[TENTANG PERKAHWINAN] Pasca Majlis: Yassin sebagai buah tangan?

Assalamualaikum wbt.

Sekarang ni dah musim mengawanmusim perkahwinan kan? Tentunya ada ramai antara kita yang asyik memenuhi jemputan kahwin hampir setiap hujung minggu, sejak Jun lepas bukan? Sambil hadir makan-makan dan memberi ucapan tahniah kepada pengantin, sekali-sekala dapat juga tengok trend perkahwinan sekarang.

Trend yang paling baru--ialah menggantikan buah tangan perkahwinan dengan Yassin. Dulu telur rebus, lepas tu gula-gula, lepas tu kek bahulu, lepas tu keropok--kemudian beralih kepada benda bukan makanan seperti sudu garpu, tuala kecil dan Yassin.
Ya, Yassin. {sumber}
(kepada yg bukan islam, Yassin adalah booklet kecil dengan beberapa surah(chapter) dalam AlQuran di dalamnya, iaitu salah satunya Surah Yassin)

Saya tertanya-tanya sebenarnya, adalah ia tuntutan agama untuk memberikan Yassin sebagai buah tangan? Adakah dalil yang khusus menggalakkan pemberian ayat-ayat AlQuran kepada hadirin majlis itu, atau adakah pembacaan Yassin itu mempunyai keperluan khusus dalam majlis pernikahan? (maaf, setahu saya paling lebih pun selepas nikah orang solat sunat sahaja kan)

Pahala? Mungkin sekali ramai yang mempertahankan pemberian Yassin dengan mengatakan ia memberikan pahala kepada keluarga pengantin. Er, mungkin juga. Tapi, memberi telur rebus dan gula-gula juga mendapat pahala bukan? Menjamu orang mendapat pahala juga. Sama seperti Yassin.

Ya, seronok juga ada Yassin banyak-banyak. Di rumah sudah ada dua di ruang TV, dua di ruang tamu bawah, tiga dalam bilik parents dan dua dalam bilik sendiri. Hampir semua yang free. Belum lagi yang diberikan  semasa menderma amal, tahlil dan kenduri kesyukuran. Bila nak baca, capai je dari tempat duduk.

tapi...ada satu masalah. ada agak banyak di rumah, saya akui tidak cukup tempat untuk menyimpan. tu yang ada di merata-rata bilik tu. dan bila terkena elemen luar seperti lembapan dan cahaya, ia mudah rosak. dan adalah yang kena buang.

tempat pelupusanayat AlQuran. banyaknya! {sumber}
Membuang dan melupus ayat-ayat AlQuran bukannya senang, ada tertibnya. Bukan macam membuang buku teks Matematik SPM anda mahupun surat-surat cinta dari ex yang berbau kepam kerana terlalu banyak bedak. Bukan boleh dicampak terus ke tong sampah atau dibuat lapik makanan juga; pembuangan ayat-ayat AlQuran perlu teliti dan teratur. Dan lagi banyak ayat AlQuran di rumah lagi leceh pula nak melupuskannya setiap kali ia rosak.

Yang kedua pula ialah masalah yang agak serius pada hemat saya. Apakah  Yassin ini terbukti betul penulisannya? Nampak seperti cetakan copy paste yang dibuat semberono oleh syarikat pengurus perkahwinan/pencetakan. Setahu saya cetakan naskhah AlQuran pun akan dihantar untuk semakan, bukan?

Jadi adakah cetakan Yassin syarikat mereka melepasi sebarang semakan rasmi? Yang ini macam main copy paste pantas dari entah dari mana-mana. Saya risau sebenarnya, kalau saya guna Yassin buatan ala kadar ni, takut ada perkataan tersalah cetak, nanti apa pula saya baca selepas solat.  Kekadang bila baca menggunakan booklet Yassin yang berbeza-beza, terasa macam ada kelainan sedikit. Hmmm....

