Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

Imej
Selamat berpuasa kami ucapkan kepada pembaca-pembaca Terfaktab yang beragama Islam. Semoga bulan puasa sebegini, menambah berkat cinta kita antara sesama manusia. Cinta yang jujur, suci dan di redhai. Blog Terfaktab tetap berjalan seperti biasa di bulan Ramadhan, dengan sedikit kesibukkan menyiapkan projek buku. Mungkin pihak kami akan lebih banyak menyiarkan penulisan kiriman pembaca selepas ini. Ramai di antara pembaca-pembaca Terfaktab berbakat besar dalam penulisan. Dan kami berbesar hati kerana dapat berkongsi bersama kalian. Akhir kata, berpuasalah dengan istiqamah. Di lamun cinta itu pasti ada, namun biarlah ingat batas-batas pergaulan ya? Jangan di ikut nafsu sangat. Syaitan kan dah kena ikat.  Wassalam. Ikhlas dari, Skuad Terfaktab

Cerita Hari Ahad: Cerita Adik Gua Kahwin.

Imej
" Baby baby nak punk rock wedding acani leh tak, leh tak? kekekekeke! " Pagi Ahad tu gua agak busy sikit - sebab adik gua dah kahwin. Gua bukak Twitter pun nampak bos @_aqram dah bising pasal assignment dia suruh buat, gua cakap "opp sorry bos, hari ni adik gua kahwin. Pagi agak busy - so memalam tu sikit gua hantar". Sebenarnya gua dah siap lama dah tapi sebab ada banyak benda nak buat - so tak terhantar-hantar kerja si Aqram bagi. Relax la, gua dah siap pun anyway. Sebelum tu - biar aku cerita latar belakang family aku so korang faham. Aku paling sulung - 27 tahun, nombor dua adik perempuan umur 26 tahun, dan adik lelaki aku umur 25 tahun. Yang kahwin pada hari ini adalah adik lelaki yang umur 25 tahun. So basicly abang dia dengan kakak dia masih lagi bujang walaupun sudah berpacaran. Majlis berlangsung di Dewan Sukan Bangsar di Jalan Terasek. Sesape yang biasa di Jalan Telawi ke area-area situ mesti tahu. Oleh sebab aku hampir setahun aku mengghaibkan diri dari k

[Entri Bergambar] Lelaki Cemburu? HAHA!

Imej
source

cinta bantal busuk

Imej
"lama sangat dah kau macam ni. kau nak yang macam mana lagi? yang tu kau tak nak, yang ni kau buat tak peduli. tak baik tau" "lebih baik lah aku buat tak tahu, terus cakap tak mahu, daripada aku tipu hati sendiri, dan mainkan perasaan orang lain. aku tak suka, maknanya aku tak suka la" "aku tak faham. kau memilih sangat lah" *diam. senyum sekilas* "kau rasa aku memilih ke? aku cuma nak orang yang boleh buat aku rasa selesa. macam bantal" __________ _ _ _ _ _ __________ kisah sendiri, beberapa tahun yang dulu. empat tahun yang serius orang kata membazir dan buat kawan-kawan aku buntu, lansung tak faham apa mahu aku. aku tak ada menetapkan satu satu kriteria khusus dalam memilih pasangan. misalannya, tinggi, putih, berkaca mata, ada lesung pipit, tak gemuk, banyak duit, bla..bla..bla..bla.. ah ! penat nak tulis banyak-banyak. pada aku, kriteria kriteria tu semua adalah bonus. kalau ada, menggelupur suka, kalau tak ada, asal hati dah su

Kenapa Kau Suka Dia?

