Baca ni bila mak dan ayah tak ada kat rumah (part 3)

Pre-marital sex. Do or don’t?


Adapun suatu hari itu, kawan saya pernah menceritakan,


“Izzie, pakwe I tu suruh I main dengan dia. Nak buktikan cinta I pada dia, katanya.”


Sambil ketawa sinis mengingatkan rupa rempit mamat tersebut, saya turut memberitahu si gadis ini bahawa ayat itu adalah ayat ciplak dari novel kejiwangan Melayu. Janganlah percayakan sangat kata-kata itu. Lagipun baru kenal sebulan dua, pandai pula hendak demand macam menteri. Kehkehkeh.

Kita semua saling maklum apa keuburukan seks luar nikah. Tapi begitulah, kalau kita sedang angau, rasionaliti kita akan terbang keluar tingkap. Adapun saya di sini bukan nak preach secara moralis. Kalau moralis, letak satu dua hadis, fullstop, tamatlah post ini. Tapi post ini lebih kepada bentuk rasional untuk para agnostik, ateis mahupun bukan islam—sekadar pendapat saya saja. Jadi, kenapa seks luar nikah itu tidak boleh? Ini top 5 jawapan dari saya.

5)Kena  STD. Sakit woo!


Ah, ini sebab yang paling common orang tidak melakukan seks luar nikah. Dan juga sebab yang paling valid. Daripada penyakit-penyakit simple seperti Chlamydia sampailah kepada HIV. Ya, kondom ada. Tetapi ia tidak 100% foolproof (and baby-proof too, really). Kadangkala seseorang itu berjangkit tetapi tanda-tanda dan sakit tidak akan muncul selama bertahun-tahun. Dan pada tempoh itu bayangkan entah berapalah yang dijangkiti, jika korang sexually active!
Kau Kunci...Cintaku. eh. (link)


Also, are you sure your partner don’t have STD? Kalau ada mesti dia bagitau kan? Well, tak semestinya. Sama ada dia tak tahu (kurang pendidikan mungkin) ataupun dia tahu tapi dia ego sangat tak nak bagi tahu. Dan anda pula dengan yakin menjalankan “kerja” anda tanpa menyedari anda mendedahkan diri kepada benda itu.


Satu hal fasal STD ni, inilah penyakit yang paling susah nak dibawa ke doktor. Bukan kerana ia sukar diubati (walaupun benda macam HIV contohnya, tak ada penawar), tapi, kerana ramai malu dan trauma kalau nak jumpa pakar sakit puan/tuan. (pelik juga ya bila berani mendedahkan aurat kepada pakwe/makwe tetapi dedah benda yang sama kepada doktor, segan pula. Haha!)

4) Children


Ya, anak. Klise bukan—kalau cakap tentang seks bebas mesti ada anak. Anda pun menjawab “Ala, kita kan pakai kondom, makan pill, sure lah tak ada anak?” Well, fakta mengatakan bahawa ada 14% kemungkinan untuk mengandung EVEN semasa pemakaian kondom. Lagi-lagi kalau semakin kerap pakai semakin tinggi la probability tu—up to 50%. Ish, sama la macam tak payah pakai.
Bristol Palin. kenal tak? (source)
Anak-anak—sama ada hidup atau mati—akan “bond” anda dengan seseorang seumur hidup. Tahukah anda bahawa oxytocin akan dihasilkan apabila orang jatuh cinta, seks, dan akan berterusan selama mana anak itu hidup hingga dewasa? Maknanya jika anak ini adalah “accident”, anda akan “accidentally” habiskan usia anda  dengan seseorang! Bagaimana kalau seseorang itu tidak sesuai untuk menjadi ibu/bapa? Naya je kan?



3) Your secret is out!


Satu lagi hal, perhubungan intim ini mendedahkan aurat kita. Aurat tu dalam kes ini, ialah bahagian tubuh yang biasa kita tutupkan dengan pakaian semasa kita keluar rumah. Lainlah kalau kita pesen keluar rumah tak berbaju. LOL!


Janji Simpan Rahsia? (sumber)
Lepas malam itu, semua inci tubuh anda mereka tahu. Kalau si pasangan yang jenis menyimpan rahsia, ok lagi...kalau jenis mulut tempayan macam mana? Lagi-lagi kalau breakup baik punya gaduh. Maka habislah semua benda diceritakan. Berapa inci, berapa besar, berapa kecik, kudis di mana, kurap di mana. Malu oii malu! Daripada diri “ada market” terus jadi tak laku. Kejam bukan?

2) Lose out on a relationship


What if—you met a perfect girl/perfect boy. Good job, good character, very loyal. Then, you mess it up by asking for sex. And she/he, out of love for you, agrees. And then sex happens. And then...it wasn’t good. Tak best. Tak syok seperti yang dibayangkan.


And then, apa jadi? Ya, lepas tu jadi awkward. Dia tak nak reply mesej anda lagi. Miscall tak jawab. FB tak online. Ajak jumpa nak mengelak. Kalau jumpa pun cakap sepatah dua. Ya, banyak terjadi macam ini.


