Long Distance Relationship is BULLSHIT!


*patah-patahkan jari bagi bunyi-bunyi sikit*
*bersiap sedia untuk di maki*

p/s: Tulisan ini adalah 100% pandangan peribadi gua. Mohon pasrah.


Ya, tengok tajuk pun lu orang dah boleh tahu apa isu yang gua nak ketengahkan. Gua tahu ramai yang tak akan puas hati. Ramai juga student-student berlainan universiti melemparkan kata-kata kesat ke gua di dalam hati. Sebab kebanyakan lu orang ni jenis berbudi pekerti katanya. Sudah bertudung litup takkan nak hisap rokok pulak eh eh takkan nak memaki hamun di khalayak ramai pulak kan?

Kenapa gua katakan LONG DISTANCE RELATIONSHIP ITU BULLSHIT?! Kenapa? Gua rasa banyak dah tahu kenapa, tapi pura-pura tak nak amik tahu katanya. Konon-konon ianya berjaya. Ya, adalah kot yang berjaya tapi ntah aku tak pernah nampak lagi kengkawan yang dah kahwin sebab LDR ni ha. Yang punah ranah itu berlambak.

Pada gua, satu relationship yang sihat itu haruslah mendaki puncak bersama-sama. Maksud gua ialah susah senang. Contohnya, lu kat Malaysia, pakwe lu kat Uganda. Jadi, apa-apa yang jadi ke lu, pakwe lu tak berada di sebelah lu. Katalah kereta lu rosak kat tengah jalan waktu malam, secara tipikalnya seorang awek akan call pakwe untuk datang jadi hero. Tapi takkan lah nak tunggu pakwe lu sampai dari  Uganda ye dak? Kemungkinan bila dia sampai, lu dah sempat beli kereta baru atau pun dah ada 18 pakwe stop nak tolong lu.

Jadi dari situlah bermula 'kawan baik sesuper'. Yang selebihnya, akan menempuhi segala kesusahan dan onak duri bersama lu. Rata-rata ialah berlainan jantina. Ye la, semestinya kawan baik lelaki lu akan tolong lu dalam segala hal. Takkan nak panggil gfsss kot tetengah malam pergi betulkan kereta lu ye dak? Dari situ akan jadi bestfriend sesuper yang akan teman lu tengok movie, makan, angkat buku, mengadu domba dan sebagainya.

Tak tak tak. Jangan buat andaian yang lu akan bercinta dengan bestfriend sendiri. Bukan tu maksud gua. Sebab pada gua sendiri, bestfriend tak boleh bercinta. Sebab benda itu akan men'destroy'kan friendship lu orang. Kalau ikut pengalaman gua yang ada 3,4 bestfriend lelaki, and bila one of them meluahkan perasaan ke gua, gua rasa awkward dan tak boleh terima. Sayangnya friendship nak di tukar ke ralationship yang takde jaminan, esok lusa bergaduh serupa puaka terus tak bertegur sapa. Hilang seorang kawan.

Okay berbalik kepada topik gua tadi, LDR tu BULLSHIT sebab lu susah senang dengan orang lain tapi jumpa balik pakwe lu lepas 6 tahun, lu rasa dia deserve CINTA lu? Macam lu dah ada pakwe tapi lu dapat tahu yang lu dah bertunang dari kecik. End up lu kahwin dengan orang lain. Lu rasa lu dah kenal pakwe lu tu betul-betul dengan hanya video call dekat SKYPE? Nak cakap kesetiaan orang yang jauh tu tak payah la nak cakap apa tapi tanya balik ke diri lu. Lu cukup setia? Tak lupa juga yang berpoya-poya di perantauan tapi takpe balik balik nanti dah ada makwe yang setia menanti. Itu memang BULLSHIT! 

Siapa ada dengan lu masa lu demam panas tak boleh nak pergi klinik? Siapa ada dengan lu masa lu tertonggeng menangis sebab result failed? Siapa yang tenangkan hati lu masa family lu ada problem? Siapa yang genggam tangan lu dan bisikkan yang semuanya akan jadi okay?

Lu nak cakap, dengan hanya  dengan dengar suara pakwe/makwe lu kat phone boleh buat lu cukup puas hati? Lu tipu gua ke lu tipu diri sendiri? Lu cakap kat gua yang lu memang percaya dia 100% tanpa rasa ragu-ragu. Okay itu memang lu tipu. Lu sanggup tolak cinta mamat-mamat yang depan mata lu yang teman lu makan, share ice-cream dengan lu, teman lu tengok bola, pick up lu masa kereta lu rosak, sebab lu tunggu pakwe Uganda lu balik? Heh! *senyum sinis*

PADA PANDANGAN GUA, LDR itu sesuatu yang BULLSHIT! Kalau lu berjaya setakat ni, gua ucapkan tahniah. Bagi baru nak berjinak-jinak, pikir secara mendalam, yang ragu-ragu dengan pakwe/makwe kat sana, gua ucapkan 'Good Luck'!

Okay, renung-renungkan lah dan selamat beramal!!

Ulasan

:) berkata…
WOHA!!

kalau dah jodoh, makan esklem x share same2 pon boleh kawen.. :))
Unknown berkata…
"lu ckp ape ni ER?? haa??"


kekeke..
Ms Yunis berkata…
Diri aku sendiri ada involve dengan LDR. Kalau nak jumpa memang payah sebab masing2 sibuk belajar hanya skype jadi peneman. Tapi bila dah jumpa sekali macam tak jumpa sepuluhribu tahun!


Tapi betul apa yang kau cakap. Pakwe yg jauh tak boleh tolong kita waktu susah. even kita menangis malam2 frust menonggeng sebab something, dia cuma boleh teman melalui telefon je. Tapi kita tak boleh salahkan dia, mungkin hati dia nak berada di sisi kita tapi keadaan yang tak mengizinkan. So dia hanya mampu teman kita dengan call kita chill kan kita je. Bukan salah dia kan? So I don't think LDR is a bullshit.

