Belajar Mana Penting? Kahwin Penting.


Penulisan aku dari sini.
Terpaksa pinjam dari sana disebabkan aku bertarung dengan masa ibarat Ultraman yang terlupa membayar bil elektrik pada TNB. Lebih kurang begitulah. Nanti bagi alasan panjang-panjang orang pijak aku nanti. Ha ha ha.

Salam semua.
Minggu yang sibuk akan bermula lagi. Kenapa kata sibuk? Petang ini sahaja sudah pergi ke klinik untuk ambil surat temujanji Abah. Tak termasuk ada jiran telefon minta tolong hantar dia ke balai polis. Baiklah, itu pengalaman pertama pergi balai polis. Walaupun tak sama macam CSI, tapi sekurang-kurangnya tidaklah sama macam yang digambarkan dalam GK yang, baiklah tak nak mula mengutuk. 

Keputusan STPM sudah diumumkan, keputusan SPM juga dah keluar.Begitu juga dengan majlis graduasi kecil bagi yang menamatkan pengajian pada penghujung November. Selain kampus selatan, aku difahamkan ada beberapa universiti lain turut meraikan graduan mereka. Tahniah diucapkan atas kejayaan menamatkan pengajian dan tentunya, jangan dilupakan kepada mereka yang berjasa membawa anda sehingga ke tahap anda hari ini.

http://farm3.static.flickr.com/2499/4141677144_b103438aa0.jpg
Gambar : Kalau kopi adalah faktor kejayaan juga, bolehlah cakap terima kasih kalau kamu mahu.

Dalam kesibukan semua orang mengejar pendidikan dan sebagainya, seseorang menghubungi aku dengan menyatakan bahawa dia sudah tidak punya rasa mahu belajar lagi hanya disebabkan oleh keinginan untuk berkahwin. Jujurnya, bercakap dengan aku yang merupakan seorang guru apabila datang bahagian begini, sudah tentu aku akan melebihkan pendidikan. Tetapi, sebagaimana biasanya aku, berikan sahaja pendapat dan selebihnya biarlah orang itu menentukan sendiri.

MD : Salam Kak Zara. Terima kasih sebab bagi Skype.
Aku : Salam. Tak ada masalah. Nak cerita apa?
MD : Nak tanya pendapat sedikit.
Aku : Tentang apa?
MD : Saya baru habis diploma tapi saya tak nak sambung belajar. Semua orang sekeliling saya marah sebab kata saya muda lagi. Baru 21 tahun tapi dah tak nak belajar lagi.
Aku : Tak nak sambung belajar, nak kerja ke?
MD : Tak. Nak kahwin.
Aku : Oh. Nak kahwin?
MD : Ya.
Aku : Teman lelaki dah kerja ya?
MD : Tengah belajar lagi. Belum habis lagi sarjana muda.
Aku : Er, bila nak kahwin tu?
MD : Tunggu teman lelaki habis belajar.
Aku : Bila habisnya?
MD : Dalam dua tahun lagi.
Aku : Oh, teman lelaki sebaya?
MD : Ya.
Aku : Dalam masa dua tahun nak tunggu dia habis belajar ini, awak nak buat apa?
MD : Duduk rumah, belajar cara nak uruskan rumah ke apa ke yang patut. Malas nak kerja, nanti penat. Lagipun, kalau guna diploma, kerja apa sahaja yang dapat?
Aku : Tapi, kamu pun tak tahu nak kahwin bila kan?
MD : Lepas teman lelaki habis belajar, kami akan kahwin.
Aku : Keluarga setuju ke?
MD : Mestilah tak. Tapi saya memang dah tiada rasa nak belajar, saya cuma fikir nak kahwin, hidup berkeluarga ini nampak seronok.
Aku : Ni kalau Kak Zara cakap sedikit jangan marah ya? Cuma pendapat dari sudut seorang perempuan.
MD : Cakaplah kak.
Aku : Apa jaminan yang dia akan betul-betul bersama awak?
MD : Dia cintakan saya, saya cintakan dia.
Aku : Tapi kalau setakat cinta sahaja, tak membawa erti apa-apa. Cinta tanpa duit juga tidak akan membawa ke mana.
MD : Itu cinta materialistik.
Aku : Bukan bermaksud materialistik. Cuma katakanlah kamu nak telefon atau SMS dia, mesti perlukan duit kan? Kalau keluar bersama dan sebagainya, masih perlukan duit. Kalau kamu tak minat nak belajar, tak minat nak kerja, macam mana nak dapatkan duit untuk itu semua?
MD : Duit simpanan ada.
Aku : Bukit dan gunung pun boleh rata orang tarah setiap hari, inikan pula duit. Kalau nak kahwin, lagi banyak perlukan duit. Dengan bersandarkan cinta semata-mata, duit tidak akan masuk.
MD : Tapi saya percayakan dia kak. Dia tidak akan sia-siakan saya. Kami akan berkahwin.
Aku : Baiklah. Awak akan berkahwin dengan dia. Katakanlah berlakunya masalah sehingga berlaku penceraian. Apa awak nak buat?
MD : Tak mungkin akan berpisah sebab kami cinta sesama kami.
Aku : Katakanlah berlaku. Kalau awak tiada kerja, tiada pekerjaan, bagaimana nak menampung hidup selepas itu?
MD : Masa berkahwin, wujudkan harta penceraian ataupun tetapkan syarat tidak boleh bercerai.
Aku : Mana datang harta sepencarian kalau dia seorang sahaja yang bekerja? Dan katakanlah dia tidak dapat kerja walaupun dah habis belajar, bagaimana?
MD : Dia akan dapat kerja, dia pandai.
Aku : Moga-moga dia dapat sebab kursus yang dia ambil sudah terdapat lambakan.
MD : Kalau dia lambat dapat kerja sekalipun, saya tetap akan tunggu dia.
Aku : Baguslah kalau awak yakin begini.
MD : Jadi, kalau saya tak sambung belajar pun tak mengapa kan kak?
Aku : Terpulang pada awak sendiri. Sebab kak yang dah kerja, yang tamat belajar dengan setakat sarjana muda ini pun menyimpan keinginan untuk sambung belajar demi masa depan sendiri, tapi terpulanglah. Setiap orang tidak sama kan?
MD : Kan bagus kalau saya boleh cakap camni dengan keluarga saya.
Aku : Agak-agak awak berapa lama awak boleh bertahan tak kerja dan harapkan cinta?
MD : Selama yang diperlukan.

