paksa - rela



Assalamualaikum wbt..

eceh !
aku ni ada masa sibuk macam ibu ibu beranak lima. tapi tu kadang kadang je la. tadi siang aku bercengkarama di page terfaktab. tertangkap dek pandangan aku wall post pasal kahwin paksa. tak tahu bila punya post. kat bawah bawah ala jugak. aku merasa terpanggil untuk berkata kata sedikit tentang isu ini.

kahwin paksa.
dari segi istilahnya, maksud dia perempuan dengan lelaki, di kahwinkan bukan dengan kerelaan.

selalunya perkahwinan yang kita namakan dia 'kahwin paksa' ini di aturkan oleh keluarga. pasangan yang ingin dijodohkan mungkin saling tidak mengenali, apatah lagi menaruh perasaan antara satu sama lain. pasangan ni pulak mungkin dah ada calon pilihan sendiri. atau mungkin tak mahu urusan masa hadapan mereka di atur sedangkan mereka sudah cukup dewasa untuk mengatur kehidupan sendiri.

okey potong ! mukaddimah panjang benor.

gini lah.

Allah pernah kabo dalam perutusan warkahNya untuk kita kita


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."

Surah. Al Baqarah:216


Kata kunci dia REDHA.

aku nak share satu cerita yang aku dapat daripada seorang penceramah sewaktu menghadiri satu kursus tempoh hari. ada dua orang lelaki pernah bertemu dengan penceramah ni. dua dua ceritakan masalah yang serupa.

LELAKI 1:

"saya nak kahwin ustazah"

"ye ke? Alhamdulillah"

"tapi saya kahwin ni terpaksa. pilihan orang tua"

"tak pe la. semoga bahagia"

LELAKI 2:

"saya nak kahwin ustazah"

"Alhamdulillah, dengan siapa?"

"pilihan mak bapak ustazah. tapi tak apa lah. saya redha"

a few years later, lelaki 1 dan lelaki 2 ni bertemu semula dengan ustazah tadi. lelaki 1 dah bercerai dan lelaki 2 pulak bahagia dengan isteri dan dikurniakan dua orang permata hati.

kata kuncinya REDHA.

nampak senang. cakap senang. it's easy said than done. tapi ini realiti dan hakikat yang mesti kita terima dan akui kebenarannya. kita tak tahu apakah hikmah sesuatu itu terjadi kepada kita. kita tak dapat nak predict apa yang bakal berlaku ke atas kita di masa akan datang. 

mendurhakai titah ibu bapa, tidak akan membawa aman. kalau pun sungguh sungguh tak mahu, jangan pernah jemu dan penat meminta minta pada Allah. bunyi macam cliche tapi memang ini lah realitinya. 

bahagia dan derita kita bukan sesuatu yang memang ditakdirkan ke atas kita. bahagia dan derita itu pilihan kita sendiri. kalau kita pilih untuk bahagia, maka bahagialah kita. kalau tidak, maka sebaliknya lah yang berlaku. 

kalau kita tak beri peluang kepada diri kita untuk mengenali pasangan kita, apa kita akan kenal dengan dia? dan bila kita tak kenal dengan dia, macam mana kita nak tahu kita boleh mencintai dia atau pun tidak kan?

it's my two cents untuk kamu kamu. xoxo

Ulasan

mirul berkata…
hai shahirah

mangsa kahwin pakse ye??

kah kah kah
Hakim. berkata…
it's my two cents untuk kamu


two cent tu maksudnya apa?
Unknown berkata…
kalau suatu hari nnt msh ak ta de jodoh jgk . . ak REDHA je siapa y ibu ak pilih . .
missina berkata…
betul tu,,nak kawin dgn sesiapa pun boleh,,cuma sanggup terima seadanya ke tak,,,lg satu kata kunci~terima seadanya,,,susah nak lakukan andai hati lebih menolak dari menerima,,,urgghhh complicated kan,,
Iera Anuar berkata…
melihat sesuatu kejadian dan mengalaminya adalah dua perkara berbeza.
aku budak baru berkata…
my two cents for you, maksudnya merendah diri bagi pendapat la. this is an english saying.:)

btw, setuju sangat.
Tanpa Nama berkata…
mana mungkin aku nak kawen dgn orang yang aku tidak cintai..... tergadai body aku huh,,
shahirahkhairudin berkata…
betul. tak ada manusia yang boleh betul betul faham melainkan dia mengalaminya sendiri.

tapi percaya lah. Tuhan lebih faham. Tuhan lebih tahu. jadi berdoa banyak banyak. jangan culas sujud pada Dia
Unknown berkata…
cinta bole dipupuk...
terima seadanya....

if masing xbg peluang tuk kenal mengenali...payah la...

huhuhuhu...aku pun redha je sape pasangan aku nanti
PERAHSIA HATI berkata…
Redha. Itu kata kunci untuk yang kahwin paksa.

