Cinta Untuk Orang Tak Berguna.


Satu benda yang aku tak faham bila orang kata, "Kami tetap bersama demi cinta", "Saya cinta dia gila-gila", "Sampai mati hidup semula pun akan cinta dia" dan apa -apa lagi. Oh dude, love never die, but people do! (sambil sepit rambut ke tepi ala budak emo)

Ada kalangan kita (tak semua) yang menunggu cinta orang yang tak berguna. Kenapa ya? Aku sendiri tak faham benda ini secara jujurnya, tapi aku percaya, benda inilah yang menjadi penyebab kenapa ramai wanita yang membiarkan diri mereka mendapat penerajang, penampar dan kaki dari lelaki. Mungkin juga, perkara sebeginilah yang membuatkan lelaki hanya senyap apabila wanita yang mereka cintai berlaku curang dengan lelaki lain dan sebagainya. Lepas tu berdedai masuk surat khabar, berita dan segala macam jenis media. Tajuk besar akan guna perkataan CINTA.
Mungkinlah.
 
Ini olahan dari penulisan sini. Aku sibuk dengan urusan duniawi yang melibatkan pekerjaan dan masa depan. Maaf. (tunduk ala Jepun)
[Gambar : Hati dan perkataan sangatlah perlu dijaga dengan berhati-hati disebabkan apabila kata-kata tersilap dan hati terluka - itu adalah perkara paling payah untuk diperbaiki]

Aku menerima beberapa pesanan di Mukabuku yang bercerita tentang masalah mereka. Ada yang dapat aku cadangkan cara penyelesaian mengikut pemahaman aku pada masalah yang mereka utarakan, tetapi ada juga yang tidak boleh menerima dan marah aku semula. Perlu diingatkan, kalau kau berbicara dengan aku secara maya, kebolehan kau membaca ayat aku dengan jelas adalah perlu. Tidak perlu nak marah-marah semata-mata kau tak faham apa yang aku sampaikan. 
Bolehkan?
Bagus.

