TROLL : Tunang Tanpa Sedar?

Asalamulaikum ya habibi habibah! Ah lan wah salan. Kaifa halaki? Sihat? Bagus-bagus. Ini hari ana ada bendalah mau share sama ente semua. Ana bukan saudagar tahi burung mahu jual itu tahi pada ente semua. Ana ni saudagar cinta lah. Itu macam-macam minyak cinta ana jual pada ente-ente sekalianlah. Minyak pengasih ada, nasi kelengkang ada. Haha, ana guraulah. Jangan ambil hati lah? Tapi, ya ahlul sahabat semua, ini hari ana mau kongsi satu cerita lah yang ana dapat dari laman fesbuk lah. Ya, fesbuk lah mana lagi. Yale yale yale!

Ini cerita ana mau share sebab ana tak berapa setuju lah. Itu pasal lah ana mau kasi cuit kasi ingat lah. Kalau ahlul-ahlul pernah baca tentang pasal benda ini. Pasal tunang lah, itu ana lihat ada ramai orang mahu kasi untunglah share cerita pasal tajuk 'Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar'' di fesbuk lah. Ana rasa sudah lapan ribu orang macam sudah kena kencinglah.

Ana bukan apalah. Ana kelakar sama ini cerita dia suka-suka hati lah mahu letak itu tunang sudah macam couple lah. Ini tak patut. Ini kalau sultan kita dengar, mahu dia cari ini orang kasi pancunglah depan masjid. Masyallah, tak mahu lah, tak mahu. Jadi, ana tak mahu cerita panjang lah, kat sini ana kopi dan paste lah apa yang ana baca tu lah. Mari kita dengarlah, dan ana akan bagitau sekali lah apa yang ana mahu cakap, Insyallah;

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut. <---- Ini betullah, ana setuju lah!

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon. <---- Ini gilalah. Ana tak setuju lah. Mana bolehlah dengan lafaz saja tiba-tiba ente sudah jadi tunangan orang lah. Masyallah masyallah! Kalau ana cakap itu lafaz pada makwe-makwe ana yang ada sepuluh orang, dan sepuluh-sepuluh makwe ana cakap mahu kahwin. Subahanallah, ana sudah ada sepuluh orang tunanglah. Ya habibi, syukran syukran jazakallah!

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram. <--- Astaghfirullah. Untungnya ana! Sepuluh-sepuluh tunang ana tidak boleh orang lain kacau. Haromm kalau kacau lah. Padan muka dioranglah. Ana boleh jadi best men win lah! Ente-ente jangan jeleslahh!

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting? <--- Ya habibi, ya habibah. Mana boleh lah kita banding-bandingkan antara Islam dan adat lah. Kita ada 'uruf lah. Ente-ente tahukah apa itu 'uruf kah? Kalau adat itu baik, kita boleh guna dalam Islam lah. Dan tak bolehlah kita guna 'uruf tempat lain masuk dalam 'uruf di sinilah. Masyallah masyallah ini orang. Ana mahu ketuk kepala dia lah.

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri. <--- Subhanallah, ente tidak tahukah apa itu maksud 'pihak'? Pihak itu bukan bermaksud lelaki dan perempuan itu sajalah. Itu pihak bermaksud; 'Termasuk dengan keluarga lelaki dan perempuan lah'. Kalau pihak lelaki, bermaksud lelaki dan keluarga lelaki lah. Kalau pihak perempuan bermaksud perempuan dan keluarga perempuan lah. Ente bukannya berkahwin dengan janda atau duda lah. Yale yale!

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut. <--- Ini pun ana kabur-kabur lah. Apa ente ingat ini bertunang sudah mahu setaraf dengan kawan-kawan macam couple kah? Ya maulana, ya maulani. Jangan letak standard tunang macam standard 'kawan-kawan' lah. Sudah tiada maslahatlah nanti itu pertunangan. Agaknya nanti kalau ente si suami cakap pada seorang perempuan bujang mahu ajak kahwin, itu perempuan setuju dan ente sudah jadi tunang. Apa agaknya lah isteri ente punya perasaann. Masyalallah masyallah. Simpang malaikat empat puluh empat lah. Kiamat sudah mahu dekat lahhh.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini. <--- Ana simpulkan di sini, jangan suka-sukalah main langgar tafsir itu hukum-hakam dan kasi sebarlah dalam fesbuk. Ini tak baiklah untuk umatt. Kalau ada yang benak di kepala main terima, itu sudah memesongkan fahaman lah. Lepas ini semua orang boleh cakaplah dia sudah tunanglah, macam pesen Ashton Kutcherr dan Demi Moore lah. 


