Kalau kita ada 20k, mana lagi baik buat dulu--Haji ke Kahwin?

Assalamualaikum wbt. Heh. lama tak jumpa. Asyik buat entri berat-berat je kan? Well now kita letak entri mudah-hadam tapi separa ilmiah jugak. Almaklumlah SPM punya musim kan.

Hanset si budak Kardashian tu. Betul!
Kali pertama dalam sejarah hidup saya yang tak seberapa pendek ini, saya telah membeli smartphone sendiri. Jenis apa, wallahualam. Tapi cantik la (kot). Yang penting boleh up status troll sepam dua pukul dua tiga pagi dekat Terfaktab. wheehee!

Ok main topik entri ni bukan pasal beli smartphone. Tapi pasal rata-rata feedback orang yang #kekening semacam bila kita beli hanset mahal. Nak cerita kelebihan Android Froyo dan Ice Cream Sandwich pun bukan ada yang faham. Yang diorang tahu ialah jumlah duit yang digunakan untuk beli hanset tu.

"Apasal kau beli hanset mahal, booo, inilah gegurls, suka membazir je...beli hanset, beli handbag, kita kaum lelaki pumpang kumpul untuk kahwin" kata beliau sambil mencebik di belakang skrin komputer. Mak pula berkata, "Izzie, kumpul duit beli hanset boleh, pergi haji dengan mak ni bila lagi...." Habis hanset kita jadi kambing hitam simbolisme pembaziran padahal tu duit kerja part-time. Isk!

Apa-apapun, dua perkara menarik minat saya. Haji? Kahwin? Dua tu benda yang berkos tinggi. Haji kosnya dalam 10-15k, depend samada orang tu dapat subsidi ke tak; dan kahwin dalam 10-20k, depend orang tu letak hantaran tinggi ke tidak. Woha! bak kata Hamka blogger KeretaMayat. Apa-apapun, dua-duanya ribu-ribu. Dua-duanya bawa pahala. Dan dua-duanya amat dianjurkan dalam Islam.

Jadi datanglah ke persoalan utama saya (wah panjangnya mukadimah mak hang!), jika anda ada duit dalam simpanan, mungkin dalam 15-20k gitu, mana satu anda dahulukan, pergi Haji ke berkahwin?

Kita race ke bed! {lulz}
"Mestilah kahwin." kata kawan yang sudahpun mempunyai awek. Well, bernikah memang amat digalakkan dalam Islam. Siap dikatakan sebagai menyempurnakan separuh agama lagi tu. Ye la banyak kelebihan. belajar bertanggungjawab pada anak orang, meramaikan umat nabi, dan maksiat pun kurang.

"Haji kot, takde calon lagi ni." kata yang lain pula. Well, rukun Islam ada terang-terang senaraikan Haji sebagai kewajipan. Manakala kahwin tu tak ada pun disebut dalam Rukun Islam mahupun Rukun Iman. Begitu pentingnya haji sampaikan orang sudah meninggal dunia pun boleh buat haji (cara upah). Kahwin--boleh kahwin orang mati tak? Woha! Upah sejutabillion pun tak boleh beb!

Jadi andainya anda ada wang mencukupi, mana sepatutnya dahulukan? Ah, agak lama juga saya memikirkan jawapannya sehingga seorang rakan menghulurkan link ini.  Rupa-rupanya jawapannya agak ringkas, iaitu;

1) Menurut Sirah, Nabi Rasulullah S.A.W. berkahwin dahulu sebelum melakukan haji. Since setiap perbuatan dia ialah sunnah, maka kahwin dahulu sebelum haji ialah sunnahlah, ye dak? Woha!

2) Walaupun Haji ada dalam rukun Islam tetapi ia berada di tangga terbawah sekali. Secara indirectly ia bermakna dahulukan ibadah rukun lain seperti sembahyang dan berzakat, yang lebih ganjarannya kalau dilakukan selepas nikah.

