The Endless Loop

Ah....sori beb. Maafkan saya kerana tulis gini. Sebab saya takde idea dah nak tulis apa minggu ni. Awal bulan mesti cemni, ergh. Saya tulis2, saya padam. Saya tulis2, saya padam. Last2 saya tulis gini je la. Agaknya mood emo saya dah kembali.

Agaknya saya tau kenapa saya tensen. Ritu saya berTwitter2 dengan membe. Membe pun ayat2 tensen cam saya jugak walaupun beliau tak de la twitter setiap hari manjang. Eh, saya ada Twitter? Ah, alang2 dah tahu ni, sila jangan follow. Nanti sentap saya tak jamin.

Ok berbalik kepada cerita. Nak tahu kenapa kami tensen? Sebab saya tengah ada dalam endless loop. Endless loop tu maksudnya kitaran tak ada hujung. Ala macam roda la. Tapi jenis pusing2 tak pernah berhenti macam gasing dalam inception tu. Uhuks.

Endless loop, macam pernah dengar ayat tu kan? Sesapa yang ada tengok Haruhi Suzumiya , season 2 tau la apa tu Endless Loop. Ala lapan episode separa paranormal yang buat korang rasa nak gigit skrin laptop tu. Cerita dia pasal Haruhi dan geng dia nak spend cuti sekolah. Haruhi ni bajet bos, macam2 la dia rancang. Pergi swimming la, pergi buat part time job la, tangkap2 serangga ala2 cite Pokemon la, dan entah apa2 lagi. Tapi dalam banyak2 benda dia buat, dia terlupa buat satu benda. Dan disebabkan itu, entah kenapa hari tu berulang balik.
Hari-hari camni seronok jugak. tapi kalau dah 15, 321 kali how? {link}

Ha camtu la saya rasa. Saya hari2 bangun teringatkan ex (ceh statement berani mati tuu). Pagi2 teringat dia. Teringat SMS dia dulu. Tengahari teringat makan sesame. Petang teringat borak sesame. Malam teringat dia lagi. Skype chat segala. Esok? Ulang balik perkara sama. Yang buat saya tensen, dah nak dekat bertahun saya gini. Isk-isk. Pengganti? ada la jugak dulu tapi takde yang betul-betul boleh hilangkan endless loop ni.

Lepas borak ngan membe tu jap, saya rasa ramai jugak la yang dalam endless loop ni. Ok la tak semua. Tak baik judge orang kata pembaca2 kita. Tapi saya tahu, ada sesetengah orang yang hadir dalam diri ni, peh...susah gila nak lupa. Cakap la macamana pun—pergi cari hobi ke, pergi cari pakwe/marka baru ke, pergi pindah Bandar lain ke, pergi minum air jampi ke, memang tak boleh lupa punya. Sudahnya walaupun putus dah bertahun, hari2 kita teringat jugak pasal dia. Hari2 ulang memori yang sama dalam kepala. Hari-hari ulang pemikiran yang sama “ah, kalau la aku tak cakap camtu...
Ha, tu la endless loop. Putaran tanpa henti.{link}
Dan macam cerita endless loop tu jugak, mesti ada suatu benda yang kita tak lakukan, that made it keeps repeating. Cewah cakap inggeris pulak saya. Tapi betul la, kadang2 kita tak boleh move on sebab ada isu mendalam yang kita tak pernah selesaikan tentang dia. Kita cakap je “it’s over”, “kita selesai” dan apa kejadah lagi, tapi hakikatnya ia belum betul2 selesai lagi.

Saya teringat entah tahun bila saya baca majalah. Ada sorang pmpuan ni susah benar nak caya kat pakwe baru,insecure pulak teramat sangat, sampai susah sangat nak tahan relationship. Jadi dia pergi la therapist cari penyelesaian. Korek punya korek cerita lama, rupanya sebab pakwe dulu pernah kutuk bodi dia. Patut aih insecure sangat.

