sedalam mana cintamu
Love is more than a noun -- it is a verb; it is more than a feeling -- it is caring, sharing, helping, sacrificing. - William Arthur Ward Berapa ramai dari kita yang berapi api bilang cinta, tapi bila tiba satu ketika, pada suatu keadaan, cinta yang dilaung laung itu seperti hilang arah. Sepertinya sudah tidak cukup perisa. Hari hari manis berganti hambar. Malah kasih sayang dan kemesraan yang dahulunya hangat, dengan tak semena mena bertukar menjadi dingin dan beku. Situasinya mudah. Kekasih engkau ditimpa petaka. Kekasih engkau dilanda malang bertimpa. Kau jadi gusar. Kau jadi tak senang. Kau tidak lagi girang. Kau mula rasa susah. Justeru itu kau jadi menyampah. Bala sudah datang. Kau juga ditimpa tempiasnya. Yang belum pernah engkau buat, terpaksa engkau lakukan. Yang tak mahu kau tanggung terpaksa juga kau bawa. Yang memberat di kepala terpaksa juga kau hirau. Kau mula rasa kacau. Sekejap. Nanti dulu. Dulu kau kata kau kasih. Tapi, kenapa bila tiba waktu kau di