Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Pemenang Kitab Terfaktab

Imej
Assalamualaikum. Hai!  Berdebor tak bila tengok tajuk entri ni? Kehkeh. Tapi sebelum tu, kami nak mintak maaf sangat-sangat sebab terlewat dari tarikh yang kami janjikan nak umum pemenang. Kami bukan malas cuma errr tak sempat. Kot. Hehe. Ye, kami akui tempoh kelewatan tu bukanlah sehari, bukan juga seminggu, tapi mujur belum sampai sebulan. Kalau tak, kami memang nak bakar je opis ni. Takde sorang pon nak dok umum keputusan ni. Kesian la kan kat pembaca-pembaca yang tersayang. *amek hati* So, setelah kami buat penilaian, pemerhatian, pengiraan dengan menggunakan pelbagai jenis formula yang Sir Isaac Newton mahupon Albert Einstein pon pasti gerun bila mengetahuinya, jadi kami telah pon sepakat untuk memilih satu pemenang. Kenapa satu? Sebab memang kami nak satu je pemenang tapi bukan satumalaysia. Kahkahkah. Okay, tak lawak. =.=' Sbnanye memang banyak lagi nak merapu tapi memandangkan ni entri mewakili satu terfaktab, jadi tak bolehlah nak buat macam entri sendiri. Baiklah. Tanp

hati

Imej
Kala sunyi sendiri Dipanjat doa pada Illahi Kurniakan sekeping hati yang memberi Hingga ke akhir hayat berjanji menemani Tuhan mungkin mahu kita tunggu lagi Kita tunggu sambil pujuk hati Bersabar lah untuk sedikit masa lagi Akan tiba juga yang kita nanti nanti Tiba waktu segalanya tertepati Hati tidak sunyi sendiri lagi Berteman bahagia hari hari Syukur atas kurnia yang tak terperi Namun sekejap sahaja merasa serba mencukupi Teruji dengan masa yang selalu dengki Dulu dan kini sudah tidak serupa lagi Kalau mengadu, apakah nanti di kata tidak mensyukuri? Dipujuk pujuk hati untuk mengerti Tercari cari penawar mengubat sunyi Kita takut berteman sepi Bantu kita temukan diri careless, and you'll be happy

Gatal dan Jodoh.

Imej
Assalamualaikum. 안녕... Aku rase bila dah cecah certain umur, isu kawen-pasangan-jodoh ni sume dah macam minum air. Punyalah kerap orang citer pasal isu ni. Nampak tak? Kalau tak nampak, taknak kawen eh maksud aku taknak kawan. Heh. Aku pon sbnanye sama je sedang lalui fasa yang kemaen merenyam lagi sikit-sikit je bukak citer kawen. Sikit-sikit je yang rase seronok di dunia ni adalah kawen. Yang rase meriah gila dalam dunia ni adalah kenduri kawen. Lebih-lebih lagi bila kawan yang rapat dengan aku pon dah nak melebihi fasa yang aku sedang berada. Maksudnya, aku hanya berada pada fasa yang 'hanya boleh CAKAP pasal kawen', tapi dia akan melebihi fasa ni dan akan berada pada fasa 'AKU AKAN KAWEN'. Huhu. Tak, tak, aku mane ada jeles pon. T_____T So, bila orang sekeliling aku dah mula citer sana sini pasal kawen, aku pon ape lagi, haruslah ikuti perkembangan semasa dengan bukak citer pasal kawen-kawen ni jugak. Aku bukanlah nak kawen sangat dalam masa terdekat ni, tapi bi

How to move on

An advice for an advice There’s a million ways to move on. There’s an endless lists for that. Stop stalking your exes, they ain’t worth a dime and space in your present and future, unless you wanted them to still be apart of you Redirect your daily thinking process and chores to something that might benefit you. Go get a hobby, pet a cat, sing a song, write a song, write a book, go bungee jumping, play video games, get your head out of the phony mind that’d take you deeper into the past. Embrace your present with the things u’d enjoy. Do not overthink, overthinking brings your feelings to another level of misery in which I certainly certain you don’t wanna conjure into. Who wants to live in a big ass mess you’ve done before? There’s a various amount of time people take to move on Some people can move the fuck on in a blink of an eye, while some other take almost their whole life just to move on. This depends on your will of life and the will to find a better picture of tomorrow.

Perspective

Imej
So girls and women out there. Any opinion? Keep away from hatred. Stay peace and love.

Cukup-cukuplah..

