Beastly.

Hai! Dah lama kan gua tak merapu ala-ala pakar cinta kat sini. Okay, gua tahu takde sape pon yang nantikan kambek (baca: comeback bukan kambeng) gua. Tapi, gua kisah ape. Yang penting gua dapat tules kat sini. Lu orang hado? Hikhik.

Sbnanye kan, bila lu orang suka atau sayang atau cinta atau _____________ (letaklah apa pon terms yang sesuai untuk gambarkan perasaan lu kepada seseorang yang lu orang boleh kahwini), pernah tak ada soalan macam 'Kenapa ek dia suka kat aku? Aku ni dah lah gemuk, kuat makan cheese, rupa pon takde la market sangat, kuat merajuk pulak tu tapi dia still sayang separuh gila separuh mental kat aku. Kenapa ek?' berlegar-legar di fikiran lu orang? 

Gua bukan nak bias, tapi gua rase somehow yang selalu fikir macam ni adalah perempuan and I don't know why. Mungkin juga kerana perempuan dilahirkan sebagai pemikir yang terlampau mendalam dan teliti sampai kenapa kena pakai spender belang-belang pada hari Isnin dan spender polka dot pada hari Selasa pon kena fikir dulu. Unlike lelaki yang cenderung untuk menyauk sebarang jenis boxer untuk dipakai (sampai boleh sauk je boxer sesape).

Nampak tak betapa kontranya lelaki dengan perempuan? But that actually makes the balance. Cuba bayangkan kalau lelaki dengan perempuan lebih kurang je perangai. Selekeh takyah ingat lah memasing. Tak ke haru dunia ni nanti? Ce lu orang bayangkan. Ce bayang, ce bayang.

So, most perempuan akan mula jaga kecantikan (walaupon huduh gila) dan akan mula pasang badan (walaupon obesiti tahap empat) bila mula dilamun cinta. Rasanya ni simptom biasa yang most perempuan akan alami. Ada orang penah kate, perempuan yang cantik tanpa mekap ibarat muffin dan yang cantik dengan bantuan mekap umpama cupcakes. Apa maksudnya, lu orang sila tafsirkan sendiri.

Entah kenapa perempuan yang sibuk-sibuk nak jadi hampir sempurna di mata sang lelaki dengan penampilan dan sebagainya akan tetap terima pasangannya seadanya. Again, gua bukan nak bias. Tapi inilah hakikatnya. Walaupon kekadang takde pon lelaki tu nak makwe dia beria cantik-cantik, (tapi kalau dah cantik tu satu bonus la) cuma sebagai perempuan, mesti nak gak jadi yang tercantik dari semua segi untuk pasangannya.

Tapi lain keadaannya dengan lelaki. Bila dia dah dilamun cinta, apa yang akan efek adalah sikapnya, bukan penampilannya. Mungkin kalau sebelum ni mamat yang selebet nak mampos, stok cuci spender sekali sebulan, lepas ada makwe ada la improvement sket. Mungkin dia dah mula cuci spender dua kali sebulan. Mungkin. Tapi takde la perubahan drastik gegila macam perempuan. Maksud drastik kat sini adalah kalau sebelum ni cuci spender sekali sebulan, tetiba lepas dapat makwe terus cuci spender tiga kali sehari. A big NO! Itu tidak mungkin akan berlaku bagi seorang makhluk bergelar lelaki.

Apparently, they tend to stay steady and cool. Kita cuba abaikan walaupon keadaan steady and cool tadi tu hanya kekonon. Cuma sikap certain lelaki bila dah bercinta yang akan mula nampak perubahannya, you can tell. Mungkin yang stok bujang sebelum ada makwe boleh je nak lepak main futsal ke apa ke sampai lewat malam tanpa perlu fikir any other commitment like texting his girl to let her know where his location every now and then tapi bila dah ada makwe, memang dah tak boleh fokus game dah sebab asek dok tenung henpon yang kat tepi pagar court. Yela. Mane tak cuak. Kang kalau tak mesej, ada pulak merajuk sampai terpaksa hantar berkati-kati coklat dan bunga. Sikap seperti ini yang biasa kelihatan dalam kelompok lelaki.

Tapi, bagi gua, macam mane pon, beauty STILL lies in the eyes of the beholder. Skang ni kalau ada persoalan dalam palehot lu orang seperti 'Eh, kenapa makwe dia punya la cun, body 34-24-36 (betul ke ini body shape yang paling menggiurkan, gua pon taktau) tapi pakwe dia ya ampun, boleh muntah hijau tiga round aku tengok! Macam mane entah dia boleh berselera nak tatap aku pon taktau la' 

atau 

'Humang aih. Pakwe tinggi melangit, cukup pakej nak jadi model, dengan killer smile lagi, sekali jalan pegang tangan dengan pompuan renek gedempol pulak. Dah lah muka tua. Entah-entah tu mak dia. Tak pon, jiran dia punya mak. Nak tekel anak, kena tekel mak dulu', lu orang simpan jela dalam palehot lu yang geliga macam gua ni. Sebab apa? Yes, one is beauty itself lies in the eyes of the beholder and two, tak baik wooooo fikir macam tu. Cepat telan apa yang lu orang fikir! Cepat! *gulp* (gua dah telan part gua...)

