Awak Suka Perempuan Macam Mana?

Sejak aku mula bekerja di tempat baru, bekerja sebagai seorang penjaga kualiti barang-barang elektronik yang menjadi pemuas nafsu pengguna gajet berteknologi kini. Aku mulai sedar tentang kualiti seorang perempuan perlu ada benchmark. Ya, dengan kata yang lain, seseorang lelaki perlu ada benchmark (penanda aras) pada wanita yang di ingini.

Kalau ada lelaki yang berkata dia tak kisah nak berkahwin dengan siapa. Dia tipu.
Kalau ada lelaki kata dia tak hensem. Pun sama, dia tipu.

Kaitannya bila bekerja di tempat baru, pastilah aku ditanya oleh sebilangan gadis atau mak gadis yang baru aku kenali tentang; 

'Awak suka perempuan macam mana?'

Jadi, aku ingin jawab secara peribadi dan jujur. Di sini. Sebab semasa ditanya soalan itu kelmarin. Aku menjawab 'entah', sambil senyum tersipu-sipu.

Kita mula dari segi fizikal dahulu ya?

1. Aku suka atau lebih tertarik pada  perempuan free-hair. Simple potongannya dan tidak berwarna. Paras bahu. Tidak gemar pada perempuan bertudung labuh. Tidak gemar pada perempuan over-fashion pada tudungnya (lilit seakan mumia mesir misalnya). Jika suka pada perempuan bertudung, lebih prefer pada perempuan bertudung bawal. Ada sebab kenapa aku lebih prefer perempuan free-hair. Bila aku lihat diri aku yang agak gemar memakai seluar three-quarter, takkanlah aku nak pilih perempuan bertudung?

2. Aku suka atau lebih tertarik pada perempuan yang memakai baju longgar. Tidak gemar pada perempuan memakai pakaian agak atau terlebih ketat dan sendat serta seksi. Cukuplah dengan memakai t-shirt bersaiz M jika sepatutnya badan perempuan itu bersaiz S. Oh, perempuan memakai sweater lagilah aku suka. 

3. Aku suka perempuan yang beratnya dalam jangkaan 38kg hingga 46kg. Tinggi dalam jangkaan 150cm hingga 160cm. Senang cerita, ngam-ngam pada BMI normal. Maaf jika tak terpilih. Hihihi.

4. Ada buah dada. Hehehe. (Kamonn, jangan flat sangat ok?)

5. Berkulit cerah. Definisi cerah ini ada banyak seperti putih cerah, kuning langsat cerah, hitam manis cerah, dan sawo matang cerah. Atau lebih aku ungkapkan, cerah kerana ada sinar pada wajah hasil air wudhu dan kesan bersolat. Zinggggg!

6.  Comel. Definisi comel bagi aku bukan secara keseluruhan. Pada wajah kita mesti ada satu bahagian yang comel. Begini aku bagi contoh; 'Perempuan itu biasa saja wajahnya, tapi dia comel sebab pipi dia rasa geram nak dicubit-cubit'. Atau, 'Perempuan itu taklah cantik sangat tetapi dia comel sebab ada lesung pipit bila tersenyum'. Dan seterusnya-lah yang difikirkan sesuai.

7. Suaranya memang suara seorang perempuan. Aku rasa aku kurang gemar dengan perempuan bersuara kuat dan lantang.  Suara yang lembut dan sopan menjadi keutamaan. Dah serik hendak bercinta dengan perempuan suara speaker 3 Ampere. Lagi-lagi bila jenis takut kucing, jerit sampai satu medan selera dengar. Malunya......

8.  Suka pada perempuan yang gayanya berjalan tidak berterabur, tidak kelam kabut, tidak terhuyung-hayang dan tidak berjalan terlalu lambat. Suka pada perempuan yang berjalan pantas. Tak kisahlah mana-mana. Jalan biar badan tegak.