Benda ni kita kena take it positively laa. contoh masa kau ada suami, suami kau selalu je pergi outstation ats urusan kerja nak bagi kau makan, kau nak kata bullshit jugak? think it deeply..
Eyka berkata…
gua sentap wey sb gua mcm ni..

kdng3 gua macm bercinta dgn byk org..ye laaa pkwe jauh..scandl je byk tolng gua..
tapi jgn risau..klu ada jodoh tetp ada gak..even jauh batu2 pon LDR ye dak? keh keh keh :P

kdg2 gua ranger alone gak dan kdng2 ckp mcm dgn dinding je bila muka tak selalu nmpk..gua ni bodoh kan?

tapi life utk enjoy..pndai jaga dri dan tak sushkn org lain dahh..relax2 dah..:)

kalau kita tak curg..insyallah pakwe kita pon tak curng..cume kena tahan rindu je laa..tapi atleast ada gak rindu dari asyik tgok muke yg same 24 jam sehari kan wey?..tak rasa bosan ke? bhahaha:P

kbai:P
Eyka berkata…
gua sokong cha tentg statement ni :

"Benda ni kita kena take it positively laa. contoh masa kau ada suami, suami kau selalu je pergi outstation ats urusan kerja nak bagi kau makan, kau nak kata bullshit jugak? think it deeply.."

keh keh keh :P byee :)
LinieyM berkata…
dah 5 thun gua hdp dgn LDR, Mmg stimes agak bullshit tp bnda ni bagi gua atas kesedaran dan ksgguhan masing masing. blh je if nak suruh bestfren yg pmpuan pickup kan,nak susahkan bestfren pmpuan sbb dah nama bestfren so there's no reasn n takan ad istilah menyusahkan.sume atas diri sndry nak mintak tlong sesape, :) hidup kita, kita yg buat pilihan.
fera berkata…
ak pernah gagal dalam LDR before ni.

tapi aku still tak serik pun lagi.. sekarang pun berada dalam LDR dan alhamdulillah everything's going well..

rasa insecure towards pasangan tu biasalah. n kena la pndi2 cntrol.
n kdg2 sampai satu tahap aku menjadi loser sebab tak tahu nak create something yang happening bahkan aku bertambah pening. tambahan long distance relationship ni memang membunuh yang mana kau tak boleh nak dating tiap-tiap weekend. kesian kat psgn. takut2 dia crik lain je kan.

apa2 pun mind set kena "kalo apa2 jadi, itulah takdir".
yang penting, sama2 berikan terbaik utk sesuatu hubungan tak kisah la LDR ke bukan LDR. bnda sama jep, jodoh.
shahirahkhairudin berkata…
aku sependapat dengan kau. memang terbukti tak tersangkal lagi oi ! LDR? pui !
Syariniey Amran berkata…
bullshit lah kot bg pakwe/makwe y tak taw nak jaga hubungan

saya dah 4 thn ldr.setakat ni alhamdulillah okey2 je.

pape pon, jodoh kat tgn tuhan :)
Tanpa Nama berkata…
Benar apa kau cakap. LDR is bullshit. keh keh keh.
sweetie berkata…
long distance relationship mmg ada pro & cons. same goes to short distance relationship.
of course, trust tu yg paling penting. kepercayaan n kesetiaan. kalau x nak pasangan curang, kita jgn curang. depends pd diri masing2 untuk pertahankan hubungan.

btw, dah nak 4 tahun LDR. harap jodoh berkekalan :)
Syara Mohammad berkata…
ER...

LDR memang dengarnya payah...

tapi, pakwe dekat dpn mata, bila putus rasa mcm puaka. kalau jauh, tak terlalu membunuh.

pakwe mmg dekat, gila dekat. call jer, 20 minit sure sampai! dululah kan... skrg dah putus, rasa gila bengong nak menapak pergi kelas.

fake gila senyum sbb tak nak org tahu rasa sakit kita.

LDR ke, SDR ke... sama jer weyh. takde beza mane pun.

kang ckp lebih, sekali dpt laki selalu outstation, GIGIT JARI!
azreen berkata…
memang bulllshit p0n! lu tayah ckp la kal0 lu ta curang insyaallah kekasih lu tu p0n x curang..bullshit sume 2..rmbut same itam bhai,tp hati lain2..manusia pndai berkata2..lu kne ingt 2..ckp at lu syg bagai..tp kat sana dh ada yg sayang m'yayang..

*fikir2 kn laa ^_^
e4ezzati berkata…
sekelepuk! kena 40% kat dahi sendiri. even bkan lah LDR sebab still dalam malaysia,negeri je berlainan..hihihii.
LDR mmg susah dan myakitkan hati . sobsob
ennbee arr berkata…
aku okey je dgn relationship camni. dah 2 tahun setengah.
satu je pesan aku: jangan buat kalau tahu diri tak mampu. pak piee cakap "kalau nak buat baju, sukat badan". salam damai.
Tanpa Nama berkata…
sayang anak tangan2kan, sayang bini, tingal2kan..
Unknown berkata…
cayalah!!!! cetujuuuuuuu
Syaby berkata…
aku punya yg ragu-ragu tinggal nak berkecai.
Cob Nobbler berkata…
habis,kalau dah selama ni couple dengan awek gua,tiba2 gua kena transfer kerja kat uganda, kena clash?

disagree.dulu aku boleh je.
miss lily berkata…
nak kata setuju st tuh xjgk, nak kata xsetuju pun x, been through LDR selama errr 5 years kot, tp bila dah dekat, xsmpi 4 bulan terus putus...well, org kata jodoh tuh bukan urusan kita kan, redha jer lah dgn ujian nih...
Tanpa Nama berkata…
tak payah cakap LDR, yg dekat pun dah Bullshit! smggu tak jmpa mata dah melekat kt jan/tina laen..conclusion, klau rase org tu macam tak bole pakai, better tak payah mimpi dgn LDR.boleh jalan. :)
nots berkata…
Hadehh , aku baca entry dengan penuh keemoan .
HAHA , btw aku baru saja meloloskan diri dari LDR ni , tahan 3tahun jee .
Semuanya depends kat kesetiaan pasangan masing2 .
*Kalau ada jodoh tak kemana , ke pelaminn jee bang . HewHew . ;P
EruzuLiyana berkata…
pernah alami benda ni n skang tengah alaminya, banyak masalah,mungkin sebab jarang jumpa,hanya mampu berdoa semoga hubungan kami kekal sampai jinjang pelamin. (:
al_hakim berkata…
cinta tak semestinya berjumpa,cinta tak semestinya kata I LOve U..kalau dah jodoh tak kemana..yang dekat-dekat pun berkecai tak kan la yg jauh tak boleh..so,tak kisah jauh atau dekat
Mcjust berkata…
depends la.

ada orang jenis boleh tahan tunggu bbrapa bulan baru jumpa.

ada orang jenis nak kena berkepit 24/7.

