Bersederhana Adalah Yang Terbaik.

Assalamualaikum. Hai semua! Siapa yang rindu gua, angkat muka dan pandang skrin cepat. Okay, bagus. Gua dah cukup terharu dah ni. Kikiki.

La ni, gua nak tules something untuk lu orang fikirkan. Kalau lu orang pesen malas fikir, gua takleh tolong la. Otak lu orang kan, pepandai la nak guna. Gua tak masuk campur.

Gua kalau tengok pasangan depan mata gua, gua selalu terfikir; 'Bagusnya ada orang sayang. Tapi, betul ke dia sayang ? Macam mana tahap perasaan sayang dia tu?'

Soalan ni biasanya akan terdetik dalam benak kepala geliga gua lebih-lebih lagi bila gua tengok pasangan tu macam melebih-lebih. Melebih-lebih ke terlebih sudah ke, idok ler pulek gua ketahui. Tapi, itulah dia. Penah tak lu orang tengok, kenapa bila perempuan tu dah kena macam-macam dah dengan pasangan dia, tapi maseh nak jugak bertahan? Kenapa bila lelaki tu dah kena cukur sampai habes licin bulu kaki dia, pon maseh lagi terhegeh-hegeh? Jangan gtau gua itu semua sebab cinta. Cinta itu buta lagi membutakan semua tu gua dah tahu. Tapi, apa yang gua nak tahu skang ni, apa punca dia jadi tak boleh tinggalkan je pasangan dia kalau sampai tahap tak larat dah nak melayan kerenah pasangan dia tu? There must be something fishy... Ah sudah. Jangan bagi gua speaking. Kehkeh.

Contohnya gua boleh bagi, macam dia penah melabur banyak duit ke untuk pasangan dia sampai sayang gila nak putuskan hubungan. Ataupon, dorang penah buat apa-apa yang di luar jangkaan ke sampai tak sanggup nak lepaskan si dia pergi. Atau apa saja. Yang penting, jangan bagi gua alasan, "Ittew cayawng diew cangawt cangawt. Ittew ta leyh hidorp tanpew diew. Ittew lewbeyh welew (rela) matiew dawipadew hidorp tadew diew". Gua luku jugak karang.

Bagi gua, dalam hubungan ni, elok kiranya jika kita dapat bersederhana dan tidak melebih-lebih. Seriously. Sebab once kita dah overdo in a relationship, we'll tend to regret. Soon. Kenapa ada orang boleh meroyan sampai dua tiga tahun lepas putus dan lebih dahsyatnya tak kawen terus lepas putus cinta? Sebab dia terlampau mengagung-agungkan perasaan yang pernah dia alami tanpa membuka ruang untuk peluang yang seterusnya. Dan kenapa pula ada orang dengan sangat mudahnya melepaskan pegangan dalam satu-satu hubungan? Sebab mungkin dia bersambil lewa dalam hubungan dan tidak memupuk perasaan dengan bersungguh-sungguh, maka jika putus sekalipun, apedehal.

Dalam graf hubungan percintaan, jangan melebih-lebih. Dan jangan pula mengurang-ngurang. Maksudnya, just be moderate. Bukan dalam kehidupan je kita kena bersederhana, dalam percintaan pon macam tu jugak. Untuk meroyan tahap dewa19 sbnanye membuktikan yang kita sbnanye sangat melebih-lebih dalam perhubungan. Tapi, untuk tidak meroyan langsung pula menunjukkan yang kita tak beria langsung dalam perhubungan yang sebelumnya. Serba salah bukan? Maka, bersederhanalah. 

Maksud bersederhana dekat sini adalah bukan tak boleh meroyan dan bersedih langsung. Boleh je. Tapi, jangan melebih-lebih. Satu dua minggu sedih sudah lah. Lepas tu, move on. Move on dekat sini pulak tak semestinya kena dapatkan pengganti, cukuplah sekadar tidak hidup dalam bayangan memori silam.

Ya, gua tak nafikan yang kebanyakan pengalaman lampau mengajar kita erti kehidupan. Tapi, gua juga tak nafikan yang memandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang dengan lebih kerap turut mengajar kita erti kehidupan. Bagi gua, lebih banyak penyesalan yang akan berlaku kalau kita kerap sangat menoleh ke belakang. Sebab nanti, mulalah; 'Kenapalah aku kenal dengan dia. Kalau aku tak kenal dia, takde la aku meroyan macam skang ni...'