9. Tidak gemar pada perempuan yang bersolek keterlaluan dan tidak kena dalam solekan. Juga tak suka pada keterlaluan berfesyen. Seperti mengenakan pemerah pipi padahal hanya mahu ke pejabat pos. Atau mengenakan evening dress with eye shadow padahal hanya mahu makan roti prata di kedai mamak. 

10. Suka pada perempuan yang wangi terutama wangian yang berperisa buah-buahan. Bau perfume yang sengit amatlah tidak digemari. Mohon beli pewangi di Body Shop ya?

Dari segi keperibadian pula;

1. Amat gemar pada perempuan yang besederhana-aktif dalam bersukan. Perempuan itu menguasai satu jenis sukan seperti bola jaring misalnya. Namun tidaklah terlalu komited pada sukan itu sampai hendak meluangkan masa bersama pun tiada.

2. Tidak gemar pada perempuan yang bercakap dengan gaya yang pelik. Antara gaya yang pelik pada tafsiran aku ialah;

a. Terlalu manja. Cakap meleweh 'nyeh nyeh nyeh' senyum senyum macam kerang busuk. Yarabbi meremang bulu roma.
b. Kasar dan kurang ajar. Cara bercakapnya penuh dengan sarkastik yang menyakitkan hati. Nak bersarkastik boleh, tapi jangan menyakitkan hati. Mohon bersarka yang humor, bukan bawa kepada kelukaan.

3. Suka pada perempuan yang bercakap dengan fakta. Berhemah dan ada timbal-balik. Iaitu bila kita ber-conversation, ada bergilir-gilir. Mula-mula aku cakap, lepas itu giliran dia, dan seterusnya bergilir. Bukan jenis potong line.

4. Bukan jenis pemarah dan cepat marah. Walaupun dia nampak aku seperti marah bila bercakap, sebenarnya aku tak marah. Nasihat.

5. Tidak suka pada perempuan yang angkuh tak kena tempat. Dan berhipokrasi dalam keangkuhan. Iaini di depan aku berhemah, di depan orang lain bersikap angkuh dalam berkata-kata. Mengapa ya?

6. Aku respek dan sangat suka pada gadis yang menolak jika aku mula tak sengaja atau tak sedar rasa biang dan gatal seperti mengajak naik motor bersama atau mengajak dating di tempat sunyi. Sekali aku ditolak. Aku rasa terpukul. Dan aku secara tiba-tiba berkata dalam hati; 'Perempuan ini layak jadi isteri aku'.

7. Bila dia ketawa, dia tutup mulut dia. Walaupun gigi dia cantik dan bibir dia merah bak delima. Sebab apa? Itu rahsia.

8. Bila dia makan, dia lihat aku makan. Dia juga makan, tapi dia lebih gemar melihat aku makan dahulu, bila puas lihat, barulah dia makan dengan normalnya. 

9. Aku suka pada perempuan yang sedikit comot. Maksud aku, bila aku berjumpa dia dalam keadaan comot, dia tak rasa malu. Jika malu pun, dia pura-pura tebalkan muka. Padahal aku tak kisah. Dan aku suka lihat dia dalam keadaan comot kerana seharian bekerja atau ke hulur-hilir melakukan tugasan luar. Lagi aku suka kalau dia comot sebab dia baru lepas masak. Sudahlah comot, pandai masak pula tu. Luruh  jantung tahu?

10. Bukan dia yang melakukan sentuhan fizikal pada aku dahulu pada perkenalan pertama. Sentuhan fizikal seperti mencubit, atau menggunakan jari telunjuk untuk di cucuk pada pinggang aku, atau tendang-tendang kaki, atau pelempang atau pegang tangan. Sukar untuk aku terima perempuan sebegitu. Biarlah aku yang mulakan ok? Takdelah dalam hati aku berkata; 'Eh perempuan ni pasal apa? tak kena langsung'.

Aku rasa, itu sahaja jawapan aku. Kalau letak banyak-banyak, dikatanya aku ini terlalu memilih pula. Tetapi inilah pilihan aku. Bagaimana pula jawapan jujur peribadi korang?

