Surat Terbuka Untuk Gadis Belon Merah.



"There is always hope" - Banksy.

Kita semua ada cerita duka. Kita semua selalu berharap. Saya selalu menganggap bahawa kerja mengharap ini adalah satu kerja sia-sia. Bak kata Mira Awek Chuck Taylor, hope is for the losers. Kata ibu saya, semakin kita berharap - semakin besar chances kita untuk gagal.

Saya lebih banyak belajar dari pengalaman saya - kepercayaan saya adalah berdasarkan apa yang saya alami. Jika sesuatu itu tidak kena serta absurd dalam fikiran saya itu kerana saya sendiri tidak mengalaminya. Hasil dari tabula rasa yang saya alami, selalu apa yang saya harapkan akan gagal. Pertama kali saya jatuh cinta dengan seorang gadis ketika saya berusia Darjah Lima. Sejauh pengalaman memori saya, ini adalah kali pertama saya jatuh cinta. Masa itu "adik" saya baru sahaja lepas digilotinkan setahun. Nama gadis itu ialah Nadirah. Dalam kotak pemikiran saya yang penuh dengan memori 'sandarkan pada kenangan' - (sebab itu saya sesuai jadi fan Liverpool FC - siapa nak power Sejarah SPM sila jadi fan Liverpool), dia adalah cinta hati saya yang pertama yang saya gagal.

Apabila hati saya berdetik - "i'm in love" - segala oxytocin dalam tubuh mengarahkan saya untuk bertindak seboleh mana untuk membuktikan saya cinta padanya. Dia mintak tolong saya belikan air kat kantin, saya beli. Saya tolong beratur untuknya di kantin. Saya bawak beg dia ketika nak pergi sekolah (sekolah saya SR Taman Cuepacs - boleh Google), naik bukit - dan saya pikul dua beg sekaligus. Dengan harapan saya dapat memenangi hatinya. Instead, budak lelaki yang bernama Hidzir yang tak payah pikul beg, tak payah beratur dan tak payah buat macam-macam - berjaya memenangi hatinya. First time harapan saya digagalkan oleh realiti.

Terdapat banyak lagi siri kegagalan saya. Cerita kisah cinta gagal saya jauh lebih epik dari Awek Chuck Taylor. Kalau anda mengatakan cerita Awek Chuck Taylor adalah epik sebab cerita tentang 8 orang kekasih, bahagian gagal lagi banyak agaknya. Kegagalan kedua yang saya ingat ialah nama Natasha. Dia ini saya minat dia ketika Tingkatan Empat. Sebagai seorang mat grunge, mat pelompat pagar sekolah kaki ponteng, kaki game, kami hisap rokok belakang kelas dan kaki ponteng ni, memang tak deserve nak dapat Natasha yang merupakan pengawas sekolah. But you know what? Saya sanggup jadi pengawas sekolah, masuk koir peringkat sekolah dan pertandingan teater peringkat daerah untuk dia nampak saya. Saya sanggup jadi stalker dan lukis gambar dia untuk dijadikan hadiah pada hari lahir. Apa saya dapat? Gagal lagi. Dia fall in love dengan member baik saya. The worst part dia maki saya - "kau kencing kat tempurung, kau tengok kat tempurung tu - macam tu la taraf muka kau". What an epic rejection.

Ye lah, kawan saya Shafiq memang betul. He gave me reality check to me. "Kau tu dah la selekeh, kaki ponteng kelas, muka penuh jerawat, badan gemuk, siapa nak kau? Natasha? Pergi matilah." - sampai sekarang saya ingat itu. Yeah,kita kena refer dengan reality kalau nak berharap sekalipun.

Then saya kenal Intan. My first girlfriend. How happy finally I got a girlfriend. Saya rasa self-esteem saya kembali meningkat selepas dihentam teruk oleh Natasha. Ini kerana dia suka lukisan komik saya, dan cinta berpaut dari situ. Demi Intan, saya sanggup belajar beratus-ratus jenis stroke lukisan kartun untuk upgrade lukisan saya. Demi Intan saya sanggup membeli buku Jepun beratus-ratus ringgit yang saya tak faham bahasa hanya nak tiru stroke. Begitulah kuatnya oxytocin saya menolak dalam badan untuk berkata, "to dare is to do". Untuk buktikan cinta saya - saya sanggup lakukan apa sahaja.

