Siri Tafsiran Jantan : Mengongkong

Perhatian : Siri kali ini akan dibuat secara abstrak kerana mahu bertepatan dengan citarasa santai. 

Lewat beberapa hari ini aku ditanyakan soalan mengenai kekurangan aku menghasilkan entri di blog Terfaktab. Tiada jawapan yang boleh aku beri melainkan yang aku benar-benar sibuk dan kekurangan output untuk menghasilkan penulisan yang menghentam minda. Apabila kita sibuk, ditambah dengan ketiadaan gadis inspirasi. Maka, input bertambah, tetapi output tidak berjaya dikeluarkan secara baik. Maaf aku ucapkan. Kamu mungkin faham bagaimana payahnya sejak akhir-akhir ini aku hendak menempuh kehidupan. Menonton siri kegemaran Stanza Cinta pun sudah tiada perasaan, rasa nak baling saja kerusi pada televisyen kerana menyampah dengan muka Fizz Fairuz yang mengenakan bingkai cermin mata hitam yang sungguh menjengkelkan.

Ok cukup. Tidak perlu untuk aku bercerita panjang. Membazir. Lebih baik kita ke topik kali ini yang mungkin kamu pernah melaluinya. Mengongkong.

Maksud

Mengongkong dari istilah pemerhatian aku ialah membelenggu atau membatasi sesuatu. Dari penafsiran cinta pula bermaksud membelenggu dan membatasi pasangan kita dari melakukan sesuatu iaini dari segi perbuatan, kata-kata dan aktiviti.

Stereotype

Pendapat majoriti dalam sosio manusia sering mengatakan bahawa kaum lelaki (baca: jantan) suka mengongkong perempuan. Kesudahannya, ada beberapa pendapat bahawa kalau mengongkong itu bersebab, maka ia tidak mengapa dan bagus. Dan paling banyak pendapat yang aku perolehi ialah, ramai pasangan bercinta tewas dan gagal dengan percintaan kerana tidak tahan dikongkong pasangan. Tidak kiralah sama ada lelaki mengongkong perempuan, mahupun perempuan mengongkong lelaki. Ia setara dan ini bukan perang jantina.

Kes 1 : Apabila tidak mengongkong.

Untuk kes satu ini, biar aku letakkan diri aku sendiri sebagai sebuah contoh. Dahulu, sewaktu aku mempunyai teman wanita. Pada pemerhatian aku melalui flashback. Aku tidak sesekali bersikap mengongkong. Yakin. Yang aku lakukan ialah memperkenalkan perkara-perkara baru kepada teman wanita. Cuma, apabila aku dan teman wanita aku berjauhan kerana long distance relationship. Ia sedikit sebanyak sebenarnya menggugat keharmonian dalam perhubungan. Maka, untuk itu dengan tanpa fikir panjang aku mengatakan pada teman wanita aku itu;

"Awak nak buat apa pun gedebak-gedebuk saya tak kisah, tapi asalkan jangan sampai saya tahu. Dari mulut kawan atau apa saja. Kalau saya tahu, siap awak!"

Baiklah, frasa di atas bukanlah frasa mengongkong. Ia hanya frasa untuk mengingatkan pada pasangan supaya tidak berlaku curang. Ia juga frasa yang dari pandangan aku agar pasangan aku takut untuk berlaku curang ataupun terlalu keduniaan dalam pergaulan, tanpa membataskan kebebasan pasangan dalam melakukan sesuatu perkara. Lagipun, frasa ini juga banyak dipakai oleh ramai pasangan kerana ia di ucapkan atas sebab kita mengukur baju sendiri yang bahawa kita juga tak sempurna dan akan berbuat silap. Namun, sedaya upaya untuk mengelak berbuat silap.

Namun, yang kita gusarkan ialah; Jika frasa tersebut memakan diri kita semula. Iaini frasa tersebut sebenarnya memberikan peluang kepada pasangan kita untuk melakukan kecurangan atau kejahatan tanpa diketahui oleh kita. Kiranya apa orang cakap; "Sendiri buat, pandai-pandai simpan". Itu kalau akhirnya berjaya disimpan, jika terdedah?

