Cerpen:Berhenti Menjadi Penunggu - Dan Menunggu Untuk Jadi Penunggu Untuk Dan Terus Tunggu



nota:Sila tidak keberatan untuk membaca cerpen "Penunggu Di Stesen Keretapi I,II dan III" untuk memahami keseluruhan cerita ini.

Penunggu Di Stesen Keretapi episod I
Penunggu Di Stesen Keretapi episod II
Penunggu Di Stesen Keretapi episod III

Hari ini
Saya melepaskan jawatan
Dari segala jawatan yang telah diberikan
Setelah sekian lama menanti jawapan
Saya letak jawatan

Saya dengan ini meletakkan jawatan
Sebagai orang yang mengharap
Dan jawatan ini
Akan kekal kosong

Sehingga bila ada yang mengisi jawatan ini nanti
Ingin aku berpesan
Menunggu tunggul untuk berbuah
Menunggu pokok untuk berjalan
Menunggu batu untuk bercakap
Sama seperti menunggu jawapan

Dengan ini saya melepaskan jawatan
Sebagai seorang penunggu
Tetapi sementara tidak menunggu
Saya menunggu lagi
Agar ada jawatan kosong sebagai penunggu
Untuk saya tunggu

Sementara itu,tunggulah
Jawapan yang tak terjawab
Kata yang tak terkata
Ayat yang tak terayat
Tunggu yang tak tertunggu


Aku sudah penat untuk menunggu. Orang datang dan pergi. Sesuka hati. Sedangkan aku terus menunggu kepada orang yang tak kunjung tiba. Orang datang dan terus pergi - mereka ada tujuan yang lain untuk hidup.Aku - masih setia menanti satu benda yang tak pasti.

Sudah lama aku menunggu - aku tertanya-tanya apakah kau turut menunggu aku? Aku masih memegang janji - pada hari hujan itu. Terus memegang janji. Bagaimana dengan kau?Walau sekian lama pun aku berdiri akhirnya lutut aku akan lemah dan jatuh ke bumi. Berapa lama lagi aku harus tunggu.

Kalau kau nak tahu - di stesen kereta api ini aku dicengkam kesunyian. Orang datang dan orang pergi. Bertanya apa aku buat di sini - siapa yang aku tunggu. Pada akhirnya dia sendiri pun tak sanggup menunggu namun aku tetap setia di sini. Mereka semua pergi kerana punya tujuan hidup - tetapi tujuan aku hidup hanya untuk kamu. Dan aku terus menunggu kau disini untuk menuntut janji yang kau berikan pada malam itu.

Kalaulah aku keluar dari stesen keretapi ini - aku takut kau akan kembali dan mencari aku. Tapi,berapa lama lagi aku harus tunggu? Atau kau mahu aku keluar dari stesen ini,lupakan kau dan mencari hidup baru? Aku hidup untuk kau.

"Dan bila kau bahagia nanti, akan aku lihat matamu dan pada masa itu, aku mati pun takkan aku menyesal."

Ya - ini apa yang aku kata padamu. Aku cuma mahu lihat kau bahagia. Aku tak mahu melihat kau menderita seperti malam itu. Aku pun sudah lupa bila siang bila malam kerana aku tahu - aku hanya menunggu kau.

Ada yang datang kepadaku dan berpesan, "masih ramai lagi gadis yang kesepian yang dambakan cinta agung dari kau, kalau kau keluar dari stesen keretapi ini kau takkan rugi apa-apa. Lupakan Lisa, barangkali dia sudah bersama yang lain. Kalau kau keluar kau akan bertemu dengan lebih baik dari Lisa. Mungkin bidadari - siapa tahu"

Ah - hidup ini penuh dengan pengharapan. Manusia ditiupkan roh oleh Tuhannya dengan harapan dia akan berlaku baik sepanjang kehidupannya. Bila dia keluar dari perut ibunya - dia ditatang bagai minyak yang penuh agar dia berlaku baik sepanjang kehidupannya. Tidak ada siapa yang akan tahu apa nasibnya pada hari akan datang kelak? Apakah dia akan terus berlaku baik - atau akhirnya dia lakukan kehancuran?

Mereka yang datang berjumpaku datang dan menyuruh aku berhenti menunggumu. Ada yang mahu bersamaku, bila aku ceritakan kisah cinta agung kita - walau seketika. Tapi aku menolak walau dia seorang bidadari sekalipun. Kerana di dalam hatiku cuma ada kau. Kerana di dalam hidupku aku cuma ada kau. Aku akan terus menunggu kau disini sehingga kau datang - kerana kau berjanji, kau akan datang. Aku percaya kau akan datang.

Hidup ini penuh dengan pengharapan. Kalau aku keluar dari stesen ini mungkin aku dapat mengubat kesunyian hidup aku. Keretapi ini tidak bergerak sejak dari dulu lagi. Keretapi ini hanya akan bergerak membawa kita pergi - menuju bahagia. Kita mahu menuju bahagia. Kemana arah bahagia itu? Jangan ditanya - aku tak kemana-mana!

Kaki dan tangan aku dirantai oleh janjimu. Aku setia berdiri dan terus menunggu. Kalau aku keluar - aku mungkin dapat akhiri kesepian aku, tapi aku cuma mahu menuju bahagia bersama kau. Aku terus tunggu dan tunggu. Dan aku akan terus nikmati kesepian ini walau berapa banyak lagi peluang harus aku lepaskan untuk mengakhiri penyeksaan dalam penantian ini.