Tetapi dia lari dengan seorang anak Datuk. Ini kerana bila saya nak berjumpa dengan dia - saya sanggup berjalan dari Cheras Perdana ke Sungai Sekamat yang jaraknya hampir 10 kilometer ke rumahnya. Tapi baginya, kenapa nak balak yang berjalan sedangkan ada yang memiliki kereta?

Jadi saat 6 Ogos 2002 adalah saat paling gelap dalam hidup saya. Saya menjadi pesimistik dan saya enggan berharap. Pada hari itu saya harap saya tidak lagi hidup di dunia dan cuba menjadi malaikat Izrail untuk mencabut nyawa sendiri. I failed because I'm not an angel of death. And I failed it miserably.

Banyak sekali kisah cinta hidup saya sehingga saya tak tau nak mulakan dari mana. Ini kerana apabila saya bercinta - saya menggunakan segala kudrat dan fikrah saya untuk membuatkan orang yang saya cinta itu nampak diri saya. I don't care if it's hurts. I don't care if it's suffocates and I don't care if I die. Asalkan dia nampak yang saya cintakan dia.

Banyak lagi kegagalan dalam bercinta dalam hidup saya. Awek pindah oversealah, awek kaki kikis lah, macam-macam. Semasa bersama dengan arwah Sherina Ellyana - satu harapan baru tercipta. Disinilah apa yang saya harapkan akan berbunga harapnya. Tetapi ia tak lama - 8 Julai 2007 dia meninggal dunia. Harapan yang besar seolah-olah seperti balang gelas yang dilambung dan terhempas pecah.

Dalam meniti kisah hidup yang panjang, banyak lagi cerita yang saya ingin tulis. Ada seorang tu saya sanggup dari Pulau Pinang turun ke Kuala Lumpur semata-mata nak teman dia untuk makan tengah hari. Ada seorang tu saya sanggup berjalan dalam hujan ribut hanya untuk telefon dia okay ataupun tidak. Saya tak pernah kisah walaupun nyawa saya di hujung tanduk sekalipun. Ini bukan lirik lagu Bruno Mars by the way. Sebelum Bruno Mars terkenal saya dah buat tu semua.

Saya kenal awak dalam ruangan cyber ini. Sekali lagi oxytocin saya sekali lagi menolak saya. Setiap malam saya dilanda angau dan insomnia memikirkan awak. Menunggu awak reply BBM saya. Menanti bila nak reply Twitter. Dan saya rasa inilah yang saya rasa ketika ini. Tetapi, awak mengaku awak ada boyfriend. Sekali lagi another brick of the wall menghalang saya. Lamunan saya terhenti.

But here's another side of the story. Boyfriend awak suka tengking awak, suka maki awak dan suka merendahkan awak. Which bagi saya adalah satu nilai dosa dalam hidup saya. Saya menganggap emansipasi wanita adalah satu perkara yang maha penting dalam kemajuan manusia. Negara yang maju adalah negara yang menghargai wanita. Itu apa yang saya percaya. Itu apa yang saya pegang.

Minggu lepas, saya mahu bertemu seorang teman di Kudu. Dalam saya menaiki monorel dan saya berhenti di Stesen Medan Tuanku. Tiba-tiba saya ternampak seorang lelaki,berusia awal 20an memaki hamun girlfriendnya di tepi stesen. Girlfriendnya hanya tunduk menahan malu dan saya terdengar tangisan itu. Bagi saya tangisan itu sangat mengilukan saya. Ikutkan hati saya rasa macam nak bagi penerajang Kyo Kusanagi je kat mamat tu. Punca kenapa girlfriend itu dimaki ialah kerana girlfriend itu salah beli tiket monorail - berhenti kat Bukit Bintang tapi girlfriend dia beli kat Imbi. Big deal - drop je la kat Bukit Bintang, apa problem? Kerana rugi seposen dah nak maki macam lancau?

