Adamayaism : Satu Tulisan Untuk Anak Muda.



Lisa Surihani semasa djaman pagi Isnin kena nyanyi lagu Negaraku.

Berapa ramai pembaca Terfaktab ini menonton siri cerita Adamaya - angkat tangan?

Well, aku hanya tengok drama bersiri ni masa aku sedang melangok nak tunggu sahur buka puasa tahun lepas,kalau tak silap. Semasa drama ini femes amos dulu aku hanya seorang buruh proletariat yang bekerja yang tak ambik pot pasal drama Kencang Holding business juta-juta projek besar di Republik Congo.

Aku pernah menulis perkara ini satu masa dahulu di Teh Tarik Gelas Besar. Dan aku menulis artikel ini ketika kawan baik aku - juga seorang blogger - sedang gagal dalam bercinta - bukan kerana dia ada skandal dengan perempuan lain atau sibuk ke Jalan Imbi mencari Uzbek Dolls - tapi kerana interference orang tua yang tak habis-habis menyibuk tentang urusan anak.

Bagi aku sifir tentang kehidupan adalah mudah. Bila kau dah mula bekerja - kau harus belajar buat keputusan sendiri. Aku belajar buat keputusan sendiri selepas aku dihalau dari rumah oleh mak bapak aku. 2 minggu tanpa rumah - dan hidup melata kais tong sampah mencari roti canai dan tido di tepi kaki lima kedai mapley memang perkara yang tak best. Tapi walau apapun musibah yang menimpa - aku tak menyesal kerana pilihan ini adalah pilihan aku sendiri. Makan megi hatta tak makan langsung sekalipun - pilihan ini adalah pilihan aku.Revolusi tidak menjanjikan bahagia atau sorang sebijik Toyota Caldina kepada setiap para demonstrat - tetapi kebebasan untuk membuat pilihan - silap atau tidak - itu adalah proses pembelajaran.

Lalu ada yang membebel dengan aku soal pilihan anak muda punca banyak kegagalan dalam perkahwinan.Itu fakta mengarut - bukan soal pilihan anak muda tetapi soal anak muda belum apa-apa - belum dapat kerja dah dibebani hutang akibat sistem pendidikan yang menyembah kertas-kertas kepala agong. OK harap maaf, ini Terfaktab bukan Tukar Tiub. Kegagalan manusia mengaitkan apa-apa masalah dunia dengan ekonomi adalah kegagalan manusia itu sendiri berfikir.

Lalu Adamaya mensajikan satu propaganda dari golongan tua yang takutkan anak muda untuk berubah. Diletaknya Adam, suami mithali yang baik gila untuk Maya lakonan Lisa Surihani, yang mempunyai balak yang scumbag mat Polo pakai baju popped up collar pakai logo kuda besar - for sure ini sangat mempengaruhi anak muda. Bagi aku ini adalah vis-a-vis - faktor visual yang mempengaruhi psikologi orang yang menontonnya. Aku pernah menulis faktor visual dalam manusia membuat keputusan dalam TTGB dahulu.

Mengikut hujah saintifik - manusia ini suka membandingkan sesuatu dengan nilai yang cantik. Umpamanya - seorang bimbo yang cun melecun tapi tak tahu siapakah Perdana Menteri Malaysia pertama mungkin akan ramai dipilih untuk menjadi calon isteri berbanding seorang maverick genius yang mampu menganalisis cryptography tapi gemuk gedempol. Ini fitrah manusia. Dalam radio pada pilihanraya 1960 Amerika - kalau dengar di radio - Richard Milhous Nixon akan menang - tapi pada masa itu menjadi trend rakyat Amareka memiliki TV - dan John Fitzgerald Kennedy yang lebih tampan - menjadi pilihan rakyat. In fact, dalam beberapa siri pilihanraya - vis-a-vis menjadi faktor penting dalam kemenangan pilihanraya - kecuali di DUN Tenang dimana kalau letak badak sumbu untuk calon BN pun boleh menang. Harap maaf - ini Terfaktab bukan Tukar Tiub.

Jadi, mengambil teori vis-a-vis ini - sengaja direktor memilih watak Adam seorang yang kacak dan hensem manakala watak antagonis si malaon Polo tu seekor makhluk huduh yang poyo. Lisa Surihani diletakkan dalam watak yang cun melecun.Awek cun wajib dengan balak hensem. So, ditambah pulak hensem disamping karekter sabar serta phony bersembahyang depan kamera - menunjukkan nilai-nilai Adamayaism untuk diserap kembali ke dalam budaya orang Melayu.