Imej
" Aku suka dia sebab dia adalah dia! " Apa maksud kau yang dia adalah dia? " Aku just suka dia, kerana dia adalah diri dia yang sebenar. Yang aku boleh terima. Dia adalah sebahagian diri aku " Lelaki sering memberikan jawapan yang seakan seperti di atas. Ia seperti bait-bait dalam lagu I Knew I Love You oleh Savage Garden. Bertemu dengan cetusan hati. Apabila dada seseorang lelaki itu berdegup secara tidak sekata dengan sebuah pandangan pertama. Itu lah cara seseorang lelaki sejati menemukan cinta. Ia tidak sama dengan lelaki yang ' sekadar cuba mencuba '. Mungkin lah ada, tapi ia boleh di katakan terpencil. Namun, perasaan cetusan hati dari lelaki itu juga boleh terjadi kepada yang bukan pandangan pertama. Ia pernah berlaku dan akan terus berlaku kepada kawan-kawan, kawan sekerja, sekuliah, kawan lama, dan kenalan-kenalan. Malah ada juga yang terjadi kepada sepupu dan saudara jauh.  Kalau kau tanya aku, adakah cetusan hati itu senang terjadi atau t

Keliru.

"Aku sbnanye rasa kau dah buat silap dari awal lagi. Dari mula-mula kau terima dia. Apa motif kau terima dia? Nak lari dari masa silam kau? Nak move on konon-kononnya?" Suara Milah bertempik memenuhi ruang. Geram dengan perangai Meen yang tak penah fikir dengan matang. "Aku tahu semua salah aku. Dah benda nak jadi, macam mana nak selesaikan masalah yang ada skang ni?" Meen tayang muka tak bersalah. "Kau confirmkan perasaan kau tu dulu. Kau still nak dia lagi ke tak. Kalau taknak, lepaskan je. Jangan nak seksa dia macam tu. Tak baik mainkan perasaan orang, Meen." "Mana ada aku mainkan perasaan orang..." "Dah tu, apa yang kau tengah buat sekarang? Mainkan perasaan patung? Mainkan perasaan kau sendiri?" "Aku cuma keliru!" betah Meen. "Aku taktau macam mana nak buat keputusan. Aku sendiri taktau perasaan aku. Aku taktau sama ada yang tinggal ni sayang atau apa. Aku taktau ni kasih atau kasihan." "Kau buatlah

How to reject someone nicely #1

Imej

Semua sama sahaja!

Imej

Emosi

Imej
Aku berlari. Emosi. Duduk di penjuru. Membatu. Lorong yang gelap dan kelam. Hitam. Aku berlari lagi. Mana nak pergi? Pergi mati? Sial.  Tak boleh jadi ni. Rasa itu tak mahu pergi. Jadi bagaimana ni? Aku sendirian lagi. Memerah otak dari pagi sampai ke pagi. Pilihan terbentang luas, nak apa lagi? Ahh.. berbual tepi. Pandai la kau memaki. Yang buat keputusan ini, diri sendiri la babi! Cinta, sayang, rindu, dendam. Masih lagi terpendam. Nak melangkah ke belakang. Selalu di bangkang. Habis? Kau boleh jamin yang di depan itu, Adalah mahu ku? Adalah takdir ku? Boleh membahagiakan ku? Kadang kadang aku rasa. Dunia ni kejam. Tuhan tu tak adil. Astaghfirullah. Aku hanya mampu berdoa. Yang di atas sana supaya tetapkan hati. Kepada apa yang dirasakan-Nya terbaik untuk diri ini. Kepada si dia, Cinta itu pasti. Separuh mati. Tapi. Aku mahu yang hakiki. Dapatkah kau menemani ku di syurga nanti? p/s: entry ni agak emosi. tapi paling tepat untuk meluahkan isi hati.

