Bahasa Cinta.


Firstly, saya merasa sangat lama tidak menulis di Terfaktab. Mungkin sebab lately busy dengan #projekgerhanabulan, novel Pengejar Bintang dan Bau Semangat Anak Muda yang kena re-edit balik untuk "versi boleh terbit", dan juga banyak perkara yang sedang berlaku sampai tak sempat nak menulis. Sebenarnya nak tulis pada 8 Julai tentang arwah Elly, namun, sebab ada minggu perkahwinan (dan sebenarnya takde idea nak tulis), saya tidak menulis pada minggu tersebut.

Hari ini saya mencopy paste entry dan menterjemahkan ke Bahasa Malaysia dari page girlfriend saya, Erica Micheal - tentang bahasa komunikasi dalam cinta. Kepada yang bertanya kenapa nama dia agak kewesternan - ini kerana dia suka untuk stay anonymous. For those yang pernah jumpa kami di Frinjan, she's such a sweet girl. And buang masa nak invent-invent another imaginary friends. Cukuplah aku ada Jack dan lapan yang lain. Nak tambah lagi buat sakit kepala.


Setiap kali kegagalan dalam percintaan mesti kita akan terguling-guling menangis akibat kegagalan. Aku rasa kegagalan aku ni dah macam sinonim dengan diri aku dulu. Kegagalan ini adalah kerana kegagalan aku menggunakan bahasa cinta dengan betul. Jika anda gagal mengesan bahasa cinta awek yang anda ingin tackle anda akan mengalami kegagalan yang amat nyata. Ada lima bahasa cinta berbeza yang perlu engkorang tahu.

1.Kata-kata
2.Masa
3.Hadiah
4.Pertolongan
5.Sentuhan

Dan setiap orang mempunyai paling tinggi pun dua sahaja bahasa cinta. Kalau misal kata kau nak tackle Fatimah, bahasa cinta Fatimah ni ialah masa - kau puji kata-kata macam mana melambung pun kau akan gagal. Bagi hadiah Lambourghini pun kau akan gagal tapi kalau kau dapat luangkan masa hatta untuk masak megi bersama pun dia boleh cair.

1. KATA-KATA.

Sesetengah pasangan suka kata-kata. Kata-kata macam "good morning beautiful" selalu aku sapa dalam BBM aku ke girlfriend aku. Bila jumpa, aku akan cakap "eh why you look different today?" "Different, you mean?" "You nampak cantik sikit. Your eyes. Cantik sangat." dan dia start blushing. Kalau bagi lelaki pulak, kata-kata macam "I suka la hug you sangat-sangat, sebab you huggable macam teddy bear" stuff like that walaupun seems macam lawak but it's meaningful.

2. MASA

Sesetengah orang suka memikirkan tentang masa. Masa yang dikongsi bersama-sama. Contoh paling mudah bila kau bawak awek kau ke taman semata-mata nak dia teringin nak main buaian. Kau bawak dia pergi Frinjan dan habiskan masa untuk bersama. Kau habiskan masa main Lego, main Monopoly atau Uno. Kadang-kadang lagi best main Truth or Dare. Bagi lelaki pula, adalah sangat appreciable bila awek sanggup temankan balak pergi tengok bola walhal tak tahu rule of offside. In the end, it's about spending time together.

3. HADIAH

Yang ni payah sikit. Ni kau kena ada loaded sikit. Hadiah-hadiah ni kau kena beli, untuk memahami tentang dia. Dia suka beg Birkins, kasut Jimmy Choo, jam Patek Phillipe - mampos kau.

Tapi tak semestinya kau kena beli - kamon guys jangan jadi pemalas. Aku pernah jumpa awek jenis macam ni. Aku tak beli - aku buat. Yeah, memang akhirnya akan gagal sebab materialistik. Tapi aku tahu dia masih simpan apa yang aku buat untuk hadiah hari jadi dia. Sentimental values. Yang ni memang memerlukan sama ada daya kreativiti yang tinggi atau daya credit card yang tinggi.

4. PERTOLONGAN

Pasangan jenis ni dia tak fikir apa - dia akan appreciate bila kau cuba menolongnya. Contoh bila heel dia patah dan kaki dia terkehel - kau akan pikul dan kendong dia. Yang ni pun pernah aku buat jugak. Aku urut kaki dia sebab aku belajar mengurut dengan makcik aku masa kat kampung dulu. Well, memang sakit tapi akhirnya dia ucapkan terima kasih kat aku.