Baiklah, ana mau sikit saja. Sikit saja mau kasi sampai-sampaikan pesananlah pada ente-ente semua. Bagi ana, ini semua masalah ketidakfahaman dalam 'uruf lah. Budaya. Budaya pertunangan di Malaysia tidak samalah dengan negara Arabiya di sanalah. Ini cerita bagi ana ialah 'uruf di negara Arabiya sana yang mahu disebar dalam ini Tanah Melayu lah. Salah lah. Dalam perbincangan yang ana fahamlah dari ijtihad mengenai 'uruf. Hal 'uruf ini ada had lah. Tidak sesuai diguna untuk tempat-tempat yang lain lah. Ia cuma eksklusif untuk sesuatu kaum lah. Asimilasi. Jadi, hamba Allah yang buat artikel ini sebenarnya ana pun tak tahulah. Mungkin dia sudah jadi Minah Arab Celup ka, jadi Wahabi ka, geng Abuya ka, atau tangkap cintan sama orang Arab ka, kita tak tahulah.

Tegas sini bagi ana mengatakan. Pertunangan yang sah dari segi syarak di Malaysia mengikut Sunnah Wal-Jamaah, mengikut Imam Syafiee, ialah pertunangan yang di adakan majlis kecil-kecilan saudara mara, dan mendapat persetujuan/pengetahuan dari kedua-dua pihak termasuk keluarga dan paling penting sekali. Kalau bertunang, seperti dikatakan habibah Shahirah Khairudin, lebih baik dirahsiakan lah dari pengetahuan umum bagi menjaga maruah kedua-dua pihaklah.

Yang penting, itu main lafaz tadi memang kelakar dan salah-lah. Hahaha. Mana ada tunang tanpa sedarlah. Lainlah kalau ente time bertunang, ente pengsan tak sedarkan dirilah.

Oklah ya ahlul-ahlul semua. Jangan jadi bahlul ya? Ana mahu mengundurkan dirilah. Kita jumpa lagilah kalau ana mahu jual minyak cinta, minyak senyonyonglah. Yale yale yale. Wabilahitaufiq walhidayah, wasalamualaikum, warahmatuallah, hiwabarokatuh. Kita tangguhkan dulu dengan tasbih kifarah dan suratul-as. 

p/s: troll je dik, jangan bontot berdarah sudeyhh. kehkehkeh!

Ulasan

lupa nama berkata…
hahaha.. dengan lajunya kau respon pada gambar di fb. bagus!
=D
AlexiaAqram berkata…
naik terbelit lidah aku nak kembali ber haza hazihi ni balik. kahkahkah!
Aimi Rosli berkata…
tajuk ini merupakan topik paling banyak saya tengok diperbincangkan pada hari ini. di facebook, dan ya, di sini.
Akim Iqbal berkata…
Terima kasih ya ukhti, ana banyak feninlah.. ana taktau ini cerita sibab ana sibuk mau jaga kambinglah..
norinaomar berkata…
pernah kecoh2 tahun lepas gitulah..pastu semua pakat tukar status kepada 'engaged' kat Fb..apakah..
cik ciput berkata…
bagi aku satu je lah, bertunang tu bila mak si boboy sarung cicing kat jari si gegurl..senang, habis cerita..kahkahkah

*yang share2 dalam fb tu pun, main share je..bukan nak baca benda apa yang dikongsi tu..
.::TAIKO ::. berkata…
huhu...aku share sal mnde ni gak,last2 aku yg konpius...


tq la aqram :)
Adam Mikhail berkata…
mujur saya belum terlepas cakap kat mana-mana gadis lagi.
Erzarita Scarlet berkata…
NICE !!!!!!!.....prnh kongsi benda ni, tp cm x caya gak bc....HAHA...
ZeBentPenzel berkata…
tahi kau,
orang tersembuq ayaq liuq gelak hang tulih camni.

hahaha!

(tapi lawak2 pun, yg ni mmg btul lah.klu nak tunang kene la proper, kalau xnak tunang pun paling koman jumpa mak bapak terus letak tarikh nikah)
Mie berkata…
Ini apa yang Ustaz Azhar Idrus cakap. Boleh cari dekat YouTube.

Malas nak komen panjang-panjang. Tapi ada jugak kebenaran yang ustaz cakap.

Btw Aqram, nice entry!
Cuya berkata…
ana like lah ! xD
Kucing Putih berkata…
Ape ni Aqram. Kau dah menghina Islam tahu tak? Ko ingat suka hati kau boleh buat 'Ana, anta, ya ale' itu semua? Main2lah kau. Masuk neraka tahu!



