Secara rasionalnya - kita dilahirkan untuk bebas. Semasa kita kecil - kita enggan dikurung walaupun ibu kata ini soal keselamatan. Kita akan sedaya upaya mengeluarkan diri dari segala kurungan oleh ibu kita. Dan kita belajar berjalan - dan langkah pertama kita selalu berakhir dengan jatuh. Tetapi - kalaulah ibu kita bimbang kita berjalan dan jatuh - sampai mampuslah kau tak reti berjalan.

Apabila bercakap pasal kahwin pilihan keluarga - satu soalan yang naik di fikiran ialah - apakah semasa proses entot-mengentot itu akan melibatkan ibu bapa yang memilih? Apakah ibu bapa juga akan berada di katil semasa proses entot mengentot itu?

Sebab itu anak muda harus melawan fikiran bodoh ini. Kalau kita risaukan kita gagal dalam pilihan kita - so what? Kalau hidup tak pernah gagal baik tak payah hidup. Kita sudah lihat manusia belajar dari kegagalan. Thomas Alva Edison seribu kali gagal sebelum mencipta mentol. Wright bersaudara gagal beberapa ratus kali sebelum mencipta kapal terbang - di Kitty Hawk,North Carolina. Bayangkanlah kalau mak bapak Thom Edison ni tak kasi si mamat Edison ni buat mentol - sebab takut mati kejung kena elektrik, atau adik beradik Wright ni mak bapak dorang suruh kerja jadi posmen dari cipta kapal terbang - kau rasa kau boleh tak tayang kat Facebook tentang percutian kau di Australia atau untuk malam-malam study untuk SPM? Hanya kerana berani mencuba dan gagal sahaja yang mampu mengajar kita erti kehidupan. Yang mak bapak nak masuk campur life kita apa ada hal?

Anak muda wajib menolak Adamayaism - dan menganggap fitrah "mom knows best" adalah fitrah yang terkebelakang. Cinta yang paling baik adalah bila kita sendiri meneroka cinta itu sendiri. Apa benda yang bercintanya kalau ada masuk mak bapak campur tangan?

"Tapi Nami - ini soal adat.Biar mati anak jangan mati adat"

Ini satu lagi pemikiran bodoh. Kalau mati adat - anak masih lagi boleh meneruskan kehidupan. Ruang dan masa yang akan menentukan adat itu relevan ataupun tidak. Kalau mati anak - adat tu pun dengan sendiri pun mati. Bodo punya meleis siapa cipta pepatah ni.

Jadi - rakan saya yang cinta hati luka kerana cintanya yang gagal - digagalkan oleh orang tua yang berfikiran djaman kod Hammurabi ini - kerana kekasihnya tidak mahu melawan. Kononnya untuk menjaga hati orang tua. Menjaga hati orang tua tapi diri sendiri terkorban buat apa? Kalau kita benar-benar cintakan cinta - kita tidak harus rela mengorbankan cinta kerana faktor luaran. Mak bapak adalah faktor luaran. Tugas mak bapak adalah memberi kekuatan ekonomi dari segi makanan, pakaian, tempat tinggal, basic needs dan sedikit pendidikan untuk memulakan kehidupan. Bila dah besar dan sudah matang - mak bapak duduk diam-diam di rumah - dan si anak mulakan hidup dengan sendiri. Itu paling afdal.

Sebab itu bila ex-girlfriend saya mengacukan jari tengah kepada rombongan yang meminangnya ketika bersama saya,itu adalah satu tindakan yang revolusioner.

"Love - one considers lonely, three considers crowded. Two is just nice" - itu kata arwah Sherina dulu. Tapi kalau dah melibatkan mak bapak, mak saudara, bapak saudara, nenek tiri, madu kepada datuk, sepupu, dua pupu, tiga pupu - itu bukan crowded lagi - itu macam rumah flat yang mat Bangla sampai 50 orang duduk beramai-ramai. Jadi apa jua keputusan yang melibatkan untung nasib kita - biar berjaya biar gagal - keputusan itu ditangan kita.

