minggu istimewa perkahwinan: ada wang di sayang sayang, tak ada wang sayang melayang.



kalau ditanya kepada teman-teman seusia dengan aku,

"engkau mahu kahwin?"

laju saja angguknya. tak fikir dua tiga kali lagi. yang punya kecenderungan abnormal tu lain cerita. itu exception.

semua orang mahu kahwin. berkongsi hidup dengan pasangan yang kita kasih dan cinta, bina masa hadapan bersama-sama dan tidak ada kekangan atau batas yang perlu kita langgar kerana semua yang dulunya haram dan terbataskan sudah jadi halal.

tapi..

dalam pada kita seronok dan suka malah dalam pada kita terkinja-kinja mahu berkahwin, apa kita ini sebenarnya sudah benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab dan melalui cabaran hidup berdua selepas berkahwin nanti? bukan calang-calang cabaran tahu?

statistik yang diperoleh dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diperoleh pada tahun 2009 menunjukan bahawa satu penceraian berlaku untuk setiap lima belas minit. dalam sehari kita ada dua puluh empat jam. kalau di kali kan dengan enam puluh minit maknanya total sehari adalah sebanyak satu ribu empat ratus empat puluh minit (1440), dan kalau dibahagikan dengan lima belas (15) bermakna dalam sehari terdapat sebanyak sembilan puluh enam (96) kes penceraian dilaporkan.



takut tak?

ironinya, kebanyakan pasangan yang bercerai ni pasangan yang muda-muda, kahwin pun tak sampai sepuluh tahun. beberapa bulan lepas, kawan saya sibuk menguruskan hal ehwal perkahwinannya dan sering berulang alik ke pejabat agama untuk urusan mengisi dan menghantar borang. kata teman saya ini, setiap kali dia ke sana, pasti ramai pasangan muda yang ingin mendaftarkan penceraian.

well.. siapa yang patut dipersalahkan? apa punca yang menyebabkan berlakunya tragedi dalam perkahwinan yang pada mulanya indah belaka?

masa mula-mula nak kahwin dulu, bukan main lagi dua-dua berjanji bersumpah setia, sanggup menghadapi susah dan senang bersama. tapi bila dah kahwin? baru tahu tinggi rendahnya langit yang selama ini kita nampak macam dipisah horizon sahaja. dalam banyak-banyak artikel yang aku baca, rata-rata mengatakan antara punca terbesar yang menyebabkan terjadinya penceraian adalah faktor ekonomi. masa mula-mula kahwin tak apa. masuk tahun pertama, jiran sebelah tukar sofa baru. yang isteri mula lah merengek mahu sofa baru juga. jiran tunjuk cincin emas yang dia pakai dekat sepuluh-sepuluh jari, yang isteri pun mahu juga cincin emas. kalau tak mampu untuk sepuluh jari, sekadar penuh lima jari pun cukup lah. yang si suami, mula pening kepala. malam-malam tidur tak lena memikirkan kehendak si isteri. kalau tak ditunaikan hasratnya, muncung tak payah nak ukur lagi. empat belas inci perginya. silap-silap laparnya di malam hari tidak dipeduli isteri. mogok lah katakan. dan berpunca dari isu seremeh ini, akan bergolak lah rumahtangga yang pada awalnya bahagia. suami rasa tertekan, isteri pula katanya derita. sudahnya?

bukan nak bias, tapi ini realiti. memang lah kebanyakan wanita zaman sekarang ni berkerjaya, mampu beli sendiri. tapi kadang-kadang nak juga merasa pemberian suami ye tak? lagi pun seperti kata kita-kita, duit kita duit kita, duit suami duit kita.

*senyum menyenget*

jadi...

jangan fikir seronok nak kahwin je.
yang lelaki, timbang-timbangkan dulu sama ada awak tu mampu ke malayan permintaan isteri yang high maintenance sangat tu. dan awak pun, jangan la malas berusaha. akal awak kena selangkah ke depan, langkah pun kena selangkah ke depan. buat sesuatu untuk memantapkan ekonomi keluarga dan pendapatan isi rumah. yang perempuan pula, timbangkan juga sama ada lelaki pilihan awak tu mampu ke nak sara awak punya kehendak yang bukan kecil-kecil anak tu?



jangan nanti masa nak kahwin kata sanggup. bila dah kahwin nanti jadi porak peranda.
kalau diri kita saja tak apa, tapi macam mana pula kalau dah ada anak?

kalau betul sanggup susah senang bersama, jangan berpatah balik dan menyesal dengan pilihan yang awak buat. walk the talk orait?


p/s: moga-moga nanti murah dan melimpah ruah rezeki. ameen ya rabb..

sumber:
the malaysian insider
berita semasa
punca cerai
griya informasi



Ulasan

Namio Oo berkata…
huhuh..memang terasa ingin kawen,.sebab jeles tgk org lain bahagia.. hahahahaha =P
Ne0 berkata…
agama xkuat nak kawen jgk...
2 cerai berai tue...
shahirahkhairudin berkata…
@aebob

agama tu sama-sama boleh mantapkan, asalkan berkehendak dua-duanya.
Kaki Merapu berkata…
ekonomi tu memang salah satu punca..tapi ada pepatah mengatakan

"gaji 1k, hidup la mcam org ada 1k"

ni gaji 1k nak tambah kosong jadi 10k punya cara idup, memang lor beban dan bebal...hahahahaha..
Cahaya Petunjuk berkata…
Ada orang selalu fikir mcm mana nak memeriahkan majlis/ kenduri kahwin. tapi TAK ramai orang yang fikir, mcm mana nak memeriahkan kehidupan selepas diijabkabulkan.
Sepatutnya, bakal-bakal pengantin kena prepare fizikal dan mental.
Getting married is just not about having sex. It’s about responsibility.
Wadi AR berkata…
bak kata ustaz jais aku mase kursus kawen, " bile mintak cerai, fikirkan kebaikan yg psgn pernah buat. KEBAIKAN. bkn keburukan aje "
Unknown berkata…
tkut plak nak kwen hahahaha
Tanpa Nama berkata…
stuju sgt2 entry kali ni..errmm..pompuan zmn skrg materialistik ckit...bkn niat di hati nak kutuk pompuan sbb diri sendiri pun pompuan, tp itu lah hakikat nya..kejar lelaki yang dh berkereta..kerja senang...bila org tu susah, mula lah merungut..laki pun sama..bila dh kaya sikit, mula la cari sparepart...sbb dulu susah sorg2, ms zmn naik moto, sorg2...dh ada kreta, bru cari makwe..sbb tu la mudah sgt hati cari sparepart...dia x dpt rasa pengorbanan org yg dia syg..respect ngan org zmn dulu..sbb susah mcm mana pun, still bersama.....x mcm zmn skrg.. =)
Mashe berkata…
kawen senang.. mendirikan rumah tgga tuh susah~

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.