Maka, apa yang aku dapat setelah berlangsungnya frasa tersebut ialah kecurangan pasangan aku sebanyak dua kali. Juga kebodohan aku memberikan peluang sebanyak dua kali. Kesimpulannya, tiada spesifikasi jantina dalam curang. Lelaki dan perempuan yang terlibat dalam kecurangan wajib diberi penerajang.

Persoalannya, ada juga pasangan diluar sana yang tidak amalkan sikap mengongkong. Bebas bergaul. Tetapi, harmoni hubungannya bukan? Jadi, apakah rahsia yang tepat disebalik harmoni hubungannya itu? Aku bet, pasangan sebegini sebenarnya mempunyai chemistry yang jarang-jarang orang lain ada. Unik.

Kes 2 : Apabila mengongkong

Baiklah, pengalaman ini aku ceritakan semula melalui pemerhatian yang aku dapat dari rakan-rakan sekeliling. Apabila aku menceritakan hal tidak mengongkong ini kepada beberapa kawan aku. Maka, jawapan yang aku terima ialah;

"Kau tak boleh buat macam tu bagi frasa dan pendapat tak mengongkong, nanti kalau kau dah nak kahwin. Tiba-tiba datang seorang lelaki cakap kat kau; 'Kau nak kahwin dengan dia ni? Aku dah rasa dulu lah'. Macam mana?"

Sentap juga aku dengar frasa di atas. Memang jatuh jantung dan boleh buat puaka seperti aku makan nasi berlaukkan biawak goreng kalau tak iya. (baca : kecewa)

Namun, bila aku perhati betul-betul kes mengongkong ini kepada kawan aku. Kasihan pula. Sebabnya bagi aku, sudah menjadi mangsa dikongkong pula. Bila lepak dengan kawan-kawan pun, pasangan dia jeles dan tacing nak mati. Sampaikan nak bagi nombor telefon pada kawan-kawan untuk urusan kerja pun tak berani kerana takut di cap 'gatal-gatal'. Itu tak termasuk setiap masa nak call dan mesej untuk bertanyakan buat apa, di mana dan dengan siapa? (tiga soalan wajib bila bercinta).

Kasihan. Tapi, bila aku tanya tak tertekankah cara sebegini? Dia jawab tak kisah. Kerana mahu mencegah perkara-perkara yang tidak baik sebelum berkahwin. Dan dia selesa dengan cara tersebut. Selesa-selesa juga. Tapi, muka kau dah macam setengah mati menghadap tekanan akibat dikongkong aku tengok. 

Tapi, disini yang menariknya. Dia berkata bahawa kalau pasangan dia mengongkong. Pasangan dia itu mestilah juga menahan diri dari melakukan kesilapan dan kecurangan. Kiranya macam ini, kalau kau dah mengongkong teman wanita kau jangan kawan-kawan dengan mana-mana lelaki lain, sampai remove friends lelaki dalam facebook. Kau pun kena buat perkara yang sama seperti jangan menggatal dengan perempuan lain, jangan tengok porno dan jangan nak bersayang-sayang dengan perempuan lain dalam twitter. Faham? Sama-sama kena teamwork agar kongkongan berjalan.

Kesimpulannya, bagi pemerhatian aku. Sikap mengongkong ini perlukan keredhaan dari kedua belah pihak. Sebab, kalau lelaki ini mengongkong perempuan, dan perempuan ini tidak kisah dan tahu ia untuk kebaikkan, redha dan pasrah. Maka, berjalanlah pengongkongan itu dengan lancar barangkali. Samalah juga untuk perempuan mengongkong perempuan. Tapi, bagi aku itu digelar Queen Control. And, seriously majoriti lelaki tidak suka dikongkong perempuan. Tegas menyatakan.