Ardy melihat air mata yang jatuh di pipi Athena. Dia menghembus asap rokok perlahan dan menggenggam tangannya yang menggigil. Demi Tuhan, malam ini dia tidak mampu mengesat air mata itu. Athena datang dengan rasa sesal yang berlangit-langit dan Ardy hanya mampu menahan hatinya yang sakit. Ini bukan soal ego, ini bukan tentang menjilat semula ludahnya, ini tentang perasaan. Andai diberikan semula perasaannya pada Athena adakah rasa itu akan semanis dulu? Andai diberikan semula satu peluang adakah percintaan mereka akan mekar seperti dulu? Tidak, dia tidak akan mengulangnya kembali. Manisnya rasa itu akan selalu diingati dan mekarnya percintaan dulu akan sering tersimpan rapi. "Maafkan aku, Athena. Tiada apa yang dapat menggantikan diri kau meski diri kau sekalipun", bisik Ardy sambil melangkah meninggalkan Athena yang terduduk mengadap ombak. Sudah terlalu banyak air mata kau yang aku tumpahkan, Sudah terlalu banyak janji yang kubuat dan aku leraikan, Sudah terlalu ban

Long Distance Relationship is BULLSHIT!

*patah-patahkan jari bagi bunyi-bunyi sikit* *bersiap sedia untuk di maki* p/s: Tulisan ini adalah 100% pandangan peribadi gua. Mohon pasrah. Ya, tengok tajuk pun lu orang dah boleh tahu apa isu yang gua nak ketengahkan. Gua tahu ramai yang tak akan puas hati. Ramai juga student-student berlainan universiti melemparkan kata-kata kesat ke gua di dalam hati. Sebab kebanyakan lu orang ni jenis berbudi pekerti katanya. Sudah bertudung litup takkan nak hisap rokok pulak eh eh takkan nak memaki hamun di khalayak ramai pulak kan? Kenapa gua katakan LONG DISTANCE RELATIONSHIP ITU BULLSHIT ?! Kenapa? Gua rasa banyak dah tahu kenapa, tapi pura-pura tak nak amik tahu katanya. Konon-konon ianya berjaya. Ya, adalah kot yang berjaya tapi ntah aku tak pernah nampak lagi kengkawan yang dah kahwin sebab LDR ni ha. Yang punah ranah itu berlambak. Pada gua, satu relationship yang sihat itu haruslah mendaki puncak bersama-sama. Maksud gua ialah susah senang. Contohnya, lu kat Malaysia, pakwe lu

cinta obsesi

cinta ni kita tak boleh nak paksa paksa. kau ubah lah di kau macam mana pun. tapi, kalau orang dah tak mahu, apa daya engkau lagi? soooo... berhenti buat itu dan ini untuk mengemis cinta orang yang tak mahu ke engkau. jadi diri sendiri. sayangi diri engkau, dan kemudian nanti cinta akan datang sendiri ke engkau tanpa perlu kau nak mengemis ngemis. sumber: status facebook Terfaktab, 18 November 2011   Kadang kadang, kita ni rela untuk jadi macam macam demi untuk memenangi hati manusia yang kita suka. Kita fancy sangat dengan dia, jadi setiapnya yang jadi kesukaan dia mesti lah kita ambik tahu kan? Dia suka perempuan yang lemah lembut, dia suka perempuan yang rambut panjang, dia suka perempuan yang tak membantah bantah, dia suka perempuan yang pakai baju kurung, dia suka perempuan yang pakai baju warna putih, dia suka perempuan yang begitu, yang begini.. Semua kita ambil tahu. Kita tanya kawan kawan dia, kita tanya adik beradik dia. Malah kalau kita tak kenal sesiapa yang rapat deng

Nafkah Batin

Imej
Assalamualaikum wbt.  Dengan rasa rendah diri dan tak malu saya up-kan entri kedua buat minggu ni. Almaklumlah sejak Malaysia menang bola dengan Indons ni, boss Aqram asyik bizi melayan cewek-cewek sokerleaks saja. Yelah siapa lah ceweks meleis dihatimu itu. Harharhar! Eh saya nak cakap pasal apa tadi? Nafkah batin? Ha, ha! Dah fikir lain dah tu ya. Almaklumler post benda ni pukul 12.50 malam. Tapi tunggu dulu, ini bukan cerita pendidikan seks. Cuma nak berkongsi pendapat seorang ustaz di rancangan ceramah pagi beberapa hari lepas. "Sesungguhnya kasih sayang dan sifat romantik itu sebahagian daripada nafkah batin seorang suami kepada isterinya. Akan tetapi ramai lelaki Malaysia menyangka romanticism=seks." Ah, begitulah adanya cakap si ustaz tu. Pelik bukan? Tapi benar katanya. Sikap romantik kurang difahami oleh rakyat Malaysia (ok kita sempitkan niche--Bani Melayu). Malahan, perkataan "romantik" itu sendiri tidak ada makna yang setara dalam Bahasa Melay

Kalau kita ada 20k, mana lagi baik buat dulu--Haji ke Kahwin?