D : Zara, saya nak cerita sedikit satu benda boleh?
Aku : Siapa ni ya?
D : Saya pembaca blog Zara.
Aku : Oh, boleh.
D : Saya ada masalah, ada tiga lelaki yang saya suka dalam masa yang sama. A, B dan C.
Aku : Tiga?
D : Lelaki pertama, A saya dah kenal sejak di bangku sekolah. Memang baik dengan saya, cuma dia ni belajar kurang pandai, dan banyak perangai yang kurang menarik. Malas, degil dan sebagainya. Hidup dia pun lebih kepada Mak dia yang tentukan. Kami bersama sejak sekolah menengah, sampailah sekarang. Kiranya, dia cinta pertama saya.
Aku : Baiklah. Yang B?
D : Saya kenal dia masa belajar. Dia banyak tolong saya. Baik orangnya. Kalau saya ada masalah, dia akan tolong saya. Sempatlah bercinta sekejap dengan dia tapi dah tiada apa-apa bila dia macam berubah, nak saya buat segalanya sendiri sebab pada dia, perempuan tak boleh bergantung harap pada lelaki. Nanti perempuan itu akan jadi perempuan tak matang.
Aku : C macam mana orangnya?
D : Sejak saya mula kerja dan jauh dari A, saya kenal C. Sama-sama pejabat, cuma dia bahagian lain, saya bahagian lain. Baru juga kami bersama, tapi dia ni cuma cari saya bila perlu. Kalau dia tak perlu, tiada benda yang nak diperkatakan, dia akan senyap sahaja.
Aku : Awak sekarang dengan siapa? Bukan dengan A ke? Kenapa dengan C pula?
D : Saya sayang tiga-tiga. Mereka penting dalam hidup saya.
Aku : Kena pilih salah satu. Awak tak rasa ke awak sebenarnya jenis yang tak setia?
D : Mungkinlah. Cuma, kalaulah senang saya buang rasa sayang dan cinta saya pada mereka kan senang?
Aku : Kenapa jatuh cinta pada langkah pertama?
D : Mana boleh saya rancang benda begini?
Aku : Boleh sebenarnya, kalau awak kenal hati awak.
D : Apa saya nak buat? Saya sayang semua.
Aku : Awak kena pilih satu sahaja.
D : A tak pandai buat keputusan sendiri, semua nak harapkan keluarga dia. Dia kata dia sayang saya, cinta saya dan lagipun kami dah lama bersama. Dia pantang kalau saya kata saya ada orang yang tunggu saya, sebab pada dia, saya milik dia seorang.
Aku : Oh.
D : B pula, kalau saya ada masalah ke apa, bukan dia nak tolong walaupun dia kata dia suka saya. Saya memang boleh buat semua benda sendiri, tapi kan bagus, kalau ada orang yang kita boleh kongsi, boleh bergantung harapan. C pula, kalau dia rasa nak cari saya, dia cari. Kalau dia dengar saya tak sihat dari kawan-kawan lain, baru dia hubungi saya. Pada dia, kalau saya sihat, saya takkan susah nak cari dia, sebab saya boleh berdikari.
Aku : Kenapa mesti nak tunggu mereka semua?
D : Saya suka mereka.
Aku : Perempuan boleh kahwin satu sahaja, kecuali awak merancang nak kahwin dengan semua dan tinggalkan satu demi satu.
D : Macam mana kalau saya pilih mereka dan salah pilih?
Aku : Sebab tu saya kata, kenapa mesti nak tunggu mereka? Macam dalam dunia ada tiga orang sahaja lelaki.
D : Kadangkala, saya akan menangis sendirian bila teringatkan mereka malam-malam. Macam dengan A, kami selalu berhubungan dan putuskan hubungan. Dah berkali-kali sejak di sekolah lagi sampailah kini, tapi masih bersama sebab saya rasa dia jodoh saya.
Aku : Kalau betullah awak rasa dia jodoh awak, kenapa wujud B dan C?
D : Sebab mereka ada bila saya perlukan mereka.
Aku : Maaflah, tapi saya rasa awak macam mempermainkan hati sendiri. Awak tak yakin dengan apa awak nak dalam hidup.
D : Saya pernah pilih dan menyesal dengan pilihan saya.
Aku : Pilihan awak masih pada A, B dan C?
D : Ya.
Aku : Jadi tak mustahil kalau awak pilih lagi kali ini awak akan menyesal.
D : Kenapa saya sahaja yang kena berusaha, tapi mereka macam tiada usaha nak menyelamatkan hubungan kami.
Aku : Sebab mungkin mereka hanya ada satu perempuan, iaitu awak. Tapi awak ada tiga lelaki yang entah tahu atau tidak kewujudan masing-masing dalam hidup awak.
D : Saya cuma nak bahagia, susah sangat ke?
Aku : Macam mana dengan perjalanan nak dapatkan kebahagiaan itu ya?
D : Maksudnya?
Aku : Apakah awak rasa awak buat perkara yang sehabis baik dan sejujurnya?
D : Entah.
Aku : Awak terlampau mengharapkan lelaki sempurna dalam hidup awak. Sebab itu awak tak boleh menerima kekurangan lelaki-lelaki yang awak suka dan awak jadikan itu alasan untuk terus simpan mereka dalam diri awak.
D : Apa patut saya buat ya?
Aku : Macam mana nak beritahu awak apa perlu awak buat bila awak sendiri keras kepala dan tak nak berubah? Awak tak boleh harapkan manusia lain berubah untuk memenuhi impian dan cinta-cita awak. Apa yang awak tunggu sebenarnya?
D : Baiklah. Nanti saya fikirkannya dan hubungi awak semula.

[Gambar : Adakah kau pasti kau seorang yang setia?]

Kau beritahu aku yang kesemua orang yang kau suka punya kelemahan yang kau tak boleh terima. Adakah itu tanda kau betul-betul jatuh cinta dan mahu bersama dengan orang itu apabila kelemahan dan kekurangan dia tidak pernah kau mahu fikirkan menjadi kelebihan? Apakah diri kau sendiri tidak punya sisi kelemahan yang lelaki itu mampu terima dan teruskan rantai kaki kau untuk bersama?

Mungkin aku terlampau kasar.
Mungkinlah.
Alter ego aku tidak dapat menerima perkara sedemikian rupa.