LDR or SDR can be successful kalau dua2 ada usaha.
Tanpa Nama berkata…
salam. tulisan ko ni aku boleh klasifikasikan sesuatu yang BODOH & BANGANG. kita perlulah dapat bezakan antara CINTA & HIPOKRIT (which is sekadar mengisi kesunyian). kalau kita deeply in love with someone jarak tidak menjejaskan apa2 pun. aku xpernah LDR tp aku ada ramai kawan LDR.. malaysia- roker, malaysia- mesir, malaysia- indonesi, malaysia-jepun. semua dah selamat kahwin pon. agaknya2 kwn2 ko yg LDR then putus tuh semua hipokrit.. ntah2 ko pon hipokrit jugak ER. sorry to say UR STATEMENT IS THE BULLSHIT ONE. memang agak kasar bahasa aku tp ko telah melukakan hati ramai peminat terfaktab n ko membuatkan aku mula rasa meluat dengan terfaktab. sebelum menulis rajin2 la study dlm2 dlu ye..
Tanpa Nama berkata…
LDR mengelakkn maksiat. xde mslh la nk becinte klau dh masing2 jauh. nanti kwen pn blum tntu berkepit 24jam.
sblm suh org fikir,diri sndri fikir dulu ye. chill!
Tanpa Nama berkata…
bukan penggoda pena publish about this thing dan I think yg dia punya lebih rasional.
Tanpa Nama berkata…
ni mesti pendapat yang berlandaskan emosi kan. lain betei ngan pendapat Mr K. hahaha gugurls bese la kan hahaha
Syafiq Azmi berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata…
ouhhh shit ! LDR ? gua tak suka punnn .
entry lu best bhai . suka gua bace . ermm , alhamdulilah . jodoh gua dgn bf gua masih lg panjang . kebetulan dpt tmpat study sama , walaupun gua awl 1 sem . hahaa :D

gua mmg taknak la LDR nie ..
mirul berkata…
pendapat gua la :

hubungan jarak jauh tak bersalah sebab ia bukan mende bernyawa untuk dipersalahkan.
kalau lu salahkan jugak,memang lu bangang tahap jembalang.

takdir juga bukanlah sesuatu yang patut lu persalahkan sebab Tuhan telah menentukan apa yang terbaik untuk lu.
jadi kalau lu persalah kan takdir Tuhan atas kegagalan hubungan lu,
lu boleh join iblis dalam neraka.

jadi siapa yang salah??
lu salahkan diri sendiri kalau lu jenis tak setia.
lu salahkan pasangan lu kalau dia jenis tak setia.
lu salahkan kelemahan lu sebagai manusia.
kah kah kah.
Hakim. berkata…
kot ye pun kalau kau rasa dia salah,tak payah la nak maki BODOH BANGANG.

macam la cemerlang,cerdik pandai sangat.Identiti sendiri pun takde.


Apa2 pun,kalau sesuatu jantina tu dah gatal,depan mata pun boleh senggama dengan gadis lain.Tak payah sampai beratus ribu kilometer.

Sekian.
faiz zaini berkata…
eleena reenney , xbaik doe ko ckp mcm tuh
hahahahaha

ak LDR Gak sekrg ni , tp alhamdulilah ok sektkt ni ..
ak rase die kene bgtung pada org tu sendiri kot ?
RastaMat berkata…
hah kan dah kena maki dengan peminat..
pasni kepala terfaktab mesti salahkan kau sebab peminat dah lari..
hahahhaha..

aku pernah kene main ngan ldr ni..
rasa dia macam kene lempang ngan ekor babi..

kalau aku, memang sokong bebenau dengan statement kau sebab aku dah kene..
sesuper best fucking friend tu memang macam sial punya perangai..
biasalah jantan kan..
memang suka amek kesempatan ngan betina yang lemah..

setia??
aku nak cakap, pergi mati sama itu setia dan aku nasihatkan bagi yang baru nak bercinta jenis jauh ni, pikir masak2..
pikir cara macam mana kau nak maintain..
sama macam elena reeney cakap, semoga berjaya..
sarah. berkata…
sokong cha. :) janganla macam ni. mak bapak aku pun sampai skrg cinta jarak jauh. seminggu sekali bapak aku balik jenguk famili. sobs.
LDR is not a bullshit.
Unknown berkata…
LDR works! kalau betul2 sayang and dah pasang niat betul2 la.
parents aku sebelum kawin separated by continents 5 tahun. sekali je abah aku balik dalam masa 5 tahun tu. mind you time tu mana ada internet, facebook, skype bagai ni. harap surat yang lama gila nak sampai.

long story short, they're happily married for 21 years.
elisamirah berkata…
sokong eddyminako! LDR works. well, at least for my parents. :)
Tanpa Nama berkata…
my sis bercinta dalam 15 thn. berjauhan dua2... skrg dah ada 2 anak. :)
Tanpa Nama berkata…
it was so rude..
unfollow this blog.
azuwa berkata…
penulis ada mengatakan ini pendapat peribadi dia saja. so agak pahamla bila dia tulis mmg 200% emosi saje dlm tulisan ni, hehee..

bagi aku LDR ni depends on the individual. Setia tu bullshit? I don't think so.

Kalau hati kau tu lemah, mmgla kau takbleh nak setia. kalau hati kau tu tetap dan percaya, insya Allah kekal.

Jodoh di tangan tuhan. kalo kau kapel dgn jiran sebelah flat kau pun belum tentu kau kawin dengan dia, kan? :)

positive always. be matured. jgn jadi budak2.
Tanpa Nama berkata…
Guwa percaya semorg mempunyai pandangannya tersendiri. Kalau lu rasa LDR itu bullshit, x bmakna guwa juga brasa sebegitu. Point yg lu beri mmng jelas, dan ada antaranya guwa setuju dan sesetengahnya guwa masih boleh sangkal. Afterall, dat is ur point of view. Guwa pun xleh nak salahkan lu jgak.

"Kebahagiaan, kekayaan terletak ditangan Tuhan, bukannya ditangan bapak.." familiar? heheh..
-peace-
Elena Reeney berkata…
; selamat pagi semua. seperti sedia maklum, aku dah ready untuk di maki untuk entry latest. But come on la people, bila kau cakap SDR itu pun Bullshit jugak, jadi mesti lah ada sesetengah LDR pun bullshit. Kan aku dah cakap, buat yang berjaya, TAHNIAH. Kalau stock 6 tahun bercinta still bersama dlm LDR, kau belum berjaya lagi tu tahu? Untuk entry pandangan/pendapat, takde siapa betul takde siapa salah. Bagi yg kata aku hipokrit, benda ni ramai jugak readers mengadu kat aku, tak kurang juga yg jadi mangsa mcm di pergunakan oleh org2 LDR cth nya gunakan seorg lelaki ni yg dia tahu ada hati kat dia untuk replace tanggungjawab BF dia yg kat Uganda. Benda2 ni betul2 terjadi. Tu tulisan kemain lagi transparent, celah mana hipokrit? Untuk ANON yg nak bandingkan aku dengan penulis-penulis lain mesti belum kenal cara aku menulis, dan juga nak UNFOLLOW blog sebab aku RUDE, sila EAT SHIT AND GO DIE. Entry2 aku sebelum ni lagi kemain kasar bahasa, oleh sebab troll org, kau ketawa guling2. bila kena batang hidung kemain menggelitat bontot kau ye? Aku bukan jenis nak tulis untuk korang semua angguk dan geram geram manja serupa entry Brader Leplep. Okay apa, at least kemain berilmiah lagi komen komen kat blog tu, takde lah asyik jenis komen yang sama je. Nak unfollow, nak bandingkan aku dengan Mr K, BP? Sekarang perangai kau serupa budak kecik, ke aku? *senyum sinis* -ER-
Tanpa Nama berkata…
Agree yg LDR memang bullshit.. Sebab ldr ni memerlukan kesabaran yang tinggi serta sifat mempercayai psangan yang boleh gua katakn memang takde kat pasangan mesia ni... Pesen cemburu buta, susah nak prcaya pasangan, kurang iman memang ✗ de kat rakyat jelata mesia ni..
wkwkwkwk..(Gelak indon)
Tanpa Nama berkata…
Celaka salah tulis...
"Pesen cemburu buta, susah nak prcaya pasangan, kurang iman memang da sebati dengan rakyat mesia..."