Imej
Assalamualaikum wbt. Heh. lama tak jumpa. Asyik buat entri berat-berat je kan? Well now kita letak entri mudah-hadam tapi separa ilmiah jugak. Almaklumlah SPM punya musim kan. Hanset si budak Kardashian tu. Betul ! Kali pertama dalam sejarah hidup saya yang tak seberapa pendek ini, saya telah membeli smartphone sendiri. Jenis apa, wallahualam. Tapi cantik la (kot). Yang penting boleh up status troll sepam dua pukul dua tiga pagi dekat Terfaktab. wheehee! Ok main topik entri ni bukan pasal beli smartphone. Tapi pasal rata-rata feedback orang yang #kekening semacam bila kita beli hanset mahal. Nak cerita kelebihan Android Froyo dan Ice Cream Sandwich pun bukan ada yang faham. Yang diorang tahu ialah jumlah duit yang digunakan untuk beli hanset tu. "Apasal kau beli hanset mahal, booo, inilah gegurls, suka membazir je...beli hanset, beli handbag, kita kaum lelaki pumpang kumpul untuk kahwin" kata beliau sambil mencebik di belakang skrin komputer. Mak pula berkata, "I

Melabuhkan Tirai

Imej
Minggu Penghargaan di Terfaktab telah melabuhkan tirai semalam dengan harmoni dan penuh perasaan. Para penulis dan pembaca bersama-sama melahirkan rasa terima kasih sesama sendiri dalam meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Kami di Terfaktab berpendapat, minggu kali ini berjaya membawa para pembaca dan penulis-penulis sendiri untuk menghargai pemberian nikmat dan limpah kurnia yang diberikan oleh Sang Pencipta. Khasnya, menghargai mereka-mereka yang menyayangi diri kita selama ini. Tiada apa ulasan panjang yang dapat kami panjangkan lagi melainkan jaminan dari pihak kami untuk komited bersama para pembaca merealisasikan misi definisi cinta infiniti dalam membawa penyemaian cinta sesama manusia secara inklusif mahupun eksklusif. Semoga penulisan Terfaktab bertambah cemerlang dan pencambahan pemikiran para pembaca lebih matang di dalam blog yang bertunjangkan wacana ilmiah untuk kesejahteraan hubungan lelaki dan perempuan secara amnya. Salam kedamaian cinta dari kami. :)

Merci Beaucoup,Muchos Gracias,Thank You.

Imej
Terima kasih. Dua patah perkataan yang menjadikan dunia ini terasa tenang dan aman. Menjadikan diri ini dihargai. Menjadikan kita ini saling hormat-menghormati. Aku rasa kalau aku nak senaraikan kepada mereka yang aku perlu berterima kasih - tak cukup satu blog - mungkin panjang berjela. Tetapi yang pertama aku ingin ucapkan terima kasih - kepada ibu aku yang melahirkan aku pada jam 2:36 pagi, 21 April 1984 di Kluang, Johor - kira-kira 4 hari sebelum perlawanan separuh akhir Liverpool vs Steaua Bucharest sebelum menjuarai piala Eropah tahun 1984. Selama 9 bulan 20 hari (aku terlewat 10 hari dari sasaran), ibu aku membawa aku kehulu dan kehilir dengan penuh kasih sayang dan berkat. Lahir-lahir je anak - 27 tahun kemudian bawak surah sesat dan rebel - memang anak tak guna aku ni. Kepada ayah, dan adik-adik. Terima kasih sebab masih menerima aku sebagai ahli keluarga (walaupun ayah aku tak pernah menegur aku hampir 6 tahun rasanya), dan ibu aku hampir 2 tahun tak tegur aku, tapi dalam hid

Cintailah Aku. Cintai Diri Sendiri.

Imej
Salam. Salam sejahtera. Jadi, sempena minggu penghargaan ini, kami semua diminta untuk menulis sesuatu tentang penghargaan. Ya, penghargaan terbesar dan terpenting pada aku adalah nilai kesyukuran dengan apa yang dilalui setakat ini. Dapat bangun setiap pagi sudah dikira nikmat terbesar yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Maka, penghargaan pertama - ALHAMDULILLAH, terima kasih Ya Allah atas pinjaman nikmat yang belum pernah gagal sejak azali. [ Sumber gambar ] - Sudah 9 bulan bersama, kalau mengandung, mesti aku tengah nak meneran dalam bilik bersalin ni. Eh. 01 - Terima kasih pada Abah dan Emak  Mereka yang tidak pernah suka aku menulis.Abah dan Emak anggap menulis adalah satu bentuk pembaziran masa dan tiada faedah. Oh, mereka hanya tahu aku sudah ada satu buku, tetapi mereka tidak pernah mahu endah dan ambil tahu. Jadi, aku seperti biasanya, hanya tenggelam dalam dunia sendiri, menulis agar satu hari nanti, mereka akan sedar dan buka mata. Apa pun, terim

Signal Dari Tuhan?