Ulasan

senorita suri berkata…
just saying. bosan la tengok orang dok share banyak-banyak sampai biul mata aku..nak pakwe cenggini, nak makwe cenggitu..dok list tue nak yang good2 jer. kalo dah nak yang 'perfect' sangat..orderlah! :D k.bai. (V)
Tanpa Nama berkata…
rasanya macam dah menepati ciri2 tu ( EHH *mintak dilempang laju laju*) tapi bila sampai fizikal no 7 tu errrkk, punah harapan. haha -tulips
Tanpa Nama berkata…
cehh. awak ni mesti hensem mcm orlando bloom kan? nak had yang kuruih2 yang come2 ayu2 aje. hahahaa.

best of luck la bro.
AlexiaAqram berkata…
bosan juga. nak order tapi tak reti. kikiki.
moots berkata…
here's mine :

1. matang
2. beragama
3. lembut tutur kata
4. sedikit manja
5. tak menggelabah
6. cukup la tu.

berminat? boleh BBM saya!
Ara berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ara berkata…
aku sorg pempuan, aku nk gini, tp ni angan2 jela kn, kate nk jwpn jujur..hehe :

Fizikal
- Berwajah Melayu jati yg 'manis' mcm Fahrin Ahmad, Safee Sali, aku kureng sket muke2 KPop ni w/pun most girls think they r cute, hehe.. serius.
- Tinggi dr aku (aku 167 cm)
- Bdn kne ade isi n taf sket, ..haha (sbb aku rangka besar n chubby, xpdn dgn yg keding)

Pemakaian
-Simple - T-shirt n jeans bile kua jln2..tp xmo sua 3 suku..nmpk bulu kaki.haha


Personaliti
-X merokok
-Beragama yet easygoing n fun
-Ade STRONG SENSE OF HUMOR mcm aku..hehe
-X berkira nk tolong2 keje2 kt dapur..haha
-Bkn sorg yg pemarah tp tegas dlm certain2 perkara ;)
-Bkn sorg yg sensitif x bertempat
-ROMANTIK!! :P
-Sedikit manja juga..haha
sapik berkata…
@Ara

saya rasa saya ade ciri2 tersebut ahahahaks :p
Tanpa Nama berkata…
38kg-46kg perghh....OUTTTT!!!
Tanpa Nama berkata…
ermm...aku tersangatla xsuke bila couple ber'awak-awak'..i dunno..that's just me..berdesing telinga mendengarnya
fi berkata…
x mampu la aku nak demand bagai nak cari awek
Dekna berkata…
perlu ke kita nak list segala demand apa yg kita nak?

rasanya lgi mudah kecewa kalo x dpt apa yg mcm kita nak kan.hehe
Akim Iqbal berkata…
Yang buta ada ? Aku nak ?
budak muo berkata…
aqram..
lepak gee yok!
kita usha sama-sama perempuan pilihan kau..
aku nak jadik komentar terbaik..haha

*budakmuo*
Tanpa Nama berkata…
ehh saya 150cm 43kg hee :)

rasanya bila suka sayang cinta ,list up itu tidak menjadi ukuran lagi :)
Unknown berkata…
siap list bagai! Takpe la usaha nak mencari terbaik di hati kan !

Good luck ^^
Tanpa Nama berkata…
Selepas membaca entri yang hebat ini saya ingin ucapkan....