Aku menanti komen ini. Kahkahkah!
CikSelampit berkata…
bagus sgt enta punyah hujah.
ana paling tak suka org yg main klik share saja lah..

benda-benda yg kabur ni kita tak boleh la percaya sgt kan.

nice response on the topic ya unta..hehe..
Cik Amni berkata…
kannnnnnnnnnn.. selamba badak jer cakap dah bertunang.. sedangkan mak ayah tak tahu pulak pasal benda ni.. macam mak aku yang tak baca facebook, memang kau letak engaged kat situ, tanpa dia tahu, dah tu sedara mara yang jenis lurus jer bagitau mak aku, tanya mak aku ker, kan ker naya jer.. haihh...

harus aku cakap kat tunang aku sebelum tunang hari tu, kalau nak amik aku jadi bini, jumpa mak aku, jumpa abg aku.. kalau mak aku dan family aku setuju, jadi aku setuju... lepas tu baru bertunang..

doakan aku cepat ke jinjang pelamin.. err.,. amin kan laa.... =p
PointBlankShot berkata…
hah. aku pun naik konfius benda alah ni.

terima kasih la ente sebab bagi pencerahan. ana sudah tidak konfius lagi.

ana mohon share ya pak sheikh kehkehkeh
cikpia berkata…
walau aku tatau isu nie tapi aku rasa aku nak sokong zebentpenzel.....

nak tunang biarla proper, jumpak mak bapak. takkan main lafaz2 dah jatuh bertunang. jenuh la dah brapa kali aku bertunang ngan laki orang.... pepahm jer la kerja sektor banyak jantan nie, melawak sopa ngan haram je.....
Burungman berkata…
Ape ni Aqram. Kau dah menghina Islam tahu tak? Ko ingat suka hati kau boleh buat 'Ana, anta, ya ale' itu semua? Main2lah kau. Masuk neraka tahu!
APi berkata…
entry ni la yang diperam dan diketawakan semalam rupanya..
yale yale yale..
Eyka berkata…
ya habibi..ana setuju sama ente laa..

keh keh keh :P
Bongsu berkata…
kalo ikot logik islam pon, benda basic jer. takkan seorang anak boleh membelakangkan keluarga terutama ibu bapa. lagi2 seorang perempuan yg masih dibawah jagaan/ tanggungjawab seorang ayah. simple. :)
nice entry..
dri benda nie start tersebar kat fb, sy dah start confuse..tp takkan ar seseang jer leh jadi tunang sdangkan parents tak tahu lagi..
Tanpa Nama berkata…
huii..entry ni cam nak avoid je..couple tu kan haram....can you see the reason?
hebat r terfaktab..mesti banyak jumpe ulama' nih..takpun,solat 2 rokaat dulu sebelom tulis entry..terbaek ahh..
fe3adzim berkata…
Lainlah kalau ente time bertunang, ente pengsan tak sedarkan dirilah. --- aku suke part nih..hahaha
Unknown berkata…
pekat betoi 'arab' dia. dua tiga kali kena baca line yang super-duper pekat 'arab'nya.

anyway, good job on 'uruf wal adah tu. =)
yongpropaghandi berkata…
fuh..naseb baik ente tak pegang itu buah lah..kalau ente pegang,kesian lah kawan2 fb ente yg cuba mengorat ente itu lah~
ark berkata…
thumbs up! tau xpe, sy pun cuak...kapel tu pun depa dah kira as bertunang...cinta bdk2, ye kan ajelah klu pakwe ajak2 kawin nnt dah keje 8-10 thun lagi...mak aih, ramainya tunang sy...!!!~ hahaha...
ArtForAuction berkata…
Anak dara mesti mendapatkan persetujuan wali (bapa,datuk dsb) sebelum mengikat nikah dengan seseorang. Logiknya, kalau begitu peminangan seharusnya perlu diberitahu wali juga. Anggaplah permintaan/ajakan kahwin si kekasih itu sebagai proses merisik sahaja.
nots berkata…
ya ustaz! ya habibi ya maula na , mak aihh , ponat nak membunyikan 'h' tuh . HAHA , btw aku sokong entry nii . boleh pulak -tanpa disedari kita dah jadik tunang orang kan , gilakah ? haiyah haiyah- peningg nyahh ! wakaka . ;P
MiMiEy :) berkata…
first time baca blog ni,
comment pertama, best giler..
dah macam baca blog org dok kat mesir pulak. terbelit lidah bacanya . hahaha

nice entry
MuNie berkata…
salam..

jgn aci setuju je dlm pendapat dan komentar kawan2 kte. yg penting, belajar! cari setiap dalil mengenainya dgn niat utk tahu dan amalkan (moga2 dpt pahala) bkn dgn niat mahu perlekehkan org itu pula.

takut sekiranya pndpt tunang automatic tu betul, dan pndgn aqram mengenainya salah. dan takut juga kalo pndgn ulama' tu xbetul (menggodam fatwa sesuka hati misalnya), tapi org percaya.

