Cinta Pertama Atau Perkahwinan Sekarang?
Semua orang mungkin pernah melalui fasa percintaan dalam hidup. Kalau yang menyatakan tidak pernah langsung, mungkin dia perlu periksa hati dia. Menyimpan perasaan pada orang lain, hatta bertepuk sebelah tangan dan memendam perasaan sahaja pun sudah cukup untuk masuk kategori melalui perasaan bercinta. Susahkah mempunyai perasaan sedemikian rupa?
Bila Terfaktab muncul dengan minggu perkahwinan, di sebalik himpunan tulisan aku mengenai perkahwinan, ada sesuatu yang lain mahu aku kongsikan di sini. Sesuatu yang mula menyelit dalam statistik pasangan berkahwin mula memikirkan untuk ke kelas kaunseling keluarga, mengupah peguam dan sebagainya serta naik turun mahkamah. Kes penceraian yang berleluasa membuatkan ramai anak muda (dan juga golongan tua sebenarnya), takut dengan istilah perkahwinan.
Ada seorang teman meluahkan masalahnya kepada aku tatkala aku menceritakan betapa aku menjalani kehidupan dengan bersungguh-sungguh dan mendambakan gelak tawa yang ceria. Dia kata waktu muda seperti aku jangan dipersiakan sebab aku dengan mudah boleh kuasai segalanya. Entah, aku tidak mahu kupas lebih lanjut. Itu ceritera lain gaya. Dia juga menyatakan aku beruntung dalam hidup sampai ke menikmati puncak jaya.
Teman : Masalah kalau kamu hadapi tidak sehebat saya.
Aku : Apa masalah kamu?
Teman : Kekasih lama saya muncul kembali. Kekasih pertama.
Aku : Ya? Dia mahu apa?
Teman : Menagih kasih lama. Mahu menjadi isteri kedua.
Aku : Isteri kamu kenal dia?
Teman : Kenal, kami sama universiti dahulu. Dan saya tak pernah keluar hanya berdua dengan dia. Pasti ada isteri yang teman sebab dia sudah jadi kawan pada keluarga.
Aku : Oh, pasti isteri kamu tidak akan beri.
Teman : Kami akan duduk berbincang nanti. Dan wanita itu sudah menukar agama dia.
Aku : Menukar agama demi cinta?
Teman : Dia kata dia tertarik dengan Islam. Kalau tidak dapat berkahwin dengan saya pun tidak mengapa.

Selang sehari.
Teman : Semalam kami telah bertemu seperti selalunya. Bersama isteri saya.
Aku : Jadi, apa yang berlaku?
Teman : Dia meluahkan hasratnya pada isteri. Isteri saya mendengar sahaja.
Aku : Oh, baiknya. Dan apa yang jadi?
Teman : Isteri saya beri izin kalau saya mahu kahwin dengan wanita itu, cuma dia mahu bercerai. Tidak rela bermadu.
Aku : Mana ada orang yang senang-senang mahu bermadu.
Teman : Itulah. Saya kagum sebab dia berani tetapi saya sayang isteri saya juga.
Aku : Harus memilih antara dua.
Teman : Saya pernah berkorban dulu, sekarang saya makin pening.
Aku : Sabar, itu sahaja saya boleh cakap.
Hari ini.Aku : Jadi, apa yang berlaku?

Teman : Semalam saya jumpa wanita itu, tanpa kehadiran isteri saya buat kali pertama.
Aku : Isteri kamu marah?
Teman : Dia tak marah-marah, tapi dia tahu saya keluar. Dari hari itu, dia sudah senyap sahaja.
Aku : Jadi, apa yang berlaku?
Teman : Saya sudah pujuk wanita itu pulang sahaja ke negaranya. Biarkan saya bersama keluarga.
Aku : Saya rasa wanita itu tamak.
Teman : Kenapa?
Aku : Dia sudah memiliki hampir segalanya. Mengapa mesti memburu kamu lagi.
Teman : Dia pernah cuba untuk berhenti. Sambung belajar sebagainya. Tapi dia masih hidup dalam kenangan kami.
Aku : Dia sepatutnya lepaskan sahaja. Saya pernah lepaskan orang yang saya cinta demi lihat orang itu bahagia dengan pilihan dia. Saya berusaha agar tidak bina kebahagiaan atas air mata orang lain.
Teman : Entahlah.
Aku : Kamu kena berfikir dengan lebih mendalam.
Teman : Kasihankan anak-anak.
Aku : Tahu pun.
Teman : Tapi masih ragu-ragu lagi.

[Sumber gambar] |
Dalam kisah di atas, aku boleh merasakan bahawa ramai orang akan menyalahkan lelaki tersebut dan wanita yang menjadi cinta pertama dia. Sebab apa? Sebab dia lelaki yang sudah berkahwin dan masih mengingati cinta pertama walaupun telah lama menjalani kehidupan berkeluarga. Wanita yang menjadi cinta pertama, juga akan disalahkan kerana dianggap menjadi punca segala keretakan. Mungkinlah.
Cuma, ada sebaris ayat yang aku rasa sangat berkenan bila membicarakan tentang ini. Daripada aktor kegemaran aku disebabkan kenyataannya dia hebat di layar dan juga di luar.
"If you love two people at the same time..Choose the second one..Because if you really loved the first one you wouldn't have fallen for the second.."- Johny Depp..
Cinta pertama - wanita yang baru muncul setelah sekian lama.
Cinta kedua - wanita yang sekarang menjadi isteri.
Buat pilihan bijak.
Noktah.
Itu sahaja.
Cinta kedua - wanita yang sekarang menjadi isteri.
Buat pilihan bijak.
Noktah.
Itu sahaja.
Lord Zara : “Loyalty is something you give regardless of what you get back, and in giving loyalty, you’re getting more loyalty; and out of loyalty flow other great qualities.” [Charles Jones] - sumber Tumblr aku.
Ulasan
it's you. it's how you handle the situation. it will all come back to those people around you
tetapi yang kedua terkadang jauh lebih baik dari yang kedua....~~
Kalau anda tengok cerita tu, watak doktor perepmuan ni (Divya) dah bertunang dan akan kahwin dengan rakan lama. tetapi dia tersuka dengan pesakitnya. Semakin lama dia semakin meminati pesakit tu. semakin lama, kasihnya terbelah bahagi antata tunang dan pesakit baru itu. Lalu dia menceritakan kepada bossnya Hank.
Divya: maybe I like him...because it's love?
Hank: maybe you like him because he's something new?
fikirkan.
Same thing applies to marriage. Kalau dah bahagia dgn perkahwinan yg ada, usah dikejar cinta lama yg tampak lebih membahagiakan dari ikatan sah yg sedia terjalin. Kerana kadang kala, apa yg ada di sana belum tentu lebih baik lagi daripada apa yg sudah kita miliki, malahan ianya mungkin jauh lebih buruk lagi. Sudah sudahnya, permata yg disangka dikejar, dapat tapi merana, yg sebenarnya benarnya permata yg dikendong berciciran untuk dikutip oleh orang lain yg lebih menghargai.
The main point here is to be grateful. Seperti mana kita bersyukur dgn rezeki yg Dia bagi, seperti itu jugalah kita kena bersyukur dgn jodoh yg Dia tentukan. Kalau takde jodoh, takkan kita leh kawen dgn the 2nd one, ye x?
Hanya sekadar pandangan.
hopefully mende camni tak jadi kat saye.
tak rela dimadukannnnnnnnnnnn!! :'(
1. Orang yang kita suka.
2. Orang yang kita sayang.
Sebab aku melalui benda yang sama seperti di atas..