Ulasan

Unknown berkata…
ehh lisa ! :D
Raihana Izzati berkata…
ex-gf style...

hoho
vague berkata…
sigh~hati memang mahu memberontak. tapi kata pepatah 'mom knows best' itu jugak yang masih bertahta.fuuh~berapa banyak air mata mak aku dah aku jatuhkan. minyak nuraka tu bhai!


and unexpectedly, in the end 'mom knows best' tu memang best.


padia entot mengentot tu?
XIX Dragunov berkata…
bagi aku la... dalam relationship mmg perlu ade restu dari ibu bapa and its important. tapi still keputusan untuk kita kahwin siapa perlu la terletak kat tangan kita, bukan di tangan ibu bapa kita
Nina :) berkata…
naseb mak aku bagi kebebasan memilih..dia ckp, "mama tak nak carikan, yang nak kawen tu awak, kang kalau mama pilih takut tak bahagia plak"

anyhow, the best path is, to choose yourself, and to involve your parents. if we can present a good person with solid,firm characters, nobody can say no. they just want the best for us. and when we can deal with them maturely, they would know that we're ready.

hoho btw tak baik cakap antagonis tu huduh (sebab huduh tu takleh dibuat2)..kan dah meninggal orgnya..
misz aisya berkata…
salam..

i rasa, ada betul nye ape yg u ckp tp tak semuanya I setuju.

ungkapan 'mom knows best' masih relevan. Allah yg mencipta kita maka Dia tahu apa yg terbaik utk kita. Sperti juga ibu yang melahirkan dan menjaga kita, dia juga tahu apa yg terbaik utk kita.

bukan bermakna kta sudah dewasa, kita tak perlukan mereka dlm apa jua hal. juga tak bermakna mereka perlu mengongkong kita dgn segala urusan.

perlu ada give and take...kita sbgai anak harus diberi kebebasan utk meilih jln hidup sndiri tpi masih berpegang kpd restu ibu bapa. itu jauh lbh baik kan?? win-win situation.. :p
Tanpa Nama berkata…
disagree!!
'mom knows best' stil releven lar..
da dy jg kite dr kecik..
da besar nk blagak plak..
klw idup tade restu mak..
jgn hrap nk bahagia..
tuhan pn tamo restu kite..
jgn nk lpe diri..
Hellioz berkata…
@Tanpa Nama

kalau theory mom's knows best tu diaplikasikan setiap masa,

apa guna setiap manusia dikurniakan otak untuk berfikir?

fikir fikirkanlah.
lulz~
Cob Nobbler berkata…
Hellioz:macam tu time exam SPM ke,exam lesen kereta ke,nak apply kerja ke - biar mak aku je la yang seat exam,ambik test kereta,pegi mintak kerja - because mom knows best.

My mom does not know how to operate the smartphones - so ada gak benda yang mak saya tak tau.

Talk about marriage - jika mak saya pilih saya seorang gadis untuk saya kahwin sudah pasti dia akan fail.Ini kerana taste saya adalah berdasarkan panduan saya.

"I do respect my mom,but I know what's best for me" - that's a better word.
Tanpa Nama berkata…
kena halau dr umah?
Tanpa Nama berkata…
pasal interference ibu ni, pernah kena dah. dgn 1st love.. mak dia tak berkenan konon sebab agama(tapi bcoz I'm not the PERFECT daughter in law for her n tak cukup baik utk satu2nya anak lelaki dia) n ex aku pun ikutla cakap mak dia pasai tak nak jd anak derhaka (sbb mak dia ugut dia mcm tu)..
bukannye kita tak respect but this our life. nnti kahwin, sapo yg kawen actually? Aku ke mak aku?
slave or servant? berkata…
it was juz a simple thing,
ask ur ownself.
sape yg nak kawin? diri ko kan. so, make ur own choice. then kalau end up ngan divorced at least ko x put the blame on ur parents.
coz dat was ur choice not the others. so ko nk frust menonggeng macamana pon ko yg wat pilihan tu.

so, which one u prefer ?
amiralyn berkata…
yeah, it's true, but
sometimes dengar cakap mak tu act better dr dengar kata hati yang penuh gelodak remaja niyh..
Tanpa Nama berkata…
ak bersyukur sgt2 sbb mak bapak ak xpernah u-must-follow-what-i-say punya type.. TAPI, ad tapi nya, mak bapak i akn bg pndapat tntg pilihan i.. then they let me choose. First bf ak ad 'black' background...keje dia biasa2 je..technichan. gaji biase je2.. ak, pljr uni ms tu.. mak ak ok je.. dia kate ak yg nk kawen bukn dia.. tp ayh ak ckp mcm2, then dia kt terpulang la pd ak, tp esk kalo ap pape in the future jgn salahkan ayh. ak tersentuh gile.. ak pikir2, then ak teruskan hubugan dgn bf ak gak, tp then br ak tau bf ak tu xleh pkai sbb dia try nk ringan2 dgn ak..then ak cut off the relationship terus. ak blah.ak menyesal sbb x penampar arab kt dia ms tu..
i love my parents...