Cuba ingat balik relationship yang menyebabkan endless loop tu. Apa insiden besar yang mungkin berlaku time tu, yang menyebabkan kita tak dapat lupakan dia? Maybe pergaduhan terakhir korang, dia tuduh korang macam2, dan korang tak dapat defend diri? Maybe last word korang ialah maki-maki dia tahap melampau punya dan korang tak sempat nak mintak maaf? Mungkin bila korang cakap “kita putus” korang tak sempat beritahu dia kenapa?
Hm...cannot remember desu.{link}

Jadi saya fikir2 balik penyelesaiannya. Memang tak ada akhirnya endless loop ni, kecualilah kalau kita lakukan sesuatu yang break the cycle. Contohnya kita buat soul-searching dengan member baik, gali dalam2 apa sebab tak boleh lupakan dia, dan hadapi masalah tu. Ataupun cari cara nak luahkan perasaan tu. Tulis dalam surat ke, buat sajak ke, miming lagu Stacy sampai lebam ke, asalkan benda yang betul2 boleh selesaikan once and for all. Dan kalau cara yang terbaik untuk selesaikan dia ialah confront dia balik dan explain semua pada dia, maka tak ada masalahla kalau nak contact dengan ex tu balik. Eh cam ada kaitan je dengan entri minggu lepas?

Bagi yang tengah ada dalam endless loop cam saya jugak, saya wish good luck pada you guys. Sebenarnya banyak cara penyelesaian untuk endless loop ni. Cuma antara kita pilih dan tak pilih je. Kalau tak berani nak confront balik diorg (macam saya ni) terpaksa la pendam dalam hati dan tahan je la endless loop ni sampai meletus. Haha. Pilihan di tangan anda y’all.

p.s. eh kawan saya sudah jadi follower Terfaktab rupanya. Nampak nama dia kat atas tu. Hai kawan!

Ulasan

juliam berkata…
kau lelaki kan? jarang kot lelaki endloop ni. selalu perempuan kan.
PointBlankShot berkata…
@juliam
she's a women lah hahahah
TheBentPencil berkata…
@juliam:

but you bet I am a guy because I write about Haruhi Suzumiya is it?

hehehe
Tanpa Nama berkata…
haha..
"Tulis dalam surat ke, buat sajak ke,.."
cewek.medusa berkata…
aku pn da kena terapi.. cr tbaik mmg "confront dia balik dan explain semua"

malang.. dia langsung xhingin jumpe aku.. lg malang, aku sorang je yg terpusing2 dlm loop ni.. mungkin dia da jumpe pengganti, mungkin dia xselera tgk muka aku :(
Aswadsky berkata…
well, i've been in the loop for 2 and a half years! still tak tahu mcm mane nak break the cycle. tengok laki lain pon still compare dgn ex.

dia suddenly mintak break, lagi susah woi, tak tahu apa masalah nya. agak trauma la lepas tu

@cewek: bukan xselera, xcukup jantan nak jumpa la!
XIX Dragunov berkata…
aku nak confront, try banyak kali, tapi mesti end with a fight =.=' pedihnya lah hati ni. dia pulak macam x nak confront. dem~!
Tanpa Nama berkata…
tak pernah hadapi situasi mcm ni, tp mgkin bakal hadapi. hurm...
Edi berkata…
rasanya betul. Waktu dia mintak pisah dulu dia confront aku betul-betul, explain why walaupun waktu aku memang tak bleh terima..ambil masa setahun jugak untuk aku move on..skrg aku berani katakan yg aku dah ok
ak ttp ak berkata…
i pun sama... endless loop..
tp i yg mntk break..haha. i text dia ckp - "i am suffered even though i'm the one who left u"

hari2 bile msg msuk, memnag tggu nama dia yg muncul.. w'laupun i dh break dgn dia.. then.. tit..tit.. (hanset buruk memng bunyi mcm tu).. memnag msg dr dia.. hahhaa.. he still contact me! yahooo.. tp..tp.. dia still xnak ngaku slah n dia bt bodo je.. memng x contact few days, tp lps tu ckp mcm biase..

hampeh tul..geram sgt2!.. skrg?
entah.. we'r still contacting mcm biase.. tp i xnak dh ckp break. kalo dia bt perangai lg, i nk surh dia yg decite.. sbb kalo i ckp break lg i will menyesal..

btl la ckp thebentpencil, kena face the problem, selesaikan dulu.. my endless loop dgn dia berpunca bila i confront slah dia, dia xnak ngaku..i geram then i break.. tp still syg..