Saya seumur hidup saya bercinta saya tak pernah maki girlfriend saya - tertinggi suara mungkin sebab mungkin kita tak dapat elak emosi kita. Tapi untuk memanggil girlfriend saya bodoh, bangang, bingai, babi, atau sundal(saya pernah dengar orang panggil girlfriend dia sundal bila terlampau marah), itu saya tak pernah buat. Dan mendengar boyfriend awak suka maki hamun awak, suka buat awak menangis dan kecewa, suka buat awak patah hati dan tertekan - saya tiba-tiba teringat kepada Knox Overstreet seorang lelaki dalam cerita puitis "Dead Poet Society". Do an overstreet? Should I do an overstreet?

Saya tahu ini adalah risiko. Hidup ini memang penuh dengan risiko. Ketika ibu saya nak melahirkan saya - saya ada risiko mati tersepit di rahim atau hidup. Semua orang ada risiko untuk mati semasa dilahirkan. Risiko untuk gagal atau berjaya. Sepanjang hari-hari ini saya memikirkan apakah saya patut overstreet sahaja dan kesatkan air mata awak yang berlinangan tu? Seperti yang awak cakap - "I want to be happy - but love always kills me". Yeah,love ALMOST KILL ME. Disebabkan oleh kerana kecewa dengan 1st ex-girlfriend saya hampir mencabut nyawa sendiri. Tapi one thing - walaupun apa yang dikatakan oleh Mira Awek Chuck Taylor, "hope is for the losers", tapi Banksy kata "there is always hope".

Melalui entry ini, saya akhirnya berani menyahut cabaran. Sama ada saya gagal ataupun berjaya - terpulang kepada keputusan awak. Saya hari ini mengatakan saya sayang kepada awak dan saya akan sanggup buat apa yang saya mampu demi awak. Saya tak tahu sejauh mana saya akan duga kemampuan saya ini demi awak. Jika saya gagal, saya tidak akan menyesal, sekurang-kurangnya saya dah mencuba. Dan kalau saya gagal, biarlah saya nikmati kegagalan ini seperti apa yang saya lalui selama ini. Lebih baik saya gagal dalam percubaan - dari gagal mencuba langsung.


Loving someone is nothing,
To be loved by someone is something,
But loving and to be loved is everything,
Would you be my everything?


Saya tidak melakukan janji-janji seorang YB, tapi sekiranya awak bersama saya, saya akan buat awak gembira - macam arwah Elly lakukan kepada saya. Through happy and hard times, through each and every moments - we cherish together - if you ever give me a chance.

This song is for you. Enjoy.



p/s: Cinta yang agung adalah cinta yang gagal - tapi kalau asyik nak gagal - tu loser namanya.

Ulasan

.drakula. berkata…
darjah 5 sudah tahu jatuh CINTA...memang hebat.
Yellow LEOpard berkata…
untung siapa dapat kau sebenarnya..tapi bukan semua orang suka diberi perhatian yang berlebihan..kadang2 ianya boleh jadi membosankan jugak..well, ini pandangan aku je..

Good luck. :)
Tanpa Nama berkata…
hanya orang yang tak pandai menilai je yang akan tolak orang macam kau..
Miss Munighah berkata…
cobb nobler aku dah jatuh cinta kat kau sejak ini detik.tapi aku tahu aku akan gagal.tapi aku tak cuba pon nak dapatkan kau.tapi aku ni sape kan.oh orang yang bertapi tapi ni pon orang yang loser kan.

*belashing*
hidayahshariff berkata…
oh my. sweet sangat kau ni :) honestly, tak sangka ada lelaki macam ni lagi sekarang ni. sebab semua lelaki suka fikir 'alaa, perempuan ramai'. then semua pun bajet boleh pilih and buat suka hati kat perempuan/girlfriend. heh.

so, may you find your true love soon. mister! ;)

go for her! go! overstreet. yes! kalau tiap2 hari asyik maki, lepas tu nangis2 semua. dah sah2 lelaki tu tak sayang perempuan tu. please. apa yang perempuan tu tunggu lagi kat boyfriend dia?
Cik SCC berkata…
alahai..

