Merci Beaucoup,Muchos Gracias,Thank You.




Terima kasih. Dua patah perkataan yang menjadikan dunia ini terasa tenang dan aman. Menjadikan diri ini dihargai. Menjadikan kita ini saling hormat-menghormati.

Aku rasa kalau aku nak senaraikan kepada mereka yang aku perlu berterima kasih - tak cukup satu blog - mungkin panjang berjela. Tetapi yang pertama aku ingin ucapkan terima kasih - kepada ibu aku yang melahirkan aku pada jam 2:36 pagi, 21 April 1984 di Kluang, Johor - kira-kira 4 hari sebelum perlawanan separuh akhir Liverpool vs Steaua Bucharest sebelum menjuarai piala Eropah tahun 1984. Selama 9 bulan 20 hari (aku terlewat 10 hari dari sasaran), ibu aku membawa aku kehulu dan kehilir dengan penuh kasih sayang dan berkat. Lahir-lahir je anak - 27 tahun kemudian bawak surah sesat dan rebel - memang anak tak guna aku ni.

Kepada ayah, dan adik-adik. Terima kasih sebab masih menerima aku sebagai ahli keluarga (walaupun ayah aku tak pernah menegur aku hampir 6 tahun rasanya), dan ibu aku hampir 2 tahun tak tegur aku, tapi dalam hidup yang terfaktab ni, aku diamkan sahaja apa yang aku rasa. Cuma bila entah lagi kita dapat berbual-bual macam dulu. Entah.

Kepada Erica Micheal kekasih hati, saya berterima kasih dengan awak sebab awak dah banyak bersabar dengan "boyfriend paling mengada-ngada dalam sejarah peradaban dunia dari djaman Hammurabi", dan sanggup melayan karenah 10 karekter saya yang lain. Kepada kawan-kawan, first sekali - Johan, kawan yang kadang-kadang banyak bercanggah pendapat tapi boleh jadi member best berborak - seumpama Sherlock Holmes dan Dr Watson, seperti Karl Marx dan Friedrich Engels - atau seperti Batman dan Robin. Kepada kawan-kawan Terfaktab, terima kasih sebab menerima saya masuk dalam Terfaktab ni. Kepada Lejen Press, Deus dan Linglung - terima kasih kerana sanggup terbitkan Awek Chuck Taylor.

Kepada kawan-kawan yang sanggup membantu dalam kesusahan - tak kira apapun kesusahan, Jiha Sudin, Lara Nur, Shazrin Azuan, Nadia Jalal, Shaiful Abdul Rahman, Shahril Iman Sulaiman, Nadzrien, Haizal Yatiran, Luqman al-Fareed, Nazmi Burhanuddin, Aizat Azmi, Hafiz Muhammad, Ravichandran, Jeevaprabathan dan ramai lagi kawan-kawan - terima kasih banyak-banyak. Kalau aku miliki dunia pun aku takkan mampu bayar balik jasa kalian. Ini bukan soal harta atau penat lelah, ini soal niat dan keikhlasan.

Kepada ex-ex girlfriends semua, saya pohon maaf dan berterima kasih atas apa yang anda telah lakukan pada saya. Intan, terima kasih kerana masakkan kuey teow ladna yang pedas tu. Shahida, terima kasih sebab "concern" sangat pasal saya. Ezreen, terima kasih kerana jadi teman debat, jadi penasihat, jadi pensupply buku best, dan jadi kawan baik saya. Diela, terima kasih sebab masih mahu jadi kawan saya. Tasha, terima kasih sebab mengajar saya erti kehidupan - baru saya tahu yang cinta itu perlu ditop-up selalu untuk kasih sayang. Sama ada in ringgit atau in euros - siapa tahu. Kepada Sue, takziah ke atas pemergian ayah awak, dan terima kasih kerana banyak meluangkan masa dan tenaga bersama saya. Terima kasih juga kerana banyak membantu saya dalam kehidupan ini. Kepada Nysa - terima kasih sebab bawak saya masuk kelas ugama kelas Hadis.

Kepada komrad-komrad dan rakan-rakan di London, Kayley Shipway, Suzanne Beishon, Clare Doyle, Andy, Anthony Main, Senan, Sarah Sachs, Hugh Caffrey, Danny Bryne, Alex Gordon, dan Ben Robinson - thanks a lot when I was there. You guys help me a lot.