bf ak sekarg my parents restu sgt2..
xde black background..profesion - sgt2 ok..kire seteru la kan, tp ak lak yg x ok.. sbb ak xtau ap dlm pale otak dia.. dia ikhlas ke x..ak salute bf ak yg ni sbb dia x pernh nk pegang tgn ak pun ms ktorg date..tp, arghh...why there is alwyz a tapi dlm my story.. xtau mcmana nk cite..he is a liar? bila mak ak tepon dia tanye.. mcmana?

ak jwb - mak i rse i xmau la kt dia..

then mak i jwb - xmau? ok..nnti kalo dia call mak bg alasan tuk tgguh tunang..

i alwyz love my parents. May Allah bless them alwayz...

sbnrnya mak i xtau nk pilih dia ke x.. kalo dulu nak, slps kerap begaduh, dia xpenah ckp bebaik dgn i.. wish he change so that i can accept u back sepenuh ati..
edi berkata…
mak masih relevan tapi dari segi memberi pendapat, pilihan memang ditangan kita....bab cerita adamaya tu, ada ke lelaki yang sesabar adam tu?
Cob Nobbler berkata…
bukankosong:yeap.sebab hati saya tegar.

amiralyn:dengan gelodak remajalah - kita belajar untuk jadi dewasa.

kegagalan kita belajar menjadi dewasa adalah kerana kita terlalu bergantung dengan orang lain dalam kehidupan kita.

biar silap - asal keputusan itu adalah keputusan kita sendiri.

pya:You made a good point there.

Tanpa Nama:if your parent gives you opinion - that's okay.But to interfere - itu yang tak boleh.

Opinion tu biasalah.

edi:Itu adalah propaganda untuk anak muda tunduk dengan daulah dan anak muda.Mereka yang konservatif dipotretkan sebagai mereka yang tampan dan bersabar - ini adalah satu taktik dari daulah untuk memastikan anak muda tidak bangkit menentang seperti di Tunisia atau Mesir.

Harap maaf,ini Terfaktab bukan Tukar Tiub.
Lalala berkata…
betul.. cuma bab nikah ni lagi baik dapat restu.. hidup kita setel sendiri..cuma jangan langgar syara sudahlah..

arwah bukan tak ensem cuma cerita yang mewajibkan arwah kelihatan hudus dan poyo..

mungkin kebaikan dalam kahwin atur ni.. terus atur..nikah... takde couple..tak de masiat.. pupuk sayang lepas nikah..jadi tak bosan.. memang risiko..tapi tengok juga ada yang berbaloi mungkin sebab dah tu jodoh kita..

ex gf tu arwah sherina ke?
Cob Nobbler berkata…
Mainur:Arwah Sherina never be my ex.tak pernah break up dengan dia.
Akulah Aqilah Itu berkata…
Ok, terfaktab makin best dengan kehadiran Nami.

Aum!
TheBentPencil berkata…
Nice entry.

man, i guess I was blessed having parents who put their kids in full power to choose our lovers. cuz when they were young they had the chance to do so too.

ah, thomas edison.
one day his warehouse caught on fire. instead of crying hysterically he called up his wife and kids and say "hey, we won't have a chance like this ever again! it's a chance to start all over again from zero."

moral? kalau gagal pun itu cuma peluang untuk start mula balik. ahaha
Tanpa Nama berkata…
pulanglah kepada sunah dah AL-quran.... semua dah ada guide dalam tu...complete.. terbaik untuk semua.. untuk mak ayah, untuk kita yang muda ni.....
♥c!k Ann♥ berkata…
ader betul n kurang betulnya...
hubungan aku n mr love aku once pernah dibangkang atas sebab2 yg x perlu aku ungkai kat sini...

tapi kerana aku insist n berusaha tunjuk pada parents aku bahawa mereka pasti akan setuju ngan pilihan aku...
maka lamer2 mereka sndr jatuh hati dengan perwatakan dier..
yerp...
"mom always know best"
tapi kalo tanyer para ibu di luar..
mereka pasti akan bangkang...
sebab?
mereka sndr tahu hubungan atas paksaan xkan kekal..
melenkan anak2 mereka pon rela....
pucuk pngkal hati sndr...
papehal pon...