Awek jenis ni jugak suka kalau dia tengah bawak banyak barang dan kau bawakkan beg dia, atau paling bangsat pun time dia nak duduk waktu nak makan - kau tarikkan kerusi untuk dia. Ataupun payungkan dia masa hujan. Ada jugak yang species yang macam ni.

5. SENTUHAN

Kalau kau rasa sentuhan tu hanya ringan-ringan tepi semak - jangan jadi shallow. Sentuhan ni tak semestinya berunsurkan kenakalan (walaupun kadang-kadang ia membantu jugak) - tapi sentuhan macam let's say kucing girlfriend kau mati, dan dia menangis, apa yang kau boleh buat ialah pegang bahu dia, atau lap tangisan dia, pelukan, atau pegang tangan dia (harap maaf aku sekular - tapi kalau kau tak sekular macam aku - boleh je gunakan perkara 1 iaitu kata-kata).

Jadi kalau let's say awek yang kau nak tackle ni berbeza dengan apa yang gaya bahasa kau nak guna - memang kantoi miserably lah. Untuk kau memenangi hati wanita (atau wanita memenangi hati lelaki) kena fahamlah benda ni. Kadang-kadang kau akan rasa pelik kenapa awek ni kau gagal tapi awek ni senang je kau dapat. Atau, kenapa boyfriend suka tinggalkan kau walaupun kau dah sehabis baik dah buat untuk dia. Dan demi aku untuk mahir semua bahasa ni - berapa banyak kegagalan dan kecewa perlu aku hadapi.

Contohnya macam Fatimah tadi, bahasa cintanya adalah MASA. Tapi kau ni seorang yang kaya raya macam Datuk Narcissus Yusof dalam Buku Fixi - Kasino. Kau beli la beg Birkins ke, baju kat Salvatore Ferragamo ke, kau beli la heels dari Jimmy Choo ke - kau akan gagal. Sebaliknya kalau kau sanggup spend masa untuk teman dia main buaian misalnya, atau masak-masak sama-sama, mungkin kau dah boleh dapat dah si Fatimah ni.

Kata-kata selalunya orang ni suka benda-benda yang berpuitis macam Rangga. Wish good night dengan kata-kata indah dan berbunga-bunga boleh bikin awek cair. Tapi tak semua awek suka kata-kata berbunga ni. Sesetengah akan rasa menyampah dan ini akan gagal. Menyampah sebab dia rasa dia bukan jiwa bunga-bunga. Mungkin dia rasa Usop Kopratasa seorang yang tidak menyenangkan berbanding Datuk Narcissus Yusof.

Masa - kalau kau Tan Sri ke Datuk Seri owner bank ke apa kau janganlah cari awek macam ni. Kau akan dapati kau akan gagal dengan student atau penganggur. Ini kerana no matter banyak duit kau pun - tapi kalau awek tu tunggu kau BBM pun kau tunggu 2 hari baru nak reply memang tak payah. Bagi awek jenis macam ni, you might need money but money can't buy time.

Hadiah - kalau kau suka awek jenis ni usah kau kecewa kalau kau tak mampu kecuali kalau awek ni memang betul-betul high maintancence. Serius kalau ada awek jenis ni aku memang doa auzubillah la mintak dijauhkan awek macam ni. Ini kerana aku kalau nak bagi hadiah, aku tak suka beli. Aku suka buat. Bagi aku kau hadiahkan kad hari jadi simple lebih baik dari kau bagi aku jam Patek Phillipe. Aku tak pakai jam pun anyway.

So - untuk kau mengenal "bahasa cinta" ni - kau kena lakukan sedikit siasatan dan risikanlah. Kau ingat CIA dan KGB je ke pakai risik-risik? Dan daripada mengenal perkara inilah baru kau boleh faham semuanya.

Link artikel ni ada kat blog awek aku kat sini.

Ulasan

Anies Anessa berkata…
aku tatau aku kayegori mana..hehehe..tp bukan yg hadiah pastinya sbb aku kurang gemar dgn prinsip kalo bercinta wajib kena bg hadiah
Pyqa Farid berkata…
wah! bagus bagus. . untuk saya maybe mase kot. . kihkihkih. .
aQi + GenGkey berkata…
sume kategori dh mrase...
keh3..:D
Tanpa Nama berkata…
Entri yang membuatkan aku tersenyum sendiri. Hehe.

