"Maaflah, Mungkin di Antara Kita Tidak Ada (x+y)2-ab(x-y)"



Radiohead - Let Down (lagu terbaik bagi aku kalau aku terfaktab)


Let down and hanging around
Crushed like bug in a ground
Let down and hanging around

One day,I'm going to grow wings
A chemical reaction
Hysterical and useless
Hysterical and..

Let down again
Let down again
Let down again..


Bagi aku - cinta adalah seperti sains. Magnet kutub utara akan melekat dengan kutub selatan kerana hujah saintifiknya sudah berkata begitu. Asid jika diletak di kertas litmus akan menjadi warna merah kerana pH bawah dari 7, jika alkali akan berwarna biru kerana lebih dari 7 nilai pH nya. Cuma kita tidak tahu bagaimana untuk mengkaji sains cinta. Setakat ni aku hanya tahu kajian saintifik tentang bau pheromone di celah kangkang dan juga ketiak. Which leads to my question kenapa suri rumah ada kes lari dengan Bangla jual karpet - sebab dorang jarang pakai deodorant.

Anyway - langit tak sentiasa cerah. Hidup ini bukan seperti team pasukan Liverpool di zaman Bob Paisley yang liat sangat nak kalah. Adakalanya kita hendaklah berlapang dada di atas kegagalan kita dalam meng-adjust seseorang yang kita ada hati dengannya. Janganlah asyik bermerah muka macam Alex Ferguson yang baru kena tibai dengan King Kenny 3-1 di Anfield.

Biar aku cerita satu cinta gagal yang berlaku. Selepas arwah girlfriend dia meninggal, dia sukar menerima kematian arwah girlfriend dia. Hari pertama arwah meninggal dia masih tak percaya walhal dah bertalu-talu message takziah dari rakan-rakan. Dia masih tak percaya lagi walaupun kakak,abang - sampai ke level bapak dia sendiri beritahu kepada dia yang arwah girlfriend dia meninggal. Dia tak percaya dan tunggu di CC dari jam 11 pagi hari Isnin sampai jam 1 petang hari Selasa. Tak tulis blog, tak buat apa-apa - cuma tunggu kekasihnya online di YM. Buzz jangan cakap - beratus-ratus kali. Macam tu punya tunggu akhirnya dia give up dan menangis di tepi jalan - menerima hakikat yang kekasihnya telah pergi meninggalkannya - menyahut seruan Yang Maha Esa.

Dia cuba men-cobain-kan diri pada hari keempat kematian girlfriendnya - selepas tiga hari tak pergi kelas, tak makan, tak minum, tak buat apa selain menangis dan menatap wajah arwah kekasihnya yang pergi. Dia mengikat kain cadar di penghadang habuk kipas di asrama - dan berdiri atas kerusi. Selamat roommate-nya tertinggal kasut bola nak main bola terus membuka pintu semasa dia cuba menggantung diri. Kalau tak - mungkin hari ini cerita cinta epik dia - takkan orang lain akan tahu kecuali rakan taulan yang terapat.

Of course, abang kepada arwah kekasih dia, merupakan member serempit dan selalu bermain FIFA 04 dengannya tidak mahu dia hidup di dalam depressi. Abang arwah mencari girlfriend dari kawan-kawannya - mana tau ada yang single. Tup tap tup tap jumpa. Dia tidak lagi berjalan berseorangan. You'll never walk alone lah katakan.

Tiga tahun bercinta, mamat ni ada masalah dengan keluarga dan hidup merempat. Awek dia ingat mamat ni dah ada awek baru. Ok fast forward akhirnya break uplah.

Aku rasa aku tak berminat nak cerita keadaan dia masa tu - aku nak cerita keadaan dia sekarang. Dia ni rasa hidup dia di dalam kemurungan dan bergantung kepada lorazepam yang dapat membantu dia dari tidur. Selain itu, dia menghadapi insomnia yang teruk akibat depressi ini. Akibatnya, pergi kerja pun serabai, pakai stokin sebelah lain sebelah lain, kadang-kadang dia tak bother apa-apa. Dia mahu mencari semangat yang hilang. Sejak dia beli BlackBerry, kerjanya asyik bertwitter je. Dari bulan Disember 2010 tweet dia hanya 400. Sekarang bulan Mac dah 12,000. Mencari awek melalui Twitter bagi mengakhiri kesepian dan kemurungan dalam diri - seperti mengakhiri kemarau Liverpool nak menang Premier League yang kali terakhir tahun 1990.

