Susah Sangat Ke?

Gua sbnanye ada satu penyakit. Penyakit ni gua namakan sebagai penyakit-update-sekali-harung. Bukan ape. Bila gua update kat blog asal gua, gua akan cenderung untuk update kat sini jugak. Dan bila gua tak rase (tak rase okay bukan malas) nak update, dua-dua gua abaikan. Orang panggil adil dan empat segi (baca: fair and square). Sungguh gua ni adil jugak orangnya. Hihi.

Hurm. Gua sbnanye just nak mintak pendapat. Kenapa kan kalau orang cakap tipu, kita cenderung untuk percaya tapi bila dia cakap jujur, kita cenderung untuk reragu (bukan gegaru eh)? Gua perhatikan benda ni memang berlaku la. Bukan gua sorang je yang penah alami, tapi gua yakin ramai jugak yang penah alami kan? Tolonglah cakap ya. Paling koman pon, tolonglah angguk. Kalau dah malas sangat, bolehlah balas 'k' (like my father always do when replying my text). Huuu.

Contoh 1:

Makwe : Awak, awak sayang saya tak?
Pakwe : Sayang...
Makwe : Tipu! Saya tak percaya.
Pakwe : Okay, tak sayang.
Makwe : Sampai hati...

Padan muka gua, err maksud gua makwe tu! Kikiki. See? How complicated lah makhluk sorang ni. Serius. Gua bukan nak bias. Hehe, macam biasalah kan. Tapi, gua rase perempuan memang kompliketed lah weh. Memang termasuk diri gua sendiri pon! Kahkah. Sila gelak beramai-ramai. Okay, benti gelak! Tengok? Complicated tak tu? Kejap suro gelak, kejap suro benti. Sakai lah! Heh. Susah sangat ke nak percaya je? Or at least, takyah nak pertikaikan sangatlah.


Contoh 2:

Makwe : Awak memang dah tak sayang saya.
Pakwe : Laaa... Bila masa saya cakap saya dah tak sayang awak?
Makwe : Takpelah. Awak pegi la carik pompuan yang lagi baik daripada saya.
Pakwe : Apa awak merepek ni?
Makwe : Jangan contact saya dah.
Pakwe : Okay, as you wish.

Makwe mesti nanges bertempayan-tempayan sampai mata bengkak kan lepas kejadian macam tu? Gua bukan taknak bekap makwe-makwi. Tapi, kalau gua pon sama je dua-kali-lima-sepuluh-bahagi-lima-dua, gua rasa baik gua takyah bekap kan. Cuma gua nak cakap la yang gua memang paham bebenau lah kalau keadaan macam tu berlaku. But, we always turn out to can't help it, don't we? Susah sangat kan untuk tak cakap apa yang kita tak inginkan? Mesti akan TERRRRRcakap punyalah!


Contoh 3:

Pakwe : Awak, janganlah merajuk.
Makwe : Eh, mane ada saya merajuk. Saya okay jela.
Pakwe : Betul ni?
Makwe : Pernah ke saya tipu awak?
Pakwe : Tak pernah. Ohh, okay lah kalau macam tu.
Makwe : Huh? Ohh... Okayyyyy... *dalam hati; 'kenapa tak pujuk?'

Kenapa ek? Ni memang masalah gua, maksud gua makwe tu ke hape? Kenape tak berterus terang je dengan perasaan sendiri? Or at least, don't say a word. Biar pakwe tu faham yang awak tu sedang merajuk (walaupon most lelaki susah nak faham). Gua pon naik bingung lah dengan mende ni. Bila agaknya lelaki akan faham yang perempuan ni suka sangat cakap benda yang bertentangan dengan kehendak? Dan bila pula agaknya perempuan akan cakap selari dengan apa yang diinginkan? Susah sangat ke nak berterus-terang je?

Contoh 4:

Makwe : Awak, jom kita tengok citer Merong Mahawangsa. Dengar citer, body mamat tu tough.
Pakwe : #Ehyeke? (fyi, mamat ni #tahitwitter)
Makwe : Entahlah. Dengar-dengarlah orang cakap macam tu.
Pakwe : Kita tengok citer Mars Needs Moms lah ek? Saya nak ce tengok 3D.
Makwe : Ohh, okay. Ikut awaklah.

