Senyum,Salam,Sapa,Sembang.

Orang kata kalau nak ngorat anak,kena ngorat mak/abah dia dulu. Tapi ramai di antara kita tak tahu apa nak buat bila kali pertama jumpa bakal mak/abah mertua dia. Gua berani jamin golongan mak-mak atau abah-abah ni akan menilai pasangan anak mereka dari saat pertama dieorang jumpa. Jadi first impression ni penting. 

Kalau first impression dah fail nampak gayanya memang susah lah lu orang nak dapat anak mereka. Tapi kalau lu orang tahu apa nak buat,mungkin jalan cinta lu orang akan jadi senang sikit. Kebanyakan pasangan jumpa bakal mak/abah mertua dia pada situasi-situasi yang berbeza dan setiap situasi lu orang kena tahu caranya.



  • Pakwe pergi rumah makwe
Benda pertama lu orang harus buat ialah bawak buah tangan. Datang dengan jalan kosong sangat tidak gentleman. Buah tangan paling sesuai ialah buah-buahan. Tak payah nak berhampers-hampers bagai pun takpe,asalkan ikhlas. Tapi kalau boleh selidik la dulu,mak abah dia suka buah apa. Kalau bakal menantu gua datang rumah bawak durian memang belum masuk pagar rumah gua dah baling batu.

Sebelum masuk,kasi salam. Jangan nak main hai-hai,hello-hello. Kalau abah dia ada depan rumah,SALAM CIUM TANGAN. Benda ni macam remeh tapi percayalah orang tua senang cair dengan budak yang cium tangan dia. Dengan mak dia pulak,cukuplah lu orang senyum dan sapa khabar. Manis-manis mulut sikit la woi,takkan dengan anak dia lu orang boleh buat ayat ke bulan bintang tapi dengan mak abah dia kemain dingin lagi.

Perkenalkan diri dengan ringkas. Kasitau nama dan tempat tinggal dah cukup. Skrip dia lebih kurang macam ni,"Saya leplep,kawan Nur. Saya datang ni nak kenal-kenal dengan mak ayah Nur. Harap tak menganggu makcik pakcik". Mudah kan? Tapi kalau lu orang datang dengan tujuan nak bawak anak diaorang keluar,skrip dia macam ni pulak. "Saya leplep,kawan Nur. Saya datang ni nak mintak izin makcik/pakcik nak bawak Nur keluar makan. Sebelum pukul 10 setengah saya hantar Nur balik". Boleh buat tak semua?

Sepanjang kat rumah makwe lu,silalah jaga akhlak dan kelakuan masing-masing. Duduk tu jangan mengangkang,jangan mengelungsur,jangan mendabik dada. Duduk dengan steady dan sopan. Kalau mak dia hidang makanan,puji makanan tu sedap. Cuba sembang-sembang dengan ayah dia. Kalau ayah dia askar,borak pasal askar. Kalau ayah dia driver teksi,borak pasal jalan-jalan kat kl,kalau ayah dia businessman,borak pasal ekonomi.

Masa pergi rumah makwe ni,ada satu benda bonus lu boleh buat. Itupun kalau kena dengan masanya. Iaitu tumpang sembahyang. Kompem sejuk hati orang tua tu. Tapi jangan pulak buat perangai datang pukul 9 tumpang sembahyang maghrib. Itu bangang namanya.


  • Makwe pergi rumah pakwe

Selalunya jarang makwe datang sendiri,mesti pakwe ambil bawak ke rumah kan? Ok,macam biasa,sampai rumah kasi salam. Nampak je mak dia terus pergi SALAM CIUM TANGAN. Dengan abah dia pulak cukup dengan senyum,angguk kepala sikit dan sebut,"pakcik". Kalau lelaki datang rumah makwe bawak buah,makwe datang rumah pakwe try la bawak kuih-muih. Kalau buat sendiri lagi bagus. Tapi pastikan sedap la,kalau tak sedap baik lu orang beli je. Kesian pulak kat mak abah pakwe lu nanti kunyah kuih koci dah serupa kunyah sekerap getah.

Makwe pergi rumah pakwe ni banyak sikit kerjanya,kalau nampak mak dia tengah memasak pergi la tolong. Kalau mak dia tengah lipat kain,tolong lipat sekali. Kalau nampak adik kecik dia,pergi la main-main. Tapi kalau mak dia hidang makanan/air,habis makan bawak pinggan gelas sendiri ke dapur dan basuh terus. Jangan lepas makan cungkil gigi!

Makwe kena pandai ambil hati bakal mak mertua dia. Sayang pakwe kan? Kalau sayang,mak pakwe pun kenalah sayang,bukan pergi bantai tarik muncung. Sembang-sembang dengan golongan mak ni lagi senang,sembang pasal sinetron,sembang pasal resipi,sembang pasal shopping. Jangan bantai sembang pasal poligami sudah!

  • Jumpa mak abah makwe dekat restoran

Makwe dah janji nak bawak lu jumpa mak abah dia tapi kat restoran,bukan kat rumah. Benda pertama lu wajib ada kalau situasi macam ni ialah duit. Kalau takde duit,cakap je kat makwe lu tak ready nak jumpa lagi. Selalunya jumpa kat luar macam ni lebih santai tapi pastikan datang awal daripada keluarga makwe lu. Order makanan,sembang-sembang,makan,sembang-sembang dan lu pergi bayar. Jangan buat perangai mintak duit bawah meja dari makwe!

  • Terserempak
Ok,situasi macam ni selalunya yang buat seseorang panik. Tak tahu nak buat apa. Kalau lu orang tengah jalan kat shopping mall dengan makwe/pakwe dan tiba-tiba terserempak dengan mak abah dia jangan panik. Kalau tengah pegang tangan masa tu dengan pakwe/makwe lepaskan sekejap. Jangan mengelabah. 

