Bila Jatuh, Bangun Sendiri Supaya Tidak Mati.


Salam sayang semua.
Maaf kurang menulis sejak kebelakangan ini. Sean, teman homoseksual aku agak kurang sihat. Kami bersama sejak 10 Disember 2007, dan ini kali pertama dia menghadapi kesukaran untuk memulakan tugas dia - dalam erti kata lain memberikan perkhidmatan terbaik dia pada aku. Entah apa silap sistem dan fail di dalam dirinya yang diatur untuk 64bit. Ya, teman homoseksual aku adalah komputer riba. Nama dia Sean, tapi luar hiasan macam betina. Penuh warna. 

Sean belum sihat sepenuhnya. Aku ceduk dahulu dari tulisan aku sebelum ini di blog biasa. Ah, maaf. Siapa yang kecil hati, nak marah, aku macam biasa, tidak peduli satu apa pun. Sakit punggung melecet bila membaca, aku persilakan ke pusat kesihatan berhampiran. Nanti aku suruh setong arsenik disimpan. Bukan apa, jangan biarkan sakit itu berlarutan. Biar terus dikapankan. Eh?
Senyum.


Oh, kenapa aku tulis itu?
Sengaja. Itu sahaja, tidaklah ada benda lain. Sekarang aku adalah manusia yang mempersetankan segala tohmahan dan kejian orang lain disebabkan akhirnya, aku mampu berdiri seorang diri tanpa penyangga yang selama ini membantu aku. Teruja?
Sudah tentu.

[Gambar : Bila nak dapat paha kecil begini agaknya? Eh. Ketawa]

Bajingan yang menyatakan kalau sedih kita harus menangis.
Kalau begitu, dunia sudah dipenuhi dengan lambakan air masin yang bercampur dengan sumber air tidak dikenali. Apa harus kalau sedih mesti menangis, perempuan menangis.
Skeptikal.

Ada benda yang buat aku kadangkala takut.
Takut dengan manusia yang sungguh pandai merasa siapa aku.
Dengan manusia begini, aku sumpah jadi telus.
Satu demi satu helaian aku biarkan mereka baca dengan sendiri tanpa perlu aku bercerita.

Emosi kau macam mana?
Stabil?
Berapa lama kau sakit?
Berapa lama kau jatuh?
Apa pengajaran yang kau dapat?

Sebahagian dari diri aku hilang lagi. Itu yang sahabat baik aku nyatakan semalam. Mungkin benar apa yang dia beritahu, kalau itu yang dia nampak dalam diri aku. Sebahagian daripada diri aku yang bangkit semula selepas peristiwa dulu, meneruskan pelajaran, kehidupan dan kerjaya direnggut pergi dengan satu ucapan yang menikam ke dalam. Benda yang bila kita terlampau bersedia dan musnah begitu sahaja, ada sesiapa yang tidak tahu terluka?

Walaupun sekadar lima minit cuma.
Itu tetap masa jatuh dan kecewa.
Sakit dan sengsara.
Kau buka dan pejam mata, buka semula.
Ketawa.
Nah, hilang sudah duka.

Mungkin benar.
Tapi kehilangan bukan semuanya benda yang berbentuk negatif. Ada benda baik yang tersirat dan berbentuk positif serta mematangkan diri. Tidak semestinya sakit untuk kali kedua bermakna kesakitan hingga patut terbaring dan langsung tidak mampu bernyawa.

Sahabat : Satu lagi, sebelum ni kau jatuh, siapa tolong kau?
Aku : Kau. Kau sahaja yang tolong aku.
Sahabat : Dan kali ini, siapa yang tolong kau?
Aku : Diri sendiri, dan kau juga.
Sahabat : Tak. Aku rasa aku datang cuma selepas kau pulih.
Aku : Sendiri.
Sahabat : (tanda jempol) Tepat sekali. Diri kau sendiri.

http://farm3.static.flickr.com/2655/4082104858_d7a19591d7.jpg
[Gambar : Dah lama tak meniup belon, tempoh hari hampir kempis otak sendiri]

Bila kamu puji aku kuat, itu bukan bermakna aku mendabik dada dan ketawa.
Tidak.
Sebab aku tahu, aku hidup untuk kekal bernyawa.
Sebak.
Kewujudan aku hanya aku sendiri yang sedar dan hargai sepenuh jiwa.
Sepak.
Ketawa penuh gembira.