So, hati lu orang, lu orang sendiri jaga. Jangan nak harap sangat orang lain tolong jagakan. Nanti dia bukan jagakan, dia tolong hancurkan, ada la. Otak lu orang, lu orang sendiri fikir. Jangan nak harap sangat orang lain fikirkan. Kang jadi Pak Pandir pulak. 

Hidup kita ni sbnanye memang tak lari daripada konsep kebergantungan. Cuma, sederhanakan tahap kebergantungan tu. Sebab kita juga perlu sedar yang dalam kebergantungan kita pada orang lain, sbnanye kebergantungan pada Sang Pencipta adalah yang teragung. Jangan nak seronok sangat bercinta sampai lupa pada segala benda yang menjadi tanggungjawab. *efek cengkerik*

Kenapa mesti melebih-lebih bila kita tahu kita boleh pilih untuk bersederhana? *efek unggas*

O k a y t h a n k s b y e .

Ulasan

afrohead berkata…
move on ni selalunya bahagian yang paling susah dalam bersederhana..
Cob Nobbler berkata…
tulisan ni sangat memerlikan "hafiz" terhadap "bella"..#awekchucktaylor

LOL!
McCat berkata…
owh...ini satu nasihat yg berguna pd diri gwe yg dah 2 thn berguling frust chinta...masih dibygi kisah sila..ayat kenapalah aku kenal dengan dia. Kalau aku tak kenal dia, takde la aku meroyan macam skang ni..mmg slalu bermain2 dlm kotak minda...sdgkan sewajarnya pemikiran gwe n hati gwe harus pada Allah. Gwe insap bebbbb
Anies Anessa berkata…
semua yg pnah bercinta pnah jgk rasa kcewa..tp ada yg tak pndai nak kntrol prasaan tue bila dkecewakan...
bukankosong berkata…
Islam sendiri mengajar kita bersederhana..tak kira dlm cinta ke ape kan..
maksurozana berkata…
mungkin aku patut bersederhana??
AxieAziz berkata…
kalau bersederhana, tapi masih frust macamana ye?

cinta sejati kah itu?

urm..
rekbing berkata…
yeah. setuju. nk tnjuk sayang, xperlu ucap 'sayang' tiap2 hari. menggedik setiap hari. byk cara lagi bukan, bagi bunga ros dua hari sekali ke contohnye,,

....
Cik Nursya berkata…
ittew shayang shangat2.. geli jek.
Kc Kasedah berkata…
gua rasa,gua mmg perlu besederhana dlm hubungan. serius gua terfaktab lepas baca neh!



thanks!
hehe..jom move on.
btw,
mistake tue penting. x buat salah x tau bende tu salah ke tak. bile dah tau salah, sile lah berubah jadi lebih baik.
Anem Arnamee berkata…
Sayang jangan sayang sangat, Benci jangan benci sangat :)
Tanpa Nama berkata…
aku terasa dan apa yang tertulis adalah sangat betul...
ak ttp ak berkata…
ermm.. dulu ak menyampah tul bila member2 ak menangis sbb putus dgn bf diorg.. ms tu kalo ak nmpk ak akn ckp "woi.. xgne ko nangis la laki tu tggalkan ko dia x pikir dh psl ko,ko nk nangis meraung bagai pehal??" ermm.. bile terkena btg hidung ak, ak pun nangis.. haha.. tp x lama la.. kalo ak bercinta serius ak akn lbh dekat pd-Nya sbb ak mintak petunjuk sm ad dia jodoh ak ke x.. kalo x ak xnak.. sbb bile dh syg tu sakit akn dtg skali..

"bukn takut tuk bercinta lg, tp takut tuk menangis lg..ahaks.."

bodoh kan cinta tu.. no ending.. waaaaaa.. ak nk cinta husband ak je.. nk kawen..........
TheBentPencil berkata…
ah, teringat apa yang pernah dibaca dalam suratkahbar minggu lepas;

"suami itu sekadar tetamu dalam hati anda. bila-bila masa dia boleh blah. jadi jangan attached sangat."

peh. tu suami. kalau boyfriend...lagilahkan.

(saya cakap je pandai, tapi saya kecewa guling2 jugak. wakaka)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.