KISPEN: "Halusinasi"



Aku menekan punat satu per satu, kosong, satu, dua, tujuh, tiga, sembilan.... "nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan, terima kasih." Nombor ini tidak pernah hilang dari kepala, sentiasa berlegar-legar. Walaupun hasilnya tetap sama aku terus mendail dan mendail nombor ini. Sudah setahun aku cuba mendail, tiap-tiap hari tanpa jemu aku akan cuba mendailnya sekali. Aku masih buntu, kenapa dia yang aku sayangi tinggalkan aku, dia tahu aku masih sayangi dirinya.



Segalanya berlaku setahun yang lepas, dimana salah aku juga, membiarkan dia sendiri tanpa teman, aku bergembira bersama rakan-rakan tanpa hiraukan dia, aku sendiri yang mencari malapetaka. Manusia tidak pernah hargai manusia lain sehingga kehilangannya, begitu juga aku. Dia marah denganku tapi aku seperti biasa membiarkan dia tanpa memujuk, kerana aku sangat kenal dengan dia, marahnya akan surut setelah lama aku biarkan, tapi aku silap. "nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi", aku cuba berkali-kali tanpa putus asa, aku sangat-sangat rindukan dia. 

"Hello"
"Sayang! maafkan saya ok?, i love you so much"
"Maaf kita putus"
"Sayang, maafkan saya okay janganlah macamni"
"Segalanya sudah terlambat"
"Sayang, please janganlah pergi saya perlukan awak"
"Saya sudah ada orang yang lebih sayangkan saya, lebih hargai saya"
"Sayang, hubungan kita sudah lama, saya masih mahu kekalkan hubungan ini."
"Saya kata putus dan kita putus!"
"Kenapa berlaku curang? saya tak pernah curang dengan sayang!!"
"Saya tak curang, kita putus! dan saya akan pergi dengan dia!"
"Tak mahu! saya tak mahu putus!"
"Saya dah takde perasaan lagi dengan awak!, harap awak faham."
"Saya faham tapi kenapa?"
"Dia lebih hargai saya, dia lebih sayangkan saya."
"Saya tak merelakannya! please sayang"
"Muktamad!!!!"
"....."
"Harap kamu baik-baik saja, dan harap kamu dapat jumpa orang yang lebih baik dari saya"

Talian diputuskan, itulah kali terakhir aku becakap dengannya. Semenjak hari itu, Hanya suara wanita lain menjawab talian itu; Suara wanita dirakam dan setiap kali dia berkata mesej yang sama. "nombor anda dail tidak dapat dihubungi" sehingga berubah ke "nombor anda dail tiada dalam perkhidmatan". Aku pasti suatu hari nanti pasti akan ada dia menjawabnya. Aku mahu penjelasan yang lebih terang. Biarlah kawanku kata aku gila, rakan-rakannya kata aku gila, tapi aku tak gila aku normal, aku normal senormal lelaki lain, cuma aku perlukan cinta dia. sayang tolong jawab panggilan ini. aku mengharap kau menjawabnya. 

"Hello?"
"Akhirnya awak jawab juga"
"Maaf, bukan sengaja, awak macamana sihat?"
"Saya sihat sahaja, awak?"
"Saya pun sama, macamana kehidupan awak? ada teman wanita baru?"
"Saya masih menunggu seseorang."
"Hihi, saya?"
"Awaklah siapa lagi?"
"Kenapa awak perlu setia dengan saya sedangkan saya telah hancurkan hati awak?"
"Kerana hati ini tidak pernah awak hancurkan."
"Pandailah awak."
"Boleh jumpa awak?"
"Tak bolehlah, Awak kan tahu saya sibuk." 
"Awak, saya sayangkan awak,  saya tetap begitu setia menunggu."
"Awak, kalau boleh saya nak tengok awak bahagia juga, untuk saya boleh?"
"................"
"Awak, antara kita sudah lama berlalu, saya bukan untuk awak lagi"
"Baiklah, tapi saya akan sentiasa menghubungi awak, awak boleh tak janji kawan dengan saya?"
"Saya tidak boleh janji awak, yang penting awak ada didalam hati ini"
"Harap awak akan jawab lagi bila saya telefon, setahun saya cuba mendail tapi baru harini awak jawab"
"Yeke? Tapi ini kali terakhir awak bercakap dengan saya yang pasti saya mahu kamu baik-baik saja."
"Tapi saya masih harapkan kita bercakap kembali."
"Tak boleh janji."
"Kenapa? kenapa tak boleh janji susah sangat nak bercakap dengan saya?"
"Maaf awak, saya kena pergi dulu!"
"Saya mahu cakap lagi, setahun saya mendail, tapi baru sekarang awak angkat!!" 

Panggilan terputus, walaupun begitu aku gembira, kerana aku dapat mendengar suaranya. Aku cuba dail kembali "nombor anda dail tiada dalam perkhidmatan". tapi tidak mengapa aku masih gembira. Terdengar bunyi pintu bilikku dibuka, Razif kawan serumahku tersenyum memandang aku. 

