Gadis Gadis Semasa

Selamat sejahtera ke atas kamu kamu! Sebelum aku menulis lebih panjang, aku sajikan dua daripada 20 episod siri Scarfgals yang tak berapa popular dalam blog aku, Stabbedmiles. .





Okay, sketsa di atas hanya hiburan, bukan cerminan peribadi aku. Mamat bangang ignorant dua orang tu tentu sekali tidak mencerminkan aku. ha ha ha. Bagi aku pakai tudung ke tak ke, pakai shawls ke tak ke, kalau dah segak tu tetap segak, kalau dah comel tu tetap comel. Cumanya, kalau dah bertudung tu, eloklah hormati etika bertudung. Bukan setakat nak jadi Ultras Yuna, or Ultras Tajima or Ultras Dian Pelangi. keh keh keh. Alah, yang perempuan ni kauorang tahu sendiri lah kan.

Bagi lelaki, tipulah kalau takda citarasa. Ada yang masih suka gadis bertudung bawal. Sebabnya ada banyak. Mungkin lelaki pesen ni sukakan kecantikan yang klasik ataupun simply sukakan gadis(isteri) yang cepat siap. Tak payah tunggu lama-lama nak pakai tudung pun. keh keh keh. Bukan apa, ada sesetengah bentuk muka perempuan ni, nampak lebih sesuai bila kenakan tudung biasa. Ini pendapat peribadi aku lah. Bukannya terer sangat bab-bab tudung ni.

Ada juga lelaki suka perempuan berpashmina, bershawls bagai semua ni. Jadi, kauorang yang perempuan ni pakai tudung ikut suka hati kauorang, bukan ikut suka hati lelaki. Bagi yang masih belum bertudung, teruskan tidak bertudung kalau kau bukan Islam lah. Bagi yang Islam tuh, insyaAllah satu hari nanti anda akan bertudung.

Jadi, soal adab, akhlak dan perhubungan yang lebih utama sekali jika nak dibandingkan soal pemilihan jenis tudung. Betul kata orang, kalau bertudung sempurna pun, buat maksiat jugak apa guna. Kalau tak tutup aurat tak semestinya jahat. Tapi kalau tak tutup aurat, buat maksiat jugak, Astaghfirullahallazim.

Sekian, terima kasih.


Ulasan

TheBentPencil berkata…
Ade sesetengah orang sesuai pakai tudung biasa. yes, from experience, I agree on this part.
Tanpa Nama berkata…
"Jadi, soal adab, akhlak dan perhubungan yang lebih utama sekali jika nak dibandingkan soal tudung. Betul kata orang, kalau bertudung sempurna pun, buat maksiat jugak apa guna"

tak boleh kata mcm tu.xbertudung tetap dosa tapi kalau tudung buat dosa.dia dpt dosa maksiat die saja.kita yg ad iman ni phm la mksd anda.tapi org yg iman xkukuh tu yg takut tu.hrp diperbetulkan.
Isaac Ismael berkata…
betul tu cik Tanpa Nama. Memang tak disangkal. maksud saya disitu, soal pemilihan tudung apa, itu tidak penting. asalkan bertudung dan menutup aurat.
Diyana Munira berkata…
Personally, walaupun tak bertudung, I prefer tudung bawal over any other tudung. Tudung bawal is comfortable and boleh lipat2 depending on your face shape (and the fabric doesn't slip from your head). Cuma kena rajin iron lah.

But, I would love to give shawls and pashminas a try. Don't care what anybody said. Banyak cara untuk tutup aurat sebenarnya. Tak salah mencuba.
Er Isaac, U tak suka la shawl I hari tu?

Sobs.

:'(

(tetiba sungguh)
mastermind berkata…
saya prefer gadis shawl yang labuh menutupi dada serta tidak jarang. urban2 jgk, aurat misti mau jaga.
Nazrul Ashraff berkata…
tak kisah pakai tudung apa.. asalkan tutup aurat betul and tutup bahagian dada.
Patenggg berkata…
aku rasa boleh bilang dengan jari je sape pakai shawl tutup dada.
Azizah212 berkata…
Aku asal pakai shawl kwn ckp aku huduh. Gila jujur kwn aku ni. Last2 tudung bawal ajela pilihan hati. Tp aku pakai gak shawl, time x jumpa kwn jujur tuh. Dah shawl tu murah, rm10 je kut. Aku beli la. Tudung bawal skrg semua above rm30.paling cikai pun rm 25.

//aku x pakai tudung bawal rege rm10. Huduh. Mcm kain sarung kusyen je keras.
fahmi berkata…
aku stuju ngn pendapat penulis..pakai tuding lilit2 ni xcomel la.pkai bese2 je dh cantik sebenarnya..
miss lily berkata…
actually tudung bawal pun kene pandai pilih sbb dah byk tudung yg jarang terutama warna putih, that's why suka pakai pashmina sbb besar, dan tebal, panas skit xpe lah, janji tutup...*masih sedang berusaha utk menutup aurat dgn sempurna*
Ara berkata…
mst kwbanyakan lelaki fikir perempuan pkai shawls sbb sje2 nk melaram ikut tredn kn? sbnrnye, slaku org pempuan , ini adalah faktor2 lain knp shawls jd pilihan kami :

1. kain x jarang (kebanyakan shawls lah)
2. panjang (boleh lilit jd labuh atau pndek ikut suka. kalau bwl, singkat jgk, takat paras dada jgk pjgnye)
3. xpayah gosok (kate nk cpat?)
4. colorful n byk choices (bawal ade kaler pastel je)
aida berkata…
Sangat setuju dgn saudari Ara. :)
Khaisya berkata…
shawl tu mmg la labuh..tp bila di belit2 mana pegi labuhnya x tahu la..
miss shawl berkata…
setuju dengan cik-cik yang komen tentang tudung bawal. benar, tudung bawal memang jarang. kalau duduk depan lampu or bawah matahari... boleh nampak leher and anak tudung kat dalam. itu kira okay lagi kalau semua rambut masuk dalam anak tudung tu.

ni ada yang saya tengok pakai anak tudung yang jenis cekak tu... so boleh nampak ekor kuda dengan jelas dari luar sebab kejarangan kain bawal. so, yes itu antara sebab kukuh saya tak pakai tudung bawal, besides harga yg lebih mahal dari pashmina dan tak cukup besar utk cover dada... especially for well-endowed women. kalau yang jenis badan hampir flat tu boleh laa kot pakai tudung bawal, sebab mungkin tak nampak lekuk-lekuk di tubuh (kalau pakai baju longgar laa :) )

so... yes, saya ngaku saya lagi suka kumpul pashmina & shawl. tapi saya still make sure pashmina & shawl itu lagi labuh dari paras dada.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.