Minggu Istimewa. Perkahwinan : Lelaki vs Perempuan

Sebenarnya untuk pengetahuan para pembaca Terfaktab sekalian, minggu ini adalah minggu istimewa di Terfaktab. Ya, tajuk yang kami pilih ialah mengenai Perkahwinan : Lelaki vs Perempuan. Namun, minggu ini sebenarnya tidak lah dapat berjalan dengan lancar kerana terdapat pelbagai dugaan mendatang yang tidak di rancang di samping kesibukkan para penulis yang mempunyai pelbagai komitmen. Salah satunya ialah projek menghasilkan buku terfaktab dan t-shirt untuk semua penggemar Terfaktab.

Maaf di hulur, seribu kemaafan kami mohon kepada pembaca semua. Ikhlas dari Skuad Terfaktab.

Namun, kami berpendapat minggu ini perlu di teruskan walau apa cara sekalipun. Walau tanpa header baru yang bersempena dengan minggu istimewa ini, perjalanan hidup, perjalanan blog ini mestilah di teruskan. 

Seperti penulis juga. Dalam beberapa tempoh 48 jam sebelum ini, adalah tempoh dugaan yang penulis perlu hadapi. Apabila menyebut tentang perkahwinan, sudah buntu dan kering air mata ini cuba mengelak dari berbicara mengenai perkahwinan.

Sesetengah orang bujang menganggap perkahwinan itu membahagiakan, namun bagi penulis, ia kini hanya mimpi ngeri yang penulis perlu hadapi. Mimpi ngeri realiti. Apa lagi? Pelamin anganku musnah? Apa lagi? Seribu kali sayang, sangkaku kan kemati? Sudahlah. Perkahwinan bagi penulis buat masa ini adalah suatu capaian yang tidak tercapai, tinggi jauh seperti bintang di sana.

Apatah lagi bila menyebut tentang Lelaki vs Perempuan dalam hal perkahwinan.

Ya, sebenarnya ada banyak perkara yang boleh di debatkan mengenai perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Siapa yang layak mengetuai keluarga. Layakkah lelaki mengetuai keluarga jika si isteri mempunyai kerjaya yang lebih tinggi dari lelaki? Layakkah si isteri memerintah suami yang mempunyai gaji lebih kecil dari si isteri?

Persoalan-persoalan ini jika di hujah dan di debatkan. Pasti menarik, klasemen, two thumbs up dan fantastik. Kerana ia  di bincangkan oleh si teruna dan dara yang masih belum berkahwin. Persepsi si teruna dan dara mestilah berlainan dengan mereka yang berkahwin, namun ia masih releven dan di terima pakai.

Bagi penulis, gaduh lah sebanyak mana antara lelaki dan perempuan mengenai perkahwinan. Hanya satu sahaja secara fizikalnya akan menyatukan lelaki dan perempuan itu. Lain tak bukan ialah tangisan.

Menangis lah.

Menangis lah sederai mana. Kerana tangisan itu pengubat untuk ke arah hidup yang lebih baru. Apabila kamu menangis, kamu akan sedar kesilapan lalu, kealpaan lalu, kemalasan dan kesombongan yang mungkin kamu pernah buat.

Tangisan adalah simbol kamu mahu keluar dari kegagalan. Tangisan adalah simbol untuk kamu berubah lebih baik. Seseorang yang kamu sayang pergi meninggalkan kamu. Seseorang yang kamu sayang berlalu dari kamu. Kamu terkapai-kapai dalam dugaan yang memeritkan, dan kamu berhak menangis. Menangis untuk sesuatu yang lebih baik.

Ya, kamu sudah melakukan apa yang terbaik, namun tidak berjaya. Kamu dapat apa yang kamu mahukan, tetapi bukan yang kamu perlukan. Kamu berasa letih, tetapi kamu tidak boleh tidur. Hanya tangisan di pipi kamu kerana kamu kecewa. Dan bila kamu kehilangan sesuatu, tetapi kamu tidak boleh menggantikannya. Kamu mencintai seseorang, tetapi akhirnya semua cinta itu sia-sia. Paling menyayat hati, bila kamu terlalu sayang akan dia sampai kamu tidak boleh melepaskannya. 