Contohnya, lepas nikah dapat ganjaran jemaah sebab boleh jadi imam sembahyang jemaah dengan anak-anak, dan bayar zakat pun lebih sebab ada tanggungan. Tu belum lagi puasa sama-sama, dan pergi haji suami isteri. Kira macam lengkapkan rukun Islam lain jugalah kalau bernikah ye dak?

Jadi terlerailah sudah jawapan kepada persoalan saya tadi tu. Cuma bagi saya, kalau lambat jodoh, baik pergi haji dulu. Bagi korang mungkin lain pula pendapat. Tapi nak kahwin dulu ke haji dulu ke, mana-mana pun tak dosa. Yang penting buat dengan ikhlas, gunakan sumber yang halal, dan tak ada niat menunjuk-nunjuk. Baru berkat!

Oh ya, saya tinggalkan ni di sini. lariksssss!! [lulz]

Ulasan

dayah berkata…
yg part perbandingan batu dgn iphone tu, aku sokong sangat sangat! hahaha
ORLANDO AHMAD berkata…
kalo gua, kawen dulu...

dah kawen nak ibadat pown tenang, takde la asik nak ingat makwe je, solat pown ade orang folow blakang kan keh3
Akim Iqbal berkata…
Erm, pi haji la lagi penting. hehe
aamalinaazman berkata…
howaaa
besh gile bace, cm dok sebelah aku jek ni
hehehehe
utamakan yg utama ye dak?
specsy berkata…
kembali ke zaman batu
aswadz berkata…
aku pilih kahwin dlu. sebab macam yg anda cakap, ia merupakan sunnah Rasulullah SAW. dan melalui perkahwinan jugak la, kita dapat menambahkan umat Islam kat muka bumi nih...

p/s: dah macam sorang ustaz lak gaya aku bagi komen...
Eyka berkata…
jom kawenn! keh keh keh ;p
blog-tips-kurus berkata…
hidupkan sunnah Nabi dulu.. hhhmmm.. thanks! :-)
Tanpa Nama berkata…
kalau kawin tu baginya "wajib" maka dia harus berkahwin . tp kalau tade pape yg meWAJIBkan dia kahwin , jadi dia perlu pegi tunaikan haji :)

buat mana yg wajib dulu la . ade kan sebab2 yg mbuatkan kawin tu jadi wajib , lalala .
Cik Amni berkata…
setuju ngan orlando.. Kawen dulu.. Amalan lepas lawen tu dua kali ganda kan pahalanya.. Insha allah.. Hati tenang...
Shahrul Yusof berkata…
kahwin dulu la beb. ikut pada kewangan, kahwin lagi ekonomik daripada naik haji. kahwin ikut rukun nikah la, jangan kahwin ikut adat melayu. jahanam ekonomi rumah tangga dibuatnya nanti.
hanaahmad berkata…
komen ORLANDO AHMAD tu gua nak like. hue hue hue
cik ciput berkata…
penah gak tnya soklan ni kat ustaz..

ustaz cakap, kalau nafsu tu leh tahan lagi, gi lerr haji dulu...tapi kalau tak tahan dah, nikah la dulu..

*kalau aku, aku kawen dulu kot.. :D
Ms Yunis berkata…
Apa kena mengena batu ngn iphone dalam kes ni? sumpah tak faham. explain sat
Tanpa Nama berkata…
nah.inilah entri yg dapat menjawab persoalan aku selama ini. thank you bp. :)


p/s: beli hanset baru utk self-satisfaction even though it won't last long. ;p
Lea Isnawi berkata…
adeh. buleh pulak dibandingkan dgn batu

hahahaha
AkuOsi berkata…
kehkehkeh,,comparison tuh xleh belah,,,
ZeBentPenzel berkata…
pasal iphone dan batu tu, tak tau kenapa bila google keluar imej tu. so pakai je la. woha!

p.s. thanks guys n girls for reading!
i love your entry the bent pencil!
Tanpa Nama berkata…
apabila bernikah sesorang itu, sudah lengkap separuh dari agamanya :).. fikir2 kanlah ye beramai2...

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.