TerNow : 1 Juta Pengunjung

Pejabat Terfaktab tampak gayangnya sedang sibuk kebelakangan ini dengan komitmen menyiapkan keluaran sulung buku yang berjudul Kitab Terfaktab. Gua tengok budak-budak ni bukan main ke sungguh. Lagi-lagi Leplep yang ke hulur-hilir bawak aerial tv semata-mata nak dapatkan siaran TV3. Katanya nak tengok Stanza Cinta. Dah tengok cerita tu, baru berkembang idea nak menulis. Apa-apa je lah Leplep.

Mr Kay dan Amoi macam biasa, cemerlang menghantar awal artikel. Yang lain macam Bukan Penggoda dari dua tiga hari lepas cuba jeling-jeling artikel yang di hantar oleh Mr Kay dan Amoi. Nak tiru le teww. Gua sebagai seorang boss, amat prihatin dalam keaslian karya. Jadi, awal-awal gua dah letakkan karya-karya tersebut dalam peti besi. Kehkehkeh. 

Elena Reeney pula di khabarkan masih memakan durian, begitu juga Penulis Sahaja dan HuskyPusky. Durian memang jadi makanan kegemaran di pejabat sejak menjak ini. Durian Muo yang di bawa oleh Lord Zara. Tapi, Lord Zara tiada di pejabat dua tiga hari ini kerana sibuk dengan tugasan nak interview ramai salahbrity. Helly pula di katakan tidak sihat dan dah mintak cuti untuk siapkan artikel di rumah. Katanya pejabat ini semakin berpuaka. Gua dah seram lain macam.

Nami? Bekerja kuat. Hardworking budak ni rupanya nak siapkan artikel. Bukan setakat artikel kitab terfaktab untuk di siapkan, malah menyiapkan novel-novel peribadi. Yang sekarang gua hairan ialah Bent Pencil, mana entah menghilang. Gua harap dia buat yang terbaik untuk research-research dia. Belajar belajar jugak, kerja kerja jugak ye dok? Raksasa Jahat pula sedang sibuk dengan dunia maya. Samalah juga dengan Shahirah, sibuk dengan membuat kerja. Senang cerita, semua orang di pejabat Terfaktab sedang komited menyiapkan kerja dan sibuk di sana-sini.

Tapi, dalam kesibukkan ini ada gembiranya. Ya, setelah terfaktab beroperasi sejak Nov 2010 sehingga kini, 8 bulan. Akhirnya pada hari ini detik jam 1 tengahari tadi, terfaktab telah mencapai kunjungan sebanyak satu juta! Ya, one million viewers dalam tempoh lapan bulan. Ini sebuah pencapaian yang memberangsangkan. Menandakan aras keyakinan para pembaca semakin meningkat dan mempercayai jenama terfaktab dalam hal ehwal relationship. Kami semua warga kerja Terfaktab mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat-peminat kami terutamanya peminat tegar Terfaktab Lovers. Tanpa sokongan dan dedikasi kalian, mungkin terfaktab hanya sekadar nama picisan dalam arena maya.

Gua sebagai founder, mahu mengucapkan selamat berjaya kepada semua warga kerja terfaktab dan mahu juga mengucapkan terima kasih daun keladi atas sokongan lu orang. Privet ti salute!

Chalo, Assalamualaikom!

Ulasan

farah jalikha berkata…
HEBAT2.. TAHNIAH. AKU CINTA TERFAKTAB!! TERBAIKKK!!
D'syaq berkata…
congrate.. ^_^
rjin2 kn lg uat entry yg best2 ea..
Unknown berkata…
entri nie best..
sesuai untuk meregangkan urat-urat yang berserabut di kala ini..
Dr. Amirah berkata…
tahniah terfaktab...idola saya kot terfaktab nak buat projek grouping blogging ny :)
Q berkata…
Itu baru yang kunjungi blogspot terfaktab, belum campur jumlah yang baca dari google reader, apps di smartphone, etc.
demand berkata…
terfaktab ada pejabat ker?(secara fizikal)
Tanpa Nama berkata…
tahniah.

harap lepas ni up citer cinta islamik pula. kat variasi skit
Hanhanz berkata…
aku kenal terfaktab melalui mr.k. so tahniah mr k. :P
Tanpa Nama berkata…
waahhh tahniah.. aku nk bagitau jugak aku kenal terfaktab dari zara. tapi korang sume memang best!
Tanpa Nama berkata…
n ak taw terfaktab dari nami. awesome team work.
yanntulis berkata…
aku tau terfaktab pun dr mr.K . thanx terfaktab krn memenuhi ruang ruang kosong dlm hidup aku .(hee ayt x ley blaa tp serius terfaktab byk buat aku terpk pasal kehidupan, bt aku jd org yg lbh mtg dlm relationship dan tak dikuasai oleh emosi semate2. biasela pmpuan haha .)bile2 aku boring mesti aku bace sini . tahniah .moge terus sukses

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.