Imej
Bertemu lagi dengan aku, Isaac Ismael, atau singkatannya II. Bersempena dengan minggu penghargaan nih, aku berniat untuk menulis panjang sedikit. Nak berinteraksi dengan kauorang semua. Pertamanya, aku ucapkan bertan-tan terima kasih kepada Skuad Terfaktab, Aqram khususnya kerana menjemput aku sebagai komrad terbaharu Terfaktab. Sungguh aku tak sangka.Tak pernah pulak aku terfikir.Takda pulak Tuhan bagi signal yang suatu hari nanti aku boleh jadi sebahagian daripada Terfaktab.  Maklumlah, sebagai penulis/pelukis baru, mungkin level aku tak selejen mereka-mereka yang dah berada 6,7,8,9,10,11 dan 12 bulan dalam Terfaktab ni. Tambah-tambah pengasas, Aqram yang memang lejen. Jadi, aku sumbangkan apa yang termampu, yang selari dengan konsep Terfaktab. And, I am open to any criticism. Kalau tak berkenan tu, ada cara boleh sampaikan. Kalau suka, terima kasih aku ucapkan. And, here is my stuff for this special week. Seperti biasa, perkongsian aku selalunya lebih

고마워요 - Thank You.

I am still alive. Thank you God for keeping me alive until now. Bila cakap pasal penghargaan ni, ini lah benda paling susah aku nak tulis. Dulu kalau zaman sekolah menengah kalau buat folio je kena tulis column penghargaan (appreciation). I have no idea. Aku tulis tak ikhlas. "Terima kasih kepada Cikgu Abu(bukan nama sebenar) kerana telah mengajar saya buat folio ini and bla bla bla". Padahal cikgu tu langsung tak ajar aku buat folio pun. Bagi aku tulis penghargaan ini setakat cukup syarat je nak siapkan folio time tu. That's why, when Aqram asked us to write about this week. I think for awhile. Who should I saying thank you? Mak ayah aku? Depa tak tahu pun aku dah tulis buku.haha. I am a quite person when around with my family. Next the hero dalam Kitab Terfaktab cerita yang aku tulis tu. Terima kasih sebab kalau tak kenal awak, tak ada lah cerita yang saya boleh tulis dalam kitab tu. Mesti lah kena berterima kasih kepada watak utama tu kan. Dah lah aku tulis cerita kita

TERFAKTAB - Terima Kasih!

Hai semua, Gua harap semua dalam keadaan sihat walafiat. Gua agak slow sikit kebelakangan ni. Mungkin kerana gua merasa kehilangan rakan puaka gua iaitu si Leplep. Dan juga gua busy pindah ke rumah baru. Jadi kesimpulannya, gua memang busy. Oh ye, gua nak mengucapkan SELAMAT HARI JADI YANG PERTAMA buat TERFAKTAB . Semoga lebih maju ke hadapan, semoga lebih gempak, lebih menyengat, lebih power, lebih bergaya, lebih di iktiraf, lebih ramai pembaca, lebih membantu, lebih segala-galanya lah. Setinggi penghargaan di ucapkan kepada, kemain poyo plak ayat gua ni. Ye, kepada boss merangkap BFF yang dikenali sudah 9 tahun rasanya. Tepukan untuk Abam Pendek, AQRAM. Kehkehkeh! Sorry Boss. Tanpa anda, siapalah Elena Reeney. Ye dak? Juga kepada skuad TERFAKTAB , anda semua memang POWER! Terima kasih atas segala kerjasama, support, saling memback up each other, dah rasa macam satu famili tahu? Tanpa anda semua, TERFAKTAB tidak akan berada di tahap ini. TERIMA KASIH! Para readers dan owners