Gambar : Kalau dalam Forest Gump, hidup dikatakan seperti sebuah kotak coklat. Kita tidak akan tahu apa yang kita akan dapat didalamnya. Dan pada aku, begitu juga dengan segelas kopi. Kita tidak akan dapat menelah apa yang kita rasa akan sama atau tidak.

Aku tak menghalang orang yang mahu melunaskan impian perkahwinan dan bersama dengan orang yang mereka cintai. Itu sesuatu yang baik dan tentunya dapat mempunyai hubungan yang sah. Cuma, kalau kamu masih punya keluarga, fikirkanlah perasaan mereka. Jika mereka merestui, sujud syukur kepada Yang Maha Esa atas kurniaan tersebut. Jika tidak, mungkin mereka masih mahu lihat kejayaan yang boleh kamu dapatkan dalam hidup. Tidak salah jika berkahwin semasa belajar, bahkan ada sahaja yang dilakukan oleh kawan-kawan aku sendiri, bahkan lebih berjaya dari aku.

Cuma, kalau tidak mahu menyambung impian hanya disebabkan oleh cinta, aku sebagai seorang yang sangat dahagakan ilmu agak merasakan itu bukan suatu keputusan yang tepat sebab kita tidak dapat meramal masa depan kita. Kalau bahagia dan gembira di hujung cerita, baguslah. Kalaulah cerita dongeng impian kita tidak mempunyai penghujung yang menggembirakan? 

Sebelum fikirkan orang lain, fikirkan natijah kepada diri sendiri.
Memang benar, mencari kegembiraan sendiri adalah penting. Tetapi, fikirkan juga orang disekeliling kita yang tidak pernah meninggalkan kita sewaktu kita susah, sentiasa menyayangi kita, sentiasa menyokong kita. Kalau kita mengecewakan mereka, apakah kita mampu untuk mengukir senyuman bahagia bila ada mata yang redup dan menakung air jernih di tubir mata?

Tapi, sekali lagi.
Terpulanglah.
 
Lord Zara : Nak kahwin, nak beranak guna duit. Percayalah. Nak besarkan diri sendiri pun perlukan duit, apatah ;agi nak besarkan anak. 

Ulasan

heyya.

aku agree tahap mati. kalau nak kawen kena betul2 ready. jangan cakap "saye kawen ngan dia sebab saye sayang gila kat dia"

kalau takat sayang tapi tak tau buat house chores pun tak guna. anak2 terbiar, hubby pun lari.
Uptown Lady berkata…
Setuju sgt2!

Sy baru abis degree..bf sy pun isyaAllah abis degree lagi 2-3 bulan ni.

Memang ada rancangan ke arah tu. Tapi masing2 pikir logik. Kalau tak de duit, lepas kawin nak mkn apa? Tak kan nak harapkan cinta je..bukan boleh jual pun nak dapatkan sesuap nasi.