Allah yang tetapkan demikian tetapi tidak salah sekiranya kita yang tetapkan untuk mencipta kebahagiaan.

Jom singgah:
http://secretissecret11.blogspot.com/
PERAHSIA HATI berkata…
Redah. Itu kata kunci untuk yang kahwin paksa.

Allah yang menetapkan untuk kita, jadi terimalah seadanya.

http://secretissecret11.blogspot.com/
khai berkata…
keyword dia, redha. bila kau redha, kau boleh pupuk cinta tu dengan sapa pon manusia. tapi masalahnya, macamana nak redha? redha tu juga satu perasaan. sama macam cinta.

cinta tu perasaan, bukan pilihan. bila kita memilih, atau dipilih, kita takkan dapat rasa magik cinta.

boleh nak kawen dengan pilihan keluarga, tapi sejauh mana kita nak terima tu yang jadi kayu ukur kebahagiaan kita. jika kita mampu terima, baguslah. kalau tak mampu, bercerai macam lelaki A. buang masa. buang duit. buang cinta. perkahwinan bukan macam main logo. bina bina pastu runtuh, boleh pasang semula.

perkahwinan ni walauapapon adalah hubungan antara dua pihak. pihak lelaki, pihak pompuan. masing masing kena menerima. kalau salah sorang tak terima, runtuh tiang keluarga.

apa apapon tuhan tu maha mengetahui apa yang terjadi.
Eyka berkata…
motifnya tak kenal maka tak cinta kan? keh keh keh :P
Cik Amni berkata…
kalau masing2 tak de orang lain, mungkin okey.. tapai kalau masing2 ada orang lain, tu yang parah... perempuan senang nak terima kot.. laki mungkin susah sikit.. ermm.. apapun, usaha kedua pihak tu penting.. dan sabarrr banyak2..
Sam berkata…
barua la blogspot ni, aku tulis komen panjang2 kau suruh log in pastu hilang apa yg aku tulis.kan kene tulis balik.

Okay first, kepada tuan penulis, the word is Reda,not redha. Boleh check kat kdbdp.

Then nk ulas skit,
Mmg betul apa yg dikata kn, Reda is the key, sesungguh nya Allah tahu apa yg terbaik utk kita. Kita masing2 hanya fikir hanya kita tahu apa yg kita mahukan, tapi Allah beri apa yg kita PERLUKAN.

@khai
Reda bukan satu perasaan, ia satu perbuatan. Kau nk kata kalau kita kawen dgn bukan pilihan kita ssh nk kekal. Itu sbb keredaan tu xda. Bila kita reda , kita just ikut dan jalankan tanggung jawab dengan baik mengikut Islam. Then if dua2 ikut cara tu I think it is impossible to divorce.

Then kau kata buang masa duit and bagai kalau last2 cerai. Kalau dah ikut cara Islam but still cerai, dari situ Allah ajar kita byk perkara yg berguna. So pengalaman tu lebih berharga dari duit masa and bagai kau tu.

And one more, kalau cerai jgk xpe la, perempuan sekarang lagi suka duda berharta, tgk makcik ct, akak lisa surihani, faezah suma nk kat duda, so peluang nk dapat bini lagi kaw lagi tinggi bro, see kat situ pn satu hikmah Allah bagi kat kita , kita je yg xpenah bersyukur.
Atiqah Wadiah berkata…
p'kahwinan yg direstui family nih,IAllah akan kekal :)
Huzaifa Zahri berkata…
suka entry ni..
baca pun rela,tak terpaksa..
aamalinaazman berkata…
sungguh terfaktab di hati ini
heeee

betol

memang kata x smudah nk buat..
tapi hakikatnya
kalu dh tertulis
pasti ada sebab musabab
dn kita boleh buat kan..
kata kuncinye
MAHU dgn TIDAK je..
Tanpa Nama berkata…
maka, dengan itu aku menerima jodohku dengan redha.. walau xsuka.. ekekke
Malaysian Boy berkata…
kawen pakse ade pros n contra..w/p kte nmpk ia sbg kekejaman kerana memaksa sesuatu yang berkaitan masa depan..tapi akuilah ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku...;)

salam perkenalan kepada penulis..
IM TYPING berkata…
redha. mana mungkin

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.