Edisi ni yang kedai punya tahu. Mahal! [sumber]
Entahlah, ini hanya pendapat saya saja. Setiap orang ada pandangan berbeza. Mungkin ada yang mengambil jalan mudah dan menyedekahkan Yassin itu kepada Masjid dan biar pihak AJK surau yang uruskan segala masalah semakan dan pelupusan ini. Ada juga yang tidak mengambil langsung jika ditawarkan Yassin sebagai buah tangan. Tetapi saya takut pula nak buat begitu, nanti terkecil hati pula si pengantin tengok kita macam tak menghargai. Dan kalau saya berkahwin (insyaallah, ni entah bila tak tau haha), mungkin tidak akan memberikan Yassin. Satu hal saya nak check satu-satu untuk printing error. kemudian kalau ada lebih, parah pula nak cari tempat untuk diderma atau untuk dilupus.
Maybe I'll stick to eggs. They are a symbol of fertility right? [from this shop]
Tu saja. Nukilan pendek. Bukan niat nak sindir sesiapa, sama ada rakan rapat dan keluarga yang pernah memberikan Yassin kepada saya. Ia hanya pandangan saya sahaja. Sebarang percanggahan pendapat boleh ditulis di bawah ini. Salam sayang!

ps.. I'm not that religious. I'm just moderate.

Ulasan

norinaomar berkata…
saya nak kawen bulan 11 ni dan doorgift untuk kawan saya bagi al mathurat & surah yassin (digabung jadi 1).Dalam beg bukan je ada al mathurat tu,ada jugak telur rebus n souvenir yang saya buat sendiri.itu pun dalam 200pcs je semua sekali.
Mak saya tak setuju mulanya then dia ikutkan je.
Bila fikir balik bagi telur rebus je pun takpe,jimat pun jimat.takpelah dah beli pun.
Cik Puan Kocik berkata…
skang nie org lebih suka ikut trend dr apa yg dituntut oleh agama...
Shahada Fauzi berkata…
totally agree..sebenarnye bagi telur je dah memadai..
Unknown berkata…
erm kurang setuju

bg aku bila bg yassin org tu anggap org y terima akan bace yassin

makan telur pastu kenyang..

kite da bg diorg makan nsi minyak

pahala jugak

tpi yassin ni tiap kali dia gne yassin kite bg utk arah kebaikan..iaitu membace ttp dapat pahala..

kalau niat utk ikut trend mmg tak betol la

selain yassin boleh bg buku agama y lain..

dakwah scara tak langsung gtu

pandangan akula=P
Tanpa Nama berkata…
SETUJU.

mmg da belambak org bg surah yassin. msg2 bukak pun idak. bab quality printing tu, takut ada yang tersalah cetak..mmg pengantin kena cek b4 edarkn. besar jg tanggungjwb nak edar2 ayat quran ni.

bagi telur, org jarang buang telur.dpt gak pahala. symbol of fertility? aku suke telur pindang tu, ni ape maksud? telur mandul?? heee
Wadi AR berkata…
betol tu. tmpt lupus kan ayat2 quran pon ade 1 je kt malaysia ni. cube la kerajaan amik. sng la kalau nk lupus.
Najlaa 'Aqilah berkata…
niat tuan yang bagi tu baik. supaya yaasin tu dapat dimanfaatkan seumur hidup. jadi saya rasa tak elok dikategorikan sebagai trend.

no offence, it's my oersonal opininon :)
Tanpa Nama berkata…
Dah orang bagi,korang tak nak baca, korang jangan la salahkan tuan yang memberi. Aku seronok je dapat Yassin kalau gi majlis kenduri sebab aku tak suka bunga telur. Nanti buang jugak bunga telur tu. Yassin at least orang fikir banyak kali untuk buang. Tak membazir duit tu.

Bab kualiti printing, aku cadangkan beli dekat kedai buku yang bertauliah. Tapi seriously, jangan la anggap bagi Yassin ni sebagai trend. Pahala banyak untuk orang yang memberinya tu. Untuk orang yang dapat dan simpan tak membaca, rajin2 la bukak baca. Pahala dapat sama2.
Tanpa Nama berkata…
bg mathurat..x rmi aku rs ada mathurat ni...hehehhee... =P
Tanpa Nama berkata…
gambar:edisi ni yang kedai punya tahu.mahal!

tu yasin yang diberi kpd para plajar kolej aku setiap sorg.
Tanpa Nama berkata…
ini pendapat sahaja..dengan memberi yassin, pahala yg dapat tu berterusan selagi ada yang membaca yassin itu.kedua-dua pihak mendapat pahala.
laskar pelangi berkata…
tuela kan.sekarang dah macam trend kasi Yassin.bukan nak merungut ke apa. tapi nanti disalah ertikan..dah macam benda tu dibuat main2kan..Yassin perlu dijulang.Yassin sebagai tanda cenderahati pn ada baiknya..sama2 akan dapat pahala.insyaAllah
qalam_timur berkata…
@Iffah Afeefah