Tak pure lagi dah? (link)
Rugi! Rugi! Rugi! Rugi bila anda merosakkan perhubungan yang berpotensi berjaya dengan perkara yang macam ini. Kalau selepas kahwin tak apalah, susah sikit nak berpisah sebab ada ikatan halal. Kalau sebelum kahwin, tak memasal je kena tinggal. Habis madu sepah dibuang juga? Tapi dalam kes ni madu pun belum habis disedut, sepah dah masuk tong sampah. Ahaha....

1) Cuz it will blind out your eyes!


Ni yang paling penting. Cuba ingatkan kembali apa yang anda biasa nilaikan dalam relationship yang terdahulu: Penampilan. Profesion. Karekter. Ideologi. Keagamaan. Dan banyak lagi. Anda ambil masa mungkin berbulan-bulan, bertahun-tahun untuk menilai karekter tersebut. Dan belum tentu lagi selepas 10 tahun penilaian, anda akan 100% sure yang kamu berdua ada “connection”.


Jadi apa akan berlaku jika anda berhubungan intim?  One night stand? Semua sedap, semua best. Yes, immediate connection. Immediate connection walaupun baru kenal sehari dua. Esok lusa rasa nak jumpa lagi. Tak jumpa rasa bungkam. Rasa rindu.

TAPI adakah dia mempunyai karekter yang baik? Keperibadian yang mantap? Sifat caring dan setia? Semua tu anda tak fikir lagi dah, sebab anda dah “feel connection” daripada seks. Tak perlu dah nilai karekter dan perwatakan, semua nampak sempurnaaaaa saja. Tapi, keadaan ini takkan tahan lama. Apabila dah kahwin (kalau sempat la), semua sudah longgar, seks sudah boring, baru anda nampak perangai-perangai dan karekter yang tak sepadan itu. Krisis berlaku, dan anda ditinggalkan. Habis madu sepah dibuang!

Lebih Madu dalam Menunggu? (Link)
Kesimpulan saya di sini: perhubungan TANPA seks akan memaksa kita mempelajari dan menilai tentang personaliti dan perwatakan seseorang sebelum dia diterima masuk ke dalam hati kita. Tambahan pula seks sebelum kahwin tidak memberikan anda cukup perlindungan undang-undang, serta sokongan kewangan dan  emosi di masa hadapan. Jadi apabila anda diajak....fikir-fikirkanlah. Berbaloi tak?

Ulasan

nohfee berkata…
tak berbaloi. dan sangat tak berbaloi.
Tanpa Nama berkata…
hurm understood. and noted, but for those y dah ter'exceed' benda2 cmtuh. how?

plus, i got a fren(girl), y supposedly da pernah u-know-it. but then this guy, bails out. though dyorg first2 cm serious nk kawen bagai tapi skrg, no sound. family da tau.. lelaki tuh pon da jumpa ayah girl tuh, tapi, as said before. nothing.

so an, as a fren, cmner nk tell her uh? i mean, skrg ni everything for her is in denial. sedih, muram, hurm.. maybe xes ni, takes away everything: emosi, body, soul..

p/s: need your word of advice..
pp/s: how come in anything like this, guys always lepas tgn? don't they feel any responsibility?
TheBentPencil berkata…
@tanpa nama:

memang betul. lepas tangan ni ada banyak sebab. guilt, awkward, etc.

diorg dah sama-sama inform parents, tetapi lelaki dia tak nak tanggungjawab? Well, hard to say this but...mungkin lelaki ni bukan untuk dia.

I mean, real men, if they make mistakes, they admit it, they take responsibility for it. People make mistakes, honey. but what happens after the mistakes are more important. How we handle that mistake shows who we are.

say to the girl, "it's better that he leaves now than you have to accidentally live with him forever, and cause more and more pain."

cari lelaki lain yang lebih baik. Memang ada lelaki yang toleran dan boleh menerima bakal isteri yang tiada dara. percayalah :P
Siti Tulis berkata…
@TheBentPencil

btul...stil ade kn lelaki cmtu? ;)
i plg nyampah laki yg bajet alim pumpang2 nk crk 'anak dara', tp dorg, pempuan tayang aurat terlebih sket da napsu meliar mcm ape...pui!
Ara berkata…
Yeah....i sgt stuju ngn no 1 :)
greek goddess berkata…
font brape ni? asl kecik smcm jek
Ryrin Natasha berkata…
thumbs up utk entry ni..
Tanpa Nama berkata…
kes ni sbnrnya kene depend pd situasi. x boleh salahkn lelaki semata2.dua2 pihak kene main peranan. the best pensil bgtau wht happend after the mistake? its good for u girl jadi seorang yg jujur. tapi mcm mana tht girl handle situasi tu?? kalau dengn becerita balik ttg kenangn2 dgn ex dia especially about wht ure doing before.pg tioman sama2.. g singapore sama2.kemas almari baju ex dia .. then what? thts totally wrong..some exmple la. then u girl must play your very importnt role. blajar dr awal. kalau lepas kawin tercakap pasal tu, dan terdetik hati suami sedih or any negtive feel about u. dmana tmpt dia? n then kalau dia boleh jaga semua tu..insya'Allah..lelaki msti boleh terima.. jgn nk ckp je mntng2 dia kotor xmau kt dia. tp ape usaha dia?. wth .. its not too easy like u think ~true story

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.