Susah kan nak cakap apa yang sebetulnya ada kat dalam hati tu? Main ikut, ikut pulak. Lepas tu, sengsorang memendam rasa. Bila masa baik, okay la. Cuba masa gaduh, habis sampai ke point tu pon nak diungkitnya. Masa tu yang perempuan akan cakap, "Semua nak ikut awak kan?" dan lelaki akan balas, "Bukan ke awak jugak yang cakap 'ikut awaklah'?" (ce bayang laki tu ajuk dalam suara yang dikecilkan). Annoying orange kan sume-sume ni? Ciskek.

Yela. Gua cuba nak faham yang kita sbnanye cuba untuk bertoleransi dan konon-konon orang kata ada give and take la kan. Tapi, sampai bila kita tak cakap apa yang kita nak sbnanye? Sebab seperti yang kita semua ketahui, kalau lelaki cakap 'okay', biasanya itu memang betul-betul bermaksud okay. Tapi, kalau perempuan cakap 'okay', belum tentu dia maksudkannya. 

Dan disebabkan Allah tu Maha Bijaksana, Dia ciptakan dua jenis makhluk yang biasanya akan mengalami kesukaran untuk memahami satu sama lain tapi dibekalkan dengan sejenis perasaan yang dipanggil love. Gua bubuh love sebab literally orang akan mudah faham, instead of word yang sesuai dalam BM. Yeah, you may put all the terms you want. Be it kasih, sayang, cinta, suka, atau apa saja.

Kita bergaduh, boleh kata hampir setiap hari and sometimes over the smallest thing in the world, but at the end we seek for each other's arm to feel safe and warm. Itu normal bukan? Orang kata, gaduh ni perencah perhubungan. Tapi, sejauh mana untuk kita kawal pergaduhan tersebut supaya tak menjejaskan perhubungan, that counts the most.

Untuk pakwe-pakwi di luar sana, kami makwe-makwi tak nafikan yang kami mungkin makhluk yang paling sukar untuk difahami, maka rasa sayang sudah cukup untuk buat kami berpura-pura merasakan yang kami difahami. Bagi gua, pasangan yang betul-betul serasi bersama adalah pasangan yang pernah bergaduh namun di akhirnya akan tertawa dengan kebodohan (masa bergaduh) sendiri. Macam dalam cerita p/s: I love you tu. And that makes the couple a complementary.

Ulasan

BuBbLy.. berkata…
perempuan memng cmtu..haha~
(mengaku)
Apple Xander berkata…
wuahahaha!! lawak sungguh entry niey. but still sgt bernas n setuju sgt2..apehal ntah pmpuan ske sgt pndam ape yg dye nk/rse..mostly sbb nk jge ati pkwe but at the end dok ngungkit..pape ntah! oops.. =p
Gimi berkata…
Gaduh2 tu sebagai pemanis...
Gimi berkata…
Gaduh2 tu sebagai pemanis...
Cob Nobbler berkata…
"To love is to learn" - cN.

Nak mencintai wanita - belajar tentang perempuan.Bukan nak bersenggama je.

Ni masalah lelaki.Nak perempuan faham dorang je - "I nak tengok bola la,I nak lepak ngan kawan la" tapi perempuan punya side ko enggan faham.

Memanglah ko dengar agak gedik and kadang-kadang annoying macam Fadilah Awek Chuck Taylor - but somehow you have to learn.

Kalau kau mencintai ilmu membuat labu sayong - kau gagal berpuluh ribu kali pun kau akan terus belajar.Sama la macam kau nak mencintai wanita.

Two cent gua la.LOL!
Cob Nobbler berkata…
Tapi I bet belum pernah lagi jumpa pakwe-makwe Meleis yang bergaduh pasal ilmu falsafah kat tengah-tengah Mid Valley - bertekak macam nak rak.

Sampai sekarang gua gelak.Haha!

(did Hafiz miss Mira now?LOL!)
bukan penggoda berkata…
bubbly: nak buat macam mane kan? hahaha.

pwincess apple: part mane yg lawak tu? ce cte ce cte.

gimi: masam masam manis?

nami: hai hafiz! to love is to learn and earn yahh? hahaha.

gaduh pasal falsafah pon mcm nmpk comel je. last-last sume falsafah jd falsampah. hahaha.
profwacko berkata…
mak aii... memang macam nie ke??
susah2...
Apple Xander berkata…
@bukan penggoda all the entry..lawak coz btol sesaje..no doubt! lolz! even u as a girl pown admit that thing kan? :D
maksurozana berkata…
setuju.kecuali contoh no 3. sebab i very straight foward. no double meaning.

hai nami nami!
Cob Nobbler berkata…
serious memang sampah..gaduh2 macam lawak je hahahah!
selalunya kat mulut cakap lain, kat hati lain.. tak ada perempuan yang tak nak dipujuk..