arakian itu.. amat penting, jgn jadi malas, belajarlah ilmu agama.. cool? ^^
Ze_Mhis berkata…
loh. enta, ana, tu kan suma kata ganti diri. tapi dalam bahasa arab. yang butthurt bengang author tulis gitu kenapa? celah mana dia menghina memain tu?


ape pun, mak suka entri ni. kalo pasni ade lagi yang 'i nak kawin dengan you jom kita tunang.' buat majlis yang. tak vogue meriah pun tak apa.
Tanpa Nama berkata…
tak tau nk kate ape.. sebab mase aku kat U dulu, ustaz aku penah ajar mcm ni.. entahlah.. mungkin cara pemahaman kita lain2.. senang cerita, rajin2kan diri belajar agama pastu cari info untuk kesahihan dan kepuasan diri sendiri.. bukan semua pendapat kita boleh terima.. jangan senang ikut dan terima cakap orang lain.. dan kita yang bercakap pun pastikan ada hujah yang kukuh.. :)

*ahlan wasahlan
*kaifa haluki (girl)
*kaifa haluka (boy)
*kaifa halukum (ramai)

tQ..
AsyieqiN Rkey berkata…
hahahha..tetibe nak jatuh cinta ngan aqram....hehehehe...>.<
AlexiaAqram berkata…
YALE YALE YALE untuk semua lah. ana jatuh cinta sama ente-ente lah. muah!
shahirahkhairudin berkata…
kah kah kah !

*fainted*
shahirahkhairudin berkata…
eh nak tambah.
kalau dah pesen pakai cakap mulut terus jadi tunang, maka apa pulak guna dia nak berkhitbah bagai tu kan? amboi..ingat mat saleh ke hape. i do i do tu maknanya terus tunang.
Tanpa Nama berkata…
erm...semua orang ada pandangan sendiri..:)
tapi hal bertunang tanpa sedar ni dirujuk pada video Ustaz Azhar Idrus.

http://www.youtube.com/watch?v=k73Cv3K6dY0&feature=share
Tanpa Nama berkata…
ustaz azhar idrus telah salah tafsir hal khitbah ni. khilaf.
Unknown berkata…
aku setuju dengan MuNie.. aqram nak ckp dia betul, dia xde bentangkan dalil.. bdk fb yg sebar tu nk ckp dia betul, dia jugak xde kasi dalil2 kan..

at least, aqram bukak la jugak minda org lain utk terus kaji hal ni.. (kalo nak kaji la kannnnnnnnn) @.@
ainaa berkata…
kelakar gile lah weyyy
Primadona berkata…
high five.Ya isu ini memang dah berleluasa dah dari tahun lepas.Semua dok pakat share kat fb and one of my friend percaya gila dengan benda ni oh.Sampaikan masa tengah duduk lepak dia boleh tanya sesiapa yang dah pakwe/makwe yang dah melafazkan dlm telefon tu actually dah tunang tanpa sedar.aku jadi mcm what the hell minah ni cakap mcm tu.

Tapi aku teringat ustazah masa zaman sekolah dulu cakap if lelaki lafazkan talak kepada isterinya melalui telefon,skip if pasangan suami isteri itu jadi pelakon maka jatuhlah talak kepada isterinya.So kiranya diorang officially cerai dah even berlakon.

Adakah tunang tanpa sedar ni kira ikut mcm konsep jatuh talak? konpius dah.Aqram explain cepat! :)
cik ima berkata…
salaam,
pada saudara dan saudari yg bertanya tentang segala hukum pada saudara Aqram, silalah jangan buat kelakar. jangan ditanya soalan pada orang yang bukan ahlinya.

kalau benar-benar mahu tahu, sila rujuk pada yang pakar. para ahli ulama', or at the least ustaz kat sekolah, universiti or masjid mana-mana.

this is a serious matter. bagi aku, entry kat terfaktab or kebanyakan blog sebegini, hanya dibaca untuk suka-suka dan gelak-gelak. kalau nak berbincang hal yang serious, silalah jumpa pakar yang benar.

jangan disesatkan oleh sangkaan sendiri atau sangkaan orang lain yg dianggap benar... lagi-lagi when it comes to our religion :)
Tanpa Nama berkata…
pening baca gaya bahasa ala2 arab ni ~ anyway, awsome !! i likee point yg diketengahkan ! dapat bukak luas minda semua org mengenai hakikat realiti berlandaskan syarie. .
thanks 4 sharing . . ^^'
Unknown berkata…
Setahu aku hanya dengan niat bersungguh.. nyatakan dengan usaha ikhlas mcm jmpa mak bapak.. jika pihak perempuan da setuju n dinyatakan pada kedua ibu bapa,xyah cincin pun xpe,da boleh kira bertunang.. btw,pada yg membaca,jgn trus2 wat conclusion,tp ty yg mahir n lebih arif

Hati2..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.