Kepada semua pembeli buku Kitab Terfaktab dan Awek Chuck Taylor, terima kasih banyak-banyak.

Kepada Bill Shankly, Bob Paisley, Joe Fagan, Kenny Dalglish dan Rafael Benitez - terima kasih kerana buat pasukan bolasepak favorite saya pasukan yang hebat.

Kepada Thom Yorke, Billy Corgan, Kurt Cobain, Greg Graffin, Billie Joe Armstrong, Roger Waters, Noel Gallagher, Ian Curtis, Eddie Vedder, Richard Clayderman, Tchaikovsky, Mozart, John Cage, Michelle Branch dan Emmet - terima kasih kerana memberi muzik yang enak kepada halwaan telinga saya.

Terima kasih juga kepada JD Salinger, F Scott Fitzgerald, Harper Lee, Truman Capote, Tongkat Warrant, Hishamuddin Rais dan Pak Sako kerana menulis tulisan indah untuk saya baca.

Dan akhir sekali, dan yang tak pernah dan takkan saya lupa,

Terima kasih kepada awak. Terima kasih sebab buat 50 hari saya bersama dengan awak sebagai hari paling menggembirakan saya. Setiap pagi, selama 50 hari - saya bangun dan saya hanya memikirkan tentang awak. 50 hari itu adalah hari paling bermakna bagi saya.

Setiap pagi (atau tengah hari bila bangun lambat) - selama 50 hari, saya menampar pipi saya kerana tak sangka saya kini bersama awak. Setiap hari saya terbayangkan wajah awak. Walaupun jarak antara kita sejauh 13,112 kilometer dari segi zahirnya, tapi awak tetap dalam hati saya. Setiap hari - yang saya inginkan adalah melihat wajah awak di webcam dan merenung awak di screen computer. Itu sudah cukup mengubat hati rindu saya kepada awak.

Empat tahun saya tak boleh terima hakikat yang awak telah pergi. Dalam masa empat tahun itu, saya sentiasa mengharapkan awak tidak meninggal seperti yang telah dikhabarkan. Selama empat tahun saya menolak hakikat yang awak sudah tiada. Setiap hari, nama awak meniti di bibir saya. Saya tahu saya dah lukakan hati orang lain terutamanya Sue dan Nysa - kerana saya banyak bercerita tentang awak. Sebab empat tahun, saya rasa kehilangan awak.

Terima kasih, muchuk kerana 50 hari itu. Saya harap awak bahagia di sana. Saya harap nanti saya dapat bertemu dengan awak. Itupun kalau saya layak. Siapalah saya di sisi Tuhan anyway.

Terima kasih Sherina Ellyana Sulaiman. Terima kasih.

Ulasan

Nasuha Suhada berkata…
Al-Fatihah untuk arwah..
aamalinaazman berkata…
semoga dia mndgr katahati kamu!
Eyka berkata…
ALFATIHAH untuk Sherina Ellyana Sulaiman :)

hope dy baik2 dkat sana..amin :)

sedihkan kehilangan seseorang lagi2 seseorang itu yang kita sayang dan dekat dengan hati kita..eyka pernah rasa sama macam awak:)

its faith..and people must move on to live happily..smile :)

<< kehilangan lelaki yang eyka sayang dalam hidup and its sad

kbai.
cikpia berkata…
mula2 aku nak gelak sebab ramai gile ex gf ko!!

then aku sedih sebab baca pasai sherina ellyana sulaiman......

apapun, love this entry as a whole!!!!
alfsfr.ali berkata…
Semoga sampai dekat si dia.

:)
si robot comel berkata…
Al-fatihah untuk Sherina Ellyana Sulaiman.
sedihhh ngat....T_T

*sedang move on*

*Al-Fatihah untuk arwah*
3no gr33ny berkata…
sayu sgt...

moga arwah ditempat dalam kalangan para solehin dan solehah
3no gr33ny berkata…
sayu sgt...

moga arwah ditempat dalam kalangan para solehin dan solehah
AkuOsi berkata…
tak terkata... al fatihah~
Tanpa Nama berkata…
al fatihah...

btw, tak sgka cob nobbler asal kluang.. ;D sy pon.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.