Kau bertanya yang kalau menyesal dengan pilihan sendiri bagaimana?
Nah, itukan keputusan kau sendiri. Apa yang kau gunakan untuk membuat pilihan ya? Kalau kau gunakan hati, aku minta kau gunakan akal dan fikiran sekali. Kalau setakat kau buat keputusan guna hati, memanglah tiada keputusan sampai mati. Kalau guna akal, sekurang-kurangnya akan lebih jelas apa yang kau mahu pada masa sekarang dan masa hadapan.

Jangan tunggu kegembiraan yang dititipkan oleh orang lain. Bina dan ciptalah kegembiraan kita sendiri. Apakah semua orang mampu buat kita gembira?

Senyum.
Kau tanya lagi kenapa aku boleh berdiri lagi hari ini.

Senyum.
Pernahkah kau senyum ikhlas pada diri kau sendiri?
Itu yang aku buat setiap hari demi memastikan hidup aku bukan untuk menangisi dan ditangisi.
 
Lord Zara  : Apa kau nak tunggu lagi? 

Ulasan

Amni berkata…
aku orang pertam kali ni. yeah!
Amni berkata…
dulu aku macam popuan ni kot.. tak tau nak pilih yang mana... dan memang betul.. sebab mencari kesempurnaan... tapi last nyer aku sedar... kalau nak sempurna, kita mesti saling melengkapi... tak semestinya dia mesti macam yang kita nak kan... huuhuhu
Nur Liyana berkata…
yana pernah lalui situasi ni.. memang susah sangat2.. akhirnya semua yana tak pilih.. dan alhamdulillah, yana tak nyesal dan senyum dengan jalan yana sekarang.. :))
Cik Nursya berkata…
kalu aku pun aku tak pilih 3,3 org ni gak kot.. kene bsabar skit.. mungkin jumpe yg lebih baik pd masa akan dtg.. Insyaallah..
TeratakAzmi berkata…
hmm...
aku rasa..
aku penah alami sitausi yang sama cam kat atas tuh..

rasa macam makan hempedu. huh. aku pelik tergamak die. die tak fikir ke perasaan salah sorg yang die "permainkan" tu lepas die dah wat keputusan? hmm..
Schubert Serenade berkata…
everything is fated kan..sama mcm cinta..so, pilih lah yang sebaiknya..and jangan jadikan kelemahan seseorang tu sbgai alasan..jadikan kelemahan itu sebagai pendorng untu kberubah n merubah for the future:))
Tanpa Nama berkata…
gunela instinct. cntohnye 'sape yg tbe2 ajak tgk wayang mgu ni dyla yg okay'
salunye tiga2 x buat. n xsalu gak instinct cmni btl. tp aku pnh try. byk kali. n kne kt sorg je :p
Tanpa Nama berkata…
ira suka ni=)
Kc Kasedah berkata…
kita memilih org biarlah mengikut kesesuaian diri kita. ;)


chill sudah!
@Amni

er, nak kena ucap tahniah ke?
@Amni

menerima kekurangan orang lain baru boleh mencapai keseimbangan~
@TeratakAzmi

dan bila orang begini mahu mencari kesempurnaan, adakah dia layak? mungkin ya, mungkin tidak~
@Tanpa Nama

17 Mac 2011 11:56 AM

alahai.
kalaulah aku boleh buat juga.
eh?
XD
@kc kasedah

sesuai ke tak, itu kita yang tentukan~
PointBlankShot berkata…
judgement kengkadang tak buleh bersandar pada hati semata-mata.

kalau ikut hati mati, iye dak?

akal pulak bersifat analitikal. kengkadang bila melibatkan soal membuat keputusan, kena ada strategi.

so, ada kepala hotak gunalah. then baru turut kata hati. supaya tak menyesal di kemudian hari

:)
Cahaya Kudos berkata…
lelaki A lelaki tak berwawasan = REJECT.

Lelaki B lelaki yg tak mampu nak setia = REJECT.

Lelaki C lelaki yg lebih pentingkan diri = REJECT.

Tindakan : Cari lelaki lain.