Jadi, buat yang membuat panggilan telefon sewaktu aku sedang memecut di selekoh pagi tadi, aku cuma mahu beritahu sekali lagi (bahkan dan beberapa kali), hidup kita, kita yang tentukan. Kalau kau letak sepenuh kepercayaan kepada orang yang mungkin salah, itu bukan bermakna kau bodoh dan perlu mati sendirian, kau cuma perlu berubah. Itu sahaja sebenarnya.

Kawan : Aku kecewa gila.
Aku : Apa benda yang kau kecewa?
Kawan : Aku tak dapat balik diri aku yang asal. Aku terbayang-bayang kewujudan dia lagi.
Aku : Kau nak balik pada dia semula?
Kawan : Itu mustahil.
Aku : Jadi?
Kawan : Aku nak lupakan dia.
Aku : (ketawa) Kau tidak akan berjaya lupakan dia.
Kawan : Kenapa kau cakap begitu?
Aku : Sebab manusia yang pernah ada nilai dalam hidup kita, mustahil untuk kita lupakan.
Kawan : Tapi dia buat aku kecewa.
Aku : Kecewa itu satu bentuk nilai. Kalau dia pergi dan kau tak rasa apa-apa, maksudnya dia bukan sesiapa.
Kawan : Macam mana kau boleh ketawa riang walaupun kau kecewa?
Aku : (ketawa) Ini bukan kecewa, ini satu benda yang nyata.
Kawan : Maksud kau?
Aku : Menghadapi kenyataan dan tidak melarikan diri supaya kau tak mati sendiri. Itu yang aku pegang dari kisah hidup aku sebelum ini.
Kawan : Kau boleh hidup macam biasa?
Aku : Kenapa tak boleh?
Kawan : Macam mana kau boleh?
Aku : Masa aku jatuh, aku beritahu diri aku sendiri yang aku keseorangan. Tiada siapa yang boleh aku minta tolong. Tiada siapa. Jadi, aku beritahu diri sendiri yang aku kena kuat, maka, aku bangun.
Kawan : Benda lama, kau tak ingat?
Aku : Ada guna aku ingat balik? Ada kebaikan untuk aku? Itu soalan yang aku tanya diri aku sendiri. Kau patut tanya diri kau benda yang sama.
Kawan : Kau baik sahaja kan?
Aku : (ketawa) Selagi aku dapat menyibukkan diri dengan kerja aku, dengan hidup aku dan jadikan ego aku lebih tinggi dari kedudukan hati aku, aku percaya aku boleh selamat dan hidup macam biasa.
Kawan : Kau gila.
Aku : Ya, aku tahu aku gila.
Kawan : Kau gila sebab kau boleh tabah.
Aku : (ketawa) Kerja aku adalah pengubat aku.
Kawan : Tiada masa untuk duduk sendirian?
Aku : Tiada.

[Gambar : Kalau kau masih bangun malam dan mencari dia dalam mimpi dan realiti, aku tidak mampu kurangkan hati kau yang bergelumang konspirasi]

Aku mungkin tidak dapat tenangkan kau.
Maaf, aku bukan pemujuk yang baik.
Kau yang perlu buka mata kau sendiri dan hadam realiti.
Walaupun pahit dan membuatkan kerongkong kau rensa, itu tanda kau masih manusia.
Percayalah.

