
Baiklah, frasa di atas bukanlah frasa mengongkong. Ia hanya frasa untuk mengingatkan pada pasangan supaya tidak berlaku curang. Ia juga frasa yang dari pandangan aku agar pasangan aku takut untuk berlaku curang ataupun terlalu keduniaan dalam pergaulan, tanpa membataskan kebebasan pasangan dalam melakukan sesuatu perkara. Lagipun, frasa ini juga banyak dipakai oleh ramai pasangan kerana ia di ucapkan atas sebab kita mengukur baju sendiri yang bahawa kita juga tak sempurna dan akan berbuat silap. Namun, sedaya upaya untuk mengelak berbuat silap.
Namun, yang kita gusarkan ialah; Jika frasa tersebut memakan diri kita semula. Iaini frasa tersebut sebenarnya memberikan peluang kepada pasangan kita untuk melakukan kecurangan atau kejahatan tanpa diketahui oleh kita. Kiranya apa orang cakap; "Sendiri buat, pandai-pandai simpan". Itu kalau akhirnya berjaya disimpan, jika terdedah?
Maka, apa yang aku dapat setelah berlangsungnya frasa tersebut ialah kecurangan pasangan aku sebanyak dua kali. Juga kebodohan aku memberikan peluang sebanyak dua kali. Kesimpulannya, tiada spesifikasi jantina dalam curang. Lelaki dan perempuan yang terlibat dalam kecurangan wajib diberi penerajang.
Persoalannya, ada juga pasangan diluar sana yang tidak amalkan sikap mengongkong. Bebas bergaul. Tetapi, harmoni hubungannya bukan? Jadi, apakah rahsia yang tepat disebalik harmoni hubungannya itu? Aku bet, pasangan sebegini sebenarnya mempunyai chemistry yang jarang-jarang orang lain ada. Unik.
Kes 2 : Apabila mengongkong
Baiklah, pengalaman ini aku ceritakan semula melalui pemerhatian yang aku dapat dari rakan-rakan sekeliling. Apabila aku menceritakan hal tidak mengongkong ini kepada beberapa kawan aku. Maka, jawapan yang aku terima ialah;
"Kau tak boleh buat macam tu bagi frasa dan pendapat tak mengongkong, nanti kalau kau dah nak kahwin. Tiba-tiba datang seorang lelaki cakap kat kau; 'Kau nak kahwin dengan dia ni? Aku dah rasa dulu lah'. Macam mana?"
Sentap juga aku dengar frasa di atas. Memang jatuh jantung dan boleh buat puaka seperti aku makan nasi berlaukkan biawak goreng kalau tak iya. (baca : kecewa)
Namun, bila aku perhati betul-betul kes mengongkong ini kepada kawan aku. Kasihan pula. Sebabnya bagi aku, sudah menjadi mangsa dikongkong pula. Bila lepak dengan kawan-kawan pun, pasangan dia jeles dan tacing nak mati. Sampaikan nak bagi nombor telefon pada kawan-kawan untuk urusan kerja pun tak berani kerana takut di cap 'gatal-gatal'. Itu tak termasuk setiap masa nak call dan mesej untuk bertanyakan buat apa, di mana dan dengan siapa? (tiga soalan wajib bila bercinta).
Kasihan. Tapi, bila aku tanya tak tertekankah cara sebegini? Dia jawab tak kisah. Kerana mahu mencegah perkara-perkara yang tidak baik sebelum berkahwin. Dan dia selesa dengan cara tersebut. Selesa-selesa juga. Tapi, muka kau dah macam setengah mati menghadap tekanan akibat dikongkong aku tengok.
Tapi, disini yang menariknya. Dia berkata bahawa kalau pasangan dia mengongkong. Pasangan dia itu mestilah juga menahan diri dari melakukan kesilapan dan kecurangan. Kiranya macam ini, kalau kau dah mengongkong teman wanita kau jangan kawan-kawan dengan mana-mana lelaki lain, sampai remove friends lelaki dalam facebook. Kau pun kena buat perkara yang sama seperti jangan menggatal dengan perempuan lain, jangan tengok porno dan jangan nak bersayang-sayang dengan perempuan lain dalam twitter. Faham? Sama-sama kena teamwork agar kongkongan berjalan.
Kesimpulannya, bagi pemerhatian aku. Sikap mengongkong ini perlukan keredhaan dari kedua belah pihak. Sebab, kalau lelaki ini mengongkong perempuan, dan perempuan ini tidak kisah dan tahu ia untuk kebaikkan, redha dan pasrah. Maka, berjalanlah pengongkongan itu dengan lancar barangkali. Samalah juga untuk perempuan mengongkong perempuan. Tapi, bagi aku itu digelar Queen Control. And, seriously majoriti lelaki tidak suka dikongkong perempuan. Tegas menyatakan.
Kesimpulan Akhir
Perbincangan ini menyatakan bahawa; Jangan terlalu mengongkong dan jangan pula langsung tidak mengongkong. Kalau terlalu mengongkong, rasa tertekan nak bunuh diri sebab tidak boleh buat apa yang kita minat dan kalau langsung tak mengongkong, kita tak tahu apa yang si dia buat belakang kita. Jangan sampai kau menyesal apabila berkahwin kelak kerana dapat pasangan yang berperangai puaka. Hehehe.
Chalo assalamualaikom!
Ulasan
kdg2 makin kuat mengongkong, makin memberontak/makin curang psgn anda.
bukan ke dlm satu hbgn kita perlukan jujur, setia dan percaya.3bnda ni xde, susahlah kan.
heu heu heu
jantan mulut puaka? sama je.. over bercakap tu musti ada nk sorok sumtin.. ptuuii
mana nak cari yang suci murni,yang baik perangai?...ketawa,mengilai macam pontianak,kadang2 tudung labuh,mulut dan perangai mcm longkang.
kalau kat fb tu komen2 mcm menjurus ajak berzina.belum kahwin dah macam itu,,,nnt dah kahwin suami kat depan pun,dia orang boleh bawa jantan lain masuk rumah...masuk tak nampak tetapi melalui fb,merenyam2 macam sundal malam.
but, controlling my social activity means he needs to sacrifice his too.
equal right?
pantang ada betina gatal komen sikit kat status, fb ke twitter ke mulalah melayan,menggatal.jangan sedap2 je kata kat perempuan yang semuanya teruk.
kalo dh kawen:
mmg wajib saling mengongkong. sebab dh ada 'masjid' yg nk d jaga. tiada istilah keterlaluan rasanya kalo masing2 fhm istilah mengongkong yg sebenar2nya.
kalo yg x kawen lg:
memang wajib angkat kaki. sebabnya kawen ntah jadi ntah tidak. siap kawal selia segala bagai; buat semak cepu kepala.
tapi apa2 hal pun, asal ada MoU antara 2 sukma-jiwa-raga, insya'Allah tarahal.
mengongkong mungkin sebab prihatin,
prihatin itukan tandanya kasih,
kasih biar sampai pelamin,
sekian dulu, terima kasih...
means,kalau xleh kuar skati so dua2 laki pmpuan xleh kuar skati...kalau nk org trime kite pn kn trime gak bnd yg sme kn..
but wut if the guy ego tgi nk mampus n xnk kalah dgn alasan pmpuan mmg kn ikut ckp laki..
caple je pon blum kawen..
or boleh ke ckp die nk jage pmpuan tu dr bnd2 yg xbaik...??
ade typing erroe sebelum kesimpulan akhir.
perempuan mengongkong lelaki.
bukannye perempuan mengongkong perempuan..
kan?