Dia mula berkenan kepada seseorang. Menjadi stalker Twitter tidak sesusah Facebook atau Myspace.Lagi susah jadi stalker in real life. Menjadi stalker Twitter hanya click button follow dan kalau nampak dia di timeline - cuma reply. Kalau dia respond hati girang gembira. Dalam hati ada taman. Satu hari awek ini bersedih dan dia cuba cucuk jarum. Percubaannya gagal dalam keadaan yang memilukan. Kena sound "Kau jangan sibuk life orang boleh tak?". Well - seperti bait-bait lirik You'll Never Walk Alone - "Walk on through the wind, walk on through the rain, hold your dream be tossed and blow". Satu set back dan drifted him down. Sejak itu bila awek ni ada di timeline - dia hanya mendiamkan diri. Sibuk mendengar lagu Aqualung - Strange and Beautiful tak habis-habis. Kadang-kadang bila sorang-sorang kat rumah - dia menggila dengan menari ala-ala Thom Yorke dalam videoclip "Lotus Flower".

Dengan #ayatcliche dia memujuk hati, mungkin ada hikmah semua ini. Lalu meletak harapan palsu - mana tahu ada awek cun secun Shayna Zaid menyanyi lagu Stay kepadanya - tapi pengemis cinta tak mungkin jadi millionaire dalam masa yang terdekat. Millionaire cinta terus jadi pengemis cinta aku rasa logik. Dalam malam-malamnya yang sepi dia hanya menulis puisi di atas kertas - membacanya sambil yang mendengarnya angin yang lalu - kemudian melipat kertas itu menjadi kapal terbang kertas dan membalingnya dari tingkat bawah. Menulis puisi untuk yang tiada - katanya. Dia membuat perkara itu setiap hari sejak akhir-akhir ini. Housemate kat rumah pun dah tension dengan perangai schizo mamat ni. Yang dah tak bother apa-apa kecuali kesepian. Housemate ajak main game bola pun tak lalu. Housemate ajak tengok bola Manchester United vs Arsenal - memanglah dia tak pergi sebab dia fan Liverpool. Dia cuba jugak dekat awek yang lain - tapi love won't work out kalau kau panah sekali banyak. It won't work, buddy.

Mungkin buat masa ni memang bukan timing yang terbaik untuknya. Cinta ni macam bola gak - kadang-kadang jadi macam Lionel Messi masa World Cup 2010 - dari tengah padang gentil 7 player - dengan defender kejar macam nak rak, dan gelecek dan gelecek dan bila shoot - keeper dah tertewas tapi kena palang gol. Kadang-kadang macam Ole Gunnar Solskjaer pulak punya gol lawan Sunderland. Keeper tangkap bola tak kemas lepas tu kena kaki dia dan dia tak sepak - tapi terus gol. Kadang-kadang macam Matt Le Tissier pemain Southampton yang main sepak bodoh je - sekali goalkeeper bangang Massimo Taibi tak reti tangkap bola. Ah sudah ini Terfaktab bukan Sokerleaks. Bukan Sokernet.

Kepada yang mereject tu - janganlah senyap je. At least cakaplah "Maaflah, mungkin di antara kita tidak ada (x+y)2-ab(x-y). Tidak ada chemistry". Takdelah mamat pathetic tu hari-hari tulis puisi dan baca sorang-sorang malam-malam lepas tu buat kapal terbang kertas dan buat sampah kat bawah.

Sebab Ezreen Emira aka Mira Awek Chuck Taylor pernah bersabda dengan aku,

"Hope is for losers. Only losers will hope, and when you're winning everything, you don't need to hope anymore".

Sementara jadi loser ni, teruskanlah berharap.

Ulasan

Lalala berkata…
jadi tergolong juga aku loser dalam hal ini.. apa pun salute la.. dugaan macam2 tapi steady je
Tanpa Nama berkata…
come on bro.losers stands for his pride.
Dunia Mommy Comel berkata…
setiap kali baca entry u buat i x sabar tunggu entry terbaru..siyess mmg bravo!!! like 100x
Suci Dalam Debu berkata…
aku ase mamat tu adalah ko..bukan orang lain..
ngehhh
btw
sadis sangat
Tanpa Nama berkata…
aku x dpt memahami hati adam se-fragile itu.

-catherine-
Worm and Germ berkata…
hahaha. That guy. Ko kan Nami? :D

Terasa aku ego sangat. Mengkomplicatedkan segala keadaan sebab ego sendiri.