Kesimpulan Akhir

Perbincangan ini menyatakan bahawa; Jangan terlalu mengongkong dan jangan pula langsung tidak mengongkong. Kalau terlalu mengongkong, rasa tertekan nak bunuh diri sebab tidak boleh buat apa yang kita minat dan kalau langsung tak mengongkong, kita tak tahu apa yang si dia buat belakang kita. Jangan sampai kau menyesal apabila berkahwin kelak kerana dapat pasangan yang berperangai puaka. Hehehe.

Chalo assalamualaikom!

Ulasan

Eyka berkata…
mintk2 laa tak dpat laki mulut puaka bila dah kwen nti..okbyee~! hahaha :P
Tanpa Nama berkata…
dpt ex yg mengongkong tahap extreme sampaikan nenek saudara aku meninggal pun tak dibenarkan pegi..gilo ka apo jantan tu..stress gila aku time tu..ntah apa2 la jantan tu nak ngonkong aku,last2 dia juga yg curang..
AlexiaAqram berkata…
eyka. aku ni mulut puaka. hai.
Unknown berkata…
heh.member aku ada psgn yg sgt mengongkong.akibatnya, dia kerap menipu dan yg plg best, siap ada fon lain semata nk hide smua nya tnpa pengetahuan psgnnya.

kdg2 makin kuat mengongkong, makin memberontak/makin curang psgn anda.

bukan ke dlm satu hbgn kita perlukan jujur, setia dan percaya.3bnda ni xde, susahlah kan.

heu heu heu
RaNee berkata…
hati2 ngn jantan yg terlalu over mengongkong, sebab selalunya dia yg curang kat belakang.. nk cover la tu.
jantan mulut puaka? sama je.. over bercakap tu musti ada nk sorok sumtin.. ptuuii
aswadz berkata…
mengongkong tu x salah. asalkan jgn berlebihan2 sampai sumer benda tak bole buat. nnt pasangan x tahan lalu mintak clash, sendiri gak yang gila bayang di kemudian hari.
Tanpa Nama berkata…
kajian thesis 80 peratus remaja sudah bezina di kluang johor,sahaja..akibat tak terkongkong.

mana nak cari yang suci murni,yang baik perangai?...ketawa,mengilai macam pontianak,kadang2 tudung labuh,mulut dan perangai mcm longkang.

kalau kat fb tu komen2 mcm menjurus ajak berzina.belum kahwin dah macam itu,,,nnt dah kahwin suami kat depan pun,dia orang boleh bawa jantan lain masuk rumah...masuk tak nampak tetapi melalui fb,merenyam2 macam sundal malam.
Syara Mohammad berkata…
As long as the guy knows his limit, I'm okay being control. My parents did that. My siblings too. Since I'm the youngest in the family.

but, controlling my social activity means he needs to sacrifice his too.

equal right?
maksurozana berkata…
Lelaki dan perempuan yang terlibat dalam kecurangan wajib diberi penerajang------ yang ni aku suka. so, aku nak penerajang sape dulu?
Hati Bunga berkata…
Jika si pengongkong punya sifat yg tiada alasan atau sangkalan ke atas dirinya, mungkin kongkongan itu perlu kerna pasti ada alasan dan sebab musabbab kongkongan itu di lakukan namun jika tiada dan si pengongkong itu sendiri mempunyai kelemahan diri yg gagal di baiki, patahkan saja tulang temulang dari rusuk kiri beliau dan pamerkan di memorial kegelapan hubungan kamu.
Hakim. berkata…
kongkong adalah perlu tapi tidaklah keterlaluan..ianya macam makan.Kalau tak makan,lapar.Kalau makan banyak,perut meletup,mati,masuk mastika sebab mati kerana banyak makan.
Haikal Blank berkata…
segalanya perlu berpada. selagi tak melampau, kongkongan itu perlu, tapi bukanlah dipanggil kongkongan. itu 'penjagaan'. haha kalau terlebih kongkong? mengangkang la kau kena tinggal awek lu nanti.
cik ciput berkata…
dulu aku pernah kapel, long distance r/ship..kitorang sama2 bagi kepercayaan, nak buat apa pun buatlah, asalkan tahu batas-batasnya..tapi akhirnya, putus juga..bukan sebab salah seorang drpd kitorg curang, tapi sebab dah terlampau lama tak jumpa..sampaikan masing2 dah hilang rasa cinta..emm susah jugak ye bab cinta ni..
Tanpa Nama berkata…
jantan pun sama aja,perempuan tak boleh itu dan ini,tapi yang mereka ini gatal melayan,mengusik,tak kira gf orang,tujuan konon seronok2 suka2,tapi tak sedar ke,kerana kau orang tulis yang bukan2 kat fb ke twitter org menyebabkan orang lain clash kerana kau,.