nice entry.. saya suka..
.drakula. berkata…
perempuan LECEH!
aswadz berkata…
aku ngan awek aku mcm tu lah. fikir2 balik, cam klakar lak...
Biey berkata…
kan better terus terang..habis cerita.. takyah nak memendam rasa bagai..
kawan berkata…
masa raya tahun lepas aku gaduh dgn awek..mngkin sbb aku bab2 nak pujuk ni tak berapa nak xpert sangat..dlm 5bulan ni dah jrg contact..nasib2..
Ms Yunis berkata…
contoh 1 : sebab apa perempuan cakap lelaki itu menipu? sebabnya perempuan itu berharap yang lelaki itu bg response lebih dari itu. contoh " ye sy sayangkan awak sgt2 sepenuh hati saya, tolonglah percaya,sayang " Tapi kebanyakan lelaki akn ckp okay. kita sebagai perempuan rasa geram kenapalah lelaki ni xde perasaan ke, sedih pun adaa! :'(


Setuju sangat dgn statement perempuan selalu ckp perkara yang bertentangan.sebenarnya bukan sebab apa, perempuan nak lelaki tu bg response yang lebih supaya hati prempuan tu lebih happy. Seperti saya, saya pun suka bagi statement yang bertentangan! HAHAHA! :P
RastaMat berkata…
guwa paham jek sebenarnye..
kadang2 tu saje jek buat2 tak paham..
nak tengok respon camne..
kalau merajok, barulah ade pujok2..
pastu ade plak geli2 kan..
hahahhaa...
-kalau lelaki cakap 'okay', biasanya itu memang betul-betul bermaksud okay. Tapi, kalau perempuan cakap 'okay', belum tentu dia maksudkannya.-
suke ayat tuh :D
Lalala berkata…
hahha teapt juga.. tapi kalau aku cakap benda betul pun dia akan fikir lain sebab kan statement perempuan cakap lain maksud lain
Tanpa Nama berkata…
pempuan ni kalau nak phm die better xyah la.. nnt lagi x phm ade la..

(ayat sorang laki yg aku kenal) wahahaa.. statement die. Dush! kena sebijik.
Tanpa Nama berkata…
true. exactly!!! =D
btw nice entry =)
Kadang2 lelaki perangai camni.
XD
Amni berkata…
Dear @Cha Gloxinia,
ko cakap isi hati aku. Aku memang macam tu. Nasib baik tunang aku dah biasa. Kalau tak, mau dia marah selalu. BIla fikir baik, memang kelakar. Selalu gaduh bnda kecik. Lepas tu gelak2 bila fikir balik.

The conclusion is, popuan memang nak perhatian. Ko tak paham tak pe, tapi ko bagi perhatian. Sebab tu tanda ko sayang. Pada aku la....
Jangan Cari Aku berkata…
tidak ak nafikan....golongan gadis mmg complicated...walaopon ak gadis...wakakaka..

post anda best.
TheBentPencil berkata…
btul zuely. memang betul pun perempuan komplikated. lagi2 time datang bulan. lelaki kena sabar wei. tip untuk lelaki. bila tanya angguk. bila dia merajuk pujuk. bila dia tanya "does this make me look fat," always answer NEVER!

@Cob Nobbler:
I was remembered of the 1st scene in social network when you say that. gaduh2 ala falsafah lepas tu break up tak memasal. kahkah
ika berkata…
"Bukan ke awak jugak yang cakap 'ikut awaklah'?" (ce bayang laki tu ajuk dalam suara yang dikecilkan).
sial. haha
bukan penggoda berkata…
@TheBentPencil

weh, cudnt agree more. itulah yg aku ce nak smpaikan sbnanye. pompuan ni besenye nak dgr jwpn yg memuaskan hati dia je. hahaha. #soperempuan kan.

ika: part mane yg sial? hahaha.
eyzah berkata…
betul. aku setuju satus pratus :)
Tanpa Nama berkata…
tak sangke aku ni sgt complicated.. bhahaha.. lepas baca baru perasan terkena batang hidung sendiri.. :p
XIX Dragunov berkata…
sometimes complicated is cute, sometimes it dont
Tanpa Nama berkata…
hahahahahaha~ lumrah alam~ :P
giler ah..ak like gile entry nih!!
hehehehe


mmg kite makhluk paling komplikated!!!

kaum adam..tolongla paham!
Dila Lala berkata…
perempuan sukar untuk diramal. begitu jugak dengan lelaki.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.