Senyum dan pergi SALAM CIUM TANGAN. Kalau makwe cium tangan mak pakwe,kalau pakwe cium tangan abah makwe. Kali ni biar pasangan lu orang yang handle mak abah dia. Kalau boleh pasangan tu bagitahu la lu orang dari mana,nak pergi mana. Kalau nak pergi makan,pelawa bakal mak abah mertua lu orang tu. Ajak-ajak ayam cukup lah. 

Kebanyakan pasangan selalunya bila nampak mak abah dieorang terus lari serupa macam nampak warden asrama. Ada pulak yang tak tahu buat apa terus buat muka sombong. Apa cilake entah buat sombong depan orang tua. Jumpalah mana-mana orang tua pun,cara dia sama je. Senyum,salam,sapa,sembang. Kalau tak tahu nak sembang apa pun,senyum je la.



Harap-harap dengan entri gua kali ni dapat mengurangkan rasa panik atau rasa bangang setiap kali nak jumpa bakal mak abah mertua lu orang. Percaya cakap gua,dapat tawan hati mak abah dia,dapat lah anak dia. Selamat mencuba dan selamat berjaya dalam cinta!



Nota Cinta : Kalau cintakan seseorang,bersedialah mencintai seluruh keluarganya.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
benda ni la yang aku cari2.
Kya Von Misteriusha berkata…
wah wah tepat kul 9 ye bro leplep
bakal diapply nasihat tu :p
_aliahwafa_ berkata…
kuih koci jadi getah sekerap! sumpah kelakar! hahha
Cik TeN10 berkata…
ahaa.. betul2.. ade sesetengah org tak pandai nk bersembang dgn org tua.. tak tahu nk sembang pasal ape.. tu mmg mslh.. ^^
nEuR0 shEwAzni berkata…
alhamdulillah !!

dekat belah aku dia dah buat gitu ,
dekat belah dia aku dah buat gitu .

fuh fuh fuh !!
R.R.Z berkata…
Alhamdulillah. Raya 2008, 1st time jmpe mak de. De jmpe mak aku. Lepas! Amin.

walaupun gigil~
rekbing berkata…
seyes ni membantu. tenkiu bro! :D
AsyieqiN Rkey berkata…
leplep dah jumpe mak abah makwe?hahahha..sokal cepumas neh
my name is Aida. berkata…
Sekali tuh terngorat abah dye pulak sbb abah lagy cute dr anak dye. HAHAHA ! Just Kidding. :D
Unknown berkata…
kalau mak dyer tgh lipat kain,tolong lipat sekali. gua nk try pesen ni nt kehkehkeh
fatinshah berkata…
ak sumpah x reti sembang dgn org tua weyh!dgn mak ak ja ak terer HAHA
deylaSUPERB . berkata…
tapi bro . klau mcm gwa yg x reti masak , amcm nak tlg mak pakwe masak ? haha .
Wadi AR berkata…
salam dan cium tangan. dahhh!
Tanpa Nama berkata…
tips yang bagus. haha.
Miera Aziz berkata…
Hahahaha. Sangat best! :D
Sam berkata…
leplep, gua nak menuntut puaka2 cinta ni semua dari lu boleh?
.Gory. berkata…
Lu ni leplep, jenis apply ke diri sendiri ke dak ni? Hahaha
cewek.medusa berkata…
alamak.. cungkil gigi pas makan kena kontrol la. takut makpakwe tegur "cermin ada kt bilik air tu" ;p
ceksumolek's berkata…
hahaa.. teringat masa tgh makan dengan si dia.. tiba2 boleh pulak jumpa ayah.. dari jauh saya lmbai2 dah.. ayah senyum jer.. dia terus gi salam ayah.. ok la tu buat calon kan? :P
Fitri K. berkata…
gua salute sama lu leplep.
benda mudah yang kita selalu lupa.
-XaXao- berkata…
haha terbaikk ah leplep
Azira Y berkata…
timekasih byk2 la wey kasi panduan cmni. hahah
jay berkata…
ok, gua aritu dah salam,cium tangan, peluk cium pipi. then basuh pinggan dia semua. cutting board, mangkuk2, belanga sume gua setelkan. haha. giler amik ati!
qalam_timur berkata…
Untuk Lelaki

Dont
1-Hisap Rokok,walaupun Bapak dia tawarkan rokok pada kamu dan kamu sememangnya perokok tegar+lepas makan tengahari.Sabar dan jangan sampai mengeletar tahan ketagihan.

2-Jangan sembang BAB POLITIK....tak kesah la kamu ketua pemuda Merah,Biru,Hijau sekalipun.

Sedikit pengalaman untuk dikongsi bersama.
Ryrin Natasha berkata…
terbaik bro leplep.. :)
Fieza Areyza berkata…
terbaik ah...
info cenggini la wa carik2..time kasih
Tanpa Nama berkata…
nape la br skang bwt entri ni?nape x 7bln lps?1st tyme nk g umah famili bf,mmg mgeletar..siap mntak tips2 dr kwn..aljamdulillah..ok je..lbh krg je ngn ape yg ko ckp tu..
Tanpa Nama berkata…
sgt best bro!
Wid Skyline berkata…
oke, mlm ni aku praktik..wahahaa
wani berkata…
tersengeh2 sy bace entri ni..teringat situasi raya lepas..die dtg umah sy..n semalam,sy jmpa fmly die..nice entri..
+luvly ada+ berkata…
agree dgn quote las skaly !
Fairuz Zainal berkata…
nak kawen.. tapi takde calon. kbai
Faiz Tapit berkata…
leplep, jom la kawen

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.