Dari Pejabat Terfaktab 5

Melangkaui ke tahun 2012 depan memerlukan satu iltizam yang kuat buat semua skuad Terfaktab dalam memastikan Terfaktab kekal releven disanubari para pencinta tak kira golongan muda mahupun tua. Era alam maya yang semakin mencabar telah memberi satu anjakan paradigma buat Terfaktab sendiri untuk bergerak setapak lagi ke arah kejayaan. Ya, kini terfaktab tidak lagi dilayari pada url terfaktab.blogspot.com, sebaliknya kini url terfaktab beralih kepada terfaktab.com!

Untuk mengetahu maklumat lanjut perubahan ini, ikuti temuramah soalan maut bersama boss Terfaktab iaitu saudara Syazrul Aqram ;

"Bagaimana lu rasa perubahan kepada dot com ini? Apa lu tak rasa ini akan menyebabkan orang lain panggil terfaktab sebagai traffic hunter?"

"Halamakk, gua rasa perubahan ini bagus. We need to sustain our brand. Ke arah lebih professional. Dan gua peduli apa orang panggil sebagai traffic hunter. Terfaktab bukan macam blog lain yang lahir-lahir je terus pakai dot com, lepas tu nak naik rating pergi main seo apa kelancau tu semua. Takpun buat isu murahan seperti pemain bola tidur dengan perempuan lah apa jadah semua tu. Terfaktab lain, kami bergerak secara sedikit-demi-sedikit. Senang cakap, kami ada sebab tersendiri."

"Apa sebab sebenar nak tukar kepada dot com ni? Cuba lu terang sikit. Lu tahu tak lu ni dah kira lawan ayahanda-ayahanda kat Sokernet"

"Kena tukar bai. Sebab benda ni melibatkan space dan bit. Gua rasa siapa yang belajar selok belok electronics akan faham apa itu nak elak space dan bit dari penuh. Dak-dak sokernet gua tak tahulah dia faham ke tidak menatang ni. Lagi-lagi si Saufy, apa dia tahu? Gentel kotey reti lah"

"Apa pulak pendapat skuad terfaktab yang lain dan lu cuba kabor juga apa perancangan terfaktab di masa depan?. Ramai gak yang nak tahu, asyik buat surprise je. Mana tahan"

"Skuad terfaktab steady je. Elena Reeney yang sumbang prospek dalam projek ini. Semua orang tengah seronok nak dapat email free lagi. Lepas ni, senanglah kalau para terfaktab-lovers nak tanya soalan cinta secara privasi ke.  Mengenai perancangan, projek menyiapkan Kitab Terfaktab #2 telah bermula. Itu je yang gua boleh kabor. Lain-lain hal boleh pergi meninggal."

"Hal baju macam mana woi? Lu jangan nak berahsia pulak"

"Hal baju bagi gua setakat ni, kami nak hold dulu. Ala, bagi gua. Kalau terfaktab-lovers dah jadi hardcore sampai tahap Ultras-Terfaktab misalnya. Boleh je dia beli baju pagoda sehelai kat Mydin, balik ambil kaler warna Buncho. Lukis kat baju dengan tulisan I Love Terfaktab misalnya. Kalau ada peminat macam tu, gua sendiri akan menangis terduduk sebab kagum dia punya hardcore tu. Dan kalau dah sampai tahap macam tu, mungkin kitaorang akan gerakkan semula projek baju ini untuk semua. Orait?"

Begitulah serba sedikit rangkuman temubual yang dapat dirakamkan. Pejabat Terfaktab dengan ini mahu mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan kalian dan teruskan semangat setiakawan kita bersama demi mengecapi nikmat percintaan mutlak. Sekian, Assalamualaikum.

Ulasan

Apa ganas gila boss aku ni?

Hahaha.
sweetie berkata…
haha...good luck terfaktab!

semoga terus cemerlang :)

p/s - tang baju tu x bleh bla..haha.. :D
Tanpa Nama berkata…
Hahaha.rock nya boss terfaktab nih!
Lalala berkata…
terasa nak lari cepat2 ke mydin buat baju,.. dan tunggu bos terfaktab menangis.. haha
Patenggg berkata…
aku terfikir jugak nak conteng baju i love terfaktab. sebab aku mmg nak lah baju terfaktab !!!
btw, congratulation terfaktab !
all the best !
sayang terfaktab ketat2 !
^__^

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.