"Selamat membujang untuk lima tahun yang akan datang...."
Tanpa Nama berkata…
i think dis is normal..sume org ade preference msg2..kite yg xpenah buat list ni pn, bl dsuruh buat..hamek kau!confem brjela2 gamaknye..dpt or x tu blakang cite la kn..ahaks!
Unknown berkata…
haha!! good luck with all that lengthy list

:DDD
ceklala berkata…
list no 1 ngn no 7 dah terkeluar..siang2 dah kene reject!abisla...hihihi

btw..gudluck!moga satu hari nanti akan berjumpa jugak dengan idaman suri :)
Tanpa Nama berkata…
boleh pergi mampos..
.Cik Nana. berkata…
amboi...ni berapa lama baru nak jumpa?
Tanpa Nama berkata…
tersenarai dalam list.boleh bbm ye..
:)
fatin48 berkata…
physical aspect,
no.4 & no.1 dah out.

tp alhamdulillah, yg lain semua ada. - boyfie yg cakap la. hhihihi. *gelak tutup mulut.
Tanpa Nama berkata…
aku suka baca komen2 kt sini...especially yg wish "selamat membujang untk lima tahun yg akan dtg"...seyes lawak...hahaha...apa2 pun, masing2 ada taste sendiri ye dak? tapi yg ni serius pling detail aku dgr..bagi aku, aku prefer yg sederhana dan simple dlm segala benda..tak nak la perfect sgt...biasa2 je..happy doesn't mean that everything is perfect. It means that you're decided to look beyond the imperfections..sbb kadang2 perfect ni, leceh... =)
Maya Nadirah berkata…
serius..? kenapa ciri2 tu mcm ade dkt aku..? hahahahahaha ! tp sy tak cerah.. sy itam manis. hihi !
SN berkata…
peh,sedih kot tak layak tercalon,hak3

all the best aqram~!
salam. nak yg wajah bersinar hasil air wudhu dan kesan solat tp free hair. xngam la bro. insyallah klu dapat yg beragama lengkap pasti itu yang terbaik. plus pilihla perempuan itu kerana agamanya, keturunannya hartanya dan kecantikannya. pemilihan yang betol akan membawa kita ke tempat yg syurga. bukan berasaskan nafsu shaja. dosa isteri suami yg tanggung. maaf!!
Tanpa Nama berkata…
nak mamat muka k-pop
Unknown berkata…
kalo dah jumpe, mohon kongsikan ceritanya
Tanpa Nama berkata…
selamat membujang sampai ke mati ya aqram....hahahah
Tanpa Nama berkata…
dalam hidup kita berhak memilih!
Y.I.A berkata…
memang kene buat benchmark meh?? yeke? mcm ragu2 sket..bila hati dah suka rasenye semua benchmark ni hanya akan tinggal sb benchmark je kot.. :p tak gitew??
Tanpa Nama berkata…
aku nak laki k-pop ja...yeah...!!!
Tanpa Nama berkata…
bosan la list up kehendak bagai.kamon, kuat gila lu berkhayal ya
Tanpa Nama berkata…
1. aku tak faham kenapa mesti free hair. ah, kau punya suka lah.

2. baju longgar bla3... takyah seluar pun takpe kan?

3. tinggi 160 cm dan berat 46 kg = BMI normal kau kata? itu kurus kering kau tahu?

4. kenapa tak gtaw je saiz pe yang kau nak? C, D, E?

5. cerah kerana air wudhu tapi free hair. yezza, aku belum jumpa lagi.

6. aku abaikan poin ni.

7. suara kau jantan sangat lah kan?

8. xnk kelam kabut tapi nak yang jalan pantas. kau tengah audition next top model ek?

9. senang cerita, kau tak konfiden dengan exterior sendiri so tak nak perempuan tu lebih daripada kau la kan?

10. bukan ke wangi2 untuk bukan mahram ni BERDOSA?

-----------------

1. pergi sekolah sukan sana. ada yg tahu bola jaring, badminton, olahraga, etc..

2. pergi cari awek master. most of them tahu berfikir sebelum cakap. oh, wait. aku rasa tak setaraf ngan kau kot.

3. fakta? kau nak cari profesor ke? tak mahu yang potong line bagai. kalau kau x membosankan, takdelah kau disampuk/dipotong. poodah~

4. dia takleh marah tapi kau boleh? oh, silap. tapi kau boleh 'nasihat'? k fine.

5. sila senaraikan tempat yang dibolehkan untuk berangkuhan. kemon laa.. malaysia negara demokrasi. suka hati la nak cakap apa dan di mana as long as mengikut undang2.