Intro macam aku tahu kenapa. Hehehe.
Ini mesti kes si anon yang kehilangan kebolehan untuk berfikir.

Nami = Erica?

Hahaha. Untuk makluman, Erica hanyalah satu lagi watak imaginari.

Aku tak pergi ke Frinjan bersama Nami dua kali, Aku tak pernah jumpa @_siggplus, @akulinglung, @j_h84, @nizambakeri.

Aku hanyalah seorang yang tak pernah wujud.
Aku hanya hadir dalam hidup Nami dan hanya dia boleh nampak aku.
Jangan tanya, terima je ape aku cakap.
Sebab kalau aku cakap ape pun korang akan persoalkan jugak.

Yang bermain buaian tu pun bukan aku.
Buaian tu bergerak sendiri.
Serius aku tak tipu.
Lebih serius dari blog serius.

Dan akaun ni pun akaun tipu.
Sebab aku hanyalah imaginary.
Hadir sebagai peneman Nami, untuk menberikan secebis rasa bahagia buat dia.

Yang tulis blog tentangnami.blogspot.com tu pun bukan aku. Aku kan tak wujud, mana mungkin aku menulis.
Bandingkanlah tulisan aku dan tulisan Nami.
Sama kan?

Oh ya!
Aku juga tak pernah main Truth Or Dare dengan Nami, dia tak pernah kalah dengan aku sampai digelakkan oleh Jack.

Eh, Nami pun tak wujudlah!
Korang percaya ke Nami wujud?

Adoiyai!
Messed up nye korang punye fikiran nih.

@Cob Nobbler : Even as an a so-called imaginary girlfriend, I always love you ma teddy!
Te amor!
Wadi AR berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Wadi AR berkata…
aku jarang menangis dpn laki sbb aku mmg jarang untuk berkongsi perasaan
amira_hasrori berkata…
oh. aku pun lagi suka handmade punye hadiah :D
Si Fatimah berkata…
weiii ni silap ni..... sapa kate i tolak Lamborghini?

knp nak compare lambo ngan masak megi?? ttiiddaakk
Aslina berkata…
aku malas ah ni semua.

hahahahh...

bleh la lempang aku laju2 skarang...
maksurozana berkata…
hai nami nami. i read both tau. yang u translate ni and the original post from Erica's blog.

sorry to say but i think most of guys malas nak bagi hadiah kat gf sendiri even untuk tarikh2 penting (ntah2 tak ingat). women love surprises. no doubt. for me, kalau seorang gf betul2 sayang bf dia, dia tak kisah pun bf dia bagi apa. for me, even one bar of choc (siap lupa buang tanda harga) pun memadai as long as bf dia cakap benda tu as a gift. even a card pun akan membuatkan hati seorang wanita meloncat2 keriangan.

and i rasa la nami, bila satu relationship tu dah sampai kat comfort zone, makin kurang and makin terhakis sikap dan sifat kita masa mula2 kenal or nak mengorat dulu. sad but its sooo true. manis tu dah hilang. jangan nak kata kol, sms pun payah.
Miera Aziz berkata…
Sumenye betul!!
Tp as a girl i prefer masa dan kata kata :)
Wid Skyline berkata…
hahaha!

Cob! reg jadi translator cpt.. ^^
Ananini berkata…
okey!aku prefer masa kot, habiskan masa bersama-sama.tapi untuk menghabiskan masa bersama - sama , apa yang perlu ada ialah chemisrty. walaupun kau dah dapat detect bahasa cinta si dia, tapi korang tade chemistry, kelima-lima bahasa cinta tu takkan berhasil. ^_^
HarperSeven berkata…
Ananini,
yup,ada chemistry.. tak perlu bercakap bila bersama pun da orait. janji tahu dia dekat dgn kite & ada masa tuk kite. eg.teman tgk TV.
Tanpa Nama berkata…
aku jenis masa. aku tak kesah pun pasal hadiah ke ape ke, janji masa. always dengan aku.
.nuratiq.moyaz. berkata…
boleh tak nak tamak? nak semua. muahahaha.
Mr.She berkata…
wah, tips yg sgtsgtsgt berguna lor..
Cikgu Izmir berkata…
aku rasa gadis aku jenis yg sukakan pertolongan.cewah

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.