Wkwkwkw
Tanpa Nama berkata…
gua suka LDR lagi coz byk yg boleh menjimatkan & kurang maksiat.

lagi2 yg dah bekerja, ko ingat setiap mase nak berkepit? ei tolongla.masing2 ade keje r.ckup la spend time sehari call/sms pada waktu yg ditetapkan.bukan sbb tak sayang ke tak.masalahnya each of us ada tanggungjawab masing2 kan..
baik ko dekatkan dengan ALLAH & parents lagi baik.
seliparbiru301 berkata…
aku suka komen rastamat
cikpia berkata…
aku rasa entri nie kena batang hidung sendiri.

my experience :

i had an LDR sebelum ni. 9 years bukan kejap babe! dan hanya sebab aku mintak tolong a guy friend time keta aku rosak (sebab tu aku terasa sangat ngan entri ni), we had a fight. teruk gak.

then we broke up.

a few WEEKs after, my ex dah ada pengganti. and i was informed that dia dah kenal pompuan tu dah lama, time dia masih in a relationship ngan aku lagi.

so aku anggap kes gaduh isu guy friend tolong keta rosak tu just an excuse untuk tunjuk aku yang jahat sedangkan he was cheating on me wayyyyy before that.. (and guess what? i NEVER suspect anything, pecaya 100% babe!)

so aku sokong the fact that LDR IS BULLSHIT!
Tanpa Nama berkata…
http://duniaeyna.blogspot.com/2011/11/longdistancerelationship-ldr.html
Tanpa Nama berkata…
memang bullshit,aku ada kawan yang terkawan dengan seorang siswa yang ada LDR,dia tak tahu siswa ini dah ada gf,sampai tahap dia dah sayang kat siswa tu,baru dia tahu,perlahan2 dia tarik diri,yang bestnya siswa ni pun kena dump juga dgn gf dia,dia cuba ngorat balik teman barunya,tapi teman barunya tak mahu dia di cap perampas,dan dia juga takut siswa tu akan main kayu tiga juga nanti,akhirnya semua orang kecewa,dan yang aku kesian kawan aku,dia bersikap tabah dan cuba berlakon spt biasa,tapi depan aku dia pernah menangis,aku sudah tak tahu nak menolongnya kerana kawan aku memang baik dan tidak mementingkan diri,tapi sekarang dia dah jadi macam selfish dan dunianya hanya buku dan kurang bergaul even fb dia pun macam dah mati.
Solehah Saharudin berkata…
NIce...aku tak la rasa bullshit sgt sbb aku sedang mengalaminya. Dua2 dah pilih jalan mcm ni. Kdg2 hidup ni kita kena ikut flow tak boleh selalu menentang arus. Apa2 pun pendapat lu relevan wlupun a bit hard. Keep it up
stramberrymanis berkata…
saya sgt setuju..LDR is a BULLSHIT. sebab saya juga mengalami pekara yang sama.. Pakwe kerja luar semenanjung, at the end jupe org baru.. sy kat sini ditinggalkan.. Sedangkan sy setia bagai nak rak dah..

Bagi yang berjaya dlm LDR..itu satu dalam seribu la kan..
man bai berkata…
itulah kau orang,bila dah tersuka kat seseorang buatlah sholat isthikarah,bergantung pada Allah,jangan nak memandai.pilihan Allah tu tepat.

Bila kecewa kau orang tak akan rasa sangat.kerana Allah akan guide engkau.

tapi bila kau orang suka buat kerja terburu2,bila kecewa mulalah kau orang tak tentu arah,itu yang kadang2 nampak macam okey,tapi tak ok,mula nampak jiwa kacau,mulalah masaalah dalaman terburai dengan kata2 kesat dan macam2.

kalau aku cakap macam ni semua orang akan kata tak payah tunjuk alim,kan ingat menginggat tu di tuntut.
misskiwikasut berkata…
omg. Aku pn x pcaya LDR. Sbb bila bf jauh, dan kite slalu ng mr besfren., tatap muka mr besfren ari2, tipu ko xsayang n suka kt dia. Cinta mudah bputik klu org tu sayang kt kite. And mr bf LDR, u just a spare bf.

Klu kahwin, dorg LDR sbb tpaksa sbb xde sape yg nk LDR wey.. Mmg la kahwin LDR ni kekal, tp sbb ikatan, tanggungjawab n anak. Susah woo nk bcerai. So, yg sdg LDR, sila kahwin!! Hahaha.. Ntah2 ko kahwin LDR smpai pencen. Kesian ko sbb sokong LDR. Hahaha..
qalam_timur berkata…
Salam

Sekarang ini memang dah jadi biasa dengan LDR,jika suami isteri..suami askar,isteri cikgu.Berjauhan bukan perkara asing.maybe problem banyak kat yg bercinta saja kot.tapi tak dinafikan..memang mencabar
Farhana Aziz berkata…
used to be in LDR. dan kami pernah dua tahun solid tak jumpe sebab cuti lain-lain. tak sama. time tu still okay even dia cakap dia sedih sebab tak boleh selalu jumpa. but then, jumpe balik in december last year sebab internship tempat dekat dengan tempat dia. everything went well. tapi bila dah habis internship, perlu balik ke LDR kembali, he said that he want to end our thing and not even a month from the day we broke up, he found another girl already.

so hell yeah, LDR can be a bliss. and it can be a bullshit too.
Tanpa Nama berkata…
BUKAN SEMUA NASIB ORG SAMA BEB, AK GN P.WE AK DH 6THN BERSMA JARAK JAUH BEB...TAPI MASA AK PERLUKN DIA DIA LEH TLONG AK..BAGI AK KO NK ORG DA DI SISI SELALU..BERDIKARI LA BEB DA P.WE POM XKN SETIAP MASA NK HARAPKAN ORG..KAKAK AK BERCINTA JARAK JAUH GAK TP DH KAWIN BAHAGIA LG..DIA WAT SENDRI SEMUA....DIA HNYA DPT SOKONGN MORAL DR SUAMI DIA..KO NI MMG CM BDK2 HAHAHHAHAHA...WQLPN AK MINT BC BLOG NI TP NI LA PERTAMA KALI AK RASE AKTIKAL YG TERUK..HAHAHAHAHAH
Miera Aziz berkata…
I totally dont believe in LDR. It doesnt work at all, for me. Kalau depan mata pun boleh menggatal, apatah lagi belakang2. Huuu.