Menangis lah. Kamu perlu tahu kalau kamu tidak mencuba, kamu takkan tahu. Kalau kamu tak rasa, kamu lagi tidak tahu. Kerana tangisan itu adalah pembuka dan cahaya ke dunia yang lebih baru serta baik. Tangisan itu adalah pembaiki kehidupan.

Sekian, all is well.

Ulasan

Wadi AR berkata…
aku jarang menangis. sekiannn
Ami Manaf berkata…
aku dah penat menangis kerana cinta~
Tanpa Nama berkata…
erk,. bernada sedih entri ni.
Namio Oo berkata…
menangis dah jadi rutin sehari hari.. bila tekenang apa jua masalah atau apa2 yg buatkan sedey, pasti akan menangis..pasti...
laskar pelangi berkata…
dem! dah banyak tangisan terkeluar dengan alasan CINTA. cinta memang sengal dewww!

dem!dem!
Tanpa Nama berkata…
diri ni dah sampai tingkat lg atas.terlalu syg sampai rela melepaskan kerana sedar diri tak punya apa utk membahagiakan org.sedang berusaha sedaya upaya mencari pengganti terbaik untuknya.

perkahwinan;perjlnan yg mudah bg kebanyakan org.disebabkan mudah pd mereka lah maka tanpa rasa bersalah mereka menjadikan soalan 'bila nak kawin?' sbg FAQ.takkah mereka tahu soalan tu pdku bagaikan bertanya 'bila mau ada anak?' pd pasangan mandul?myohmy...sobsobsob....i'm dead inside.
Tanpa Nama berkata…
ni entri paling BODOH!

ingat menangis je kerja bole setel ke? pegi mampos la! kalau da sayang ajak la kahwin, yg ko ajak pi menangis sekali knp??

BANGANG! BAHLUL! BULLSHIT!

ko xlayak ckp pasal perkahwinan. pegi la kau sorang menangis bawah jambatan puas-puas.sekian
Tanpa Nama berkata…
tanpa nama sayang, walau mungkin tak setelkan, ia jadi placebo untuk diri, melegakan.
kucing putih berkata…
"tangisan itu adalah pembaiki kehidupan" :)

tears are tales of woe from the heart that brain just can't help to put them into words. bila disimpan, melemahkan. bila dilepaskan, dipandang lemah. setelah hilang dikesat tangan, hilang juga lemah itu dan meski tak zahir, datang kekuatan.

What doesn't kill you will only make you stronger (Nietzsche)

thinking optimistically, menangis memang tak settle keje tapi lepas menangis adakalanya persepsi kita berubah terhadap sesuatu perkara. dada kurang sesak, jadi mungkin pandangan akan lebih rasional. outcome nye, decision yang lebih baik.
Unknown berkata…
air mate peneman duka..
nangis ntuk release tension!
the best way i prctise!
Unknown berkata…
air mate peneman duka..
nangis ntuk release tension!
the best way i prctise!
inna_risna berkata…
ya,aku jg pernah menangis kerana cinta...
Syara Mohammad berkata…
cinta... setelah berlalu lama, baru terasa nak menangis. itupun, apabila si dia sudah punya yang lain. sebab baru betul2 nampak, dia memang dah tak sudi nak memandang, apatah lagi menegur. parah parah...
si-kakak-tua berkata…
semua org ada pandangan berbeza, tanpa nama tak perlu kutuk ape ape :) Tuhan jadikan airmata untuk kita, guna kan lah :)
Tanpa Nama berkata…
aku baru shj menangis kerana cinta..cinta terhalang oleh maknya yg ada calon sendiri utk anaknya..tapi aku yakin dgn kuasa tuhan..andai jodoh aku dgnnya, akhirnya nnt akn bersama..so skrg aku cume redha je.. :(
TheBentPencil berkata…
tahukah anda mengikut kajian saintifik, air mata yang dilepaskan melalui tangisan turut melepaskan hormon stress yang berlebihan dari badan kita?

who's the dumb one now, baby?