Greatful: To That God Somewhere, Up There

Imej
Assalamualaikum gadis dan teruna. Saya tahu, saya tahu...entri ini akan membuatkan saya kelihatan separa evangelis. Dan tika masa orang lain menulis tentang penghargaan kepada teman lelaki/perempuan/mak/ayah/kawan baik dan entah siapa lagi yang dihargai itu; saya duduk di sini menaip tentang entiti bukan manusia--Tuhan. Ah, biarkan semua itu--kerana inilah titis pemikiran saya. Jujurnya, saya dan rakan baik saya sedang mengalami masa yang sukar. Dalam siri cinta kami sesama manusia, kami berada dalam kitar persoalan "Adakah dia cinta sama aku?/Adakah dia benci sama aku?" dan kami tidak pasti di mana ia akan berakhir. Merunsingkan--buat sesaat mereka titipkan pesanan cinta dan harapan--sesaat lagi mereka buat panggilan dan berkata "saya sudah ada yang lain". Dan lusa mereka datang, menghujani kita dengan janji lagi. Setiap kali rakan itu menghubungi dengan berita itu saya cuma boleh katakan, "Sabar sayang," tetapi selepas ribuan panggilan yang sama saya

Of Me And You.

Imej
Assalamualaikum. 안녕... Perasaan aku bercampur baur sungguh saat menaip entri ni. Entah berapa kali aku tules-padam-tules lagi-padam balik pon aku taktau. Mujur tak guna roba (baca: pemadam), kalau tak serius bersepah meja aku dengan habuk pemadam tu. Hukhuk. Terharu sangat kot dah sampai saat untuk tules penghargaan ke orang. Urgh, poyo. =.=' Okay, serius citer perjalanan aku dalam Terfaktab ni sbnanye banyak jugak onak dan duri (cewah ayat) tapi sampai ke saat ni, aku maseh juga gagah bertahan (walaupon hakikatnya banyak kali tersungkur dan enggan bangun). Aku akui aku bukan bermula dengan blogger pemes yang dah ada nama dan tempat di hati pembaca. Aku...adalah...sangat nobody. Nobody tu maksudnya wonder girls (?), okay tipu je. Maksud nobody aku tu aku menules untuk kepuasan sendiri di blog lama yang telah pon aku privatekan sebab mak aku baca. Kahkahkah. Macam lawak tapi serius. Mak aku pembaca setia aku kot. So, sebab mak aku selalu baca dan aku pon macam maken matang (celah

Terimalah kasih gua ini apa adanya.

Rasanya semua sudah sedia maklum tentang hasrat gua untuk mengundurkan diri ataupun berehat seketika dari Terfaktab jadi gua rasa kurang molek kalau gua tak up entri dedication ye dak? Jadi lepas entri ni kemungkinan besar lu orang mungkin akan lambat lagi membaca entri gua yang seterusnya atau mungkin tak baca lagi entri dari gua. Tengok,gua banyak guna perkataan mungkin kan? Kalau gua pandai meramal masa depan,gua takkan guna perkataan tu..kehkehkeh. Sebelum gua teruskan pasal dedication atau sesi penghargaan gua,izinkan gua sentuh sedikit pasal isu seksualiti merdeka atau isu gay/lesbian. Gua bukannya seorang homophobia, kawan-kawan gua pun banyak yang datang dari golongan tersebut tapi gua percaya hukum Tuhan bukannya hukum manusia yang boleh diubah macam tu je. Gua andaikan macam ni,macam mana suatu hari nanti lu orang yang heteroseksual ni tiba-tiba ada orang suruh lu jadi gay/lesbian mesti lu rasa tak puas hati kan? Kalau lu mencuba pun benda tu akan jadi hipokrit dan pura-pur

Terima Kasih & Appreciation List.

Imej
Alhamdulillah. Dengan setiap butir doa ini aku panjatkan untuk Sang Pencipta, Allah S.W.T dan shalawat atas Nabi teragung, Rasulullah S.A.W atas semua anugerah dan karunia yang telah Kau sampaikan untuk memperkuat diri sepanjang aku menempuh hidup di dunia ini. Aku yang selalu tertatih saat aku rapuh, aku yang selalu tangis dihadapkan dengan dunia gelapku, aku yang selalu takut untuk tiap ujian yang datang menerpaku, terima kasih atas tuntunanMu Tuhan. Buat almarhum papa tercinta di surga. Al-Fatihah, aku mau papa tau kalau aku kangen sama papa, moga moga aja papa tenang di sana ya pa. Buat mama, heroin yang selalu tampil gagah untuk aku dan untuk keluargaku. Buat adek yang selalu lucu dan selalu menyayangku, dan tidak lupa buat keluarga besar aku lain lainnya. Terima kasih banyak buat dukungan kalian yang tak pernah ada hentinya buat aku. Terima kasih banyak untuk semua kasih sayang dan motifasinya. Buat semua malaikat kecil yang Kau cipta atas nama teman teman aku yang selalu ada u