Versi Ibu Mertuaku ! Tips bertemu bakal mertua.




Amboi lama dah tak tulis kat sini.
Ini juga betapalah effortless punya entry. So girls, this is for you !

-----------

Komunikasi adalah penting dalam kehidupan setiap insan. Bercakap, menangis, ketawa, waima pergerakan badan dan bahasa isyarat sekalipun adalah antara medium berkomunikasi. Tulisan dan lukisan jangan pula kita lupakan. Mereka tergolong di dalam medium komunikasi.

Jadi sekarang ini kamu boleh teka apa yang sedang dilakukan oleh saya?
Boleh teka?
Ya ! Pandai ! Saya sedang berkomunikasi !

Okey okey.. back to the main issue.

Sepandai pandai kita bercakap di depan public, sepandai pandai kita berpidato, berceramah, kita akan merasa gugup jua apabila berhadapan dengan bakal ibu dan bapa mertua. Siapa yang setuju angkat tangan ! See.. ramai yang setuju. Okey tipu. Tak nampak pun korang angkat tangan.

The truth is, aku ni adalah seorang yang sangat sangat suka bercakap depan public. Bukan nak membangga bangga, tetapi realitinya kalau disuruh aku buat presentation secara solo di hadapan crowd yang memenuhi dewan, aku sanggup. InsyaAllah aku mampu. Aku berani menerima apa jua risiko yang bakal menimpa. Mungkin orang akan impress dengan presentation aku, atau barangkali orang rasa tak best. Baru lima minit bercakap orang dah keluar dewan. But I dare to take the risk.

Tapi !



*fikiran melayang layang mengimbau kembali kenangan silam*

Aku ingat lagi. Setahun yang lepas, kalau tak silap sekitar bulan julai atau ogos. Untuk pertama kalinya aku dibawa berjumpa dengan mama dan papa. Mulut aku macam tengah kemam sepuluh ketul jongkong emas. I hardly speak. Segalanya seperti tersekat di kerongkong. It's not a matter of scared, or nervous, or errr whatever. Cuma aku rasa anxious. Aku rasa cemas, resah dan gelisah. Aku bimbang setiap butir bicara aku nanti tak kena dengan penerimaan orang tua.

Lepas tu aku teringat pesan orang orang tua.

"Kita jangan banyak bercakap sangat. Makin banyak kita bercakap, makin terserlah keperibadian kita. Makin banyak kita bercakap, makin lebar peluang yang ada untuk orang menilik dan menilai kita. Berkata kata akan perkara yang penting penting sahaja. Sekadar berbasa basi. Kalau disoal, jawablah. Tapi jawapan tu jangan nak panjang lebar pulak. Asal memenuhi kehendak soalan, sudah lah"

Sometimes it's not easy to communicate apatah lagi apabila kita tahu yang kita ni being judge kan? We have to think very carefully before we speak.

It's not a matter of being hypocrite, kenkonon pendiam, penuh dengan kesopanan dan kesusilaan lah pulak. Cuma you know.. errr.. we know that we need to impress them sebab pandangan mata mereka itu lah yang bakal menentukan keredhaan dan restu mereka kepada kita. Am I right ?

So girls ! Bear in mind. Apabila pertama kali bertemu dengan bakal mertua, DON'T talk too much. Talk less, speak politely dan yang penting senyummmmmm.

First impression last !


Original post from 

Ulasan

Unknown berkata…
tapi xke nanti keadaan akn janggal..al-misal lah fam mentua pun jenis pendiam..cmne lak tue..t memasing lak diam je..ehek..kalut
Maria Menado~ berkata…
okayy! thanks. :)
norinaomar berkata…
masa jumpa mak pak mertua dulu , rasanya memang pot pet pot pet..tapi takdelah merepek
kalau nk jumpa bakal mak mertua kne lah pandai ambil hati mcm bawak buah tangan, lebih2 kalau kt bawak masakkan yg kt msk...dan bila dh mkn2 tue tolong2 lah kat dapur basuh pinggan ke ape.. mesti dia impress..=)
Tasha berkata…
jangan duduk rumah mak mertua lagak macam diva, bangun tidur sampai ke tengahari... bangun bangun tidur mak mertua dah hidang makan. membantu masak jauh sekali... at least jadilah 'plastik' sikit. bukan jadi 'diva'. eh..
fifie berkata…
Yups, itu betul. Jangan cakap banyak sangat sebab bila banyak cakap-cakap yang keluar dari mulut makin senang orang nak judge kita. At least, for the first meeting tu harus lah simpan sedikit rasa segan dan hormat.
Eyesha Zaidin berkata…
Setuju dgn apa yg ada kat entry n.haha.memg x boley bnyk ckp sgt nant kantoi dan terserlah siapa dri kta.kalau yg positif x apa kalau dseblikny??erk!
Unknown berkata…
ok , cadangan lu akan aku wat.hehe

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.