in love with a stranger?

Hai semua! Dah lama aku tak tulis entri hal ehwal cinta ni. Dah tak ada hati pada cinta agaknya aku ni. kahkahkah! Ok back to the topic. In love with a stranger.. Aku boleh bet kau kau kau yang tengah baca ni 99% mesti pernah suka minat cinta whatever lah dengan stranger. This does happens to me like a lot of time.

Kalau kau suka kat seseorang dan kau kenal orang tu macam nama dia dan selalu hang out dengan kau, tak boleh dikategorikan dalam "in love with a stranger". Ni kau suka dengan stranger. Kau langsung tak kenal dia, dan dia pun tak kenal kau pun. Kau dengan dia tak pernah ada apa-apa conversation langsung. Cuma kau selalu nampak dia contohnya masa kau jalan kaki pergi kelas atau selalu nampak dia kat kedai runcit yang kau selalu pergi. Lama-lama kau pun suka dia. Suka tengok muka dia I mean.

Ahahaha! Situasi macam tu yang aku katakan in love with a stranger. Pelik bukan. Dengan stranger pun boleh suka. Bahaya betul kau ni moi. Selalunya stranger yang kau suka tu kau awal-awal lagi dah tahu dia tak akan jadi milik kau nyahh *sedar diri*. Dia terlalu hot untuk kau. Nak mulakan conversation pun malu. Tak kan tiba-tiba kau pergi kat dia and say hi kan lepas tu tukar-tukar Facebook.. dulu tukar-tukar nombor sekarang "awak ada Facebook?" Tak kan tetiba nak buat macam tu TT_TT

Nak-nak lagi kau selalu lalu depan rumah dia. Lepas tu berdoa dalam hati harap-harap nampak lah dia keluar rumah. Tapi hampeh. Tak ada pun.. Kalau nampak dia pun, kau cuma boleh renung puas-puas susuk belakang badan dia sahaja sampailah dia hilang dari pandangan kau. Nak renung depan-depan malu takut dia perasan *blushing* kahkahkah!

Tapi semacam jodoh pun ada. Yela selalu terserempak. Either masa kau jalan kaki pergi kelas atau dalam lif. Dalam hati aku selalu fikir "dia ni ingat aku ke tak?" . Oh! Semestinya dia tak akan ingat *kata hati aku sendiri*. Kalau dia ingat dah tentu sudah berbalas senyuman at least kan.. Tak tahu kebetulan apa ni. Satu hari tu aku nampak dia dengan awek dia. Lah.. dah berawek rupanya :'( Agaknya Tuhan nak tunjukkan aku suruh lupakan laki ni tapi aku degil. haha~

Oh cerita ni tak ada happy ending atau sad ending. Sebab akhirnya kita semua move on dengan kehidupan kita dan akan lupakan stranger tu kan. Stranger yang kita suka tu cuma satu persinggahan dalam hati kita. Bila dia dah nak berlabuh, dia akan pergi dan tak akan kembali. Kita pun tak akan harapkan apa-apa lagi :) Oh lepas tu akan ada stranger baru muncul dalam hidup kita. Benda ni dah macam cycle dalam hidup kita.

Maaflah jika entri ni lebih kepada pengalaman aku sendiri. Kalau tanpa pengalaman sendiri tak adanya aku mampu tulis entri macam ni. Dan agak boring kan entri kali ni? HEHE

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
x bosan ok.sbb aku tga pk sal someone bila bc entry ni n tersenyum sorg2 :)
-mr.dontcare-
SuriaSalleh berkata…
sy tgh inlove dgn stranger la sekarang ni, asik perhati dia dari jauh je huehue :P
nots berkata…
HAHA pernah rasa situasi macam nii . Then senyum sorang sorang , dalam hati berbunga bagaii . Padahal syok sendiri . HewHew -.-
Hafiz Baharson berkata…
masa zaman sekolah dulu selalu terjadi in love with stranger....ye lahh, malu nk tegur tp hari2 dok perhatikan dari jauh....nama je dak laki....

tapi skrg tak lagi, asal nmpk je pmpn yg berkenan....tegur je

ahh...sweet old memories :)
Siti Nur Asilah berkata…
sy plak tgh in love dgn retis. ini serius. =.=
B33HA B3n berkata…
aku susah nak jadi macam ni...biasenye 7-8 bulan kenal , keluar baru suka.. tapi..now.. terjadi!! woaa..best kot.
jejakapemalu berkata…
memang setiap org ada pengalaman ni..
azuwa berkata…
aku ingat aku sorang je, huahuahuaa..

on my part, aku jarang jumpa dia. tahun ni jumpa sekali je, time training dgn time performance. lepas tu hilang. (yep, kami ni retis hahaha)

tapi bila jumpa tu dalam hati aku bagai nak rak berdegup. tengok pun dari jauh. tak berani nak tegur langsung, walaupun aku tau susah gile nak tengok dia lagi. haihh.. nak buat cane. dah aku malu dgn dia, kekeke XDD

maybe lepas ni dah tak jumpa lagi. kalau ada jodoh lagi jumpala. harap2 lepas ni kitorang mampu tegur sesama sendiri, ahaha. amin.


p/s: aku rasa dia pun suka kat aku hahaha =p
Tanpa Nama berkata…
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Tanpa Nama berkata…
crita ni sgt serupa dgn kes aku masa form 5, n yg best nya sy da kapel pun dgn dia, da masuk 6 tahun. so sweet bila d ingat2. smoga hbgn bersatu d jinjang pelamin n berkekalan ke akhir hayat :)
saya lah berkata…
dulu penah in love with stranger..x knl tp suke tgk dy..and finally he took the first step..skrg dah qlmost 4years dgn dy:))
Cob Nobbler berkata…
macam perli awek nombor telefon +673 je ko ni.......
gadishebat. berkata…
hahaha,aku pernah jadi macam ni.