Nice entry ER! :DD
Tanpa Nama berkata…
ER, semua ada pendapat n pandangan sendiri.. tp jangan la terlalu jujur n telus sangat.. ada antara kaawan2 kita kt cni yang parentsnya berjauhan.. hati mereka perlu la di jaga juga.
Elena Reeney berkata…
aku tulis yang bercinta kot. bukan pasal parent. or orang dah kahwin. tu dah di kira golongan 'berjaya'.

kadang-kadang cuba kita buka minda sikit. benda tu kan berkemungkinan.
Tanpa Nama berkata…
LDR is Bullshit? aku kurang setuju..... because it works 4 me... sebab sume ni terpulang pada pasangan masing2... kalau ko dah tekad nak setia dah pasang niat nak kahwin, insyaAllah akan dipermudahkan olehNya... ala, kalau setakat gaduh2 tu biase r.... mcm la ko xgaduh even awek ko duduk sebelah rumah kn... hahaha
MOFASAD berkata…
LDR memang bullshit. :)
MOFASAD berkata…
shahirahkhairudin

jom LDR bukan DDR II..

hahahahahahah
Tanpa Nama berkata…
dua kali pernah LDR..dan kedua2nya sekali hancur..bf ku curang kat tmpt lain..so aku x percaya LDR ni..
Tanpa Nama berkata…
bile carut words bersatu ayat dengan ayat memuji pencipta..mcm pelik je..
Unknown berkata…
yeah sometime kite rse LDR is bullshit. but aku sndri hadapi LDR nie,persefahaman yg paling penting dlm situasi mcm nie. aku dan die anggap semua hanya dugaan utk aku dan die.hadapi dgn redha dan sabar.
mmg sekeliling aku kwn kwn yg ade bf dlm kampus,ade yg balik umah 2 minggu sekali semate2 nk jumpe bf sndri.tp aku?lonely.nk tgok dier yang jauh beribu2 km.mmg xla.setahun sekali jer jumpe.
juz skype yg bri connection for us.itu pon dah bersyukur.
utk korunk yg mcm aku.just think everything positive.
bile tgok org lain dating just think hari aku akn ade satu hari nnty :)insyaAllah.
Tanpa Nama berkata…
korang kena tengok 1 movie dari Indonesia pasal LDR ni. Tajuknya "kambing jantan".
Huzaifa Zahri berkata…
kayuh pelan2..insyallah sampai
Qurratu Kushairi berkata…
aku sokong. memang BULLSHIT!
Tanpa Nama berkata…
emmm,fuck gile kaw~tapayah la nk down kan org..even aku single skalipon..aku tetap pecaya about relationship tapi tapayah nk down kn org yg becinta jauh2 nih...
erleena berkata…
sanggup tolak cinta mamat-mamat yang depan mata lu yang teman lu makan, share ice-cream dengan lu, teman lu tengok bola, pick up lu masa kereta lu rosak, sebab lu tunggu pakwe Uganda lu balik? Heh! *senyum sinis*

hah ini statement ak ase ade ke mmt dpn mate ak wat gini kt ak ? nmpk nye tak haha

yeh i invlve in dis LDR too
it kind of hard tapi dr segi ke positifan nye , it kinda of good

xdela asek nk bkepit 24 jam je , nnty dah muak tgok , pi carik pmpan laen , ye dak ? nnty kawen pasaan tuh da bosan , agpun y SDR pun blum tntu kawen kan , jodoh di tgn Allah , jauh ke dekat ke , ape pun boleyy~~

haha suke entri nie beb !
Tanpa Nama berkata…
100% ak xsetuju gn entri nih...
miss nia berkata…
salam.. first time trgerak nak komen sebab ade berkaitan dgn aku. aku dh ldr dkat 6 thun n still counting.. insyaALLAH.. dlam environment hidup aku, ramai kawan22 aku yg ldr. n smpai skrg diorg masih lagi bertahan. kata kunci untuk ldr ni stu je.. kalau kau ade rase percaya, kau boleh move on.. tpi kalau kau ragu22 ngn pasangn kau.. n psgn kau pon cmtu gak.. better jgn.. aku jumpe bf aku setahun 2 kali jer. tpi ari2 kami x pernah x contact.. rase rindu tu sgt mendalam.. bile kau dah ade org yg hari22 kau contact, kau dah jadi terbiase dgn die.. mcm habit.. n kau syg die sebab die dah jadi stu keperluan dlm hidup.. kalau stu hari die x contact, kau akan rase lain.. bile dah jadi habit, automatic die org yg kau perlukn setiap hari bgitu juga ngn die. so, kau dah x yah pening kpla nak pikir aku ni x de awek nk gi dating ane dating sini.. kau just fokus nk kerje or belajar. tpi dlm masa yg same kau dah ade die dlm hidup kau.. so apa lagi yg ko nk cri dri org yg setiap hari ade dlm hidup ko even ko x nmpak dpn mata kn? even kawan yg kite nmpak depan mate pon kite x paham sgt.. tpi melalui tpon, ko bercerite, luah perasaan, n jadi diri ko sendiri.. even dlm tlpon pon ko boleh faham perangai or sifat org tu.. setakat ni, aku ngn bf aku memng dah saling kenal dah ngn diri masing22.. tinggal tunggu kerje, cari duit, n kawen. dah senang.. x yah nk pikir laen.. lelaki ke perempuan ke semua same jer.. yg penting ko dah ade sorg yg ko dah boleh kongsi hidup ko, sedih ko, cukuplah.. sebab itu yg ko perlu time dah kawen nanti. org yg paham ko.. nanti dah lepas kawen, mesti best sebab rase mcm mule22 nk bercinte sebab bru nk duduk stu rumah, nk kenal diri luar dn dlm.. tpi stu yg ko dh tahu.. stkat ni.. sedikit sebnyk pasal perangai n sifat bf kau. tpi restu org tua paling kau kene pentingkn.. tanpa restu parents, even kau serasi mcm mane pon, sdr or ldr pon, stu mase, kau tetap susah nk bhgia.. so, kalau dh suke tu, bawak22 la kenal ngn family or jumpe family die. bile dah ade restu.. aku org pon senang kn.. tpi mak aku slalu pesan.. bile kite in relationship ni, stu kite kene ingt.. kite kawan kawan lah.. tpi kalau smpai stu mase btul22 x de jodoh, lepaskanlah.. jgn terlalu taksub ngn in relation nih.. kite cube yg trmampu n doa.. moga kekal.. if x de jodoh, nk buat mcm mane kn? sdr n ldr ni x de beza.. cume ldr ni lebih menguji kesabaran, kerinduan n lebih bgus untuk elakkan maksiat.. n yg penting skali redha ALLAH. amin..
jiha ismail berkata…
ala mende nie terpulang kat diri masing2 la...sama jer LDR ke SDR ke..kalai hari2 jumpe gaduh buat pe..x gune gak..ko tgk muke aku sakit ati..aku tgk muke ko pon sakit ati..nk mendaki puncak bersama amendenye mcm tu...silap2 kne tolak jatuh puncak...hehe..kalau dlm LDR tu ade saling percaya..insyallah...kalau jodoh xkan kemana...dh kawin nnt..ha tak ke bersama-sama gak menempuhi ssh dan senang..chewaahh...tp itu yg lebih afdal...
Tanpa Nama berkata…
Dalam LDR ni kena tgk jugak sapa yg paling kerap menalipon. Kalo satu pihak jer yg dok call..satu lagi asyik terima call dan kadang x jawab pon atau pon baru je hello dia dh cakap "I BZ neh..call later okeh"..pikir lah dalam2 sebelum terjebak sampai 2-3 tahun..even 2-3 bulan pon jangan..buang masa namanya..yg lagi mengharukan..si dia buat miss call suh kita call balik..konon hari2 bergayut..hari2 you lap I..I leplep you..eh? yg bayar bill ratus2 ribu2tu kita..apa kes? Tp ye laa..Cinta kan butaa..
aLEEamanina berkata…
LDR iiiiiisss BULLSHIT. Yeah, finally somebody DID say something about this.
Seriously, mmg rasa cam sangat f**ked up bila kita berkorban gila vavey, do this and that, just to know that he's actually having fun with someone else. Just to know that in the end, aku cuma ada... mak,ayah, adik2 n kwn2 yg cuba untuk buat aku feel better.