Senang. Bab cinta ni perlu realistik. Kita nak hidup dgn mereka bukan sehari dua. Tapi hingga akhir hayat. Sanggup ke nak tahan dengan kelemahan2 mereka tu..? =)
maksurozana berkata…
terkena kat diri sendiri pulak. dushhh
Amni berkata…
Dear@LORD ZARA 札拉,
patut cakap tahniah.. selalu aku mesti lambat komen.. hahahaha,....
Ms Yunis berkata…
Aku akui aku nak berkahwin dengan lelaki yang paling sempurna. Tapi layakkah kita? Kita pun ada kecacatan. So the solution is kita kena terima kelemahan lelaki tersebut dan lelaki tuh kena terima kelemahan kita.
Ekay_Qynn berkata…
tumpang semak cm biase.


kalau aku, lelaki A lah yg akan aku pilih sbb:

1, aku dan dia dah lame bersama.

2, dia syg aku gile2 dan he said and shows that i'm the one for him.

3, putus2 pn, still end up togther, nmpk dah kt situ mmg ade jodoh, xkemane dah kn.

4, biarlah if dia ikut ckp mak dia pn, that's a good thing, not a bad thing. tak salah if dia ikut ckp mak dia and dia jd anak yg soleh. but whatever it is, he still loves me and i bet dan percaya yg dia ada usaha jugak utk convince kn mak dia utk setuju and pilih aku sbg menantunye (walaupun tak nmpk depan aku, kalau x, xknlah smpi sekian lama still dia masih dgn aku dan tak tinggalkan aku? think about it for a sec).

syurga bwh tapak kaki ibu maaa.... mak dia pn nnt akn jd mak aku jgk, iaitu sbg mak mertua.

lgpun dia anak lelaki, dia ada tanggungjawab sbg anak lelaki. (bab ni kdg2, kite sbg anak pmpuan kurg nmpk, sbb tggungjawab kite sbg anak pmpuan jauh lebih sng dr tggunggjawab bf kite sbg anak lelaki.) walau mcm mane pn aku dia cinta and always be his number one. mak dia tetap saingan aku sbg juga nombor satu dlm life dia and dia syg mak dia. so dia juga akan ikut kata and jaga hati mak dia.

so, if whoever u are rase insecure sbb dia nampak mcm dulukan mak dia but then said u're the one, apa susah, pegi la amik hati mak dia tu sampai jd kegemaran mak dia (time tu u can say to ur bf aka son of hers yg "i rapat dgn mami u, jgn jeles" sambil gelak bangga, lps tu utung2 nnt mak dia akan ckp kt anak dia, "boy, i like ur gf, go marry this girl" =)
lps tu kau jugak yg utung sbb hubungan kauorang direstui parents dia, especially mak dia.

dan waktu tu kauorg jugak yg gembira mmg tak terkata.

(mahap kalau ada rase2 kalau aku ni mcm dah bwk lari topik ke lain...hahahaha)

*comment based on experience* =D
mahirahkamal berkata…
perempuan ni tak bersyukur.
at least dia ada pilihan..tinggal pilih salah satu.
ada je orang yang tak punya pilihan lansung
ksyu berkata…
jika kita mencari kesempurnaan pada seseorang...kita takkan menemuinya....kerana diri kita juga tidak sempurna...^_^
apa jak laa...hee. berkata…
akupn penah gak rasa situasi mcm tue n sekarang nielh..hehe..tp kalau cerita atas ni..sama storylh dngn aku..gf aku ni xtaulh nk pilih sapa..antara aku n xbf die dlu..xbf die kmbali balik dngan dia..aku peninglh pasal gf aku nie..die mcm pentingkan dri sendri..xpernah fkirkn apa dalam hati aku ni rasa...sekarang nie,bagus aku undur...n kalau die xnk aku pergi..mmg dia mmg betul2 syg kt aku n kmbali balik dngn aku..tp kalau dia xnk..aku yg akan pergi..lenyap dr hidup die..sbb xpayahlh kita tduh2 owg yg kurang,diri kite sendri yg xperfect..ahhaha..kdang2 tgelak ayat sendiri..sapa2 yg kne smass aku ni,,aku mohon 9 jari..hehe..bub 1 jari aku save untuk mak aku..haha....:)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.