aku naik tren, memang slalu nampak this one guy.mula2 tu fikir takde pape, biasalah, semua orang pun naik tren kan. tapi bila lama2, memang tiap2 hari akan terserempak dengan dia. then sampai satu tahap, if aku tak nampak dia sehari, aku pelik. aku 'mencari' kononnya.

so the next day aku akan naik tren awal sikit, or lambat sikit. bila lama2,aku dah tau timing dia naik tren. gila, tapi bagus untuk aku semangat bangun pagi pergi kerja. HAHA.

memang kita takkan dapat that person,just boleh in love sekejap je,lepastu please back to reality people!hehe.. ;)
Patenggg berkata…
haha. awek ber no telefon +673.


eh, amoi. tak bosan la. sbb macam ramai je yg ade love mcm nie. :)
Nazrul Ashraff berkata…
entry terbaikkkkkkkkkkkk. memang selalu. aku dah la suka lepak library., kalau bossan memang pandang sana. lepas tu blink blink blink.
Tanpa Nama berkata…
Eh, cam pernah jgak la in lep wit stranger. Huhu~
Usha dr jauh tu. Keh3.
Pida berkata…
Jatuh cinta dengan stranger mmg pengalaman menarik. Kira syok sendiri la..
Diyana berkata…
i always like this

Cinta kilat loh nampak tu suka,nampak ni suka .Parah !
Tanpa Nama berkata…
exactly what happened to me! I didn't even know his name, & then finally after 1 year++ bru tau nama dia. Itupun through fb, but at the same time, ohh..he already got someone special..so I'm starting to throw away this feelings..

huhu setahun lebih ttanya2 namanya, lpas dpt tau, hv to stop liking him la pulak...
alfsfr.ali berkata…
aku penah suka kat sorang minah ni kat matrik dulu. serius cantik lagi dari fatin liyana. hanis zalikha pun kalah.

satu hari jumpa dia, usha punya usha terus terlanggar tiang. dia perasan aku langgar tiang dia senyum tengok aku.

itulah situasi memalukan paling menarik dalam hidup aku.

oh stranger!!
Diyana Munira berkata…
This is my response to your entry:

http://doojoonitis.blogspot.com/2011/12/in-love-with-stranger.html
MegaBlue berkata…
aku in lep dgn stranger since first sem kat college lagi..hotstuff kot..nov lpas, my last sem..kene buat event..then, satu team dgn die..die bagi feedback..2 hari terindah dlm idup..then, nothin extraordinary happen..its just goes same with the entry..no sad and happy endings..
Pearl Jangmi berkata…
being in love with strangers ? sweet memories I think =]
inaks berkata…
aku rasa ini bukan in love..nie cuma cruss..biasa..brg baik mmg kene tgk selalu..hehehe
Miss FZ berkata…
yaaa.pernah gak tengok je n suka stranger dari jauh, pastu ternampak dia n awek dia. but that was then. skrg, dia dgn aku dah 4years.huhu.
puteri biru berkata…
takdela sampai in love, aku rasa tahap crush je kot. nama pun stranger.
TheBentPencil berkata…
reminded of a story from my friend.
she began with a stranger on the bus stop.
Funny, because she was the one who said Hi and the guy was the one who's shy.

And then they meet again, on another place, while waiting for another thing, and humming the same favorite song.

and immediately connected.

for years and counting. I wish for the best for these two.
Tanpa Nama berkata…
oh fuck! aku memang sedang mengalaminya.. tapi aku tak selalu terserempak ngan stranger tu. dan skang aku masih tercari2 mana dia...

-inlovewithstranger
fahmi berkata…
aku pernah kot mase skolah dulu..takut betul nak tegur.last2 aku ambik gambar curi2..hehe
Unknown berkata…
Bila tengok topik nie, haih semua ex aku tue semua stranger2 yang aku duk usha dari jauh je..haha.. even now pun aku tengah usha-usha seorang awek nie dari jauh walhal sekelas je kat kuliah tue..haha.. :)
Tanpa Nama berkata…
nak tanya..ade member laki ni,nk cari awek tpi bg la ciri2 yg die nk tp tiap kali borak2 msti ckp xnk awek mcm ak..apa maksud tersurat die erkkkk haha
reenapple berkata…
yeay... aku pernah alami.. asyik nampak dia.. but then aku discover sendiri..tahu nama dia apa.. but then entah.. aku tak tegur pom dia..malu..hehe
AiFiELi berkata…
hehehe~~ by the way...baru terbaca entry ni !! walau dah bertahun2 ! haahha! sebab Aku baru je mengalami "in love with stranger" hahhaha~ mule2 pelik juga and terasa kelakar bile terfikir tentang tu ! hahah...dah setahun kowt aku ni in live with stranger...hahhaa~ but selepas setahun aku in love with stranger aku takde laaa masih taktau nama dia ! oleh kerana aku dah in love and memandangkan aku ni sebenarnye seorang stalker tegar ! jadi aku dah dapat semua maklumat dia ! hhahaha~ dari sekolah dia,nama siblings dia,nama parents dia,parents dia kerja ape,dulu dia sekolah mana~~ senang kata semua laaaa aku dah tau ! hahhahah~ thank god sebab permudahkan segalanya ! cuma untuk be friend tu malu sikit laaa well aku kan perempuan~ hahahha~ =)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.