"Oi kau buat apa ni jom lepak"
"Aku malaslah nak lepak, penat"
"Kau ni sejak kematian awek kau, kau sentiasa dengan handphone kau, apa kau harap kau dapat call dia ke?"
"Sejak bila awek aku mati?, aku baru je cakap dengan dia!"
"Aku taktaulah nak cakap apa dengan kau, kau memang tak dapat terima kenyataan, aku bukan apa, aku kawan kau, kau dah lama kenal aku, takkan aku nak tipu kau, kau sendiri nampak kan awek kau kena langgar lari, masa tu kau nak ajak awek kau lepak sekali" 

Memori terputar sedikit, masa tu juga aku agak cuai, aku melintas berseorangan tanpa dia berada disebelah. Aku menoleh kebelakang setelah melintas, tapi semuanya sudah terlambat. ahhh!!!! itu semua tipu, aku tak percaya. itu semua mimpi! Razif kau memang celaka! 

"Razif aku anggap kau kawan tapi kau buat aku macamani"
"Serius weih, sedarlah, dah setahun kau macamni"
"Aku baru tadi cakap dengan dia!! kau nak kelepet pun janganlah sampai cakap mati-mati"
"Iz, aku tak pernah nak tipu kau, kau sendiri menghilangkan memori itu, aku tahu kau sedih"
"Dahlah!! aku nak tidur"

Razif keluar tanpa berbicara, entahlah kenapa semua orang kata dia sudah mati, aku tahulah dia kecewakan aku, tapi aku masih sayangkan dia, Aku masih mahu menunggu, aku terus menunggu. Sayang, aku sentiasa menunggu kau. 



"nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan". 


(Entri kali ini disumbangkan oleh penulis dari KontrolHisteria, iaitu Khrlhsym. Gambar, kredit dari Google mengikut turutan- sini, sini, sini dan sini.

Ulasan

Wadi AR berkata…
life must go on
Siti Najwa berkata…
uish.....takutnya klu ada kwn2 yg jd gini
fatinizzati berkata…
come on. move on la :)
~cinderella~ berkata…
dia ckp ngn sape sebenarnye??? hahaha..
amira_hasrori berkata…
sob sob. berair mata aku. heh.
Lalala berkata…
dia berhalusinasi ya.. kalau ini kisah benar.. harap orang tu baik semula.. tapi memang pernah dengar ada yang tak dapat terima hakikat.. bahaya...
SLeM berkata…
c'est la vie!
Eyka berkata…
cite ni sgt sedih klu kena sndri-.-
chepokcek berkata…
sedih wei.. nak terkeluar air mata jantan...
IM TYPING berkata…
sedihnyaaaaa !:'(
laskar pelangi berkata…
tersangat sedih..hidup mesti diteruskan walau kasih dan cinta kita pada orang yang dah meninggal tu suatu tahap maksima...dah namanya hukum karma..semua orang akan meninggal..cuma lambat dan cepat..tapi memang bila kita kehilangan orang yang buat kita bahagia, memang rasa haru biru. huuu
fazrinn berkata…
menyentuh perasaan :(
Suzie Yusof Mohamed berkata…
Lelaki kalau dah sayang..^^nothing could bother him..
erleena berkata…
er sdey kowt hoho
cik maia berkata…
=( terdiam.
Izzah | zulkifli berkata…
sedih nye cerita ni..dy sygkan awek dy smpai halusinasi..kesian.. =(
Cob Nobbler berkata…
aku terkesan dari tulisan ni.
~marlia maya~ berkata…
kalau betul2 terjadi sangat kesian laaaa....but life must go on :) yang hidup perlu teruskan hidup dengan tabah :)
Ze_Mhis berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata…
aku hanya mampu menangis baca cerita ni..:( sedih..
M. Faiz Syahmi berkata…
aku pernah baca dalam khrlhsymbox. sedih. aku dapat rasa betapa sayangnya dia, dan betapa dia tak dapat terima kehilangan orang yang disayangi tu.

all the best, rest in peace.
alfatihah to everyone that loses their beloved and friends.
Kontrol Histeria berkata…
terima kasih komen semua, selamat berhisteriahat dari kontrol histeria.

huehuehue
. berkata…
terkomen pakai acc Kontrol histeria. huehuehue.

*cerita hanya rekaan semata-mata.
TTA berkata…
sumpah aku nak menagis tapi aku tahan sbb perit dia aku paham -__-
ghost berkata…
aku rasa aku pernah baca kisah nih dari Karl.
Tanpa Nama berkata…
shoot terbaik!
little.pingu berkata…
kalo la gf die tu adalah tulang rusuk kiri die, mmg die tak mampu move on la..
uyuyaida berkata…
ahaaa sentap woo . memang kadang-kadang kita susuah nak terima kenyataan yang orang tu dah tinggalkan kita . ala sedih pulok *kesat air mata*

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.