Hari Ahad Bersama Abang Borhan

Asalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

Sekarang dah hari Ahad. Hari Ahad selalunya bukan hari yang bagus untuk berasmara. Ehh salah. Maksud abang ialah keluar bersama kekasih. Abang selalu ingatkan pada anak-anak buah abang tentang hal ini. Tapi, anak-anak buah abang tak nak dengar. Degil betul. Bila balik dari ibukota, dengan susah-payah anak buah abang ini merungut.

"Banyak betul indon, nepal, bangla hari ini"

Tahu pulak kau merungut ya. Engko dah tahu memang hari Ahad banyak pelancong asing berkeliaran tak tentu hala pada hari Ahad. Yang kau sanggup nak keluar kenapa? Dah lah kau pergi Pertama Kompleks. Apa benda ada kat situ? Kau kata kau nak tengok Ombak Rindu. Kau tipu abang kan? Maknanya sia-sia lah abang kirim salam sayang pada Lisa Suriani tadi. Tak sangka kau menipu. Sekarang rasakan. Padan muka. Bau badan pun dah macam longkang. Bersesak naik Rapid KL dengan semerbak ketiak Vietnam.

Abang pernah tengok ketiak perempuan Vietnam. Sumpah abang nak makan meggi tak lalu tiga hari. Meggi dan bulu ketiak dia dah nak sama abang tengok.

Oh, lupa pula abang nak kenalkan diri. Hai para pembaca sekalian. Nama abang, Borhan. Borhan Bogiba. Abang yang selalu menghantui engko-engko di facebook Terfaktab dengan memutarkan lagu-lagu pilihan jiwang terbaik sepanjang zaman. Dan tak lupa juga memberi madah-madah berhelah yang meleburkan hati sang gadis sama ada yang dah terlajak mahupun belum. Kadangkala ada juga lelaki yang minat pada abang. Abang tak seram, tapi kalau esok engko tengok abang sidai toto di ampaian. Engko paham-paham sajalah.

Oh ya, engko boleh panggil abang sebagai Abang Borhan. Ya, panggil abang. Barulah abang ada keyakinan. Lagipun memang abang masih muda, cuma tak mengaku tua sajalah. Harap engko paham jiwa abang ini. Belum berkahwin dan masih samar-samar nak berbini sebab kalau abang ada bini, takut nanti bini abang calarkan kereta abang. Engko tak payah tahu abang naik kereta apa. Kereta abang sama dengan gaji engko 12 bulan. Jadi, mari kita buka buku baru.

Abang ucapkan terima kasih kepada abang besar Terfaktab sebab sudi naikkan pangkat abang dari kerja di konti Terfaktab kepada menulis di laman serba baru ini. Nampaknya selepas ini sunyilah konti Terfaktab. Ah. Abang lupa, kan abang Jamal ada lagi. Padan muka abang Jamal. Hahaha. Berseloroh abang ketawa kali ini.

Bila abang di heret untuk menulis di sini. Pastinya abang akan menyentuh hal-hal mudah dalam apa orang putih kata tu? Relationship ya? Ok, macam itu lah yang abang akan sentuh. Seperti tadi, abang nasihatkan jangan keluar dengan kekasih pada hari Ahad. Antara sebab lain ialah, abang nak cakap yang hari Ahad ialah Sunday. Sunday ialah hari Matahari. Hari matahari bermakna ramai orang akan sakit mata atau cuba bermain mata di waktu tengahari. Dan bila ramai orang bermain mata, maka akan ada mata-mata mengawasi semua kekasih. Mesti engko tak nak kena jeling dengan orang lain kan bila kau keluar dengan kekasih kau kan? Jadi, dengorlah nasihat abang ni.

Kalau nak keluar bersama kekasih, keluarlah hari Rabu. Sebab hari Rabu takde Cinta Elysa. Lagipun, tiket wayang pun hanya murah pada hari Rabu. Hanya itu saja abang nak kabor. Simple.

Wassalam.

Ulasan

AlexiaAqram berkata…
hahahaha! terbaik lah bang!
Itu Aku berkata…
hahahha
sempoi
hari rabu tiket wayang murah ye
pakai kad pelajar pon ada potongan
woha!!
AnaLia berkata…
Abg, kau punya tulisan ni, aku rasa mcm baca majalah Ujang dolu2..time majalah tu best gilak...

Abg, aku suka (tulisan) kau.
Tanpa Nama berkata…
haha tebaek aa ayat ko abang!best and funny!suke2! =)
saya lah berkata…
abang borhan rock!
nots berkata…
Hai Abang Borhan . Ehem .
Sumpah best !
Ahad is Sunday is Sun Day is Hari Matahari . HAHAHA ;D
gadis_buntu berkata…
hari rabu aku kerja abang borhan. balik pun dah malam camne aku nak keluar. lepas tu mak aku tak bagi pulak tu dating malam malam. macam mane ni abang borhan? aku buntu.
gadis_buntu berkata…
tapi kalau abang borhan masuk meminang aku, maybe mak aku bagi keluar malam malam. jadi apa lagi abang borhan. i tau u single lagi. hihi
gadis_buntu berkata…
i promise i takkan calarkan kereta abang borhan. malahan pada hari ahad, i boleh tolong cucikan kereta abang borhan.

yang ikhlas,
gadis
Hush berkata…
haha.
terbayang suara awok wilcha yang terngiang ngiang bila baca entri ni.
Cik Ros berkata…
abang borhan, hari rabu merupakan hari feveret saya untuk tengok wayang...jom tengok wayang hari rabu sebab takde Cinta Elysa...hahhaha
Abang Borhan berkata…
@Itu Aku

pasal itu abang galakkan engko2 dating hari rabu.
Abang Borhan berkata…
@AnaLia

ujang abang bace jugok. tapi, abang dulu bace gila-gila.
Abang Borhan berkata…
@♥ Capital N

jangan lupe pakai sunblock, tu je abang nak kabor.
Abang Borhan berkata…
@gadis_buntu

engko ni buat jantung abang berdegup kencang tahu?
Abang Borhan berkata…
@Hush

abang pernah minum teh dgn usop wicha masa sama2 masuk askor dulu.
Abang Borhan berkata…
@Ros Anisza

ni kita nak pergi ke camne ni?
.::TAIKO ::. berkata…
rabu keje..huh
kesimpulan xpayah dating lgsg ..bgus x abang?
wa-nita berkata…
gaya abang menulih ni mengingatkan saya pada seseorang yg saya admire. jadi, dengan logiknya... saya terus jatuh suka baca pertama kat tulisan abang. sekian.

notakaki: tak sabar nak baca tulisan abang yg seterusnya. cepatlah :D
gadis_buntu berkata…
@Abang Borhan

adakah ini yang dinamakan cinta?
Cikya berkata…
Hola Mr Borhan.

sebab dah past midnite time, maka hendaklah menggodek entry lama kat sini lepas lama tak singgah.

*warm welcome to Bro Borhan*

keep it up.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.