Minggu Penghargaan: Lima Bulan Satu Minggu Dua Hari di Terfaktab


Assalamualaikum all ! morning ! Salam hormat untuk semua :)

Oh damai sungguh pagi ini. Cuaca redup, hawa pun dingin. Kalau sambung tidur memang enak lah. Hari ni hari Rabu, dan aku menulis untuk minggu penghargaan yang bermula Jumaat ini (di anjak pula ke Rabu. Maknanya jadi Lima bulan Dua hari la kan.). Aku tulis siap siap. Senang. Nanti karang, bila dah sibuk buat itu - ini, lupa pulak. Tak pasal pasal kena hentak dengan baldi. Bos yang kabo gitu. Sape tak buat kena hentak. Entry ni mungkin akan jadi panjang berjela sebab dah kata temanya penghargaan, harus lah feeling feeling penerima anugerah. Nak ucap terima kasih kat satu dunia. Thee hee..

Orait cut the crap !

Entry hari ni merupakan entry dedikasi, bersempena dengan sebulan penjualan Kitab Terfaktab di pasaran. Phew ~ Ai pening nak susun nama ni u ols.

Mula mula sekali, setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih untuk Akram dan semua skuad Terfaktab sebab sudi melamar aku untuk menyertai skuad yang ohsem ini. Aku join Terfaktab sama sama dengan Leplep. Kami beriringan berpimpinan tangan melangkah ke gerbang Terfaktab. Tapi tu lah. Berbekalkan kekacakan alep, maka pada dewasa ini beliau adalah lebih di gilai ramai. Grrrr.. Ye laaaa.. aku tak kacak..

Masa aku mula mula join Terfaktab, aku sebenarnya berada dalam fasa rabak. Bermula dengan entry kiriman yang ini lah aku mula di lamar. Aku tulis berdasarkan pengalaman sendiri. Masa tu aku tengah kecewa gila babi. Entry pertama aku pun berkisarkan pengalaman sendiri. Orang tengah kecewa kan.. So entry pun pesen pesen nak naik kan semangat. Oleh kerana aku bukan blogger pemes, maka aku tak expect untuk mendapat sambutan yang hangat. Sekadar syok syok berkongsi perasaan. Lepas tu aku suka support orang orang yang senasib dengan aku. Aku nak depa kuat semangat jugak sebab putus cinta bukan bermakna kita putus nyawa.

Pada kesempatan ini, aku juga nak ucapkan terima kasih kepada pembaca pembaca Terfaktab yang tak pernah fail baca blog ni hari hari. Terima kasih sebab sudi drop by dan tinggalkan barang sepuluh dua puluh komen. Kat dalam blog peribadi tak pernah dapat komen banyak banyak pun. Jadi rasa jakun sikit la bila tengok ada komen yang banyak banyak kat entry aku kan. Lima komen pun aku dah rasa macam banyak dah weh ! Kadang kadang aku ni bahasa yang aku pakai melankolik sikit. Kadang kadang berbunga bunga sikit. Jadi aku ucapkan syabas sebab mampu untuk digest bahasa jiwa jiwa yang bukan semua orang suka nak baca.

Lepas beberapa bulan aku join Terfaktab, aku agak terkejut beruk sikit bila Akram kabo kita nak keluarkan buku. Hamaigad. Aku nak tulis ape? Last last aku keluar dengan tulisan berbentuk artikel di bawah tajuk Move On. Kome dah baca belum? Kalau boleh aku nak semua orang cuba untuk bina kembali semangat yang dah bersepai sepai selepas putus kasih.

Pung pang pung pang, maka pada 1 Oktober, Kitab Terfaktab dirasmikan di Uya Distro, Subang Jaya. Jadi pada kesempatan inu, aku nak ucapkan terima kasih juga kepada Uya Distro dan Lejen Press sebab tanpa depa ni, maka buku ini pun kome tak akan pegang kat tangan kan. Terima kasih jugak kepada pembaca pembaca yang hadir pada hari perasmian tersebut.

Semua aku dah sebut kan? Takde cicir kan? Belum habis lagi.. Ada lagi ni..

Parent aku tak tau pun aku ada menulis untuk sebuah buku. Masa buku ni nak keluar baru aku kasi tahu, itu pun sebab nak mintak izin turun ke Kuala Lumpur. Setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka kerana mengizinkan anakanda mereka ke Kuala Lumpur, terima kasih juga di atas doa dan kasih sayang mereka.

Pada kesempatan ini juga, aku nak ucapkan terima kasih kepada tunang tersayang, AER. Terima kasih sebab sudi temankan saya ke KL. Dah la masa tu kaki awak sakit. Awak tak boleh nak drive. Jalan pun tak boleh nak elok sangat. Tapi awak gigih temankan jugak. Terima kasih untuk sokongan yang tak berbelah bagi untuk saya. Sayang awak.
[Abaikan penggunaan saya di atas. Baca diam diam, jangan gelak]

Akhir sekali, terima kasih kepada sahabat sahabat yang memberi kan sokongan, yang rajin jugak bertandang ke blog ini, yang rajin share page blog ini di facebook dan.. errr.. terima kasih lah untuk semua.

I love you all ! xoxo

Ulasan

kiutaries berkata…
Huu, sweetla bila dtg part ngn tunang dye. ;) anyway good job to the terfaktab team! ^^
Eyka berkata…
one word : tahniah :)
aamalinaazman berkata…
heeee
teringin nyela nak bace buku tu
aduhai
mane nk dpt eh?

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.