Perasaan Yang Sementara.


Assalamualaikum. 안녕...

Aku sentiasa fikir yang setiap hari mesti kena ada penambahbaikan yang kita buat pada diri kita. Jadi, bila setiap kali aku fikir aku dah pon move on, sbnanye aku tau deep inside aku belum lagi move on. Aku belum jumpa lagi orang yang betul-betul boleh menggetarkan sanubari aku dan membuatkan tido aku tak lena, baik siang atau malam. Aku secara serius belum jumpa lagi orang yang mampu buat aku masih tersenyum di saat badai melanda (ayat kemaen) dengan hanya memikirkan bahawa dia ada di sisi. Serasa aku, aku masih lagi belum jumpa orang tersebut.

Nak dijadikan cerita, hari tu aku ada pegi satu pertandingan ni dan oleh sebab perjalanan yang memakan masa selama enam jam, dan aku tak tido langsung sebab, takot lecturer aku ngantok satu, takot dia sesat pon satu. So, kitorang berborak macam-macam benda. Dan tiba-tiba dia buat tafsiran dia pasal diri aku. Macam mana pandangan dia kat aku. Aku tak terkejut pon sebab normal la tu orang judge kita the way they want. Cuma, apa yang menarik perhatian aku bila dia kate aku jenis yang menyembunyikan rasa dan taknak orang baca perasaan aku yang adakalanya sedih tapi aku berpura-pura gembira. Aku jugak tak menampakkan yang aku lemah dan atas dasar tu, lelaki susah nak dekat dengan aku.

Aku gelak je masa mula-mula tu sampailah tetiba dia suggestkan untuk aku buatkan orang boleh dekati aku kat pertandingan tu nanti. Dia bimbang sebab umur aku yang dah maken meningkat sedangkan dia taktau luka lama masih dalam proses untuk diubati. Tapi, aku layankan jela. Bagi aku, standard la tu bila orang tua risaukan pasal soal hidup anak-anak muda ni tapi aku takde niat langsung nak carik pasangan kat sana.

Sesampai aku kat sana, ada sorang lelaki yang menarik perhatian aku tapi aku rasa aku tertarik kat dia sebab dia hensem, tinggi lagi sasa. Aku sure mana-mana dia pegi, dia mesti akan draw attention ramai orang sebab figura dia yang sebegitu menarik. Tapi, bila aku jumpa dia esoknya, aku rasa dia biasa-biasa je orangnya. But as time goes on, aku gurau dengan junior aku, kitorang gelarkan dia 'jodoh aku' dan konon-konon siap doa masa tengah hujan lebat. Bajet doa makbul kan.

Dan bila tetiba kitorang contact dan berada dalam fasa untuk mengenali antara satu sama lain, aku selalu wonder; Adakah perasaan ini hanya sementara seperti perasaan aku yang sebelum-sebelumnya? Atau adakah dia datang untuk membawa aku keluar dari perasaan yang kononnya masih belum jumpa lelaki yang bisa menggetarkan sanubari ni? But at the end of the day, aku selalu membuat keputusan bahawa perasaan ini adalah sementara. Dan sementara ia masih ada, biarkan aku. Sebab aku pon taktau sampai bila perasaan yang sementara ini dapat aku nikmati dan andaikata ia bukan sementara sekalipon, aku masih mahu menganggapnya sebagai sementara since he is too good to be true.


p/s: Untuk awak, saya harap kita tak terburu-buru dalam membina perasaan yang entah ada entah tidak ni. =.='

Ulasan

mirul berkata…
perasaan yang sementara tu kalau dipupuk boleh menjadi selama lamanya
syaza syahhanna berkata…
but still need time...
nak biarkan platelets tu menghentikan luka yang berdarah..
hhahaha.. masuk sains puleekk... ^^v
nots berkata…
aku suka ayat ni "bila setiap kali aku fikir aku dah pon move on, sbnanye aku tau deep inside aku belum lagi move on" - sebab aku pun camtu . kan senang kalau dapat tahu perasaan kite nih sementara ke tak kan ? *merepek pulak . :D
yongpropaghandi berkata…
hendak seribu daya,tak hendak...sudah! keh3
dayah berkata…
perasaan perlu dikawal :) nice entry, i'm touched aw
ciKk rynN berkata…
sume post dari blog terfaktab aku lum abis bca g aku dah like..hehe
Tanpa Nama berkata…
smoge ko berbahgie dgn ak.
wasalam

KERMTDHATI
Cik Amni berkata…
amik masa.. Slow.. Slow... Jgn rushing... =)
cikpia berkata…
semoga 'awak' membaca entri ini.......
Ieqahgajah berkata…
kekalkan perasaAN iteww
Bukan Paripari berkata…
haha . rase kite same ! gua pon selalu macam ni bila ada lelaki baru dalam hidup muncul . gua masih dihantui kisah lama dan trauma . haha .
Ana Faryana berkata…
entri ni macam same je dengan ana..

relax la kan kita muda lagi..huhu
AkuOsi berkata…
hohoho..aku pun selalu berperasaan sementaraa.. kut~ adeh
Tanpa Nama berkata…
pertandingan apakah? :)
mcm ada instinct. haha.
angah ahmad berkata…
semoga bertemu jodohnya,amin :)
Anna Farhana :) berkata…
suke bace terfaktab ni , sebab ape yg ditulis selalunya same dengan ape yg saya rasa :')
shida berkata…
take ur time dear..~~~~
kawan je dulu..~~dont rush
Eyka berkata…
sush kalu kite yg rasa kan?

semoga bahagia :)
Tanpa Nama berkata…
haha :P
move on? aku tak walau selangkah.
still same.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.