U R always the best~!
Tanpa Nama berkata…
pengalaman aku,
mse aku form 4, aku dapat 2 tawaran ke sekolah asrama, teknik n science school. aku nk masuk teknik. tp bapak aku suh aku msuk science school.. okeh.. aku ikut je.. aku mmg xde smgt nk bljr. dalam kelas aku tdo. aku tak penah nk study.. aku tak penah concentrate. aku cuma concentrate pada subjek yg aku minat je. bila aku msuk form 5 aku jd lg truk.. aku tdo sepanjang kelas.. ble spm, aku tak tau plak mcm mne aku bleh dpt 9A. even bukan straight A, aku rse ok r sbb aku tak struggle ape2.. ble ak pk2 blik maybe restu mak ayah aku yg bg kejayaan ni pd aku
Sang Gabriel berkata…
mom knows what's the best for us

tapi pada pandangan aku

kita membesar dengan acuan didikan parent + acuan kita sendiri (apa kita belajar, kawan2, environment)

mom knows best
tp kita lebih tau
mom knows best tu sekadar supportive desicion
Ara berkata…
i dunno, i hv a very protective mum sumtimes she suffocates me.
rekbing berkata…
entri ni berat. 10kg. tp nais nais nais!!
cewek.medusa berkata…
oh, ini betul..aku setuju, tapinyer kn

ada bdk skang suke bg sesak nafas makpak..bwk blk gewe yg tpancar 'nur' scumbag nye.. nak xnak makpak tpaksa campur tangan. jd kena ingat..kdg2 parents bukan suka sgt nk campur urusan korang..tp kalo da biawak/kucing bunting yg korang angkut..sndiri mau paham laa

uisshh kais tong sampah ya.. ;)
abu_dolah berkata…
style abes! suka tulesan nami.
Tanpa Nama berkata…
jgn terlalu ikut kata hati.
mmg nnt ko sendiri yg kawen tp kalau xde restu mak bapak, xkn kemane.
sekali ibu terguris hati ngn tindakan kita, amek mase yg lame utk pulih. dan neraka lah jawabnye.
CtZ berkata…
menariknyer entri ni...

citer aku: after dpt 2 menantu, yg actually my parent x berkenan pun. tapi tetap juga restu their marriage.
..tapi skang ni byk la yg mummy x puas hati ngn menantu. haha kesannyer pd kami yg lum kawen, mummy da jadi cerewet sket, siap pesan awal2x jgn cri calon yg cam tut....etc.
hopefully kalu aku bw blk calon nanti my parents setuju lah juga..
AzmanV2 berkata…
Cakap pasal ni, aku teringat janji aku kat mak aku

aku akan pilih 10 girls pilihan aku, line up in front of her, and then pilih yang mane paling berkenan jadi menantu

Win win situation, dua dua pilih.

Tapi itu dulu, janji lawak2 je

Kena ada tolak ansur la between anak beranak actually. Kita pilih and then present them to our mothers. Kalau mak tak berkenan, do something so that ur mom boleh berkenan, bila dia tak berkenan, jangan la jadi bodoh sgt "oh mak saya tak berkenan" and terus mengalah. Kata pon mak sendiri, takkan la tak reti nak amik hati mak sendiri. Fikir la gila.

My gf now, dulu mak aku anti gila babi. Sekarang suka gila babi, y? sebab aku intervene and aku jaja nama gf aku kat mak aku sampai ke tahap mak aku bleh suka gila kat dia. Because i know who my mom is.

Tu pon nak ajar ke? kahkahkahh
TheBentPencil berkata…
@SagaPutih

WIN!
haha...i've seen similar situations too.

parents biasanya ada reason kenapa dia benci. try duduk semeja tanya dia kenapa. kot2 tu salah faham. conthnya dia ingat awek anda tak solat sebab freehair. padahal lagi rajin solat tahajud daripada anda. hahaha!

point is here, kalau anda tak boleh duk semeja dengan parents dan discuss, maknanya relationship dengan parents la yang kena FIX. bukan dengan awek tu.
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Eve Hawa berkata…
"mom knows best" masih relevan dalam sesetengah perkara sbb Byk makan garam. Kalau lah cakap pasal relationship dan cinta, Aku pernah mengalami kesan BESAR bila menidakkan "mom knows best" --> kehancuran buat kali pertama.
Zaid berkata…
@TheBentPencil

"point is here, kalau anda tak boleh duk semeja dengan parents dan discuss, maknanya relationship dengan parents la yang kena FIX. bukan dengan awek tu."

setuju.

sekarang ni, aku tak tau lagi apa respon mak aku sebab aku tak pernah bawak awek aku jumpa. tapi setakat sembang2, kat fesbuk semua ok je. dan mak aku tak pernah pulak nak pilih untuk aku!
vampire's lovex berkata…
a'ah aku pon tak suka bila mak aku masuk campur dalam hal2 aku and bf aku. im matured enough . *sigh
Tanpa Nama berkata…
perlu memeriksa:)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.