Jadi untuk kekakak di luar sana, jangan cuba nak jadi sempurna sangat sampai terpaksa jadi orang lain dan bukan diri kita sendiri. Kalau lelaki tu nak kita jadi macam apa yang dia nak, lelaki tersebut boleh pergi neraka (baca: go to hell, not hellioz) atau pon suruh dia pegi tengok cermin. Sebab apa? Sebab dia cuma nak reflection diri dia daripada kita. And yes, absolutely. Because they do not accept us just the way we are where they supposed to. And we can't compromise that. Bagi gua, rupa bukan segalanya, kulit bukan penentu. Kulit boleh mengedut dimamah usia, tapi cinta tidak. Kalau lu orang suburkan cinta berdasarkan rupa, lu orang hanya akan dapat rupa, bukan cinta.

"To love a person unconditionally, you should put away all the conditions of love or else, you'll never feel the true and real love because love is all about accepting the way it is." -Zulaikha, 2011.

p/s: Love is never ugly. Ini tagline untuk filem Beastly yang gua pinjam untuk tajuk kali ni. See ya soon!

Ulasan

yunZatie berkata…
lu sangat terbaek lam bagi pendapat sal cinta
Tanpa Nama berkata…
woha!



dah.
_aliahwafa_ berkata…
weyh yang word renek gedempol tu sumpah lawak! ada plak member aku terasa. hahaha XD
fatinizzati berkata…
terbaek. tapi stil ade lelaki yang suka perempuan based on fizikal mereka. well, minat masing-masing kan.
Miera Aziz berkata…
Penulisan yang sangat comel. Totally agree! :)
Nidame Zaie berkata…
erm..btUl3...
sy suke kt sorg chinese boy nie..
lom kapel agy,bru kwn tp cam ade tande2 dy suke kite gak..
nape dy leh suke sy ek? soklan 2 yg salu b'legar2 kt paleh0t nie.haha
with love berkata…
best...ska bce....
Tanpa Nama berkata…
part paling gua tak suka bila makwe dulu soh list 10 sebab kenapa aku suka kat dia...

10-10 tu gua reka on the spot. nasib terer hentam macam gua hentam jawab essey spm.
vampire's lovex berkata…
ahahhahaha.... betol fakta2 neh
mentega^^terbang berkata…
sangat shuka tagline itu....!
Cob Nobbler berkata…
bahaha aku pernah tulis pasal ni.

True love is you're loving someone with no reason..

cayalah!
Tanpa Nama berkata…
hehehehe. terkekek2 jugak bace pemikiran awak :)
bukan penggoda berkata…
ohmai. ada org ckp aku comel? kikikiki. eh, dia kate penulisan aku la. okay. perasan kejap.

_aLiaHwaFa_: kirim salam kat member kau tu. ckp kat dia aku suka org chubby2 ni. sedap nak peluk. hihi.
Tanpa Nama berkata…
shot tepat kat aku.

sbb aku kes no 2.

bf aku 6 kaki 2 inci.
tp aku 5 kaki je.

except bab renek gedempol tu xdela. muka tua tu aku x sure. hahahaha~

:D

-aqal-
maksurozana berkata…
"Kalau lelaki tu nak kita jadi macam apa yang dia nak, lelaki tersebut boleh pergi neraka (baca: go to hell, not hellioz) atau pon suruh dia pegi tengok cermin."

suke gile ayat yang ni. aku paling pantang kot kalau orang tanya "kenapa awak suke saye?" bodoh!suke pun nak kene bersebab ke?

*gulp!*
Anis berkata…
mslhnye ade lg ke laki yg btol2 blh trime fizikal pmpuan yg yg renek gedempol tu seadenye? argh tak caye ah tak caye ah. da penah kene pun ;(
rekbing berkata…
dlm betol ilmu. smpai sepender laki pun kau kaji...haha
~cAhAyA kEmUL!aAn~ berkata…
mati2 igt nie review cte..haha
"To love a person unconditionally, you should put away all the conditions of love or else, you'll never feel the true and real love because love is all about accepting the way it is." -Zulaikha, 2011.

gile mantap ko nih!!
dah leh gune ke quote ko ni??
ak pinjam ek kate2 ni...
Tanpa Nama berkata…
Haha. It's human nature to judge people based on their physical appearance, macam hensem nye bf, tapi gf x hot pastu jeles. Ha ha. Trust me, soal hati dan perasaan tak boleh dijudge melalui apa yg korg nampak pada luaran.

Dlu masa zaman ada bf, biasanya sy yg akn psycho rasa gemok la ape la tapi dorg biasanya akn ckp: you look fine, sayang. Perempuan. Sama ada insecure atau attention whore. Haha.
NUR ALINA ABDUH berkata…
terus terasa yg diri ini cantik (wink**wink**)
Tanpa Nama berkata…
hahaahaha~!
sengett gile,
yo2 ann aku pergi "telan" part aku.. senduk btol..

haila.. ツ
widdy~

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.