Heh, benda lepas. *senyum sinis jugak*
serahpadajodoh berkata…
pada aku, bukan hak kita nk say bullshit sume ni bagai. mybe korang de sad ending ngn LDR,memey a ko kate bullshit. tengok a cane ko jae relationship ko tuh. kalo cam shit ko jage, mmg a jadik bullshit senduk! anyhow, bak kate ER, ni die nye pndangan. ade orang berjaya, ade yg tak. sbb tu ade org kate LDR is bullshit, others say no. whateva it is, sejaun mane pon Tuhan tu dlam hati kau, jangan pulak ko kate cinta dengan tuhan tu bullshit. sbb tuhan tu ko tak nampak.

sekian.
someone berkata…
even dah kawen pun masih ldr...tp still strong..sbb keadaan zaman skrg xmcm dulu..ssh nak tukar keja ni, ikut rezeki...if 2 hearts are meant 2 b together, distances mean nothing kan....utk yg masih bercinta tuh, jarak xde kaitan..yg penting hati..., even dkt2 pun still blh cheat kan...n plg penting, kalau xde jodoh..redha...so, disagree dgn ER, xpa kan? heheheh
✿ cik pieQa ✿ berkata…
LDR is nOt bullshit but so shuwiit maa. i oso invOlve in LDR. almost 6 years da. alhmdulillah stil oke. dpt berjumpa stahun sekali je. teap kali jupa, rasa macam baru bercinta. malu2 segan2. itu yang best. better than SDR. teap hari menghadap, takut bosan. so bagus jauh2 dulu, dah kawen dah halal baru lah dekat-dekatan. ye dOk. hehe !
Tanpa Nama berkata…
x best
Tanpa Nama berkata…
aku LDR. eheh. sebagai orang yang tak la warak tapi masi nak kejar cita2 dan nak jaga diri , LDR tu oke kot. terpulang pada macammana kita manage. aku akui memang dia jauh. tapi die je tempat aku mengadu selain pada yang Maha Esa. x nak bebankan hati parents. tapi so far oke kalau mengadu kat dia. dia pun sama. selain dia lelaki yang rapat nan aku kembar die je. hekhek. tapi tu pun x la sangat. kekadang je jumpe. dia balik pun tiap tahun , hujung tahun. time tu jumpe. alhamdulillah , rasa sayang dan cinta tu masih ada. masih terasa :') semua dari kita je. tahu LDR , rapatkan diri lagi pada yang Esa. minta kuatkan hati kita dan dia , dan mohon hubungan dan jodoh kekal. insyaallah. so untuk entri kali ni , agak tak setuju :)) tapi untuk ER mungkin ada kengkawan dan mungkin pengalaman sendiri. tak dinafikan gak. tapi setiap orang ada cerita dia sendiri :) kalau dah jodoh , takkan ke mana ^_^
reenapple berkata…
yah.. aku setuju.. teramat setuju 1000% dengan pendapat ko. LDR tu bullshit sama macam kau fall in live dengan best friend sendiri..
Tanpa Nama berkata…
i lep u brader leplep
IM TYPING berkata…
LDR, long distance relationship. Aku terbaca light dependant resistor -.-
Pentulis berkata…
Aku pon penah ada rasa macam tu dulu. Mmg aku rasa LDR is bullshit. Tapi bila experience sendiri skang, so far 2 tahun dah. Im okay. Sangat ok.

Disebabkan kami ni pasangan yang membosankan (bak kata kakak gf aku), maka mungkin tak jadi hal la kitorang utk LDR ni. Call seminggu sekali pon susah. Hari2 YM je. SMS pon 4-5x je sehari.

Cuma bagi anda2 yang kuat gentel geli2, jgn la LDR ni. Sure tak menjadi.
Fariehan Ibrahim berkata…
1st gua baca blog lue,
gua da stuju ngn lu. 100% wei! :'D
ZeBentPenzel berkata…
peh.

cuba tengok berapa ramai yang SOKONG LDR berbanding yang bangkang LDR dalam comment section ni.

face the facts: ramai orang sokong LDR ni bullshit, berbanding yang kata sebaliknya.

ER, you have the last laugh. kudos!
Tanpa Nama berkata…
APA BEZA LDR DENGAN LED?
LDR utk guys yg dh ada stedy gf tp gatal nk ada skandal....nyampah tol~
Leplep berkata…
peh..ramai betei yang komen entri ni..lu memang power Tibet, lu memang power..
lkjhgfdsa berkata…
tahu takpe. tekojut den tengok sampai 91 lontaran, dan aku yg ke 92. :P

anyway. mak ngan ayah aku hidup secara LDR selama 25 tahun.

mak aku penah cakap, sebenarnya LDR ni mmg ade negative effect.

bila mak aku dah biasa sendiri dgn anak2, dia boleh handle semua sendiri, mak aku jadi independent. tak mengharapkan ayah aku sangat.

kalau LDR masa couple aku tak hairan sangat bro, but please, dont do it when you get married.

sebab sampai satu tahap, kau akan rasa its okay (or even better) without your spouse at home, because you can do all by your own.

secara kesimpulan nya, aku nasihatkan kepada couple LDR tu, bila kawin sila duduk satu rumah, dont do LDR, because it might give you bullshit effects! :P

(aku bercakap berdasarkan ape yang mak aku cakap. pengalaman 25 tahun LDR, mana boleh celen dengan korang yg couple LDR baru beberapa tahun tu, HAHAHA)

tapi jauh dalam sudut hati aku, aku doakan perkahwinan mak ayah aku kekal sampai syurga. doakan ye. :)
PointBlankShot berkata…
pernah gagal dalam LDR.