Karakter penulis: Aqram

Imej

Survival Of The Fittest

Imej
Member gua bertanya satu soalan kepada aku. Sedang aku minum milo panas dan makan kerepek pisang makcik yang berniaga bawak plastik merah jalan jauh-jauh (aku kesian pulak tengok makcik tu, belilah dua ringgit sebab duit tak banyak pun). Tiba-tiba member aku tanya satu soalan: "Bro, nak tanya la. kalau aku amek awek kawan aku ni kau rasa btol tak tndakan aku tu?" Peh satu soalan daring dan lebih panas dari milo panas aku. Dalam erti kata lain, overstreet awek member. Bukan case overstreet orang biasa punya awek, tapi overstreet awek member. Perkataan member tu adalah sangat sacred dan sangat suci bagi kaum lelaki. Melanggar perkataan "member" itu boleh menyebabkan kau menerima kehinaan sehinanya. Bagi lelaki macam aku - aku sangat appreciate kepada persahabatan. Walaupun member gua berlainan fahaman ke berlainan team bola ke tu belakang cerita. Tapi dalam hal ini - soal menyailang awek member adalah isu berat. Sama berat kalau kau duduk asrama dan kau menyimpan boto

Terbaik.

Imej
Terbaik. Satu perkataan yang kita selalu sangat cari-cari. Tak kisah lah untuk diri sendiri. Diri sendiri mahu jadi terbaik untuk segala benda yang dibuat. Mencari yang terbaik pada orang lain. Mahukan makwe yang terbaik. Mahukan ayah dan mak lakukan terbaik untuk kita. Terbaik? Apa yang terbaik? Apa yang terbaik yang kau orang semua dambakan? Pejam mata. Bayangkan kau berada di satu padang yang luas. Gelap sekelilingnya. Kau mencari nilai seorang manusia yang selalu mahukan segalanya sempurna. selalu yang mengimpikan segala plan, idea dan imaginasi palsu untuk menjadi kenyataan. Mempunyai seorang pasangan yang memahami. Tapi sejauh mana kau memahami pasangan tu? "Kalau dapat yang betul-betul sayang aku, faham aku, pandai jaga aku, itu sudah cukup. Kacak atau lawa tu semua bonus." Cuba lah menjadi lebih jujur dalam segala hal. Sejauh mana bonus itu muncul kalau kau alih-alih hanya approve lelaki dan perempuan handsome di dalam facebook? Mudah. Bukannya tak jujur. Maafkan

Senyum,Salam,Sapa,Sembang.

Orang kata kalau nak ngorat anak,kena ngorat mak/abah dia dulu. Tapi ramai di antara kita tak tahu apa nak buat bila kali pertama jumpa bakal mak/abah mertua dia. Gua berani jamin golongan mak-mak atau abah-abah ni akan menilai pasangan anak mereka dari saat pertama dieorang jumpa. Jadi first impression ni penting.  Kalau first impression dah fail nampak gayanya memang susah lah lu orang nak dapat anak mereka. Tapi kalau lu orang tahu apa nak buat,mungkin jalan cinta lu orang akan jadi senang sikit. Kebanyakan pasangan jumpa bakal mak/abah mertua dia pada situasi-situasi yang berbeza dan setiap situasi lu orang kena tahu caranya. Pakwe pergi rumah makwe Benda pertama lu orang harus buat ialah bawak buah tangan. Datang dengan jalan kosong sangat tidak gentleman. Buah tangan paling sesuai ialah buah-buahan. Tak payah nak berhampers-hampers bagai pun takpe,asalkan ikhlas. Tapi kalau boleh selidik la dulu,mak abah dia suka buah apa. Kalau bakal menantu gua datang rumah bawak durian me

Wordless Wednesday: Able to love with all my lies.

Imej
Captured by Martin Stranka [ website ]

cinta sedingin bayu

Imej
dari laman tulis daku sendiri, Aku Bukan Kamu : [gambar: moga-moga cinta ini mengikat hati kita sampai tua (ihsan google)] datang dan pergi itu suatu hakikat yang setiapnya dari kita mesti terima dan hadapi kan? setiap yang datang pasti akan pergi. face it. emberace it. nikmati tiap-tiap bahagia yang dititip seperti kita menikmati nyamannya bayu yang mengelus wajah   yang datang, akan pergi yang hidup, pasti mati yang tegak berdiri, akan roboh yang ada, pasti habis setiapnya tidak kekal di dalam pegangan kita. kehilangan itu sesuatu yang harus kita hadapi dengan hati berani. setiap yang dikurnia, kita terima dengan hati yang besar, penuh kobar bersambut senyum bahagia. kita merasa senang dengan setiap nikmat yang dititip. kanvas hidup tampak indah direnjis rona aneka nuansa. empunya kanvas sudah tentu merasa senang. senyumnya runcing seindah bulan sabit yang menerangi gelap pekat malam. pencinta lukisan juga menyungging senyum. tumpang bahagia bila mana jiwa mampu membaca nuansa