Tapi berapa lama lagi? Aku sudah penat. Aku sudah hilang daya. Aku rasa kau pun dah tak mahu aku menunggu lagi. Aku fikir kau pun tak mahu aku terus disini - mengenang cinta yang telah gagal. Ya - kau gagal datang di sini. Aku tak tau apa yang terjadi kepada kau. Aku cuma mahu menunggu.

Hidup ini penuh dengan pengharapan. Telah dikhabarkan - jika aku keluar dari stesen keretapi ini - aku akan menemui bahagia. Itu semua hanya pengharapan. Harapan ini pada akhirnya hanya ditagih dengan orang yang hidup dalam kerugian. Harapan ini terbit hasil dari keinginan kau mencapai sesuatu.

Seperti batu-batu di gurun - pada akhirnya ia akan pecah menjadi debu pasir. Walau setegar karang sekeras batu gunung akhirnya aku hancur jua. Akhirnya aku jatuh dan menangis aku dalam kesepian. Tidak ada siapa yang akan mendengar. Tidak ada siapa yang mahu mendengar.

Dan hari ini - aku merangkak keluar. Dan jika kau hadir selepas ini, aku tuliskan pada dinding-dinding stesen keretapi terbiar ini, yang menjadi saksi selama aku menunggu kau, maafkan aku - kau adalah cinta yang paling agung untuk aku - tetapi aku tak mampu memiliki. Dan jika kau datang dan menuntut janji, sila cari jejak-jejak seretan lutut aku berjalan di pasir-pasir itu - dan aku akan terus seretkan kaki ini, walau berat terus menyeret - seperti berat kehidupan ini.

Aku harap kau tahu yang aku sangat mencintaimu, walaupun aku tahu - kau tak bisa aku miliki. Dan jika kau temui aku tergantung di atas tiang elektrik, hanyut di dalam sungai, atau tangan terkelar atau digilis keretapi - maafkan aku, aku telah gagalkan kau. Kerana cinta aku setia menanti. Tapi badan ini tak mampu menanggung lagi. Biarlah aku akhiri kehidupan yang gagal ini sebegini.

Itupun - jika kau peduli - kewujudan aku - seperti cinta kita pada malam itu.

Hidup - hidup penuh dengan harapan, akhirnya harapan itu menikam kita dan menghancurkan hati kita - yang tinggal hanya kenangan dan tangisan. Maafkan aku, aku sayangkan kau.

Aku tak mampu berjalan lagi. Seretkan lutut ini selagi kudrat masih ada. Dan hujan itu - turun lagi.

Ulasan

orang kurang rajin berkata…
100% menarik. ;)

Sungguh menyentuh. =)
mahirahkamal berkata…
:'( sob sob
tragis
annur kardashian berkata…
best. story ni mcm sama dgn mksd lagu grenade by bruno mars kan? btw, gudjob writer :)
Suci Dalam Debu berkata…
gila terbaik...
ku menunggu..
hanya penunggu faham perasaan penunggu
Tanpa Nama berkata…
okay.aku pun dah penat menunggu.
iqbal berkata…
aku melayan crita di atas smbil dgr lagu Unintended by Muse.
Lalala berkata…
menunggu dan terus menunggu,.. kadangkala menghampakan.. tapi kita tetap terus menunggu
Tanpa Nama berkata…
aku rasa ko patut tulis novel...hehhehe.. =P
Bongsu berkata…
Aku da tunggu setahun smpai kau kawin, walau aku tetap menunggu, tp cinta agung itu tetap tidak dapat aku miliki.

Selamat tinggal ~~~
Cob Nobbler berkata…
Tanpa Nama:memang tulis novel pun.

Pengejar Bintang,Bau Semangat Anak Muda,dan online blog Awek Chuck Taylor.
TheBentPencil berkata…
Smapai bila nak menunggu?
keluar cepat, cari pengganti.

Jangan tunggu di stesen keretapi sampai mati.

macam Hachiko.

idealism dari novel dan filem is never good yo.
Tanpa Nama berkata…
sy kesian kt penunggu.

lg kesian, bila org yg ditunggu anta msg kt penunggu.
bejanji nak jmpe kat stesen, tp xkunjung tiba

tp penunggu ttp menunggu

time2 menunggu, penunggu taw yg org yg ditunggu pegi jumpe ngn org ke-3.

penunggu sudah beniat ntok balik dari menunggu
tp org yg ditunggu still anta msg
dia akn dtg

penunggu terus menunggu
...


menunggu ni kira pelaboran jangka masa panjang ke?
Tanpa Nama berkata…
BERHENTI tunggu.
kalau dia NAK,dia akn dtg.
dia TAK NAK.jadi dia tak datang.
B33HA B3n berkata…
oh! tersentuh! betul, hanya penunggu yang memahami rasa penunggu..

"eh asal lain mcm je sebut penunggu..seram plak..:P"
jiwekacau.blogspot berkata…
nice one la....bersyukurla klu zmn skang ley dpt pencinte yg setie cm2 an...
fahimah berkata…
seperti aku menunggu dia selama 6thun..akan ku trus menunggu..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.