actually, i try to tggal dia forever, tp i donno why he still contact me, even though i yg mntk break..
arghh.. all this love things memnag menyushkan!!
XIX Dragunov berkata…
'ak ttp ak' punya ayat macam ayat awek aku... kata aku tak mengaku salah... =.=' mungkin itu kot apa yang ex gf aku nak... mungkin aku perlu selesaikan dengan cara mintak maaf ;(
Tanpa Nama berkata…
kita sama. x berani. so hadapi jelah endless loop ni. :(
Suci Dalam Debu berkata…
Kita cakap je “it’s over”, “kita selesai” dan apa kejadah lagi, tapi hakikatnya ia belum betul2 selesai lagi.

aku suka kalimah ni..
selagi benda itu tidak selesai selagi itulah kitaran itu berputar tanpa henti..

penyelesaian?.
camne kalau dia pun blah camtuh je..
last harapan kat takdir je..
lepaskan dia pergi,kalau dia datang balik it mean dia mmg untuk aku..
faradeeba rosnan berkata…
in the same boat with you.
tot tot! :P
itu dulu la,
tp untuk aku, enough is enough.
no more endless loop.
harus dicari jalan keluar dr loop itu or else kite yang sakit tapi die bahagia.
not fair oke. :)
ayue! berkata…
kita pndi nasihat org en, tp lau nk wat sendiri payah bebenor.
Cob Nobbler berkata…
@juliam

aku ni pun dalam endless loop gak
dan aku ni lelaki

aku still setiap pagi bangun pagi - kerja apa bagai

at the end of the day - gua recite poem - rindu kat arwah awek aku.

aku tau dia takkan kembali tapi aku masih tunggu dia.

somehow,tunggu entry aku - on queue kat Terfaktab.
ak ttp ak berkata…
@XIX Dragunov - kalo dh rse wat salah mntk maaf jelah to ur gf, memang itu pun prmpuan nak..kalo u ad sbb then explain.. prmpuan ni hatinye lembut, tmbah2 kt org yg dia syg.. dia akn maafkan tp hell jgn repeat.. tu namanye tmph maut..

bf ak tu compulsive liar, confirm dia xkan ngaku n mntk maaf.. dh xtau mcmana nk confront dia.. btw, gudluck la..
TheBentPencil berkata…
Ah, lega sikit merasa ada yang masalah serupa ngan sy.--even lelaki juga.

sesiapa pun yang ada hati dan ada perasaan (read: HUMAN) will feel some kind of a feeling when a relationship is broken.

dan endless loop ni bak kata deba, makan diri sendiri juga. orang itu entah mungkin tengah bahagia.

@ak ttp ak: you gotta be strong. confront him is the best way.dia tak dengar tak semestinya dia tak pekak. cuma lambat sikit nak masuk kepala apa yang kita cakap pada dia.
ak ttp ak berkata…
lambat sikit nak masuk dlm pala otak? ermm.. yaa.. maybe..

but. i'm really tired. :(

well.. he is good at ignorant.. hell good!
XIX Dragunov berkata…
aku try contact untuk settle, tapi dia x reply ape =.=' aku memang terasa endless loop ni =( susah nak pegi
ak ttp ak berkata…
@XIX Dragunov

owh... maybe leh explain dlm msg. biarlah msg pnjg berjela pun.. asalkan pnjelasan tu ad, and the word SORRY tu wajib. smpaikan ap yg u nk smpaikan pd dia.. trust me, bila u dh luahkan ap yg u rse n mengaku ap yg u dh bt.. rse relieve tu akn ad.. and then all up to her la..

erk? tetibe je bg pndpat. sorry doesn't means to interfere.. just bg pndpt..
luckiey berkata…
aku punyer endless loop dengan membe sndr...haha....sbb aku xpenah ad ex....1st tyme aku suke org,kena2 tuh membe sndr....then kitorang gaduh bsr....dia maki2 aku....aku pon xtaw knp sbb xde sape pon taw aku suke dia....skrg dah baek kot....dh boleh kumen2 kt fb...tp still aku compare laki yg aku kenal ngan dia tuh...
XIX Dragunov berkata…
i am freed from the endless loop =)
Tanpa Nama berkata…
@ak ttp ak haha. i'm experiencing the same. except we had broke up for 3 yrs. dpt lps dr endless loop pon kejap je. but now, back to circle again. nk confront. tp skrg tgh baik je, xkn nk ungkit. nti gado. hmm..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.