TRLOLOLOL
TheBentPencil berkata…
pembebasan hormon itu, yang menyebabkan selepas menangis biasanya kita merasa lebih lega. itu juga antara sebab lelaki lebih tinggi kecenderungan membunuh diri agaknya--sebab lelaki teguh sangat nak menangis.

dan menjawab soalan anda: bukan gaji salah seorang besar atau kecil, tetapi JUMLAH gaji isi rumah tu yang penting.

pendidikan mana satu lagi penting? well, tinggi rendah pendidikan tidak diukur melalui gulungan ijazah semata. orang yang diploma tetapi pengalaman hidup yang banyak terkadang lebih dipilih oleh para bos berbanding orang berijazah sarjana tanpa pengalaman hidup.

fikirkan.
Tanpa Nama berkata…
@thebentpencil

wak lu, aku pn belaja sains.. tau jugak fungsi air mata tu.. tp tajuk entri ni minggu perkahwinan: Lelaki Vs perempuan? pastu ko nak ajar org menangis.

baik ko tulis minggu menangis: airmata bole cuci hati & bontot ko! trolololo... dumbass. kalu nk ckp psl air mata, google pn bole la mangkuk!
aku ada nama berkata…
aku nak tengok gak si tanpa nama ni bila kena bencana dalam perkahwinan, dia tak menangis. aku nak tengokkkk tanpa nama. lancau!
Tanpa Nama berkata…
aku hanya berharap semoga hatinya kembali pada aku n aku sudah kering air mata. .
huarrrgggggghhhh. . .
KRL kaprileader berkata…
wah.. cite sini sume panjang2 belako!
KRL kaprileader berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
yeye berkata…
mungkinkah ini bersesuaian dengan tema?trima kasih.

http://yeyeadoblogjugok.blogspot.com/2011/06/wedding-vs-marriage.html
Tanpa Nama berkata…
wait, is that just me or smua org perasan? y tak de nama alexia? kenapa aqram je, same goes on ur blog. hmmmmm
Tanpa Nama berkata…
tu la..aku pun prasan gak...x de alexia...sbr yek...huhuuhu..
Tanpa Nama berkata…
light will guide you home and ignite your bone and i will try to fix you-coldplay:)
tireless mom berkata…
tangisan itu satu kelegaan kan? walau seberat mana dugaan yang Allah berikan....semua hanyalah ujian...anggap jer mcm ujian pertengahan atau ujian akhir tahun....kita selalu dengar orang kata "hidup is too short!"...
yea! betul if kita faham konsep hidup yang singkat ini adalah satu pinjaman, so bersedialah Peminjamnya akan menarik baliknya satu hari nanti...dats y Allah bg kita daya untuk mengeluarkan air mata, sebab Allah nak kita sapu bersih segala habuk2 yang de kat mata and jiwa....betul tak? if tirelessmom silap, betoi kan okeyhhh!
Alahai, salah ke menangis?

Lawaklah komentar camtu. Mesti dia kata dia kental langsung tak menangis.
ZeBentPenzel berkata…
betul tu zara.

lagipun saya rasa lelaki menangis tu maknanya jiwa dia hebat. kehkeh

la dah orang ungkit pasal nangis kat komen section, kita komen la pasal nangis.

wak lu sana wak lu sini. tak baik tau. cuba pergi ambil wuduk sikit. tonangggg jiwa tu bang.
N Farah .nfu. berkata…
aqram dah takde alexia.
aku perasan jugak.
hurmmmm
Cikya berkata…
alexia dah kehilangan aqram..hurm...
fight for the future deh..
zt-zati berkata…
aku pn penah gak menangis sbb love things ni..
susa nk terima hakikat mulanye..
pas nges mmg fell much more better..
tapi nak lupakan mmg amek mse yg lame..

~be strong aqram, take ur time..
Tanpa Nama berkata…
Mana alexia..? Someone please. Nk tau,.. huhu.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.