Ko nampak pathetic, tp aku lagi sadis.
luckiey berkata…
haha....hope not wrong larr....bkn losers....cume xnk putus asa....heee~~~
Cob Nobbler berkata…
luckiey:"walk on,walk on,with hope in your heart,and you'll never walk alone.You'll never walk alone."
Cukuplah cinta dalam diam

"bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam .."


karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ..
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang dan hubungan yg tidak diredhai Allah SWT,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.


karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu ..
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT. pilihkan untukmu ..

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ??
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ..
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ..

.............
karena dalam diammu tersimpan kekuatan ..
kekuatan harapan ..
hingga mungkin saja Allah SWT akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ..
bukankah Allah SWT tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya ??

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ..

jika dia memang bukan milikmu, roh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat..

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu
menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ..

"aku mencintaimu dalam diam, dengan isyarat yg tak kan pernah tertangkap oleh indera, aku tahu memiliki rasa ini adalah sebuah kesalahan, namun... aku dibuat tak berdaya oleh rasa ini, DIAM.. mnjdi caraku untuk mencintaimu..."

Dari Aisyah radhiyallahu anha, berkata: bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Menikah adalah sunnahku. Siapa yang tidak mengamalkan sunnahku, ia bukan termasuk ummatku. Menikahlah karena aku akan senang atas jumlah besar kalian di hadapan umat-umat lain. Siapa yang telah memiliki kesanggupan, menikahlah. Jika tidak, berpuasalah karena puasa itu bisa menjadi kendali” (Riwayat Ibn Majah, lihat: Kasyf al-Khafa, II/324, no. hadis: 2833)
Tanpa Nama berkata…
sumpah batang hidung same dgn situation aku.
terbaik ;)
Tanpa Nama berkata…
entry ni memang kene dgn situation aku skrg ni.
hahahahahahahaha memang loser sunggunh diriku ini.
bile satu cerita yg di'adapt drp kisah realiti,ble bace pun tak bosan,boleh feeling and rase dalam hati sebab bnde tu pun dtg dari jiwa seseorang.


sejak bila pulak gua ayat canih?haisyyyy...
orang kurang rajin berkata…
adakah ko masih berharap pada ezreen emira?
zey berkata…
so, maknanya kita reject org tu terang-terangan is better than gantung dia tak bertali? gitu?
Cikbelog berkata…
cinta ni seronok tapi memeningkan.
Cob Nobbler berkata…
orang kurang rajin:haha!
hope is for losers
kahkahkah!
Pencinta Seni berkata…
luv ur entry.. =)
keep it up... ^_^
Raden berkata…
alex furgesen asek kunyah cinggam je..
cinta mcm matematik la..bkn cam sains.
ade tolak. ade tambah. ade square..
AWAK YANG MANIS
zayma berkata…
cinta tak mengajar kita untuk membunuh diri..
Tanpa Nama berkata…
CINTA itu macam addmath. pening kepala.
Tanpa Nama berkata…
entry yg best sebab ada selitkan bab bola dlm nie. hahaha
Cob Nobbler berkata…
Naddia:Wong jowo?Wong wedok jowo memang cantik banget!

haha..kabare dhek!

p/s:witing tresno jalaran soko kulino.
Tanpa Nama berkata…
klu dah xnk, sila la reject awal2.
tp reject tu klu boleh biar la dgn ckp elok2, bkn main maki je.
betul?
ddd berkata…
kau liverpool? ahhh tension aku bc mukadimah hak3
nice entry anyway :)
Anne berkata…
Encik Cob Nobbler, saya terasa pula...

Bukan saya, kan?
Akulah Aqilah Itu berkata…
kadang2, hidup ini terlalu faktab sampai, well, yang tinggal hanya jasad. Jiwa? entah menerawang ke mana.
Ezan Nur Ayub berkata…
aku selalu rasa aku direject sama macam apa kau tulis ni incik nami. tapi bila aku pk balik, senyap tu mungkin bukan reject cuma dia menolak kita secara halus. untuk tidak sakitkan kita, dia senyap jer. ada akal, kita pk la sendiri.

aku rasa la. to be extreme , tak sampai hati nak kata diri sendiri loser. tapi tu mmg hakikatnya.

jijik kot diri ini. haha.

aku suka entri kau. aku suka blog kau.

terima kaseh buat aku rasa wujud jugak manusia mcm kau.

:)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.