tak putus asa.

cuba lagi.

memang susah, kadang bullshit, tapi tak mustahil.

selalu sangat jumpa, tak rasa muak?

kehkekeh
liyana berkata…
aku rasa, artikel kali ni memang sarat dengan emosi. tulis rilex2 suda. tension baca..huhu
farahamaliena berkata…
damn!!! gua stuju 150%!!!! mmg bullshit!!!! =)
Tanpa Nama berkata…
RAMAINYA ANAK ANAK GADIS YANG GAGAL, MEH KAT ABANG MEH! HAHAHAHA
misswawa berkata…
:) Alhamdulillah da nk msok 4 taun LDR ngn incik kekaseh~ kapel dr zaman abes f5 smpai laa da msok U..incik kekaseh lak da smpai btukar karier da..aha~

my opinion laa kan..supposed yg plg penting kna TRUST n paham keadaan each other la..sedar2 laa diri tuh dlm LDR so, gf xkn salu ada ntk bf n bf pn xkan salu ada ntk gf..but thats doesnt means xsyg kan..kang kalo keja nk bkepit ja, ada lak yg kata rimas laa..needy laaa..amendaa laa..hoishhh

LDR nih kelebihan dia is korg ada life masing2, xda nyaa idop uols bpaksi kan chenta atie tuh jaa n time nih laa bleh tgk partner tuh bleh setia x, bleh tahan x, segala mendaa laaa~ so, leks sudaa

bak kata my dad..if someone tuh nak kat kita, sesusah mana pn..dia akan tahan gk :)eceh~ gudlucks yaww suma LDRs !
abu_dolah berkata…
hebak betei tibet ni! keh keh keh.. teroskan usaha. =)

ada elok gua soh maksu baca entry ni. tengok mcm mane peginya. untok gua yg tak bepengalaman ni, gua rasa gua setuju dgn pendapat peribadi lu. LDR is BULLSHIT!
half-freeze berkata…
tak bull lah... ok jer... excited tetiap kali jumpa.. aku LDR dulu,memang TRUST tu penting. naseb baik kenal dr skolah, so, dia n ak tak dapat lari mana. bila gadoh, family aku back up dia, family dia back up aku.so, alhamdulillah, walau gadoh camne pun, word "SORRY" is like a magic to us. but girls, choose the right LDR partner okey. kalo banyak sgt ragu2, takyah lah. sbb, banyak gak member2 LDR yang buat taik..
Tanpa Nama berkata…
wuhuu aku skrg tgh LDR bru stahun.. dia johor,aku di kedah.. dia bekerja,aku belajar.. mule2 rse snyi sume ade.. tp da lame2 dah trbiasa.. dia slalu pesan.. dlm hubungan kne ade 3 perkara iaitu keikhlasan dlm brcinta,kejujuran, kesetiaan dan barulah akan dapat kbahagiaan.. aku pcayekan dia,di pcyekan aku.. itu dah pnting.. ade jodoh akan brkhwin jugak nanti..;) same2 tunggu dgn sabar..
lkjhgfdsa berkata…
ARGH! KORANG SETAKAT KAPEL MEMANG LA KORANG CAKAP LDR OKAY, CUBA KAWIN BESOK, TENGOK OKAY KE TAK LDR?

setakat kapel je, gua tak heran ar bro, cuba korang kawin, secara LDR, gua nak tengok lu orang boleh hidup ke tak.

[sila rujuk komen gua yang ke 92]
lkjhgfdsa berkata…
oh ya.

satu je nasihat gua kepada minah/mamat yang sedang in LDR, tolong, jangan aplikasikan LDR lepas korang kawin.

gua doakan kau orang yang kapel2 ni cepat2 kawen. inshaAllah.
Tanpa Nama berkata…
{Elena Reeney berkata...
aku tulis yang bercinta kot. bukan pasal parent. or orang dah kahwin. tu dah di kira golongan 'berjaya'.

kadang-kadang cuba kita buka minda sikit. benda tu kan berkemungkinan.
24 November 2011 4:36 PTG]

wahai lkjhgfdsa... tuan punya blog tulis pasal couple LDR, so, tak salah kami komen pasal couple LDR, bukan married LDR. sekian. meroyan lah ko nie
maksurozana berkata…
kesian. gua baru baca entrty lu ni ER. ni pegi outstion punye pasal la ni. LDR MEMANG BULLSHIT PUNN!!!! jumpa depan2 cakap rindu bagai, kat belakang bila tak jumpa main dengan pompuan lain. pegi mampus!

bagi gua, LDR is not a healthy relationship.

btw, relationship yang gua ade sekarang, first SDR sebab semua LDR sebelum ni semua boleh pegi jahanam.
Tanpa Nama berkata…
bullshit lah semua yang tak faham entry ni. ER power..

-bullshitter
Tanpa Nama berkata…
Aku hormat pandangan penulis..LDR bullshit sbb dlu aku xpercaya LDR tp bila da involve LDR 3 thn lps...

Rupanya LDR perlukan komitment dua pihak and positive mindset.erti kata lain..TRUST. If dlm pale dok pkir si dia curang la, itu la ni la..mmg xkn berjaya. Mmg aku xde bf nk amek aku if kete aku rosak tp aku ade hero bernama bapak. Aku sedih, stress..aku ade adik and kawan yg bleh kongsi satu tub ice cream..Hahahaks

LDR perlukan pengorbanan..Lupekan la nk dating setiap minggu or dinner every night..Pi shopping complex tgk org pgg tgn psgn..aku pegang air botol mineral dan beg plastik jusco yg berisi roti ban floss ayam.

Tapi aku percaya, kalau kite dan pasangan kita tahu tujuan asal kite bersama,tahu apa yg we both want in each other yg org len xleh nk penuhi..then it can work.Aku stuju dgn komen half freeze..choose the right LDR partner.

Aku pn xdela pasti selama mana bleh bertahan..aku hanya berserah...

Kalo mse bercinta pn xleh nk long distance..bt nye da kawen..laki ke bini ke kne campak kat uganda..gigit jari x anda?
NZ berkata…
LDR tu term plg sentap hati bile dgr. entahla, pnah experience couple jauh. dating sekali je dlm 3 bln. and the rest of time, msg, call, wc etc.

and? aku percaye bkn xblh, just hye couple yg btul2 know each other blh lepas. i mean, setia dia, camne nak cope bende2 ni. godaan org sekeliling yg cube carik peluang.

sometimes, ade partner, yg mmg syg kat partner dier, but, bile jauh ni, he/she need someone yg mmg blh berade waktu dier sedih, happy, tu sume, mmg susah bile mgharap kan yg tersyg yg tentu2 jauh dimate kan.

so, for me, yes, I confessed, I can't stand with this LDR.