Mungkin dia tak matang lagi walaupun dah 21 tahun. Sebab tu dia cakap macam tu..wallahualam.
maksurozana berkata…
sekarang semua nak kena pakai duit. kalau tanak kerja, sebab takot penat, nak goyang kaki kat rumah, mane de duit nak turun dari siling umah. apa salahnye belajar tinggi tinggi? nanti kalau dah kawen, bukan kita leh tau apa yang akan jadi.

i dah habis belaja and dah kerja tapi duit sentiasa tak cukup untuk diri sendiri. cane nak kawen?
Saya Nina Syakira berkata…
nina sama umur dgn zara tu .. pendapat nina kalau taknak smbung blaja pon sekurang-kurangnye keje la .. nak kawen bukan boleh berdasarkan cinta je.. bnyk lg nak kne pikr.. dah ada anak nnt lagi shh.. ada orang yg laki bini keje pon lps kawen ta ckup duet .. harap dia pk betol2 sblom buat kptusan
Eve Hawa berkata…
Masih belum matang.

Dia takkan tahu apa yang akan terjadi pada masa dia berumur 26 nanti.

doakan yang terbaik. takut ditegah nanti, perkara lain pulak yang berlaku.

Wallahualam
Kc Kasedah berkata…
semua duit. takde duit buleh bergado. harus ada give and take. itu je.
FEENA ZAIN berkata…
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (surah an-Nur 32)

-InsyaAllah, rezeki murah lepas kahwin....itu janji Allah...dgn syarat...org tu kena soleh la... :) bab kawin ni yg penting kene ada restu kedua belah keluarga....nak amik berkat le kate orang... alangkah bagusnya, kalau pihak ibu bapa merestuinya, lalu berkawin... (lepas kawin, wat keje part time sambil belajar) ^_^
Ibu Ammar berkata…
lol

baik kerja!

kalau bakal laki pun kaya gila belum tentu ada jaminan boleh membesarkan keluarga sampai bila2. ngeng
ArsheedA berkata…
OMG! I'm getting married in 60 days. I yg dah masuk 3 series ni pun masih tak ready nak kawin lagi. Tapi nak buat mcm mana sebab jodoh dah sampai la kot. Kawin perlukan banyak duit...bukan setakat untuk kenduri kahwin saja tapi selepas berkahwin pun perlukan duit yang banyak. Kalau i tau masa zaman sekolah dulu I dah start menabung sebab tak nak harap duit bakal suami dan keluarga. Zaman sekarang kena berdiri atas kaki sendiri sebab banyak benda di luar dugaan yang boleh jadi. Bak kata Nabil...lu pikirlah sendiri!
cujern berkata…
yakin betul dia.

pendapat saya sebagai orang yang baru berkahwin;

cari duit banyak2 dulu baru pk pasal kawen. percayalah, duit akan jadi punca utama bergaduh. bila duit tak cukup, mula lah rasa nak stress je. bila dah stress hmmm paham-paham aje lah.

malas nak komen panjang-panjang. kang kalah pulak entry nie..
Fall Nish berkata…
Budak baru nak kenal dunia
Kasihan..Tiada apa yang pasti.
Lebih-lebih lagi CINTA.Ha ha ha
Terpulanglah..
Ms Yunis berkata…
Semakin hari manusia semakin pandai, kalaulah kita tak siapkan diri dnegan pendidikan, tak tahu lah apa nasib kita pada masa akan datang. entah-entah memiliki rumah yang cantik pun cuma angan-angan.

Tentang minah 21 tahun yang nak berkahwin tuh, tak fikirkah dia tentang semua ni? Aiyaaaa T_T


sekian
mentega^^terbang berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata…
bf dia boleh terjumpa 20 orang perempuan yang cinta mati kat bf dia plus ada pelajaran , duit , muka .
risiko tinggi
berani mati
De' Nurul berkata…
cinta tak bole kasi kau makan dikkkkkkk. duit tu bukan materialistik tapi duit tu satu keperluan.
Tanpa Nama berkata…
keciannya dekat adik ni...yes, skang die boley ckp mcm tu...tp dlm 2,3 tahun akan dtg mcm2 boley berlaku..dia harus pndai cari duit sndiri dulu, tuk masa dpn kelak...