tabahnye kau walaupun dah byk kali patah hati..
smoga kau jmpe dgn org yg sesuai dgn kau nnt dan smoga berbahagia ^^
Tanpa Nama berkata…
wowwww...sgt2 menghargai perempuan..sgt2 terharu..huuhuu..hope awk akan jumpa seseorang yang menyayangi awk setulus hati dan menghargai awak walau apa pun yg berlaku... ^_^
b@w berkata…
we're in same shoes CN..aku paling pantang kalau bf tengking gf die.geli gile aku..kamon la,couple je kot,,tapi aku suke pengorbanan ko..aku pun ade cite aku gak tp blom tibe masenye nak cite.haha
Tanpa Nama berkata…
terima kasih. really appreciate it.
orang kurang rajin berkata…
semoga berjaya cobb nobler jika itu memang yang terbaik untuk anda ;)

memang hebat kan kuasa cinta?
Tanpa Nama berkata…
gud luck cobb nobler!
rekbing berkata…
sabar bro. honesty will win
meia meira berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
meia meira berkata…
ini sangat sweet. Rasa seperti sudah jatuh cinta sama Cob Nobbler :)
ayue! berkata…
mak aku cakap, kita perlu sederhana dalam segala hal.fikir2kanlahhhh
Lalala berkata…
harap kau akan dapat dia.. good luck dlam hidup... :)
cinta kau suci tapi malangnya cinta memang takleh dipaksa... apa pun wish u all the best this time
shue_fearless_gurl berkata…
first u need to earn some respect from a girl bro,jgn ko yg follow dorang je..kdg2 kna jual mhal skit..
prmpuan ni lain...kalau llaki tu asyik kejar,dia akan lari lbih jauh..tapi kalau lelaki tu jnis yg cold and buat dont knoe dia akn rasa trtarik utk mndekati ko..
Husky Pusky berkata…
if Cob Nobbler were a woman, I'll marry her.
Do i care? berkata…
heads up loser.

get a life.
fiqa berkata…
entry yg seronok :)
cikL berkata…
sori..
Aida Azura berkata…
sy rase ok lg la kalau laki yg maki hamun prmpuan..lg truk klau prmpuan yg maki hamun laki..cmne nk jd isteri kalau awl2 dh tengking2 bf..huhu..x cium bau syurga lak t..
MissFlowersInTheWindow berkata…
^ i beg to differ.pehal plak ppuan yg maki hamun tu LAGI TERUK daripada LAKI yang MAKI HAMUN ppuan?jangan jadi typical meleis bole??aku maki je bf aku 'f*** u' sebab dia tipu aku~kantoi ada kekasih gelap..peduli hape aku!
farah berkata…
semua perempuan dah jatuh hati dekat cob nobbler.


untuk perempuan yg ko propose ni. tolong lah say yes ~
Kak Long berkata…
@Husky Pusky
but then cob nobbler is a man.. Then let me marry him...? errr?
liyannaahmad berkata…
"I went into the woods because I wanted to live deliberately. I wanted to live deep and suck out all the marrow of life... to put to rout all that was not life; and not, when I came to die, discover that I had not lived"

- neil perry.
Cob Nobbler berkata…
Guys,I'm proposing a girl bukan nak anjur kelas debat.it's my way, I don't like to treat women like rubbish due to my tabula rasa,my own experience.I believe women should be care and love, not to impose fear.that's my way to treat a girl.up to me la.
Cob Nobbler berkata…
Do I care:button x ade kt penjuru atas kanan. Aida:I believe in Isaac Newton theory,ape yg anda lakukn anda akan dpt perkara yg sama blik.you love to get a man yg suka pukul,maki,herdik,go ahead.but that's not me.klu nk marah I ade my own way.besides,soal cium x cium bau syurga tugas Tuhan,why want to be God to tell me what I should do to girls? And the rest:thanks,yg bg nasihat or yg support me.but let her decide.she got a hard days this week.kne OT and her mind is tired.
Tanpa Nama berkata…
nami, this entry touched me sooo much. TQ once again.