6. and after that, kau akan realize dia tak jwb call or reply mesej kau kerana laki yang baik xkn biang/gatal dengan tak sengaja

7. baik takyah gelak camtu. senyum je.

8. kenapa kau kena makan dulu ni? kau cari perempuan ke stalker? atau hamba? sosiopath sungguh!

9. tolonglah. ini bukan drama tv. comot? alolo..

10. biar lelaki sentuh perempuan dulu? perempuan jenis tuh? sama je. cheap.

Aku perasan kau tak tulis kriteria pembersih, tahu kemas rumah, hormat orang tua atau suka budak2 or other crucial details.

At least, kau masih ada harapan lagi. mwahaha.. semoga sukses!
Tanpa Nama berkata…
wah mantap listnya..
teringat 1 kisah oleh lecturer sy:
seorang lelaki minta si ibu carikan jodoh siap dengan list yg panjang..kira2 perfect la..

maka bermula kisah si ibu mencari..
stelah beberapa lama...masih xjumpa..
satu2 ciri2 dalam list dibuang...dan akhirnya kata lelaki ini:
"xpe la mak, asal perempuan je"
Tanpa Nama berkata…
aku pernah kenal perempuan sebijik macam dalam list tu.. tapi sayang.. dia pilih pengkid. sori bro.
Tanpa Nama berkata…
Aku respek dan sangat suka pada gadis yang menolak jika aku mula tak sengaja atau tak sedar rasa biang dan gatal seperti mengajak naik motor bersama atau mengajak dating di tempat sunyi. Sekali aku ditolak. Aku rasa terpukul. Dan aku secara tiba-tiba berkata dalam hati; 'Perempuan ini layak jadi isteri aku'.

taw x ape pempuan tu ckp dlm hati?
'laki ni x layak jadik suami aku!!'
Msgkqhwtajfsjahwtsj berkata…
it feels like you are describing me. hahaha. sumpah sama owh o.O"
Tanpa Nama berkata…
wah bkn men lg ko nye list...tp aq rse n p'cye ko nye list akn b'ubah..haha..btw gud luck dlm m;cri cnta...
sarah zulk berkata…
terbaik!! hehe...
Unknown berkata…
sebelum komen , baca dulu komen orang .. hahaa .. memang lawak lah yang sesetengah ..

mula-mula baca entri ni , terasa jugak dalam hati. eh , betul ke pilihan lelaki macamni? uish , tak berlaki lah kalau betul ^^,

tak salah nak ada list macam ni .. cuma , nanti bila dapat yang tak ikut list (salah satu ciri2 di atas OUT) macamana? btw , semoga berjaya :)
IAMSERI berkata…
Seronok baca entry nih dan seronok jugak baca komen-komen orang lain..hehehe..
nabila berkata…
Mengikut dr apa yg sy nampak dr penulisan encik kali ini,encik adalah dominan.mmg style zaman 60-80an punya laki.sebab ape,encik tak suka kalo cik cik ni berlebihan dr encik.
Tanpa Nama berkata…
puihhh !
jadi manusia la . bukan jadi robot .
Nur Syazana berkata…
jodoh sume ditangan Allah.. kang kecewa ape yg dlm list 2 xde haaa
Ara berkata…
@sapik

o ek? hehe.... :p
ainchah berkata…
aku nk yg beragama, jantan, senyum manis, kelakar dan bijak..hahah
lynda ahmad berkata…
bagi aku...xpayah la kau letakkan syarat bagai suke pompan mcm ni la..laki mcm ni la..sumetu BS bagi aku..sebab one day bile kau mengalami satu tahap dimane kau suddenly tersuke kat someone tu..n kau betol2 suke...pangai lahanat yg kau tak suke tu pown boleh bertukar jadi indah..cz kalau kau dh terfall in love kat someone tu..kdg2 kau x tau kenape..dan kau hanye boleh jawab..entah la..aku pown x tau la kenape aku suke die..mcm jawapan daripade org yg xde motif utk hidup..tapi yg sebenarnyer...betollah jawapan die tu..base on experience aku la...hahahahahah
Farah Lepatoni berkata…
well said :) atleast u tw ape u nak..dpt ke x laen citer.LOL

1.perempuan pon x suke lelaki yg time bercakap potong laen n cara cakap tu mengelabah je..bolok kot.