Celaka.
Dunia memang penuh dengan suka dan duka.
Tapi kalau kau tidak pernah teruja untuk gembira, kau patut duduk dan senyap sahaja.
Bukan untuk ukir sakit dan merana.
Untuk kau belajar senyum dan hadapi dunia.
Dengan diri kau yang penuh semangat waja.
Bukan kesateria yang hilang pawana.
Sudah.
Kegembiraan yang datang secara tiba-tiba, akan pergi secara tiba-tiba juga. Kebahagiaan yang dibajai dengan perlahan, menempuhi segala kepayahan, insyaALLAH akan berkekalan. Ah, tidak mustahil juga kegembiraan yang dibajai lama akan musnah begitu sahaja. Segala yang berlaku dan akan berlaku adalah urusan Maha Pencipta. Kita sebagai manusia biasa, hanya mampu berusaha dan berdoa bukan?
Senyum.
[bacaan santai sebagai bekalan hari muda]
Sekejap.
Tulisan ini mungkin agak celaru.
Tapi aku tak nak kalian keliru.
Kalau tersilap tafsir, jangan malu.
Aku tidak akan buat tuduhan melulu.
Ah, lidah kelu.

Lord Zara : “Music speaks what cannot be expressed, soothes the mind and gives it rest, heals the heart and makes it whole, flows from heaven to the soul.”

Ulasan

Raihana Izzati berkata…
Kau seolah2 menulis dlm sendu.fine.akpon dh terikut2 tulis word seolah2 2.

maybe ak dpt tgkp sdkt.mayb x.

but,,yeah.only dri kita yg blh tlg dri sndri.org len mayb just guiding.kita yg tntukan.

n,,asal paha kau besar ke?hoho
Ms Ikin berkata…
pg ni sy btul2 lemah, hampir2 saja jatuh.. thx,,this note sgt b'hrge.. buat diri kmbali bangkit,b'diri.. thx a lot... =,=
syazai86 berkata…
bila kita jatuh...diri kita jugak yg boleh naik kan semangat tu....org yang ada di sisi kita jadi pemangkin..kkdg kena ada ego supaya kita lebih rasa kuat utk bdepan dgn kegagalan..pengalaman menjadikan kita lebih kuat. hidup ni umpama roda kan.
Cik Nursya berkata…
Masaalah tak mampu membunuh kite.. ;)
♥c!k Ann♥ berkata…
kau seolah-olah menceritak tentang perihal aku..
sungguh....
tqvm~!
tapi aku x mampu bercerita sebegini..
XIX Dragunov berkata…
bagi aku, kalau menangis tu boleh melegakan sikit rasa sedih kat hati, aku rela menangis... kadang2 ketawa banyak2 pun bukan elok sangat... elok jugak menangis sekali sekala =)
Amni berkata…
betul2.. setuju ngan XIX Dragunov.. ketawa banyak buat hati kita mati.. dan betul jugak, hidup ni DIA bagi pilihan.. kalau kita pilih nak bersedih... sampai bila2 pun kita takkan bangun... chill! aku pon pernah kecewa.. hahahah
ayue! berkata…
selalu TERFAKTAB cerita psl keadaan org yg ditinggalkan. macam mane org yg meninggalkan tu?what's their condition?nak gak aku tau.
CKB berkata…
batul. walau sakit bagaimana, ia masih satu nilai. Mustahil untuk melupakan seseorang yang pernah beri nilai pada kita.
To forget something is to not try to forget it. Biarkan ia di situ, jangan diacah, jangan dipujuk keluar. Lama2 dia mati sendiri.
Didyajustsaytht berkata…
@ayue!
jawapannya senang:

dia bahagia.
::LiPO:: berkata…
menarik minda kau.. menarik juga pgalaman kau.. aku suka..
:))
Siti Nor 'Ain berkata…
nak amek dialod tu letak lam blog boleh??sebijik kene btng hidung...
moonbulan berkata…
sangat sesuai untuk aku...dlm keadaan susah nk lupekan seseorg aku jumpa entry ko..bgs~!

ko buat aku sedar yg aku harus bgn dan jalani hidup spt org lain...sbb aku blum mati.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.