But I do believe, jodoh tu sume ketentuan Tuhan. Samada jauhnya kite dgn pasangan kita ataupun tak :)
Miss Maikitty berkata…
Ermmm zzzzzz LDR ade yg bullshit n ade yg tidak ..da 11 taunn LDR ..alhamdulillah ..xde masalah ..taun depan da nk kawenn yahooo !
Tanpa Nama berkata…
klu dh jodoh xkemana.so far our relationship dh nk masuk 3 tahun.n next year we wil maried..if we trust on each other there shud not be a problem
nanazatul berkata…
Kalau kau rasa LDR bullshit,please take note whoever start a family with Angkatan Tentera Malaysia mesti 90% LDR. But yet,still ramai yg survived.

Kut- kut jadi kes curang ni sbb pick a wrong partner lettewww. Takyah jauh,dekat pun boleh je mcm puaka...

Bf aku ada training course kat nz setahun,balik malaysia kene kerah masuk unit yg jauh,pastu busy mcm uganda.
Nak tau sumting,we are getting married on 2012. Tak bullshit kut. But yes we hv been thru a lot of heck and bullshit.

Kbai
Alif Haris berkata…
oh yeah ! gua sahut cabaran lu .. haha :D
Flying Fish berkata…
babi lah mencarut carut aku baca setiap satu ayat ko ER

butthurt sial!

but thanks, it was an eye-opener :)
Rabiatul berkata…
Haha kasar sangat entry you ni :)
LDR memang susah, SANGAT, tapi still bearable. Nothing more than a huge pile of obstacle je. Kalau bukan true love/jodoh, tak sempat nak start LDR pun dah KO. Just that with LDR, you have to trust your partner 100, 200 10000000%. If ada mana-mana part of you yang doubt your partner, susah nak hilangkan balik perasaan tu. For me, itulah masalah paaaaling besar, and probably the only problem yang ada, selain dpd time difference (I kat US while he's in Msia, a whooping 12hrs difference haha).
LDR isn't bullshit. Love isn't bullshit. Yang bullshit is the one who played love. There's a fine line right there.

:)
AlexiaAqram berkata…
gila kental. gua sbg boss mengumumkan ini sebagai EPIC.
Tanpa Nama berkata…
Cinta brdasarkan emosi n nafsu mmg akn trkandas if LDR. Tp klu cinta sbb agama dan AllahSWT, insyaallah jauh mana pon akn dipelihara.besides,mmg cinta kene ssh senang sedih gembira sntiasa brsama means,after kahwin ye..b4 kahwin is no no no...sbb bimbang akn mnjurus pd maksiat.
missy berkata…
wahh. komen2 korang tambah smangat aku dlm LDR ni :)

aku dah LDR almost 2 years and still counting. so far, LDR ni bnyk mengajar aku erti kesabaran n kepercayaan antara satu sama lain. jumpe pn paling selalu sbulan skali. tp bila jumpa, rse excited sgt mcm baru kenal :) mula2 bercinta mmg rasa bahagia, tp bila tengah2 tu kdg2 rse mcm xmampu nak tahan diri pn ade. tp bila lama2, aku mula blajar banyak dr hubungan ni. pengajaran yang buat aku berfikir dan bertindak lebih matang. jd lebih tabah mungkin. kdg2 bila lpas gaduh, bg pmpuan, msti ko rse nak sgt bf kau muncul dpn kau spantas kilat utk jmpe n pujuk kau. ble kau menangis, kau rse nk sgt bf kau ade kt sisi kau. tp bg LDR, berangan jela gamaknya. ape yg mampu, calling2 or skype jelah jd pengubat rindu. mula2 mmg rse susah, tp lama2 dah terbiasa dgn keadaan mcm ni.

bila kau dah terbiasa ngn dia, dh share bnyk suka duka bersama, akhirnya bnda tu akan jd penguat cinta dan kesetiaan masing2. xsemua LDR ni bullshit. semuanya bergantung dgn mcm mana korg manage hubungan ni. so, bnykkan bersabar dan sama2 hadapi LDR ni. kalau satu pihak je bergerak, mmg xjd lah. peace :)
Eh Lee Ja berkata…
xtau la kata LDR ni bullshit or what. keadaan aku sama dgn yg diceritakn... dlu dh merasa LDR for 4years... pastu putus sbb dia beralih arah pd best friend dia yg dia jpe hari2, mkn sm2, study sm2. wtf?! pdhal ktorg bljr 1 negeri, juz different university je... what to do.. dah xde jodoh namanye... pas putus tu blm prnh lg kapel... it's been 3years since. but I'm perfectly happy so far. :)
Alter Ego berkata…
semuanya adelah tentang setia. enuf said.
FarahPingu berkata…
memang BULL**** ! sangap dating, carik pmpuan lain. cikalak. puihh
Benci-Hipokrit berkata…
kalau kau rasa kau nak buat artikel bullshit ni semata mata nak banyak komen dan panaskan laman terfaktab.. ko dah berjaya...

tp dr segi penulisn dan pengupasan topik.. aku rasa ko kene belajar lebih lagi .. lihatlah kehidupan dengan skp yg luas..

takkan asyik nak jadi tukang panaskan ati dan jiwa org utk kasi produk laku? baik ko pegi join majalah mangga dan majalah yg seangkatan dengannya
Benci-Hipokrit berkata…
*skop
Tanpa Nama berkata…
my last advice to u.... jgn jadi mangsa utk panaskan produk.. kesian lah pada diri sediri
Unknown berkata…
pada aku, LDR yang korang duk cakap nie sebenarnya bergantung kepada keadaan...sometimes people see it as useful, sometimes people see it as bullshit..depend on people.. ko tak bolehkan salah relationship nie..from my view, aku dah banyak tengok LDR nie berlaku dalam kalangan member-member aku sendiri.. ada yang tahan lama, ada yang tahan sekejap je..LDR mengajar erti setia, rindu ceh rindulah sgtkan padahal duk berfoya-foya..on the other side, LDR nie juga memberikan keburukan juga... dah rindu lama-lama, nanti jumpa kang benda tak elok pulak berlaku..kalau masing-masing kuat iman takpe juga..dah kalau dua-dua ke daun, tak ke buat tambah dosa..

Jangan korang igt bila berskype bagai, teman korang tue setia..aku juga pernah berada dalam hubungan nie..memang bullshit gak bila gf/bf korang tue jenis yang kaki date..memang annoying gila lah.. haha..
kesimpulannya, LDR nie bagus ke tak bergantung kepada cara korang approach hubungan nie..dah kalau dua-dua perangai kaki dating tak payah involve dalam LDR..lupakan saja niat tue...tak payah nak menyusahkan diri berlakon setia padahal belakang buaya nak mampus..hahaha
Tanpa Nama berkata…
janganla buat org lain down weyh..kalau dah takdir kene keje kat lain negara niat nak kumpul duit kawen cepat2..takleh ke LDR tu? papepun....everything depends on hati masing2..stick with it or just leave..
Tinsyaz berkata…
Haha semoga baik-baik saja untuk semua yang LDR

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.