TerNow : 1 Juta Pengunjung

Imej
Pejabat Terfaktab tampak gayangnya sedang sibuk kebelakangan ini dengan komitmen menyiapkan keluaran sulung buku yang berjudul Kitab Terfaktab. Gua tengok budak-budak ni bukan main ke sungguh. Lagi-lagi Leplep yang ke hulur-hilir bawak aerial tv semata-mata nak dapatkan siaran TV3. Katanya nak tengok Stanza Cinta. Dah tengok cerita tu, baru berkembang idea nak menulis. Apa-apa je lah Leplep. Mr Kay dan Amoi macam biasa, cemerlang menghantar awal artikel. Yang lain macam Bukan Penggoda dari dua tiga hari lepas cuba jeling-jeling artikel yang di hantar oleh Mr Kay dan Amoi. Nak tiru le teww. Gua sebagai seorang boss, amat prihatin dalam keaslian karya. Jadi, awal-awal gua dah letakkan karya-karya tersebut dalam peti besi. Kehkehkeh.  Elena Reeney pula di khabarkan masih memakan durian, begitu juga Penulis Sahaja dan HuskyPusky. Durian memang jadi makanan kegemaran di pejabat sejak menjak ini. Durian Muo yang di bawa oleh Lord Zara. Tapi, Lord Zara tiada di pejabat dua tiga hari ini ker

Ego Perempuan

Imej
Berikut ialah artikel kiriman e-mail pembaca yang bernama Nur Syafiqah Mischa . Sebuah artikel ringkas yang menarik untuk di baca. Kirimkan artikel anda yang menarik kepada kami di terfaktab@gmail.com . Terima kasih kepada Nur Syafiqah atas kiriman artikel yang di hantar. :) Mungkin sesetengah lelaki akan fikir perempuan yang payah untuk mulakan apa-apa dahulu adalah kerana ego. Contohnya, sebelum couple, the guy did all the works . Dari bahagian meng’ usha ’, bersusah payah dptkan nombor telefon, ajak keluar hinggalah melamar jd gf. Perempuan pilihan tu hanya tunggu and nantikan whats next. Tapi sebenarnya dalam proses menunggu tu, banyak yg berlaku. Korang dah tahu kan perempuan byk fikir, jadi dalam masa itu sebenarnya perempuan tengok keikhlasan lelaki tersebut, cara dia melayan, kaji latar belakang lelaki tu ( kitaorang tak panggil ‘stalking’ kitaorang panggil ‘kaji selidik’ ). Even, baca artikel tentang hubungan ( tak semua tetapi bagi yang pernah ada sejarah hitam dlam bercinta

Part-Time Lovers

Aku berbaring di atas katil itu. Mata memandang ke atas siling. Dalam otak aku seolah lambat refleksi, seolah aku seakan sudah tak percaya melalui malam itu. " Biar betul malam tadi? ", getus hati kecil aku. Aku kalihkan leher ke kiri. Sekujur tubuh perempuan sedang tidur nyenyak bertentangan aku. Memejam mata sambil tangannya di atas dada aku, erat memeluk. Panas dan hangat. " Malam tadi memang betul-betul terjadi ", sambil menarik nafas. Aku selak selimut untuk melihat di dalam selimut. Ya, memang tak syak lagi. Kami berdua dalam keadaan tanpa seurat benang. Kesejukkan pagi itu di halang dengan kepanasan selimut dan sentuhan tubuh.  Aku memegang kepala aku. Cuba mengingati kembali hal malam tadi. Ingat dalam-dalam. Mengerutkan dahi dan menggosok-gosok mata. " Dia memang hebat malam tadi. Lepas mabuk, aku hantar pulang ke rumah dia, dia tarik aku masuk dalam bilik. Aku pun dah pening-pening. Lepas tu, three, four, five, six sendiri mahu ingatlah "