Moga die dieberi petunjuk..amiinn
catherine- berkata…
feng shui hidup:-kesihatan+kekayaan +kebahagiaan.

dirinya x sihat. mana dia tahu pasal kekayaan dan kebahagiaan.

terpulang.

http://rincatherine.blogspot.com/2011/03/fortune-teller.html
mohdpait berkata…
haiyo..cik dua puloh satu..
sebenarnya ada baik dan buruknya ada sikap macamtu

rasa nak kawen cepat2 la apa bagai bukan ??

nah amek yang baik dulu :

1) elak maksiat,ya la takot terjadi maksiat apa bagai.tungu 9 bulan buang anak sana sini.jadi , bagus kalau nak kawen awal.

2) nanti dah dapat anak awai ni mudah.dah besaq nanti sebaya dengan adik.ya la.cik duapulohsatu baru umoq 21.lagi 2 tahun nak kawen (kunonnya la).
haa kiranya 23 la yek adik kawen.anak umoq 17 (habeh SPM adik baru umoq 40 (life begin at 40 la kata mat saleh) haa baru mula kan ?

tengok.ada 2 dah kebaikan..tapi ada lagi malas nak tulis panjang2.

tapi yang tang keburukan tu agak banyak..

meh sini nak bagitau

1) DUIT - zaman sekarang semuanya perlukan duit.nak ada duit kena kerja ka bisnes ka apa bagai lagi terpulang yang penting halal.

2) RUMAH - sewa ka beli tak kesah lah. kena guna duit jugak !!

3) TRANSPOT - moto kereta ka jalan kaki tetap kena pakai duit..kan kan ?

4) MAKANMINUM - nak makan megi ka ubi kayu ka tetap kena bawak keluaq duit !

5) tolong tambah sat.. tapi semuanya nak ada point yang nombot 1 ! iaitu DUIT DUIT DUIT !

ini pandangan saya yang dah kawen awal.saya kawen sama macam adik rancang.umor 23 tahun ! nah..pening lalat dibuatnya.tapi alhamdulillah dah ada kerja,wife pon kerja.kena buat side income.gaji 2 3 ribu pon tak cukup dik oi.tapi berkat doa restu ibubapa alhamdullillah.cukup !

*doakan cik duapulohsatu diberi petunjuk oleh-Nya.

aminnn...
aswadz berkata…
senang jek MD tu jwb setiap pertanyaan. mcm xde istilah "masalah" dlm kamus hidup dia...
TheBentPencil berkata…
Kahwin is not about senggama sayang.

walaupun saya macam perempuan ni juga, saya ingin bekeluarga dan duduk di rumah menjaga anak. sebab tiada kerja yang lebih berprestij daripada menjadi ibu.

tapi dik, zaman sekarang kena terima hakikat. dua orang kerja memang tak cukup. apatah lagi seorang. dan, adik, kalau tak ada pendidikan atau paling kurang kemahiran, adik nak buat apa bila suami tiada nanti?

adik, saya ada ibu saudara. tak sambung belajar. kahwin, jaga anak. suami kaya, peneroka.

satu hari suami meninggal dunia.

sumber pendapatan sudah mati juga.

rumah kena ambil balik sebab buat atas tanah orang. nak beli tak ada duit.

anak dua remaja, perlukan makan minum dan duit yuran.

ijazah? tak ada.

pengalaman kerja? tak ada.

hidup susah dia sekarang, tahu.

adik fikir la baik-baik ok.
zey berkata…
kalau dah xmaw sambung belajar, kerjalah. simple as that. umur dah 21, dah besar...budak 12 tahun pon pandai cari duit woi~
AkuMuzikFilem berkata…
gadis semua bolehla belajar sampai phd, kalau ada tinggi dari phd semua pun, sambung lagi samapi tua dan jadi andartu. hehe. terjumpa seorang dua yang camni, dulu waktu muda ditolak mentah2 semua laki yang diperkenal, mahu beljar tinggi2, nanti tak kena buli orang laki. kalau cerai, mampu berdikari. konon. kelak sekarang menyesal tak sudah.. kahwin sambil belajar pun boleh apa (kalau dapat mak yaha sporting, malang sekarang rigid2 belaka, yang kita habis ditentang, zaman mereka, tak kuar result spm dah bunting perut kawin muda)
Dr. Amirah berkata…
ada sapa2 nak bagi pendapat tentang kawin masa belajar?
Myrara Hana berkata…
duit bukan segalanya, but segalanya perlukan duit.

i was like her,
but today,
lepas bace artikel ni.
I decided. habiskan diploma, degree then kerja.

we need to save something for us,
be independent
jgn terlalu bergantung sgt pada lelaki , sebab ble dy tinggalkan kite, we got nothing.
just ad family yang ap jadi pun ttap with us.
Tanpa Nama berkata…
Byk je yg phd x andartu tu.. Pessimis betoi.. Euww

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.