Sekilas Dari Terfaktab 3

Permulaan sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca Terfaktab yang telah me-review blog Terfaktab di entry blog masing-masing. Pihak kami sebenarnya tak menjangkakan langsung penerimaan blog Terfaktab sehingga ke tahap ini, di mana banyak pujian dan mungkin ada juga kritikan yang di terima. Segala pujian dan kritikan yang di lemparkan itu akan kami hadamkan, akan kami Skuad Terfaktab cernakan sebagai pemangkin kepada kami dalam meningkatkan mutu dan idea penulisan di blog Terfaktab.

Sekali lagi, jutaan terima kasih tidak terhingga dari kami kepada kalian semua.

Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Menongkah arus sosial yang semakin meluas pada tiap saat dan waktu, telah menyebabkan pihak kami terlupa akan beberapa perkara basis yang penting untuk kami sentuh dalam menentukan halatuju sebenar percintaan yang di berkati oleh Maha Esa.

Sewaktu mesyuarat ringkas di pejabat Terfaktab tempohari, timbul beberapa idea dan skeptikal yang mahukan blog Terfaktab menyentuh lebih luas mengenai hal-ehwal perhubungan manusia. Berdasarkan kajian dan statistik yang kami terima dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kami melihat lebih 90% perempuan yang hamil luar nikah terdiri dari mereka di bawah umur.

Hal ini menggusarkan kami sebagai pihak yang bermisi untuk mendidik masyarakat ke arah lebih berminda cerdik terutamanya dalam hal perhubungan manusia di mana ia turut menyentuh perhubungan kekeluargaan.

Maka, kami mengambil keputusan untuk mengadakan minggu istimewa bermula 7 April 2011 kelak. Minggu istimewa yang sebelum ini tidak dapat di adakan pada bulan Mac atas faktor menghormati kejadian Tsunami dan pergolakkan di Timur Tengah, akan kembali semula di bulan April yang indah ini.

Minggu tersebut akan kami namakan sebagai 'The Bloodline & Familyhood Special Week', di mana ia khas untuk membincangkan hal perhubungan kekeluargaan yang perlu di pupuk dan di ambil iktibar dalam memperluaskan kefahaman masyarakat tentang pentingnya menanamkan kecintaan yang kukuh dalam institusi kekeluargaan.

Banyak topik yang penulis-penulis Terfaktab akan sentuh dalam minggu tersebut. Yang pastinya, ia menarik dan boleh di jadikan karangan bahasa Melayu anda untuk peperiksaan pertengahan tahun akan datang. Hehe.

Perancangan mengadakan minggu ini telah kami aturkan sebaik mungkin dan kami berharap ia dapat berjalan dengan lancar. Sokongan dari kalian amat kami harapkan dalam menjayakan minggu tersebut. Semoga ia juga berhasil membantu serba-sedikit dalam menganjakkan paradigma kecemerlangan institusi kekeluargaan. Lagi seronok sebenarnya jika pihak kementerian dapat memberi sumbangan. Hehe. Doakan kami ya!

Tuan-tuan dan puan-puan yang di hormati,

Nampaknya, masa telah mencemburui kita semua. Kami di pihak Terfaktab sekali lagi mengucapkan terima kasih atas perhatian kalian dan berjumpa kita di minggu istimewa itu nanti.

Chalo dan assalamualaikum!

Ulasan

orang kurang rajin berkata…
Waalaikumussalam.

Yup, semoga terfaktab dapat memberi impak sedikit sebanyak kepada generasi kita! ;)
Tanpa Nama berkata…
terfaktab memang best! eeerr,,, saya nak cakap sama-sama bole sebab saya jugak salah sorang yang mengenalkan blog ini kat kawan-kawan. hehe.. malu jap!
Eve Hawa berkata…
hahha. mcm teks ucapan mesyuarat PIBG sekolah.


Sy setuju. Internet dan medium social network sekarang dah jadi trend semua golongan masyarakat, pada masa yang sama boleh spread maklumat dan pendidikan secara tak langsung.

Hidup Terfaktab!
ArsheedA berkata…
saya setuju! *sambil angkat tangan gaya usop*
azwashamsuddin berkata…
btw best layan terfaktab :)
.drakula. berkata…
membuat aku rasa pada cinta sangat-sangat...memang romantik...
Wadi AR berkata…
teruskan terfaktab..aku suke blog korang :)
onEtw0thrEe berkata…
like2!!teruskan usaha kalian..akan ku terus menyokong =)
Cik SCC berkata…
smoga korang terus maju ye !! ^^
Hayla berkata…
banyakkan kosa kata.haha
TheBentPencil berkata…
Good idea boss!

me always not absent when you guys are meeting. me never knew. kehkehkeh

already got ideas by reading this. but hopefully I have enough time to do the article!
AlexiaAqram berkata…
YOSHH! terima kasih semua!

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.