pantang ada betina gatal komen sikit kat status, fb ke twitter ke mulalah melayan,menggatal.jangan sedap2 je kata kat perempuan yang semuanya teruk.
atimHN berkata…
[ k o n g k o n g ]

kalo dh kawen:
mmg wajib saling mengongkong. sebab dh ada 'masjid' yg nk d jaga. tiada istilah keterlaluan rasanya kalo masing2 fhm istilah mengongkong yg sebenar2nya.

kalo yg x kawen lg:
memang wajib angkat kaki. sebabnya kawen ntah jadi ntah tidak. siap kawal selia segala bagai; buat semak cepu kepala.

tapi apa2 hal pun, asal ada MoU antara 2 sukma-jiwa-raga, insya'Allah tarahal.

mengongkong mungkin sebab prihatin,
prihatin itukan tandanya kasih,
kasih biar sampai pelamin,
sekian dulu, terima kasih...
n0r aMaLina berkata…
dh penah alami..sngtlah xbest kena kongkong...parents aku pon xkongkong cm 2..
sYafIk-wAy berkata…
KONGKONG PUN SECARA BAIK LAH , bru lah nampak cool ! . hehehe . nak buat kongkong secara baik itu tidaklah terlaku garang dengan psangan kita ..
Tanpa Nama berkata…
terbaek bro..tapi tu laa..kdang2 terpaksa konkong ntuk kebaikan bersama..kalu terasa dikonkong,jgn komen2 laa..si pasangan kene lah faham, jgn sampai si pengongkong cari laen...wakakaka
.::TAIKO ::. berkata…
setuju kalau kongkong tu x biased dan adil pd dua2 pihak..
means,kalau xleh kuar skati so dua2 laki pmpuan xleh kuar skati...kalau nk org trime kite pn kn trime gak bnd yg sme kn..
but wut if the guy ego tgi nk mampus n xnk kalah dgn alasan pmpuan mmg kn ikut ckp laki..
caple je pon blum kawen..
or boleh ke ckp die nk jage pmpuan tu dr bnd2 yg xbaik...??
zatyfeena berkata…
mcm kawan aku, bf dye remove semua kawan lelaki kt fb. WTH ??!
Cik SCC berkata…
nice entry but wait !

ade typing erroe sebelum kesimpulan akhir.

perempuan mengongkong lelaki.
bukannye perempuan mengongkong perempuan..

kan?
Lalala berkata…
orang kata kalau pasangan tak mengongkong kira tak cukup sayang sebab tak kisah hilang kita... kongkong bukan istilah tepat.. mungkin caring, ambil tahu hal kita..
Eyka berkata…
hai mulut puaka aqram..klu dgn awok titew sukee..takpe klu awok mulut puaka..titew terima seadanya..keh keh keh :P
Aminorias berkata…
bagi aku la, mengongkong tu perlu but ada jugak batasannyer. Klau ikut pengalaman aku ni,aku cakap dgn gf aku awal2 klau nk kluar dgn kwn laki2 "atleast" bgtau kt aku..jealous tu mmg ada la, sbb aku pun dlm long distance relationship..but so far dia bagitau je..sometimes dia yg mintak izin...kira klau aku pun nk kluar dgn kwn2 pompuan pun aku buat la mcm apa yg dia buat..understanding tu penting...
TheHeartCapture berkata…
Tapi kalau dah pnh tak jujur macam mana nak percaya kan..? Hoho
TheHeartCapture berkata…
Tapi kalau dah pnh tak jujur macam mana nak percaya kan..? Hoho

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.