-gadis belon merah-
Anies Anessa berkata…
aku suka entry nie weh...aku suka bila ko citer ksah cnta ko dulu...
ika~~ berkata…
"kau kencing kat tempurung, kau tengok kat tempurung tu - macam tu la taraf muka kau".

seb bek ko x g bnuh diri beb.hehe
farouq berkata…
berdasarkan pengalaman aku, perempuan akan paling sayang kat laki yang layan diorg paling teruk. stupid, but its a fact.
Eve Hawa berkata…
aku pernah kene tampar, acu pisau potong daging kat leher oleh lelaki yg masa tu jadi teman hidup aku. aku tinggalkan aje. lantak lah kan. Giler loser mamat tuh.!
Cob Nobbler berkata…
farouq:no wonder gua ditinggalkan..LOL!
bukan penggoda berkata…
eve hawa: gila teruk mamat tu!

oh, hai nami. semoga berjaya. once loser, not always a loser huh?
Tanpa Nama berkata…
sedih r..
nk laki cm kau r
Alter Ego berkata…
well, it does true. girls always dying for guys that are cold and heartless sometimes. the more guy ignores his girl, the more his girl wants him.
and it's happening to me.
Tanpa Nama berkata…
i am nothing,
but i have something,
and i lost everything...

i will be your everything
Tanpa Nama berkata…
ouh..ak dah jatuh cinta kt CN!!!
bile ak nak jumpe laki mcm ko CN??
seriusly ak adore ko!!
Nusra berkata…
Encik Cob Nobbler,

sedihnya, gadis belon merah itu bukan saya...:(

anyway, pray for your happy ending, kalau tak dapat dia, i'm waiting here :P
lin berkata…
tabik la aku kat CN nie..berani ooo...good luck =)
Nami,

citer kau touching. Honestly, dalam hidup..kita akan dapat apa yang kita TAKNAK dapat. Tapi tak semua lah. Jika kau usha, niat pun betul, dia pun orang yang betul...tentu Allah dah tentukan dia layak untuk kau.TRUST me.

p/s: Akan sampai waktunya untuk kau...
McCat berkata…
Girls like bad boy...good boy win last.
SarahRosli berkata…
hebat2....
jarang nak jumpe lelaki cm ni zaman skarang...
btw, untung la weyh, bakal GF ko...
go, dapatkan die... :0
Tanpa Nama berkata…
uhhhhhhhh...
nak pkwe cmni boleh??
hehehe..btw, cari la gurl yg sesuai ngn kamu..sia2 tau kalau kamu sggup wat mcm2 utk die tapi die cm x nmpk je..sgt sia2 ok..:)
❤ winter ツ berkata…
http://www.youtube.com/watch?v=2Fz3zFqLc3E

haha. you should try watch this video :p

Nice guys finish last,
That's why I'll treat you like trash,
It's not what I really wanna do.
But, you only date bad guys so,
I'll give it my best try to,
Treat you the way you want me to..

:) haha
rinn kechiik berkata…
cn - berkaitan dgn memaki tu, blh x sy maaf kn bf sy sbb lau kami bergaduh & dy marah dy akan mki mcm2..

hbgn mcm n blh teruskn ke tak ehk??
Tanpa Nama berkata…
sy akn rs bhgia kalau jumpa insan spt ini..yg tahu menghargai..smoga ketabahan awk mnjdi teladan utk sy juga
Tanpa Nama berkata…
14 thun:wow hensemnye org tu
15 thun:wow hensemnye+kaye plak tu
16 thun:fuh anak dato kot
17 thun:peh kaye+blaja oversea kot
18 thun:bajet ko sorg hensem+kaye
19 thun:ade ape dgn rupe n kaye
20 thun:baiknye die..
21 thun:baiknye die+bgusnye agame die+bgusnye akhlak die+bgusnye pekerjaan die....
conclusion:dis is my perception on men from 14 years old till now...always change..so cob nobler bukan sume pmpuan bute...one day akan ade pmpuan yg cintakan awak tnpe rupe dan harta..harta bnyk sakit hati watpe..rupe hensem xgune watpe..personality itu yg penting..
fi berkata…
this guy is a guy that a girl always desire..

may you get the love that you always wanted
Imi Bucuk berkata…
sedihnya. berhenti bercakap.
Ally Leman berkata…
bro..i know you want someone.
that's the only one.
but bro
time's running
clock's ticking.
life's shortening.
worth waiting, bro?
If one person drops you out, ignore that person and move on.
because life is always moving forward.
it doesn't stop.
therefore our only option is MOVING ON bro..
phaz berkata…
kita bersekolah di sekolah yg sama nampaknya..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.