Saya setuju dengan pandangan Iffah.
Dengan memberikan surah Yassin,merupakan salah satu dakwah secara tak langsung..Jika ianya dibaca,maka pahalanya juga akan dapat pada kita..berterusan sehingga mati.Trend yang baik apa salahnya.
Tanpa Nama berkata…
x setuju.

ok ape bagi yassin. biar banyak bertimbun2 dekat rumah pun ape salahnye. lagipun yassin tu sendiri kan just kecil dan compact, bukannye besar dan berat pun. bunyinye macam membebankan sangat jer bagi penulis. n kalau dah banyak sangat sedekahkan je la dekat masjid. just take it as positive la. instead of bunga telur or gula2, kan dah kenyang melantak nasik minyak. dan jangan pula dianggap yassin itu sbg trend. dakwah orang yang memberi dan pahala dapat sama2. so, rajin2 la kite membacenye.

just my opinion, no offence.
Aslina berkata…
katakan ya pada telur rebus.

lambang kesuburan kata orang zaman dulu2. :D
Diyana Azman berkata…
@Tanpa Nama
aku setuju dgn pndpt ko...x slh bnda baik dijadikan trend...
Tanpa Nama berkata…
ape salahnye bagi yaasin,,setiap kali org yg trime tu bace,,dpt pahala taw,,baik bg yaasin dr mnde2 yg takde faedah,,las2 buang jgk bunga telo bagai tuh..
ilitralala berkata…
aku setuju dengan kau.sebab bukan sume orang pon gune yaasin tu.. sekarang ni ramai je orang yang tak reti bace quran tapi kalau niat pengantin tu baik pon xpe gakkan..

cume ade cadangan lah.. lagi bagus kalau bagi bunga telur je.. then bagi kertas kecik yang tulis doa utk pengantin. :).. lagi better.. sebb tujuan org yang dtg kat majlis kahwen tu untuk meraikan pengantin kan.. :)
Azira Y berkata…
Just for sharing. Saya pernah dapat Yaasin di satu kenduri. Yaasin yang memang tengok pun tau la mahal. Dan ia sangat berguna. Setiap kali saya baca, rasa berterima kasih dekat orang yang bagi ni sebab Yaasin ni siap ada semakan tajwid.

Tapi ya lah, jenis mahal mcmtu bukan semua orang mampu. Boleh juga jadikan ia sebagai hadiah buat VIP/saudara/sahabat terdekat sahaja ;)

Tak kasi Yaasin pun tak apa... Hehe.
Wid Skyline berkata…
betol2...
aku pernah terdengar...
jika yasin pemberian kita tu,
orang tu letak sambil lewa,
kita pun akan turut kene tempiasnya..
arina ahmad berkata…
kalau aku lak, masa kawen aku.. aku bagi surah yusuff je. boleh? semua orang ade pandangan masing2. ape kate tanya mufti ke imam masjid besar ke.. siapa2 la..
oh!chenta berkata…
eh...ada gambar kami di situ..hehe
eleh, cakap je la tak berapa suka dapat yasin sbg buah tangan.

not to seem bitchy, but yeah, my opinion is the author doesn't like the idea of yasin as a souvenir.

to me suka hati si pasangan yang berkahwin. it's their wedding.
Syazwani berkata…
i don't think this issue should be discuss. perkara simple.at least mereka mengingatkan kita.

kalau pengantin anggap ni trend, at least, dia dapat pahala kalau orang baca.

tapi kalau niat dia baik, dia dapat pahala niat, and pahala orang yang membaca.

kalau receiver buat bende x elok dengan yasin tu, tu bukan tanggungjawab dia. salah orang yang buat. example, orang bagi ilmu agama untuk kebaikan, tapi orang yang menerima jadikan ilmu tersebut untuk membangga diri. itu dah salah orang yang melakukan.

kalau rasa banyak sangat yasin kat rumah, sedekah kat surau, masjid, sekolah pon boleh. bagi dekat family yang pergi somewhere ke. biar sorang satu ada yasin. boleh bace ramai2 lepas solat. berjemaah dengan keluarga. macam2 boleh buat.bukan kita anggap beban.

baguslah kalau kat mana2 je boleh capai yasin 2. lagi senang kite nak bace. kat mane2 pon. kadang2 kite terlupa. think from positive side.

just my 2 cents ;)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.