Terbaik.

Terbaik. Satu perkataan yang kita selalu sangat cari-cari. Tak kisah lah untuk diri sendiri. Diri sendiri mahu jadi terbaik untuk segala benda yang dibuat. Mencari yang terbaik pada orang lain. Mahukan makwe yang terbaik. Mahukan ayah dan mak lakukan terbaik untuk kita. Terbaik? Apa yang terbaik? Apa yang terbaik yang kau orang semua dambakan?

Pejam mata. Bayangkan kau berada di satu padang yang luas. Gelap sekelilingnya. Kau mencari nilai seorang manusia yang selalu mahukan segalanya sempurna. selalu yang mengimpikan segala plan, idea dan imaginasi palsu untuk menjadi kenyataan. Mempunyai seorang pasangan yang memahami. Tapi sejauh mana kau memahami pasangan tu?

"Kalau dapat yang betul-betul sayang aku, faham aku, pandai jaga aku, itu sudah cukup. Kacak atau lawa tu semua bonus."

Cuba lah menjadi lebih jujur dalam segala hal. Sejauh mana bonus itu muncul kalau kau alih-alih hanya approve lelaki dan perempuan handsome di dalam facebook? Mudah. Bukannya tak jujur. Maafkan penulisan sebelum ini. Manusia. Tak boleh lari dari mencari paras rupa yang terbaik. Kerana kau akan tatap muka itu hari-hari bersama sebelum kau kembali tertanam di dalam perut bumi. Paras rupa yang terbaik juga sebenarnya ada di sudut hati kau. Kan?

Dari Sini


Orang kata kita masih muda. Perjalanan masih panjang. Jalan di hadapan nun jauhnya. Jalan yang lurus atau bengkang bengkok bukan masalah. Yang masalahnya cara kita singgah di satu kedai dan satu kedai yang lain. Semoga jangan lupa atau lalai di kedai-kedai tepi jalan sebelum sampai ke destinasi tu, sebab destinasi tu lagi indah dari semua gerai-gerai sepanjang perjalanan ni.

Usah pertikai keterbaikan orang lain. Ini semua adalah peluang. Satu peluang yang ada depan mata. Atau dua peluang. Mungkin peluang ada depan mata tu akan berulang. Mungkin tidak. Jadi? Lakukan yang terbaik di dalam setiap aspek kehidupan. Hidup ni tak adil. Tapi Tuhan adil. Dengan izinNya, kita buat yang terbaik, kita akan dapat terbaik.

Aku teguk segelas air. Mengharapkan air kosong ini juga punya rasa yang terbaik.

Ulasan

aza yunalis berkata…
1st!!! hahahahaa..
terbaik... payah nk jumpe....
susah nk jumpe... 1:1000000 maybe...
AsyieqiN Rkey berkata…
setuju sgt2 ngan idup nie tak adil tapi tuhan tu adil...terbaek di situ!
shahirahkhairudin berkata…
well written beb.

hurm, peluang kalau biar terlepas, susah nak datang lagi. kalau ada pun, tak tahu entah ke yang lebih baik atau tak.
Wadi AR berkata…
side aku je yg mengalah rase sakit kn?
shida berkata…
erk...
kesimpulan nyer...kita yang patut buat yang terbaik sebelum mengharapkan yang terbaik dari orang lain..
ho3
nice entry..:)
Fitri K. berkata…
air kosong takkan jadi air oren andai tidak dicampur perisanya. :)
Wid Skyline berkata…
oke, sume orang berbahasa aku nk jugak la..

"kalau tak dipecahkan tuyung, mankan dapat sagunya"

hoho~

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.