2."8. Bila dia makan, dia lihat aku makan. Dia juga makan, tapi dia lebih gemar melihat aku makan dahulu, bila puas lihat, barulah dia makan dengan normalnya.".. yup, ini ak. bkn ape, ak tw dia jenis cerewet bab mkn so ak prefer dia mkn dlu so juz in case he anything ak ley bg smpai la dia rse selesa nk mkn. then bru ak mkn ak yer mknn. but every time ak nk mkn he just staring at me. then i'll ask, y? is there anything u need? he said, no.. me: so? he : nothin..just eat urs..geram kot.tiap kali mkn pon mcmtu.
fatin qurratuaini berkata…
fuhh.. aku nak lelaki yang tak pernah buat listing cmni. sekian,jujur dari aku.
Tanpa Nama berkata…
kau takkan dapat pempuan idaman dalam list ko tu.. mesti ada yang tertinggal punya..haha!!!
Unknown berkata…
best bace komen!!..haha..
malisa dalila berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
saya nak laki muka macam Rajini Kant... Hebattt
Arif Jamal berkata…
Says foreveralone
Ila Zuber berkata…
Hahahhaa. Walaweyy..lawakk ��
Tanpa Nama berkata…
Aku prefer yg..
-Solat jaga
-Family type
-Syg ibu bapa
-Berkepimpinan
-Tinggi lebih (sbb aku 160)
-Berat normal, kalau tak kau kena janji utk diet..Haha
-Bijak
-Peramah
-Baik hati
-Mahir dlm byk perkara
-Bukan anti sosial
-Tak handsome takpe, yg penting manis
-Pandai jaga penampilan (sbb aku comot..Haha)
-Boleh bertoleransi
-Umur plus minus 22 (tak nak suami org/bf org/tunang org - nnti aku pulak yg salah) p/s: tak nak > 28, sbb abg sulung aku berumur 28
-Tak merokok, syisya dll
-Bekerjaya
-Sayang haiwan peliharaan
-Ada humor (sbb aku tak brp byk ckp)
-Beradab dlm segala aspek
-Pembersih
-Rajin
-Hormat dan syg diri sendiri
.
.
.
Tu je kot..
Lepas aku habis blaja baru fikir nak cari. Sekarang ni, kebanyakan aku berkawan biasa je. Huhu..Doakan aku okeyh

Unknown berkata…
Hahahaha ini semua kebangangan!!!
Uk berkata…
Perempuan yang komen semua kuat sembang. Bila author saja share luahan hati. Yg korg cakap perlu ke nak list2 benda mcm ni you are wrong sebab korg pun share jugak luahan hati korg kat comment tu. Yg bab cakap tak pakai tudung tapi jaga solat. Sorry sikit, perempuan mcm tu mmg wujud okay. Lagi pun lelaki tak perlukan kesemua cita rasa dy di tepati. Kdg2 ada 1/20 dari list tu pun dah cukup nak buat laki tu suka kat org tu. Share knowledge and opinion tak kira dari segi apa pun di kira ilmu. Laki ni suka test dengan bermacam permintaan tapi dia tak hadap sangat pun. Mcm yg dia kata dy suka perempuan yang menolak ajakan dia. Why not? Ini je dah tunjuk yang bro ni bukan jenis memaksa or nak suruh ikut kehendak dia ja. Okay bro good luck for your future wife. I believe perempuan kat luar tu rasa annoyed sebab dia tak termasuk dalam citarasa bro. Hahahahaha damn.
Nuraeyna berkata…
Demand nya😏

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.