How to dump your girlfriend #2

Imej

How to dump your girlfriend #1

Imej

Majlis Hujung Minggu Ini Kawan

Imej
Semalam menulis untuk Terfaktab. Untuk projek bersama dengan teman-teman lain sebelum tersungkur, tertidur. Maaf kepada bos aku yang kacak. Tunduk. Semalam juga tulisan aku lupa letak tajuk. Alahai. ******** [ Sumber asal ] Dalam hidup ini, manusia sentiasa diduga. Ya, dugaan serta cabaran yang pelbagai menjadikan kita lebih manusia setiap hari. Kadangkala dengan segala bentuk ujian itu juga, boleh menyerlahkan sisi kebinatangan yang disimpan sejak sekian lama. Dan manusia sebenarnya adalah makhluk yang sangat tidak boleh diduga - dari satu sisi dia akan ketawa, tapi dari satu sisi lain dia mungkin akan gila.  Aneh? Tidak juga. Itu yang dinamakan manusia dan kita-kita semua masih lagi manusia yang acapkali menjadi sasaran para iblis dan syaitan menaburkan benih kemarahan dan pelbagai lagi anasir gila tatkala diberikan ujian.  [ Sumber gambar ] Tetapi, sebagai manusia, apa yang perlu kita lakukan? Tatkala datang pelb

semua orang ada temporary feelings.

Imej
I have no idea what should I write on Terfaktab. So I present you my writing on my personal blog ; rojakstory here. Enjoy! I often fall in temporary feelings. Because of long term of loneliness deep inside my heart. Macam mana yang dikatakan temporary feelings? Bila someone new yang kau kenal dalam kehidupan kau and you become so interested with him. Itu dipanggil temporary feelings. Teori dia macam ni. Bila kau beli barang baru. Kau sangat excited mula mula masa pakai. Bila dah lama lama tu kau akan rasa bosan. Semua orang macam tu kan? Baru je beli barang baru sangat excited sangat teruja mula mula sampai satu hari satu malam explore barang tu. Bila dah lepas 3 - 4 minggu terus bosan dengan barang baru tu. Faham teorinya? [ Tumblr ]: That's why we often called our temporary feelings as crush. Aku tak nak panggil temporary feelings is a love. Temporary feelings is more to suka. Suka dengan cinta lain tahu? Kau suka dia. Kau suka kawan dengan dia. Sebab dia sorang sahaja yang bar

Impian tahi lembu

Imej

Walaupun Pahit, Kita Telan Juga

Imej
Menulis untuk Terfaktab adalah suatu kepuasan. Tatkala ramai yang sibuk menidakkan siapa aku dalam barisan yang hebat ini, aku hanya ketawa sambil main jentik jari dengan meja dan diri sendiri. Lawak jenaka berbaur celaka kadangkala boleh hiburkan hati duka. Tak, bukan salah sesiapa sebenarnya. Dan sedikit dari kesibukan dunia aku yang tidak pernah padam, aku hanya mahu berkongsi penulisan aku dari sini . Ya, tentang ketagihan manusia dan dunia. ******* Dalam hidup, tidak semua yang kita mahukan akan menjadi milik kita. Selalunya, apa yang diidamkan adalah sesuatu yang sukar didapati dan memerlukan usaha yang berlipat kali ganda. Bagi yang masih setia meneruskan perjuangan, tahniah diucapkan. Buat yang mengalah sebelum memulakan langkah, terima kasih hanya kerana mampu bersuara gah. Bagaimanapun, yang berjuang tapi kecundang, terima kasih kerana membanting tulang. Itu yang mungkin diri kita mahu ucapkan buat kita, si pemilik tubuh. [ Sumber gamb